CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aL_Fresco

TAHAJJUD CINTA .. Cerita Tak Logik ke? pelakon berlakon macam kayu?

  [Copy link]
Post time 18-7-2011 09:14 PM | Show all posts
ambil mak cik nie jdi pelakon ok gak, lulusan universiti al azhar mesti pandai cakap bahasa arab


http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=586565&highlight=
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2011 10:39 PM | Show all posts
watever it is, i suka citer tahajjud cinta ni....rindu sgt dgn lakonan eman manan!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 10:41 PM | Show all posts
Reply  Mawar Merah


maybe pengarah nk tunjukkan, pakai purdah pun tak semestinya faham agama be ...
bezita60 Post at 18-7-2011 20:27



    i agree...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 09:33 AM | Show all posts
ai rasa lakonannya dgn berserban gitu ok juga...lagipun wataknya macam sikit sgt aje dlm TC ni..s ...
magnus Post at 18-7-2011 18:43


betul!! watak dia sikit.. sbb tu la..
cuba dlm asmara atau gemilang... melets kan??
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 09:42 AM | Show all posts
mmg beshhh.... x sabo nak tgk lg!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 09:50 AM | Show all posts
betul!! watak dia sikit.. sbb tu la..
cuba dlm asmara atau gemilang... melets kan??
elorna Post at 19-7-2011 09:33



asmara?? gemilang??? hmmmm kayu jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2011 09:52 AM | Show all posts
asmara?? gemilang??? hmmmm kayu jugak
ayiebest06 Post at 19-7-2011 09:50


bagi ok jer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 10:20 AM | Show all posts
fauziah gaous berlakon mcm haram je dlm citer ni
ckp arab sebijik2 mcm budak mengapal dlm story telling competition
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2011 10:35 AM | Show all posts
1st episod x tgk, lupa. 2nd episod br tgk. aku rs cam x sesuai je FG marah2 bila Wahdi meninggal. tonasi dia x kena
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 10:52 AM | Show all posts
ai pon rse si Shah Jazle dlm cte nih mmg agak kaku ckit... xspt lakonan dlm asmara...
tidak meninggalkn impak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 10:52 AM | Show all posts
1st episod x tgk, lupa. 2nd episod br tgk. aku rs cam x sesuai je FG marah2 bila Wahdi meninggal. to ...
TabletSusu Post at 19-7-2011 10:35


Tu la yg sy maksudkan yg fauziah dn fazura ni tak ada aura nk bw watak wanita baik apatah lagi solehah. Erma tak cermat dan tak peka pemilihan pelakon yg sesuai dan tak pandai bentuk pelakon supaya pandai bw watak yg sesuai dgn pemakaian.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 10:58 AM | Show all posts
Tu la yg sy maksudkan yg fauziah dn fazura ni tak ada aura nk bw watak wanita baik apatah lagi s ...
Mawar Merah Post at 19-7-2011 02:52



    patut ke bila org yg kita syg meninggal (wlupon dia kata punca dr dia yg wahdi tu kemalangan) kita nak marah2 dan berkeadaan begitu. kot sy duk kat tmpt fazura tu.. mau ku lempangkan aje si FG. sy plak hangin..!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 11:32 AM | Show all posts
1st episod x tgk, lupa. 2nd episod br tgk. aku rs cam x sesuai je FG marah2 bila Wahdi meninggal. to ...
TabletSusu Post at 19-7-2011 10:35



    bagi ai mmg xsesuai watak utk FG ni... terlalu berat utk FG bawak... xsampai...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 11:49 AM | Show all posts
bukan ke watak citra ni dibesarkan dlm keluarga yg moden tapi decided to take syariah law dan selepa ...
viva_gerl Post at 18-7-2011 16:09



tu laa dia...... dorg x paham citer ni tul2
citra dia suppose amik sivil law kt london
pastu dia lari ke jordan x bg tau family dia
sbb family dia tu family hanyut dr jln islam

1 lg x faham ngapa dorg2 ni semer nak bawak
perwatakan pelakon2 tu di luar ke dlm citer ni...

ada yg x tgk tapi komen mengalahkan.... adui mak!!

rasanya ramai lgi yg polow citer ni.....
compare tu org hi tes, hi expectation yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 12:23 PM | Show all posts
suka pajura...sweet je..tp napa remy tu selekeh semacam je? kata ustaz gak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 01:13 PM | Show all posts
suka pajura...sweet je..tp napa remy tu selekeh semacam je? kata ustaz gak...
dafina Post at 19-7-2011 12:23



    ustaz pondok mmg camtu penampilannya kot... maybe erma ada buat research kt skolah pondok2, itulah penampilan sbenar ustaz pondok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2011 01:17 PM | Show all posts
apew pun paling suka fazura........watak dia dlm cerita nie nmpk matang cikit...
x ada lah asik berlaku jadi edik jew....knp fouziah gaus pakai mcm tu...mcm terlebih alim lah pulak ???
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 01:26 PM | Show all posts
mek x kisah uols nk kata ape..
mek ttp merembes tgk SJ....
elorna Post at 18-7-2011 18:25



   
huh??? biar real..


chek tengok depan bakang
atas bawah
lerr..... lembab jer mamat ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 02:40 PM | Show all posts
kalau ada x suka shahz ni ..i ok je..tapi kata lakonan dia kayu..kaku..rasa x betoi kot..dia ikut skrip je..dah watak diberi camtu je..cuba nengok expresi dia..ok pe..ramai pengarah lain kata dia ok..Rosnani(mak nani) pun kata dia ok..

baca yg ni pulak..

Sarat emosi
Oleh Hanisah Selamat
nisa@bharian.com.my
2011/07/19
MURALI (duduk, tengah) bersama sebahagian pelakon dan kru Pelamin Di Pusara.
MURALI (duduk, tengah) bersama sebahagian pelakon dan kru Pelamin Di Pusara.
Telefilem penghargaan buat P Ramlee September ini

CINTA terhalang akibat perbezaan darjat kerap diangkat menunjangi sesuatu penerbitan, namun menerusi Pelamin Di Pusara, garapan kisah tragik itu diolah penuh dramatik hasil sentuhan Murali Abdullah.
Telefilem yang bakal mengisi slot khas Tribute To P Ramlee di TV2 bersama sembilan telefilem lain bakal menemui khalayak bermula September ini di bawah terbitan Suhan Movies Production Sdn Bhd.
Sinonim bersama kisah menyentuh perasaan, Pengarah Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010 itu mengakui penerbitan yang bagus memerlukan kombinasi mantap bermula daripada skrip, malah dia bertuah berpeluang berganding bahu dengan Mazlan Manan selaku penulis.

“Mazlan Manan sememangnya dikenali dengan skrip yang padat dan sarat emosi, malah untuk drama ini olahan dialog juga cukup cantik. Sebaik saja mendapat naskhah Pelamin Di Pusara, saya sendiri teruja tatkala membaca setiap baris ayat.

“Belum pernah saya menemui skrip sekemas ini hingga tiada sebarang perubahan perlu dilakukan. Boleh saya katakan, kekuatan awal terletak pada skrip ini selain keserasian barisan pelakon serta kesungguhan kru belakang tabir.

“Paling istimewa ialah caranya mengembangkan setiap karakter serta babak. Tidak melompat-lompat serta elok tersusun,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran telefilem terbabit di Batu 13 Puchong.
Ia menyaksikan gandingan Shahz Jaszle bersama Raja Farah sebagai teraju utama, dengan disokong Diana Johor, Khairil Anwar, Nanu Badaruddin, Rashidah Jaafar serta Liza Abdullah.

Berkisar mengenai jejaka dari keluarga berada, Zamarul (Shahz) yang ditunangkan dengan anak rakan niaga ayahnya, Suraya (Diana) jatuh cinta kepada gadis kampung bernama Maisara (Raja Farah) hingga mahu memutuskan pertunangan.

Tanpa memaklumkan sudah punya ikatan hubungan mereka berlangsung tanpa masalah, namun sebaik tunangnya mengetahui perkara itu, ibu bapa Zamarul terus bertemu sendiri Maisara supaya memutuskan cinta mereka.

Kecewa kerana berasakan diri dipermainkan membuatkan gadis naif itu tidak mempercayai pengakuan kekasihnya yang bertegas mengatakan dia dipaksa bertunang dengan gadis bukan pilihan hati.

Disebabkan dendam apabila bakal suaminya meletak hati terhadap gadis lain, Suraya meneruskan niat jahat menghapuskan Maisara yang dirasakan menjadi perampas kebahagiaannya.

Takdir Ilahi melebihi segala-galanya apabila Zamarul dan kekasihnya menemui ajal bersama dek dendam kesumat Suraya yang sememang berusaha memasang perangkap untuk membunuh Maisara.

Puji lakonan Shahz Jaszle

AKUI Murali, kebebasan yang diberikan sepenuhnya Suhan Movies merencanakan telefilem ini membolehkannya membuat pemilihan dari A hingga Z demi memastikan hasil akhir berada pada tahap terbaik.

“Apabila bekerja kita perlukan pasukan yang serasi dan kali ini saya mendapat peluang seperti ini. Sudah pasti kepercayaan yang diberikan Rosyam Nor selaku penerbit tidak akan saya persiakan.

Contohnya, saya pilih Shahz Jaszle kerana yakin terhadap bakatnya dan nyata sepanjang penggambaran dia ‘memberi’, malah dia boleh melangkah jauh melihatkan disiplin dan kesungguhan aktor berkenaan,” katanya lagi yang turut menggunakan khidmat Indra Che Muda selaku jurukamera.

Tambahnya, tempoh 10 hari diberikan syarikat berkenaan untuk menyiapkan produk berbanding lapan hari juga antara kelonggaran yang dinantikan setiap sutradara untuk mendapatkan syot lebih baik.

“Hari ini sudah masuk hari keempat penggambaran. Setakat ini segala-galanya berlangsung seperti diharapkan namun telefilem ini sebenarnya secara peribadi cabaran besar buat diri saya apabila dipertanggungjawabkan menghasilkan karya penghargaan buat tokoh seni idola saya.

“Saya memang belum pernah bekerja dengan Suhan Movies dan apabila Rosyam mengajukan tawaran ini kira-kira dua bulan lalu, perasaan saya bercampur baur, teruja dan pada masa sama berdebar.

“Sudah pasti saya mahu ia lebih bagus daripada buah tangan terdahulu, membuatkan saya lebih teliti dan cerewet daripada segala sudut terutama syot serta mainan emosi pelakon kerana mahukan kesempurnaan,” katanya yang mengakui mula meminati Seniman Agung itu sejak di bangku sekolah menengah.

Mengenai slot dedikasi buat P Ramlee, ia direalisasikan syarikat Rosyam dan stesen RTM sebagai tanda penghargaan buat insan seni terulung yang berjasa kepada industri hiburan tempatan, sekali gus mengetengahkan lagu hebat insan istimewa itu untuk diingati generasi baru dan lama.

Murali antara 10 pengarah yang diamanahkan menghasilkan 10 telefilem daripada judul lagu P Ramlee manakala Pelamin Di Pusara diilhamkan daripada lagu Uda dan Dara.

Sutradara lain ialah Bade Azmi, Aziz M Osman, Ismail Yaakob, Amy Maziah, Along Kamaludin, Michael Ang, Osman Ali, Rashid Sibir, selain Erma Fatima.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2011 02:46 PM | Show all posts


hehee..jgn mareeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23455 Replies : 147
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193283 Replies : 4474
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.068249 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list