CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nanie

✤ ~ ✤ 1KLANG - JJCM ~ V16 ✤ ~ ✤

[Copy link]
Post time 24-7-2013 12:40 PM | Show all posts
nanie posted on 24-7-2013 10:49 AM
next week baru nak pegi iftar kat sime darby cc. nnt iolss bgtau.
last week kat one world hotel. ...

Aku serik dah nak berbuka puasa kat hotel ni, minggu lepas berbuka puasa di Convention Shah Alam tu dan sangat mendukacitakan dan potong selera. Sudah la manusianya ramai padahal hari selasa, manusia yang ada tak reti beratur dan bila dah dapat giliran dikautnya selagi boleh dan diborongnya semua makanan dan tak tinggal langsung makanan untuk orang belakang. Nak topup makanan pun lambat, tiap kali topup letak 10pcs macam tu je yang dah diborong 2 orang terawal dan memang tak berbaloi dengan harganya. Sebab dah tak selera sangat aku setakat makan pencuci mulut dan air je, pergi kat meja corner yang tak laku macam bubur dan mee sup tu buat lapik perut. Bahagian kambing jangan cerita lah, seorang beratur kemudian sampai giliran dia ada 10 pinggan nanti rakan-rakan yang malas beratur hulur pinggan je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2013 12:46 PM | Show all posts
nanie posted on 24-7-2013 12:34 PM
malam raya kot baru meriah.

dekat2 nak raya nnt la baru pegi kat klang

Tahun ni balik kampung di Batu Pahat awal, dapat cuti selasa dan rabu jadi malam isnin atau pagi selasa aku gerak. Tapi tahun lepas 2 minggu sebelum raya dah meriah bandar Klang tu, aku tak suka pergi seminggu selepas raya sebab memang tak jumpa parking langsung. Nak beli dodol segar dia tu dan wajik, memang sedap betul tapi sedikit mahal dan harapnya tahun ni harga tak naik lagi lah. Sebenarnya tujuan utama nak cari sarung duit raya Upin Ipin, Boboboi dan Angry Bird tu, budak-budak suka sampul duit tu sampaikan tak perasan duit raya yang ala kadar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 12:55 PM | Show all posts
nanie posted on 24-7-2013 10:49 AM
next week baru nak pegi iftar kat sime darby cc. nnt iolss bgtau.
last week kat one world hotel. ...

kat sime darby brp? ish xbestnye jenis xtopup... xkan nk berebut2 plak... patutnye byr mhl confirm semua dpt la
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 01:09 PM | Show all posts
tokyojuliet posted on 24-7-2013 12:55 PM
kat sime darby brp? ish xbestnye jenis xtopup... xkan nk berebut2 plak... patutnye byr mhl confirm ...

Beli online murah, kalau tak harganya memang mahal dan kat sini masalah parking juga.

http://www.mydeal.com.my/deals/k ... rant-sime-darby-cov

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2013 01:11 PM | Show all posts
tokyojuliet posted on 24-7-2013 12:55 PM
kat sime darby brp? ish xbestnye jenis xtopup... xkan nk berebut2 plak... patutnye byr mhl confirm ...

beli kat mydeal dpt rm65 for 1 pax. klo tak rm80++

yer...kate nye smpi kol 9. tp baru kol 8 byk dah abis. camno?
sampai keropok ikan pon habis licin
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 03:52 PM | Show all posts
nanie posted on 24-7-2013 12:34 PM
malam raya kot baru meriah.

dekat2 nak raya nnt la baru pegi kat klang

Minggu pertama puasa aku dan keluarga dah menginap kat Star Point Hotel di jalan TAR tu 3 hari 2 malam, belum meriah sangat lagi kecuali hari sabtu sebab ada pasar malam. Tapi ramai sangat yang jual bbq cucuk besi tu kan, aku beli nak berbuka tu secucuk RM6 tapi masa tengah malam saja pusing-pusing nak cari makanan sahur dia jual 3 cucuk RM10. Beli kambing dan ayam puas hati, tapi beli daging lembu liat nak mampu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-7-2013 04:04 PM | Show all posts
dr.R posted on 24-7-2013 03:52 PM
Minggu pertama puasa aku dan keluarga dah menginap kat Star Point Hotel di jalan TAR tu 3 hari 2 m ...

bbq cucuk besi tu cemane? chiken wings ke?



Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 04:08 PM | Show all posts
nanie posted on 24-7-2013 04:04 PM
bbq cucuk besi tu cemane? chiken wings ke?

Bukan cucuk besi, cucuk lidi maaf salah info.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2013 04:10 PM | Show all posts
Borong sarunding daging dapat RM50 sekilogram, tapi dengan syarat beli 3kg ke atas. Tapi tak seronoknya belum ada lagi rendang tok macam tahun lepas, tahun lepas puasa pertama pun dah ada rendang tok di jual.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2013 04:15 PM | Show all posts
dr.R posted on 24-7-2013 04:08 PM
Bukan cucuk besi, cucuk lidi maaf salah info.

ooo..yang ni...mahal gak rm6 se cucuk. xpernah try lagi.

skrg dalam seminggu 2-3 hari makan nasi ayam goreng kunyit yg jual kat bazaar bangsar.
kang lepas bln posa dah xde.

ari ni malas nak g bazaar. dah xtau nak beli apa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 04:20 PM | Show all posts
nanie posted on 24-7-2013 04:15 PM
ooo..yang ni...mahal gak rm6 se cucuk. xpernah try lagi.

skrg dalam seminggu 2-3 hari makan na ...

Aku pun kali pertama mencuba, petang tu aku beli kambing dalam 4 cucuk harga RM20 makan dengan keluarga di restoren ZamZam sambil order makanan lain. Masa beli kambing tu bukan main sedap jadi aku beli lagi lah untuk sahur, dapat 3 cucuk RM10 tapi tinggal ayam dan daging. Patutlah daging tu tak laku sebab liat, nak tercekik aku di buatnya tapi kakak aku potong dan racik-racik gaul dengan serunding dan makan buat sahur.

Petang ni aku pergi jemputan berbuka puasa dengan vendor, malas nak pergi tapi dah nama dalam senarai nanti kecoh pula management tu. Hotel kat e@curve tu, Royal Bintang dan harapnya tak lah sesak teruk kat sana sebab hari ni balik jam 6 petang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 08:48 AM | Show all posts
dr.R posted on 24-7-2013 04:20 PM
Aku pun kali pertama mencuba, petang tu aku beli kambing dalam 4 cucuk harga RM20 makan dengan kel ...

mohon review royale bintang ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 09:33 AM | Show all posts
nanie posted on 25-7-2013 08:48 AM
mohon review royale bintang ni

Boleh tahan juga lah, sampai awal sekitar jam 6.30pm jadi aku pusing-pusing dulu sekitar eCurve tu sebab rupanya lokasi hotel sebelah pasaraya je ingatkan kat deretan bawah sebaris Marche, Itallianese tu rupanya ada jejantas menyeberang. Baru aku tau beza rupanya kat bawah ada cafe The Tarrace tu Royale Bintang eCurve dan yang aku pergi ni Coffee House Royale Bintang Damansara, nasib baik aku tak tersalah terjah kalau tak buat malu je.

Aku tengok harganya RM95+ atau RM98+ seorang, tak pasti sebab aku tengok sekali imbas saja masa tu dan tengok orang main ice skating di sebelah kanan hotel. Dia ada 2 lokasi iaitu di sepanjang jejantas dan di sebelah hujung kanan dan untuk semua jemputan duduk di meja sebelah sayap kiri tu. Komen pasal makanan, kambing dia sangat sedap sebab banyak herba dan rasa kurang berbau tapi liat sedikit. Tapi yang penting untuk meja jemputan di longgokkan kepingan daging kambing yang dah di potong di atas meja yang memuatkan 8-10 orang.

Servis memang memuaskan sebab pekerja rajin topup makanan, menu makanan laut kurang dan lebih pada makanan kebiasaan buffet macam nasi beriani dan lauk pauk masakkan melayu macam rendang, dengdeng, masak lemak dan masak merah sebeb tema dia Warisan Nusantara. Paling sedap asam pedas ikan merah dan tetel mau kalah asam pedas Johor dan Melaka tau, semangkuk aku ambil sambil ratah makan sikit dengan lemang tapi berpada lah sikit sebab duduk semeja dengan orang tak di kenali kan. Spaghetti olio dia mewah seafood, tapi dah tak rupa aglio olio sebab parmesen cheese tu terlampau banyak ditabur dah macam rasa carbonara versi sos kering. Apa pun tip top juga lah variasi makanannya, dessert pun banyak tapi semua bersantan rasa muak pula sebab dah banyak makan makanan berlemak kan.

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 09:38 AM | Show all posts
dr.R posted on 25-7-2013 09:33 AM
Boleh tahan juga lah, sampai awal sekitar jam 6.30pm jadi aku pusing-pusing dulu sekitar eCurve tu ...

Lupa pula ada juga sup ekor sapi black pepper dan buatkan perut aku terkejut sebab pedas dan panas, entah menu apa ni sebab rasanya hambar dan buatkan aku sakit perut malam tu. Rendang tok dia sedap tapi aku kuis serdak dia je sebab hirisan dagingnya besar sangat tapi memang sedap, kuih talam lebih 10 jenis dia hidang slice by slice atas pinggan kecil tapi aku tak ambil pun.

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 09:45 AM | Show all posts
Aku google langsung tak jumpa pasal info hotel ni dan blog berbuka puasa kat hotel ni, tak popular mungkin ataupun baru kali pertama anjurkan berbuka puasa kot?. Ini je yang aku dapat hasil google, itu pun lepas page ke-5 carian.



Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 11:23 AM | Show all posts
Sebelum puasa hari tu aku dah cuba, lebih kurang seakan Popeye rasanya tapi spicy dia langsung tak pedas tapi tetap menyelerakan. Baru ni aku pergi Sunway Pyramid, dah ada buka kat sana area pintu keluar nak pergi Sunway Lagoon tu dan tapak lama Chicken Hartz Buffet.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2013 03:35 PM | Show all posts
dr.R posted on 25-7-2013 09:33 AM
Boleh tahan juga lah, sampai awal sekitar jam 6.30pm jadi aku pusing-pusing dulu sekitar eCurve tu ...

sedapnye...

lama x makan asam pedas.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 03:44 PM | Show all posts
nampak nye ari ni berbuka kat luar lagi.
jap g nak pegi hotel armada
ade warehouse hush puppies
harap size ade lagi

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 04:13 PM | Show all posts
nanie posted on 25-7-2013 03:35 PM
sedapnye...

lama x makan asam pedas.

Aku pun tekejut asam pedas tetel dia sedap sangat, ikan pun sedap sebab dia buat jenis tak bertulang tu hanya fillet semata saja tapi ada juga kepala. Aku pun ingat nak beli la kupon Sime Dirby tu sebab aku tengok senang saja nak pergi sana, kalau dari Tropicana City Mall jalan terus saja kan terus jumpa hotel tu.

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 04:14 PM | Show all posts
nanie posted on 25-7-2013 03:44 PM
nampak nye ari ni berbuka kat luar lagi.
jap g nak pegi hotel armada
ade warehouse hush puppies

Armada Hotel kat mana?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196999 Replies : 4559
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.193642 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list