CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL : MISTERI MIMPI SYAKILLA (TAMAT)

[Copy link]
Post time 16-1-2016 06:47 PM | Show all posts
apa yg berlaku kat syakilla??....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2016 12:22 AM | Show all posts
LANGKAH aku terhenti sebaik terpandang satu bangunan batu lusuh yang agak kesuraman suasananya. Pokok menjalar penuh di dinding yang sudah retak dan tidak berupa bangunan sempurna lagi. Jantung aku berdegup kencang. Apa yang terpampang di depan mata aku ini adalah apa yang aku lihat dalam mimpi aku. Bangunan lama yang penuh dengan pokok menjalar dan di situlah juga aku berjumpa dengan Mas Syakilla sekali lagi. Bukan lagi di rumah putih seperti dalam mimpi sebelum ini.

"Sham..kenapa?" Lengan aku dicuit Lan.

Aku tidak menoleh pada Lan, mata aku masih melekat pada bangunan tinggal itu. Lelaki tua tadi sudah menapak masuk ke dalam bangunan. Ajoi dan Sopi pula tidak berenggang dari tadi, sejak dari halaman rumah Tok Pat lagi. Aku tak sangka, bangunan tinggal dalam  mimpi aku benar-benar wujud dan ianya tidak jauh dari rumah aku dan rumah nenek dan apa yang lebih aku tak sangka, rupanya ada bangunan seperti itu di hujung kampung aku yang sudah seperti hutan. Tiada satu rumah pun di tempat ini. Aku menarik nafas panjang.

"Aku tahu..kau pernah nampak tempat ni kan?"

Aku terkejut. Kata-kata lelaki tua itu yang sedang berpaling ke arah cukup membuatkan jantung aku mengepam laju. Lelaki tua itu bukan orang biasa, lelaki tua itu penuh dengan ilmu aku rasa. Sorotan matanya dan gaya percakapannya amat berlainan. Walaupun berpakaian seperti lelaki tua biasa di kampung, aku pasti lelaki tua itu yang aku belum tahu lagi namanya mempunyai ilmu seperti Tok Pat. Apa yang aku tahu, dia lelaki keturunan Siam berdasarkan slang pelat lidahnya ketika berkata.

"Sham...kau pernah datang ke tempat ni?" Sopi pula cuit bahu aku.

"Tak...aku jumpa dalam mimpi.." Aku menutur lemah. Mata masih melekat pada bangunan buruk itu. Hati aku berdebar kuat ketika ini.

"Dah..jom masuk. Tu..pakcik tu dah masuk.." Ajak Lan sambil menarik tangan aku.

Sebaik melangkah masuk, banyak timbunan daun kering dan ranting hampir memenuhi lantai marmar bangunan itu. Segenap ruang di dalam bangunan itu seperti sebuah banglo lama yang ditinggalkan. Sebuah banglo yang amat besar. Aku cuba amati warna dinding yang sudah pudar teruk. Aku menelan liur. Warna asalnya memang putih. Apakah banglo itu yang aku selalu mimpi selama ini?

"Pakcik..bangunan ni...banglo ke?" Aku beranikan diri bertanya.

Lelaki tua itu hanya mengangguk. Aku semakin berdebar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2016 12:02 PM | Show all posts
heheh...nk tepek lagu best dari filem Bajrangi Bhaijaan...menangis sorang2 tgk citer ni...
ketawa part salman lurus bendul tu..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2016 11:21 PM | Show all posts
"Sham...kau mimpi bangunan buruk ni ke?" Sopi mendekati aku. Pucat mukanya saat dia bertanya.

"Ya...kali terakhir aku mimpi jumpa Mas Syakilla yang pakai baju putih dan selendang..suasana tempat tu lebih kurang macam nilah.."Jawab aku sambil mata meliar melihat sekitar bangunan.

"Err...pakcik, apa sebenarnya yang pakcik nak tunjuk?" Aku beralih pada lelaki tua tadi yang kelihatan mula menghampiri satu tempat seakan sebuah bilik.

Aku lihat lelaki tua tadi menguis daun kering dan ranting serta pokok menjalar dari lantai marmar putih. Perlahan aku mendekati lelaki itu lalu turut sama mencangkung di sebelahnya. Ajoi, Sopi dan Lan mengikut jejak aku.

"Di sini....mayat seorang perempuan ditanam di sini.." Lelaki tua itu menunjukkan ke satu arah.

Aku terdiam. Lan pandang aku dengan riak curiga. Ajoi dan Sopi pula saling berpandangan dengan wajah pucat. Aku tahu apa yang dikatakan oleh lelaki tua tadi tidak masuk akal.

"Mayat siapa pakcik?" Tanpa berlengah, aku bertanya. Aku perlu tahu apa yang berlaku sebenarnya dan apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu tentang perjanjian telah selesai. "dan..tadi, pakcik cakap, perjanjian dah selesai. Perjanjian Tok Merah dengan siapa?"

"Emm...Tok Merah memang ada buat perjanjian. Tok Pat yang menjadi pengantara perjanjian tu. Perjanjian dengann jin. Ilmu yang Tok Merah tuntut itu perlukan syarat seorang nyawa perempuan yang beranak sulung. Pakcik pasti, perempuan yang jadi mangsa korban perjanjian tu adalah anak kepada Tok Tamim." Balas lelaki tua.

Kali ini aku terasa lidah aku beku, kelu. Seolah peti suara aku ditutup dengan batu besar. Agak lama aku berdiam diri. Tidak tahu apa yang harus aku balas kata-kata lelaki tua tadi. Jika benar apa yang diberitahunya sebentar tadi, bermakna kata-kata nenek memang benar. Nenek bermimpi berjumpa Atuk dan dalam mimpi itu, Atuk beritahu nenek apa yang dia sudah lakukan pada Mas Syakilla. Ya Allah...kenapa sampai begitu sekali atuk sanggup mengikut telunjuk syaitan?? Sehingga nyawa anak kawan baik sendiri diambil dan  dijadikan korban!!

"Sham..."

Aku tersentak. Rupanya jauh aku mengelamun. Bahu aku terasa disentuh. Tangan kasar dan berkedut lelaki tua itu melekat di bahu aku. Aku cuba mengukir senyum. "Pakcik...macam mana pakcik tahu atuk saya yang bunuh Mas Syakilla? Perjanjian tu..macam mana pakcik tahu?"

Lelaki tua itu mula bangun dan duduk di atas pecahan batu dinding di sudut bilik. Dia melepaskan keluhan berat. Parang kecil di pinggangnya ditarik keluar dan diusap dengan hujung jari sebelum disisipkan semula di ikatan kain pelikat di pinggangnya. Aku hanya memerhati saja tingkah lelaki tua itu. Kali ini lelaki tua itu mengeluarkan sesuatu dari kantung bajunya.

"Aku ada masa perjanjian tu.."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 01:11 AM | Show all posts
Aku menunggu penuh sabar apa yang ingin lelaki tua itu katakan. Tidak berkelip tubir mata aku menghala ke arah seraut wajah tua yang sudah dimamah usia. Seraut wajah yang menyimpan seribu satu rahsia bagi aku.

"Tok Merah inginkan  ilmu ghaib, ilmu kebal dan paling yang dia nak, ilmu tembus. Ni bukan ilmu tembus suci tapi ilmu tembus yang menjurus kepada amalan syaitan. Aku tahu, Tok Merah banyak ilmu. Malah ilmu tembusnya dulu setara dengan Tok Tamim. Aku rasa kau pun tahu pasal kehebatan Tok Merah dan Tok Tamim beramal. Keduanya hebat dalam ilmu tembus tapi sayang, Tok Merah tamak. Sanggup putus sahabat semata-mata tamak dalam menuntut ilmu." Lelaki tua itu berhenti sejenak. Sebatang rokok daun diambil dari kantung dan dinyalakan dengan pemetik api. Rakus dia menyedut nikotin.

"Ilmu tembus yang lebih layak dipanggil ilmu mata hati, ketajaman mata batin sampai peringkat ilmu meraga sukma, ilmu tertinggi dalam melihat alam ghaib. Kalau ikut Islam, hanya para wali yang memiliki ilmu itu dengan putih. Tapi...Tok Merah telah menyalahgunakan ilmu tu." Sekali lagi lelaki tua itu menyedut asap rokok lalu dihembus tinggi.

Aku masih setia menadah telinga. Ajoi, Sopi dan Lan dari tadi ternganga mulut khusyuk mendengar cerita dari lelaki tua itu.

"Syarat untuk dapat ilmu tertinggi tu, macam yang aku beritahu tadi. Tok Merah setuju dan dia minta bantuan Tok Pat. Tok pat hanya jadi pengantara antara Tok Merah dan jin." Sambung lelaki tua lagi.

Kali ini aku meraup muka. Jauh tersesat atuk aku rupanya. Patutlah saat kematiannya terlalu banyak benda yang sukar. Perginya begitu payah. Terjerit melolong tengah malam, badan membahang panas.

"Jadi...atuk saya bunuh Mas Syakilla dan tanam kat sini?" Aku beranikan diri bertanya.

Lelaki tua itu mengangguk perlahan. Rokok daun yang sudah tinggal separuh ditenyeh pada kepingan batu. Kali ini dia keluarkan  sesuatu yang cuba ditunjukkan kepada aku tadi.

"Ini...minyak dagu Mas Syakilla dan ini darah Mas Syakilla yang sudah dicampur dengan darah babi hutan. Tok Merah yang beri pada aku sebelum dia meninggal dunia."

Aku capai botol kecil seperti botol minyak atar itu dari tangan lelaki tua tadi. Sebotol lagi yang mengandungi minyak dagu, Lan yang pegang. Jantung aku semakin laju mengepam. Aku boleh bayangkan perasaan Mas Syakilla saat nyawanya diambil Tok Merah. Agaknya apa perasaan Syakilla sendiri jika dia dapat tahu apa yang berlaku sebenarnya pada mak kandungnya selama ini.

"Aku tak boleh simpan benda tu sebab syaratnya hanya keturunan Tok Merah saja yang boleh hapuskan benda tu. Jadi, kau yang kena hapuskan." Ujar lelaki tua itu, mata tepat memandang aku.

Aku menelan liur.

"Pakcik, tadi pakcik cakap, ada orang nampak kelibat Tok Pat balik rumah dia, errr...dia mati sebab apa?" Lan mengubah topik.

"Biasalah..kalau dah amalkan ilmu hitam walaupun dia banyak tolong orang berubat penyakit misteri.." balas lelaki tua.

Aku perasan sorotan mata lelaki tua itu seperti menyimpan rahsia tentang Tok Pat. Kematian Suri aku ceritakan pada lelaki tua itu dengan harapan dia mendedahkan perkara sebenar kepada aku.

"Emm...itu bukan kerja Mas Syakilla. Bukan juga Tok Pat...."

"Jadi angkara siapa?" Terus aku bertanya. Takkan angkara atuk aku? Mana mungkin atuk aku bunuh cucu sendiri??

Lelaki tua itu kali ini mula berdiri. Dia betulkan kain pelikat yang dipakai dan menapak ke tempat lantai marmar yang dikatakan tempat mayat Mas Syakilla ditanam. Seketul batu besar dicapai dari arah kiri lalu diketuk kuat ke lantai. Lantai yang sudah uzur begitu senang menjadi retak dan merekah.

"Aku nak korang uruskan mayat ni dengan baik. Ikut agama Islam." Sekali lagi batu besar itu dihentak ke lantai sehingga berlubang.

Terbuntang melihat rangka tersembul dari lubang tadi. Ajoi dan Sopi sudah mula mendekati Lan. Berhimpit macam biasa. Aku merapati lelaki tua itu yang masih mengetuk lantai marmar sehingga berlubang besar, cukup untuk menarik rangka tadi dari lubang itu. Rangka itu ditarik perlahan dan diletakkan di atas lantai.

"Masukkan dalam plastik hitam ni.." Satu plastik hitam yang dibawa tadi dihulur kepada aku.

Terketar-ketar aku memegang rangka itu dan masukkan ke dalam plastik hitam setelah adegan tolak menolak dengan Ajoi, Lan dan Sopi yang tidak berani menyentuh rangka milik Mas Syakilla. Terpaksalah aku yang berpura-pura berani ini menyudahkan kerja itu. Tenungan tajam lelaki tua itu cukup menakutkan bagi aku.

"Sekarang ni, uruskan dengan cara Islam. Aku tahu, rohnya tidak tenteram selagi tidak diuruskan dengan baik." kata lelaki tua itu lagi.

Aku ikat plastik hitam dengan akar pokok menjalar. "Err..minyak dagu dan darah ni nak hapuskan macam mana?" Sempat aku bertanya. Tak ingin aku menyimpan benda syirik dan misteri itu.

Lelaki tua itu tidak menjawab sebaliknya dia melangkah pergi meninggalkan bangunan itu. Aku dan yang lain cepat-cepat mengekor. Untuk apa berada lama-lama di situ. Sudahlah hari semakin senja. Meremang tengkuk dan bulu roma. Tapi aku dapat merasakan yang lelaki tua itu seperti dapat tahu sesuatu. Mata aku meliar melihat sekitar. Gulp!! Sosok tubuh seorang perempuan berbaju kurung putih dan berselendang berdiri di tepi lubang yang digali tadi.

"Ya Allah!!" Aku tiba-tiba menjerit.

"Cepat keluar dari sini!!" Laung lelaki tua itu yang sudah melangkah laju menuju ke arah jalan kecil.

Laju aku mengatur langkah. Mulut kumat kamit membaca ayat Qursi dan apa juga ayat yang terlintas di otak aku. Lan, Ajoi dan Sopi terpinga-pinga dengan tindakan aku tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 07:23 AM | Show all posts
Ipo replied at 18-1-2016 05:11 AM
Aku menunggu penuh sabar apa yang ingin lelaki tua itu katakan. Tidak berkelip tubir mata aku mengha ...

dh habis ke @Ipo?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2016 09:44 AM | Show all posts
Ipo, tahukah anda Siti Rosmizah Publication ada membuat pertandingan menulis novel seram yg bakal ditutup pd 31 jan ini.

JADI, sila jgn tamatkan cerita anda. Panjangkan lagi sehingga februari supaya tak ada yg cilok dan htr ke SRP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 10:43 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 18-1-2016 08:44 AM
Ipo, tahukah anda Siti Rosmizah Publication ada membuat pertandingan menulis novel seram yg bakal di ...

oh ya ke?...

kalau mcm tu alkisahnya..........................................................................citer ni akan disambung lepas CNY
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2016 11:43 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 18-1-2016 10:56 AM
reeny replied at 12-1-2016 10:54 AM
reen mmg suka baca citer seram..

adeehh!!! camner boleh lupa nk save pulak tu... penat la kalo  ...

entah ler..tapi dah siap separuh...dan kali ni dah save.....
dah hantar pun...
ada lagi separuh...........huhuhu.....kali ni dah berhati2..dan semak semula report tu...
nk kena siapkan sebelum ke Sibu semula..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 12:00 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 18-1-2016 09:44 AM
Ipo, tahukah anda Siti Rosmizah Publication ada membuat pertandingan menulis novel seram yg bakal di ...

patut tak aku bagi tacang utk cadangan bijak lagi bernas nih?
(moga2 ipo tak lari lagi... qu puteh qu puteh baru lah puteh.. eh eh eh )
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 12:19 PM | Show all posts
Ipo replied at 18-1-2016 11:43 AM
entah ler..tapi dah siap separuh...dan kali ni dah save.....
dah hantar pun...
ada lagi separuh. ...

ipo kena outstation ke Sibu ker? berapa lama?

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 03:59 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 18-1-2016 12:00 PM
patut tak aku bagi tacang utk cadangan bijak lagi bernas nih?
(moga2 ipo tak lari lagi... qu pute ...

Patut!!!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 05:30 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 18-1-2016 04:37 PM
cmf_conan replied at 18-1-2016 11:00 AM
patut tak aku bagi tacang utk cadangan bijak lagi bernas nih?
(moga2 ipo tak lari lagi... qu pute ...

errr...motip tetiba ada qu puteh?nasiblah aku akan sambung lepas CNY...
ada nak masukkan kisah benar lagi endingnya...bukan pengalaman aku tapi pengalaman ipar adik aku...seram wei...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 05:31 PM | Show all posts
reeny replied at 18-1-2016 11:19 AM
ipo kena outstation ke Sibu ker? berapa lama?

ha'a reeny.....on off..sampai May..dua tiga hari je sekali pergi..
nak cari buah lenggeng..sedap


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 06:50 PM | Show all posts
Ipo replied at 18-1-2016 05:30 PM
errr...motip tetiba ada qu puteh?nasiblah aku akan sambung lepas CNY...
ada nak masukkan kis ...

masa taip 'moga2' teringat pamoga
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 08:56 AM | Show all posts
Ipo replied at 18-1-2016 05:31 PM
ha'a reeny.....on off..sampai May..dua tiga hari je sekali pergi..
nak cari buah lenggeng..sedap{ ...

padat jugak masa ipo..

buah lenggeng tu buah apa?? 1st time dengar nie..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 08:59 AM | Show all posts
Ipo replied at 18-1-2016 05:30 PM
errr...motip tetiba ada qu puteh?nasiblah aku akan sambung lepas CNY...
ada nak masukkan kis ...

tk sabar nk tunggu episod selanjutnya... selalunya buah tangan ipo mmg terbaek dan tak menghampakan pembaca mcm reen...TQ ipo

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2016 09:45 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-1-2016 08:49 AM
reeny replied at 19-1-2016 07:56 AM
padat jugak masa ipo..

buah lenggeng tu buah apa?? 1st time dengar nie..

ini ha buahnya....rasa macam buah rambutan...
sedap...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 10:15 AM | Show all posts
Ipo replied at 19-1-2016 09:45 AM
ini ha buahnya....rasa macam buah rambutan...
sedap...

uikkksss!!!... nmpk pun mmg cam sedap tu... buah nie bermusim ke ipo? boleh dpt kat area mana?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2016 01:31 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 11-2-2016 04:20 PM
reeny replied at 19-1-2016 09:15 AM
uikkksss!!!... nmpk pun mmg cam sedap tu... buah nie bermusim ke ipo? boleh dpt kat area mana?

beli kat pasar besar sibu...
katanya buah ni dari Kapit ...
entah lerr...bermusim ke tak dak musim




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.082832 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list