CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Kasta2 Hindu

[Copy link]
 Author| Post time 23-5-2010 07:16 PM | Show all posts
owh, macam tu  memang x salah lah nenek Tamilan memang orang Karnatik. dorang memang asal kasta/jati Keshatria tp dharmm Vaisya.

dah nikah rupanya Tamilan, ok lah kalau ada restu keluarga dua2 belah pihak, jangan x mintak restu sahaja dah la, pandangan keluarga pun penting juga dorg marah2 pun dorang sbenarnya sayang kat kita x nak kita susah.

maksud Tamilan Chek Li ni adalah Kh*ndla (d*g) la gitu, taraf teruk dr haiwan tp berkaki dua. Orang India utara memang panggil kat kasta bawah dr paria sbg Kh*ndla. saya pon rs macam kejam sgt tp biasa saya hanya terkeluar perkataan buruk ni kalau dh marah sangat, jarang berlaku pon.

ya, benar tu. manusia sbenarnya x ada beza pon sbenarnya cuma siapa2 yg lebih bertanggungjawab dia lah yang dipandang tinggi pada pandangan Tuhan.

tp sama la kita Tamilan, saya pon kalu termarah kat stengah org akan terkeluar jugak perkataan p*ria tp saya memang sedar mengenai kasta2 dalam masyarakat Hindu bukan suka2 keluar kata2 p*ria. orang2 non-Hindu pon sebenarnya ada kasta jika datang dr India-Pakistan.

kalau org2 Brahmin atau lain2 jati, saya boleh cam mereka. dengar cara mereka cakap pon sudah tahu, jd mesti beri hormat yg patut lah ikot dharmm dia. cuma tiap2 org dr mana2 jati pon kenalah saling hormat-menghormati, jgn sebab org lain kasta rendah kita kasta tinggi sikit kita pon terus pandang rendah pd orang itu, yg itu memang x betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2010 07:23 PM | Show all posts
owwww, pelakon aksi dalam felem Tamil terkenal dr Karnataka yg saya minat macam Arjun Sarja, felem2 lakonan dia walaupon ada gaduh2 tp memang dapat ambil tauladan. dah la sempoi gaya dia. skarang ni jarang nak jumpa dia berlakon felem2 merapu kedana, respect kat dia, dia memang holy!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 10:00 PM | Show all posts
kasta dilihat pd jati (kelahiran)...
tidak mestinya ikut warna kulit atau bangsa...
ada juga org  ...
genot Post at 22-5-2010 23:40



dah macam sistem Kasta Samurai Jepun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2010 10:46 PM | Show all posts
dah macam sistem Kasta Samurai Jepun...
HangPC2 Post at 23-5-2010 22:00


ya kah?
orang2 barbarian zaman besi di India purba dahulu misalnya orang Kemboja, Pallava, Yavana, dsbgnya
pon diserap masuk dalam sistem masyarakat Arya dan Hindu (India).
jadi proses kemasyarakatan ni sebenarnya satu proses evolusi yg panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 10:49 AM | Show all posts
Salam.
Berdasarkan pemerhatian tengok kawan2 indian and tengok citer tamil kat tv, masa depa minum tu, botol atau  bekas air tak kena kat mulut. Sebab apa ek? Ada org kata nak mengelakkan terkena bekas mulut org yg berkasta lebih rendah.

Zaman sekolah dulu ramai kawan indians. xtian ada, hindu pun ada. Memang kalau derang minum, share botol misalnya mulut derang x kena kat botol.

Tak pastilah pulak mmg amalan kaum indian mcm tu ke atau kaum lain pun ada buat mcm ni.
Satu lagik, kaum sikh pulak dari kasta mana? Mereka ni kelompok indian jugak kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2010 02:48 PM | Show all posts
Salam.
Berdasarkan pemerhatian tengok kawan2 indian and tengok citer tamil kat tv, masa depa minum  ...
HOTlips Post at 24-5-2010 10:49


wassalam,

lama x dengar akak hotlips...
ya, memang minum mulot x nak kena botol...
aku pon dh terbiasa wat begitu sb skolah mnengah atas dolu dgn budak2 India, dorg baik gak dgn aku walaupon aku x fasih n x reti sgt cakap Tamil siap bg aku montra Mahaalakshmi utk luck dalam exam2 n wat penangkal
mulot x nak kena botol, barang2 kalu org kasta rendah terpegang kena percik air, bayang orang kasta rendah pon x leh kena ni bg budak2 Brahmin, stengah org dr India kalu yg kasta2 tinggi tersentuh kasta rendah dorang nak sanitize balik diri dorang, akan cari budak2 Muslim n sentuh dorang, aku x tahu apa sebabnya tp kalo x jumpa dorang akan mandi lepas balik umah
kitab suci Veda2, orang kasta bawahan Triwangsa x leh sentuh, dengar, atau lihat tp kitab Bhagavadgitam smua org boleh baca n ambil iktibar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-5-2010 02:52 PM | Show all posts
Satu lagik, kaum sikh pulak dari kasta mana? Mereka ni kelompok indian jugak kan?


Sikh kebanyakannya jati Keshatria (Pahlawan)...
ahahahaa, stengah yg dok kat US tu sorry nak mengaku orang India...
dorang orang Khalistan, Desi, n stengahnya perasan omputeh...
Tapi ada jugak org Sikh yg kasta rendahan n jadi tuk guru dalam gurdvara...
kalo orang yg berbahasa Punjabi, dorang terbahagi kpd beberapa golongan agama pula macam Sikh, Hindu, Islam, n Kristian.
Yang Islam banyaknya masuk ke sebelah Punjab di Pakistan tp kat India pon masih ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2010 03:12 PM | Show all posts
khalistan

ni negara impian puak2 Sikh...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2010 11:37 PM | Show all posts
sambungannya keturunan Chandrawangsa, anak kepada Buddh nama dia Pururava, dia pon dapat enam orang anak2 iaitu Ayu, Srutayu, Satyayu, Raya, Vijaya, n Jaya.

Vijayawangsa

Vijaya B. Buddh kemudian mengeluarkan bangsa dia lah atau dinasti dia kita panggil Vijayawangsa. Vijaya ada anak nama Bhiim. Bhiim ada anak nama Kanchan. Kanchan dapat anak nama Hotra. Hotra pula dapat anak nama Jahnu.

Jhanu ni masa tengah wat upacara korban, tempat dia wat upacara terkena air sungai Gangga yg melimpah2. Marah la dia sebab tempat upacara korban dia kena kacau sampai merah2 mata dia. jadi dia pon wat bakti lah sambil sru roh2 dr upacara korban tu lalu minum sampai kering sungai tu. Dewa-dewa n para rishi pon muncul lah depan dia n cuba nak tenangkan dia balik bg mendapatkan smula air sungai Gangga drpdanya melalui pujukan anak perempuan dia namanya Jhanvi.

Lepas Jhanu, kemudian naiklah putera dia ganti nama dia Poru. Poru digantikan takhta oleh Balak. Balak pula diganti anak dia nama Ajak. Ajak pulak diganti putera dia Kush. N Kush pulak ada empat orang anak laki2 iaitu Kushambu, Tanaya, Vaasu, n Kushnabh.

Kushnabh ni pula ada anak laki2 nama dia Gadhi. Katanya Gadhi ni sebenarnya jelmaan dewa Indra sniri. Gadhi ada anak laki2 lagi nama Vishvamitra. Walaupon Vishvamitra ni dilahirkan dalam keluarga diraja, sepatutnya dalam jati atau kelahiran Kesatria la, tp dia  bila dah besar sikit jadi Brahmarishi atau tuk guru lah.

Vishvamitra ada anak pompuan nama dia Satyawati. Satyawati menikah dengan Rishi Richik. Anak Satyawati nama dia rishi Jamadagni menikah dgn Renuka Bt Rishi Renu.

Jamadagni dapat beberapa orang anak plak lepas menikah dgn Renuka, salah seorangnya nama Vasuman, yang bongsu dan terkenal jugak nama dia Parashuraam (Rama pegang Kapak). Parashuraam ni pon adalah salah satu 10 avatara dewa Vishnu. Dia membersihkan Pertiwi (bumi) drpd golongan Kesatria 21 kali.

Maharishi Vishvamitra ni ada 100 orang anak laki2 katanya. 99 orang drpada anak laki2nya itu dianggap sebagai tuk nenek orang2 Andhra, aku agak mungkin kerajaan Satvahana kot meliputi kawasan orang Telugu n Maharashtra.

Ayuwangsa

Kemudian Ayu B. Buddh pulak melahirkan Ayuwangsa, dikatakan memerintah selama 36, 000 tahon. Dia ni sangat berbakti kepada dewa Vishnu n ada 5 orang anak laki2 iaitu Kshatravriddh, Raji, Rambh, Anena, n Nahush.

Kshatravriddh B. Buddh melahirkan dinasti atau bangsa dia jugak. Anak dia namanya Suhotra ada tiga anak laki2. Mereka adalah Kashya, Kush, n Grihatsmad.

Kashya B. Kshatravriddh melahirkan bangsa dia jugak dipanggil Kashyawangsa. Anak Kashya nama dia Kashi memerintah bandar Kashi dekat2 Sungai Gangga sana. Kemudian anak Kashi ganti dia nama dia Rashtra. Rashtra diganti anak Dirghtama. Dirghtama pula ada anak laki2 nama Dhanvantari. Dhanvatari dikatakan orang yg memulakan Ayurveda, perubatan Hindu. Ayurveda ni sangat2 disukai orang2 Farsi tau walaupon orang Farsi pon ada kaedah perubatan mereka sniri!

Kemudian Dhanvatari diganti anak nama Ketuman. Ketuman ada anak Bhimarath. Kemudian diganti Diyodas. Diyodas pon ada waris nama dia Diyuman, Diyuman jugak dikenali sbg Prartardhan, Shatrujita, Vatsa, Riitdhvaj, n Kuvalayaksha.

Diyuman ada banyak anak laki2 jugak, yang terkenal nama dia Alark memerintah selama 66, 000 tahon. Anak laki2 Alark gantinya nama Santati. Lepas Santati naik Sunith. Lepas Sunith naik Suketan. Lepas Suketan kemudian Dharmketu. Dharmketu dah lepas, naik pula Satyaketu. pas Satyaketu naik Dhrishtaketu. Kemudian Sugumar. Kemudian Vitihotra. Kemudian Bharg, dan lepas tu Bharghbhumi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2010 12:06 AM | Show all posts
Kemudian keturunan Kush B. Kshatravriddh pula jadi Kushwangsa. Kush anak dia Prati. Prati anak dia Sanjaya. Sanjaya, anak dia Jaya. Jaya punya anak nama Krith. Krit punya anak Haryavan. Haryavan punya anak Sahadeva. Sahadeva punya anak Hiin. Hiin diganti anak nama Jayasena. Jayasena diganti Sankriti. Sankriti diganti Jaya. Lepas diganti pula oleh Latthar Rajaputra.

Keturunan Grihatsmad jadi Grihatsmadwangsa. Anak Grihatsmad nama dia Shunak. Cucu Grihatsmad nama dia Shaunakji. Shaunakji ni nama dia ada disebut dalam Rig Veda.

mereka ni smua keturunan anak sulong Ayu B Buddh cucu cicit sulong kpd Pururava, bawah wangsa besar Kshatravriddhwangsa. Jadi bawah keturunan Kshatravriddh pon ada lagi tiga wangsa anak2 iaitu Kashyiwangsa, Kushiwangsa, n Grihatsmadiwangsa.

Lepas tu keturunan anak kedua Ayu iaitu Anena B. Ayu B. Ayu. Anena dah lepas naik pula Shuddh. Lepas tu Shuchi. Kemudian Trikud. Anak Trikud nama Dharmsarathi pula gantinya. Anak Dharmsarathi kemudiannya nama Shantiraya x ada pewaris.

Keturunan yang lain dari anak ketiga Ayu iaitu dari Rambh B. Ayu. Anak Rambh nama dia Rabhas. Anak Rabhas nama dia Gambhier. Anak Gambhier nama dia Akriya. Bini kpd Akriya memulakan Brahmanwangsa.

Anak keempat Ayu nama dia Raji tu x ada keturunan langsong. Anak dia semua 500 orang habis kena tebas dengan dewa Indra.

Anak kelima Ayu nama dia Nahush. Nahush pon mencapai tahap dewaraja Indra n memerintah Traibhum (Tiga Dunia). Kemudian dua bertukar jadi ular sawa sebab kena sumpah dengan Duryavasa. Versi dalam Mahabharata kata Nahush kena sumpah jd ular sawa oleh Agastya Munni.

Nahush mempunyai enam orang anak iaitu Yati, Yayati, Sanyati, Ayati, Viyati, n Kriti.

Anak cucu Yayati dikenali sebagai Yayatiwangsa. Yayati ada lima anak laki2. Tiga daripadanya memerintah Mlechch Desh, rujukan ni ada dalam Matsya Puranna. Mlechch Desh ni aku rasa negara orang2 asing, dalam buku tajuknya "the tribes and caste of bombay" oleh R.E Enthovan g trus ke page 22 pon x silapnya ada sebut pasal Mleccha Desh. Tahon terbitan buku ini sekitar 1922 diterbitkan oleh J.Jetley untuk Asia Educational Services. Mungkin ada ulangan cetaknya lagi. Dua lagi baki anaknya menjadi Arya. Anak sulong Yayati nama dia Yadu n yang bongsu nama Puru.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2010 12:35 AM | Show all posts
Puruwangsa

Disebut, dia ni anak bongsu kepada Yayati B. Nahush. dinasti dia dipanggil sbg Puruwangsa. Masa Puru muda lagik, dia dah naik takhta sebab dia bagi masa keremajaan dia kepada bapa dia. Puru dapat lah anak, nama dia Janamejaya n raja Janamejaya ni lah yg nak korban hapuskan semua ular2 (orang2 Mongol sembah ular). Anak Janamejaya nama dia Prachinvan.

Prachinvan ada anak nama Pravira. Pravira pula ada anak nama Namasyu. Namasyu diganti anak nama Sudyu. Sudyu diganti oleh Bahugav. Bahugav diganti oleh Sanyati. Sanyati punya anak nama dia Ahanyati. Ahanyati punya anak nama Raudrashva. Raudrashva ada 10 anak dengan bini dia nama Ghritachi Apsara.

Anak2 Raudrashva dengan Apsara Ghritachi adalah Riteyu, Kuksheyu, Sthandileyu, Kriteyu, Jaleyu, Santateyu, Dharmeyu, Satyeyu, Vriteyu, n Vaneyu.

Riteyu B Raudrashva ada anak nama dia Rantibhar. Rantibhar ada 3 anak iaitu Sumati, Dhruv, n Aprathirath.

Anak Aprathirath ialah Kanya. Cucu Aprathirath nama dia Medhatithi B. Kanya n keturunan Medhatithi melahirkan Brahmin2 Prasakanva. Kanya pon ada anak angkat, Sakuntala. Sakuntala pon menikah dengan Dushyant n dapat anak nama Bharath.

Bharath ada anak laki2 nama Bharadwaj. Keturunan Bharadwaj ada yg keluar dr cabang kasta Kesatria, dorang berubah jadi Brahmin. Anak Bharadwaj nama dia Manyu. Manyu pula ada lima anak laki2 iaitu Brihatkshatra, Jaya, Mahaavirya, Nar, n Garg. Yang berubah jadi Brahmin dulu adalah Garg.

Mahaavirya adalah anak ketiga Bharadwaj. Dia punya anak adalah Duritkshaya. Duritkshaya ada 3 anak pula iaitu Trayaruni, Kavi, n Pushkararuni.

Tiga2 anak Duritkshaya B. Bharadwaj ni pon berubah jadi Brahmin.

Anak keempat Bharadwaj yg nama Naar B. Bharadwaj ada anak nama Sankriti. Sankriti pon ada dua anak pula nama Guru n Rantidev.


Anak bongsu Bharadwaj yg nama Garg ada anak nama Shini. Anak Shini nama dia pula Gargiya.

Brihakshatra B. Manyu punya anak nama dia Hasti tinggal di Hastinapuram. Anak2 Hasti nama dorang Ajamidh, Dvimidh, n Purumidh.

Ini zaman sebelum berlakunya Bharatayuddh atau Perang Bharata. Kan nanti ada bahagian dalam Mahabharata pasal perang kaum Kuru n Pandava. Perang ni melibatkan bangsa2 purba
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 10:00 AM | Show all posts
Reply 146# genot

Mood utk berposting ada kurengg skit sebab nikmat sehat kena tarik!
Btw, thanks for the info. Jadik betullah sebab kasta. Heran jugak lah kalau depa carik muslim utk neutral kan balik gitu. Baik jadik muslim terus!

Mengenai org2 sikh, dr mana asalnya depa ni pakai turban? Ada mirip2 serban org Islam eh? Yg akak tahu, depa x leh cukur bulu2 di badan. Sebab tu rambut depa pjg dan dililit dgn turban
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2010 03:38 PM | Show all posts
simpati dengar akak kurang sihat, harap segera sihat lah insh'Allah. semua orang pon jaga lah kesihatan ya sekarang ni musim H1N1, risau semua orang...

orang Sikh dorang ni kena trace semula sampai Guru Nanak Ji lah, mulanya dr abad ke-15 M gitu...
Nanak Ji ni pernah belajar sikit2 pasal ajaran Islam n dia pula asal orang Hindu, kiranya agama yg dia ajar ni mungkin revolusi dalam ajaran Hinduism aje la kot...
Nanak Ji ni boleh bahasa Arab n Farsi jugak sebab bahasa2 ni pakai dekat kawasan orang2 pentadbiran dalam tempat tinggal dia....

pasal turban tu aku x berani nak kata pengaruh ajaran Islam lak sb serban org Islam x mcm turban dorang tu...
yg rambut dililit dalam turban x silapnya dipanggil sbg kes, sebahagian drpd adat agama dorang kot dipanggi Pancha Kakke... Kes jugak asal perkataan kesatria... maksud Kes tu rambot lah....

Lain2 dorang kena pakai yg aku ingat, kaccha (suar pendek kat dalam suar lain), kirrpan (jembia), kanGha (sikat yg wat pondu atas kepala dorang tu terbonjol), n kara (gelang besi)....

stengah orang pompuan dorg pon pakai lengkap Pancha Kakke mcm laki2 jugak.... jgn tergezut ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2010 03:48 PM | Show all posts
owh, ni video utk festival Bang Fai Phranya Naag (Bola Api Panglima2 Naga) kat Thailand n Laos.... malas aku nak cerita panjang boleh lihat video juga pasal folk religion kat Asia Tenggara Tanah Besar juga penghuni kat sini, ada ilustrasi.... benda ni sikit2 nak berkaitan dengan kisah2 tempatan kat M'sia ni mcm lagenda Naga2 kat Tasek Chini tu n Kota Tenggelam bawah Tasek tu... sorry bab bahasa Thai jd suara latar tu, aku pon risau org x selesa tp nasib baik ada translation kat bawah... senang sikit untuk kefahaman org ramai...








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2010 04:04 PM | Show all posts
Pasal peristiwa bola api panglima naga tu, ada orang kata menatang tu dok dalam alam yg sebelah lagi, lebih kurang mcm orang bunian la jugak. manusia biasa x leh lihat dia dgn mata kasar kecuali kalu dah capai tahap 18 dharmmagaya atau pon kalau menatang tu sniri menjelma depan orang. kata orang2 Buddho, menatang ni x da la besar n hebat mana pon nak dibanding dgn manusia walau pon dorang leh wat benda2 ajaib sb manusia boleh bg perintah kat dorang. menatang2 ni ada 4 warna sisik, sisik warna pelangi, keemasan, ijau, n itam.

yang ini video di Champa kat Vietnam sana, Champa ada dua belah, satu kat Kemboja satu kat Vietnam sana. Orang Cham kat Vietnam sana ada yg masih Hindu-Brahman lagi...


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 04:08 PM | Show all posts
Reply 153# genot

genot, for info.............
interesting jugak pasal serban ni, nak tanya asal serban ni dari mana?
untuk pengetahuan org2 hindu or tamil jugak memakai mcm serban di panggil (talappa)............. bila kahwin mesti pakai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2010 06:22 PM | Show all posts
Reply 156# tamilan007

owh, Tamilan sebut baru tahu namanya...
betul2 selain yg Punjabi, orang Tamil pon ada style turban snirik. Yang lain2 macam Rajastani n Maharashtri punya turban pon tp x tahu namanya
kalau ada tonton Atsro Tv108 ada drama bersiri tajuk dia Jhansi Ki Raani boleh tgk lah style pakaian orang2 Maharashtra...
tak pasti bila mulanya turban ni di mana....
budaya turban ni slalu kita nampak kat orang Asia Selatan, Asia Tengah, n Timur Tengah bahasa Farsi benda ni dipanggil sbg dastar atau destar...
orang Melayu pon ada pakai jenis tu atas kepala dorang, dia mcm sejenis cover kepala...

ni style Turban North Africa... dorang ni orang2 Berber n Moorish (Spanish Arabs)...



kalau yg style tutup kepala arabian yg biasa org panggil kufiyya, mcm ini lah.... ada igal (pengikat kepala), boleh guna wat lindung muka dr pasir kalau ribut pasir....



satu lagi style dipanggil sbg 'ammaamah.... xjumpa lak gambar dia... nanti kita tepek kalu ada...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2010 06:25 PM | Show all posts
haaaa, ni sejenis Turban la jugak tp kat Nosantara ni....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2010 12:31 AM | Show all posts
Brihakshatra B. Manyu punya anak nama dia Hasti tinggal di Hastinapuram. Anak2 Hasti nama dorang Ajamidh, Dvimidh, n Purumidh.


Keturunan2 Hasti ni terbahagi tiga lah pulak............

Keturunan Ajamidh Hasti

Anak yang sulong nama Ajamidh ada anak2 yang menjadi Brahmin macam Priyamidh n yang terkenal lain lagi nama dia Brihdishu. Bini kedua Ajamidh nama dia Nalini melahirkan anak nama dia Neel.

Jadi keturunan pertama Ajamidh dari Priyamidh nama dia Bihdishu. Anak Brihdishu nama dia Brihatkaya. Brihatkaya ada anak nama Jayadrath. Jayadrath lak ada anak nama Vishad. N Vishad ada anak nama Senjith. Senjith plak ada empat anak iaitu Ruchirashva, Drihanu, Kashya, Vats Vatsa.

Ruchirashva B. Ajamidh pula ada anak nama dia Par n Par plak ada dua anak nama Prithusen n Neep. Neep ada 100 orang anak dan seorang daripadanya laki2 nama Brahmadat, emak Brahmadar ni anak pompuan Kritvi, n seorang Yogi. Brahmadatt menikah dengan Saraswati n mendapat anak nama Vishvaksena. Vishvaksena menulis Yoga Shastram. Anak laki2 Vishvaksena adalah Udaksvan n cucu Vishvaksena nama dia Bhalad.  

Anak Ajamidh B. Hasti dari bini dia Nalini yang nama Neel adalah Shanti namanya. Anak laki2 Shanti nama dia Sushanti. Sushanti ada anak nama Puruj. Puruj ada anak nama Ark. Ark dapat anak nama Bharmyashva.

Bharmyashva ada 5 orang anak laki2 iaitu Mudgal, Yavenar, Brihdishu, Kampilya, n Sanjaya. Mudgal punya keturunan jadi Brahmin n memulakan Gotram Mudgal Brahman. Bharmyashva pernah sebut bahwasanya 5 anak2 aku ini layak memerintah Panchalam (5 nagara) makanya mereka pon dipanggil sbg Panjal.   

Keturunan Dvimidh Hasti

Dvimidh B. Hasti ada anak nama Yaviinar. Yaviinar ada anak nama Kritiman. Kritiman ada anak nama Satyadhriti. Satyadhriti ada anak nama Dridhnemi. Dridhnemi dapat anak nama Suparshva. Suparshva dapat anak nama Sumati. Sumati punya anak nama dia Sanatiman. Sanatiman punya anak nama Kriti. Kriti ni dapat ilmu Yogi dari Hiranyanabha n mengarang enam Samhitas Prachyasam Ritcha.

Kriti pulak dapat anak nama Neep. Neep dapat anak nama Ugrayudha. Ugrayudha punya anak nama Kshemya. Kshemya pula ada anak nama Suvir. Kemudian kepada Hripunjaya (ni nama kerajaan lama dekat Tengah Thailand juga). Hripunjaya dapat anak nama Bhahurath.

Keturunan Purumidh Hasti

Purumidh x ada pewaris. Makanya waris Hasti banyaknya datang dr Ajamidh n Dvimidh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2010 01:40 AM | Show all posts
Kuru Wangsa

Lepas patah satu kaki Dvapar Yug, Sukeshi turon ke bumi n menikah dengan Kuru. Kuru membina Kurukshetram atau Padang Kuru sejauh 20 Yojana.

Lokasi negara Kuru ni ikot zaman2 epik sekitar abad ke-8 sampai ke-6 SM antara segitiga Thaneshvar, Hissar, n Hastinapuram dengan dibezakan tiga nama2 yg berlainan merujuk satu tempat jugak iaitu Kuru Jangala bersamaan Rohtak, Hansi, n Hissar. Kururashtram yang betul2 terletak antara Sg. Gangga n Sg. Yamuna, ibu kota dia di Hastinapuram. Dan yang ketiga Kurukshetram, dengan wilayahnya Thaneshvar, Kaitha n Karnal.

Sluroh kerajaan secara umomnya hampir2 nak sama dengan kedudukan Thanesar, Delhi, dan bahagian terbesar Doab di utara lembah Gangga pd zaman moden ini. Sungai2 Aruna, Ashumati, Apaya, kausiki, Sarasvati, n Drishadvati (Rakshi) semua cecah kerajaan Kuru.

raja Kuru katanya memerintah selama 12, 000 tahon. Kuru ada anak nama dia Jhanu. Jhanu ada anak nama Surath. Surath mempunyai anak nama Viduurath. Vidurath ada anak nama Sarvabhaum. Lepas Sarvabhaum diganti anak dia Jayasena. Jayasena diganti Arnav yang memerintah pula selama 12, 000 tahon sampai meluaskan kerajaannya ke empat penjuru lautan. Kemudian anaknya nama Ayutayu mengganti takhta memerintah selama 10, 000 tahon. Ayutayu diganti anak namanya Akrodhan. Akrodhan diganti anak nama Riksh. Rikhs diganti anak nama Bhiimsena. Bhimasena diganti anak nama Dilip. Dilip diganti anak nama Prathip yg memrintah selama 5, 000 tahon. Kemudian Prathip diganti anaknya nama Shantanu memerintah lamanya 1, 000 tahon.

Anak Shantanu nama Vichitravirya pula menggantinya lepas mangkat memerintah 200 tahon lamanya. Anak sulong Shantanu nama dia Bhisma tapi dia sudah angkat sumpah x mo pegang takhta maka takhta terpaksa serah pd adik laki2nya Vichitravirya. Kemudian kerajaan Kuru dipimpin pula oleh anak Vichitravirya namanya Pandu. Pandu perintah selama 500 tahon. Lepas Pandu masuk ke zaman Yuddhishthir yg memerintah lamanya 50 tahon.

Takhta Kuru kemudian jatuh ke tangan Duryodhana n dia ni adalah anak kepada Dhritrashtra. Duryodhan memerintah selama 60 tahon sebelom dibunoh oleh Bhimasena, adik kepada Yuddhishtir di Kurukshetram.

zaman2 purba dikatakan bahawa orang2 Daitya pernah dibunoh ramai2 oleh para dewa. Bg yg tak paham Daitya ni binatang apa. Daitya ni adalah keturunan Maharishi Kahsyapa dengan Diti. Diti ni dewi Bumi lah, n ibu jugak kepada Marut dengan berbapakan dewa Rudra. Marut ni jenis dewa2 ribut n pembantu kepada dewa Indra.

Berbalik kepada Daitya ni, dorang adalah bangsa gergasi. Dalam kitab2 lama macam Merong Mahawangsa pon ada sebut rujukan pasal gergasi kan? tp x tahu la cognate ke tidak dengan gergasi dalam sumber2 Hindu ini lagipon aku sniri alaupon bukan penganut Hindu percaya kitab Mahabharata ni bukan semata2 epik sahaja tetapi rakaman sejarah panjang bangsa2 India.

Daitya ni selalu perang dengan dewa-dewa sb dorang rasa cemburu dengan sedara x sama bapak dorang iaitu para Marut. Antara Daitya yg terkenal macam lah Hiranyakashipu, Bali, n Hiranyaksha. Kadang2 dorang ni dipanggil gak sbg asura makna dia anti-god lah sb sura maksud dia god. lain2 jenis asura adalah mcm kaum Danava.

Lepas para Daitya dibunoh dewa-dewa, maka roh mereka pon menjelma semula dalam kerajaan Kuru bawah perintah raja Shantanu sbg rakyat2. Kerajaan Kuru pimpinan Shantanu dimusnahkan angkatan tentera Dhuryodhan. Dewi Prithvi pergi jumpa dewa Indra n kemudian Hari (nama lain dewa Vishnu). Hari kemudian ambil jelmaan Vasudeva B. Shurasena n menjelma kat rumah Devaki. Vasudeva dok atas Prithvi (Bumi) selama 135 tahon sebelum ke Gaulok (dunia lembu), n Vasudeva ni adalah bapak kepada Krishna dr dinasti Yadava n Vrishni.

Puranna yang lain2 ceritakan umor Krishna berbeza2. Mahabharata, Bhagavat Gitam, Hariwangsa, Vishnu Puranna, Brahma Vaivartta n Garg Samhita menceritakan kisah hidup Krishna secara lengkap la jugak. Kebanyakan kitab kata umor Dia adalah 125 tahon. Dewa Vishnu Narayana ambil jelmaan sbg Krishna pada penghujung patahan kaki keempat bagi Dvapar Yug.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.080907 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list