CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bianglala

Borak BRP - Edisi 9 - Tengkujuh Melanda Kemarau Rindu

 Close [Copy link]
Post time 13-5-2014 09:28 PM | Show all posts
amiraira posted on 13-5-2014 04:06 PM
Biar la ann dia dgn dunia dia
Akak dgn dunia akak

tu la.. tayah amek peduli hal org camtu kan?..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2014 09:28 PM | Show all posts
intan_smsb posted on 13-5-2014 09:27 PM
Setakat ni sihat.. alhamdulillah

alhamdulillah... mesti saiz seluar 29 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
bianglala posted on 13-5-2014 08:46 PM
khamis ni ke last episod?

Rasanya lah.. tu byk konflik
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 09:28 PM | Show all posts
amiraira posted on 13-5-2014 04:07 PM
Tu pn dh kira best knnnn......

betul tu.. setiap 1 kedits amat bernilai ntuk kita..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 09:29 PM | Show all posts
bianglala posted on 13-5-2014 09:28 PM
alhamdulillah... mesti saiz seluar 29 ni..

uish.. sape saiz suar 29 tu?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 09:29 PM | Show all posts
intan_smsb posted on 13-5-2014 09:28 PM
Rasanya lah.. tu byk konflik

muka yang berlakon emak izzue islam tu, macam muka kawan kita je. hehe.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2014 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ip_lepat posted on 13-5-2014 08:48 PM
jalan makan angin, biasa le.
ingat raya nnt nk kesana jgk..

Kata ramai nak g juga ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 09:30 PM | Show all posts
anniez08 posted on 13-5-2014 09:29 PM
uish.. sape saiz suar 29 tu?..

seluar intan. kita teka je.. N saiz 27 ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2014 09:30 PM | Show all posts
bianglala posted on 13-5-2014 09:27 PM
eceh... nak cuba try test jadi pesawah?

dah tkde keja sini.. try le dulu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 09:31 PM | Show all posts
intan_smsb posted on 13-5-2014 09:30 PM
Kata ramai nak g juga ke

pegi lagi sehari sblm raya.
tido kat sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 09:32 PM | Show all posts
ip_lepat posted on 13-5-2014 09:30 PM
dah tkde keja sini.. try le dulu

bukan hang tu putera lilin ke? berpanas sangat nanti, pitam pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 09:33 PM | Show all posts
bianglala posted on 13-5-2014 09:32 PM
bukan hang tu putera lilin ke?  berpanas sangat nanti, pitam pulak.

kat org lain mmg sedap
putera lilin le.. itu ini le..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 09:36 PM | Show all posts
amiraira posted on 13-5-2014 04:08 PM
Ya....
Akak tahu pas solat je
Ade masa2 ek

ni n amek dari JAKIM

credit to: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Doa Yang Jarang Di tolak Oleh Allah
Ramai yang berdoa tetapi adakah kita pasti doa kita diterima oleh Allah? Sama seperti solat hajat, kita hanya buat solat hajat hanya apabila memerlukan sesuatu. Tidak semua, mungkin hanya sesetengah daripada kita sahaja. Contoh yang paling mudah jika kita mengisi borang untuk mendapatkan sesuatu, permohonan tersebut tidak semestinya terus diterima. Ia perlu melalui proses tertentu. Sama juga seperti doa. Kita selalu mengeluh kerana doa kita tidak diterima oleh Allah. Tetapi pernahkah kita terfikir berkenaan dengan adab berdoa?

Terdapat beberapa waktu berdasarkan beberapa riwayat di mana doa kita jarang ditolak oleh Allah. Antaranya :
Doa Ketika Hujan Lebat
Rasulullah bersabda : "Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan". Hujan membawa rahmat kepada manusia dan kehidupan lain. Manusia perlukan air untuk diminum dan tumbuhan perlukannya untuk tumbesaran. Imam Nawawi memberitahu doa pada waktu ini jarang ditolak kerana turunnya rahmat terutama curahan hujan pertama di awal musim.
Doa Ketika Mendirikan Solat Fardu
Sabda Rasulullah ini menggambarkan afdalnya berdoa saat ini : "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun." (Riwayat Abu Daud)

Doa Apabila Bilal Selesai Azan
Kita sepatutnya melazimi diri berdoa pada waktu ini sementara menunggu iqamat yang akan diucapkan oleh bilal. Dengan demikian, doa kita tidak akan ditolak oleh Allah berdasarkan apa yang disebut oleh Rasulullah. Baginda bersabda : "Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamat." (Riwayat Abu Daud  dan al-Baihaqi)

Doa Ketika Sujud
Rasulullah bersabda : "Seorang hamba paling hampir kepada Tuhannya adalah ketika dia sujud, maka kamu perbanyakkanlah doa." (Riwayat Muslim An-Nasa'i, Abu Daud dan Ahmad). Ketika bersujud kepada Allah, dahi kita mencecah lantai, maka Rasulullah memberi tunjuk ajar kepada kita supaya memperbanyakkan berdoa kerana waktu ini kita terlalu hampir dengan Allah.

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah, bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

    Berdoalah dengan suara yang lembut

Doa adalah ditujukan kepada Allah yang Maha Mendengar. Apa sahaja doa kita akan didengari Allah. Oleh yang demikian tak perlulah kita mengeraskan suara.

    Berdoa dengan penuh yakin

Hendaklah berdoa dengan penuh yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan. Dari Anas r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda”: “Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah: “Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.” H.R. Anas r.a.

    Memohon Sebanyak Tiga Kali

Ulangilah doa sebanyak 3 kali. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas’ud berkata: Baginda Rasulullah s.a.w. jika berdoa, baginda berdoa sebanyak tiga kali, dan jika baginda memohon baginda memohon sebanyak tiga kali. H.R Bukhari dan Muslim

    Bersalawat Kepada Nabi s.a.w.:

Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

    Menghadap qiblat.

Dari Abdullah Bin Mas’ud r.a., katanya: Nabi Muhammad s.a.w. menghadap ke Ka’bah, lalu beliau berdoa mengutuk beberapa orang dari golongan Quraisy. H.R. Bukhari dan Muslim

    Mengangkat Kedua-dua Belah Tangan Sambil Berdoa

Abdullah Bin Omar (ra) berkata: Nabi Muhammad SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdoa: Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali). (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)

Dalam hadis lain, berkata Abu Musa: Kemudian baginda Rasul s.a.w. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu beliau berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Bin ‘Amir, dan aku melihat keputihan ketiak baginda. (HR Imam Bukhari)

    Berwudhu’ Sebelum Berdoa

Berkata Abu Musa ra: Sebelum ‘Ubaid Abu ‘Amir meninggal dunia, dia telah berpesan kepada aku agar aku menyampaikan salamnya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan memohon doanya agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Ketika pesanan tersebut aku sampaikan kepada baginda Rasul s.a.w. lalu baginda menyuruhku agar mengambil sebekas air untuknya. Kemudian beliau berwudhu’ dan mengangkatkan kedua-dua tangannya sambil berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Abi ‘Amir; dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Abi ‘Amir dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa: Ya Allah, jadikanlah dia pada Hari Kiamat sebagai orang yang mulia mengatasi kebanyakan makhluk-Mu. Lalu akupun berkata: Mohon ampunan jugalah untuk aku ya Rasulullah. Kemudian baginda berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa dosa Abdullah Bin Qais Abu Musa, dan masukkanlah dia ke dalam tempat masuk yang mulia pada Hari Kiamat. HR Imam Bukhari dan Imam Muslim

    Berdoa Sambil Menangis

Dari Abdullah Bin ‘Amr Bin Al ‘Ash r.a, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. membaca ucapan Nabi Isa a.s.: Ertinya: “Sekiranya Engkau seksakan mereka sesungguhnya mereka adalah hamba hamba-Mu, dan sekiranya Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana”. (Al Maidah: 11)

Lalu Rasul s.a.w. menganqkat kedua-dua tangannya dan berdoa: “Ya Allah, umatku, umatku “, (sambil baginda menangis). Selanjutnya Allah s.w.t. berfirman kepada Jibril (a.s.): Hai Jibril, pergilah engkau kepada Muhammad, dan katakan kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan meredainya dan umatnya, dan kami tidak akan menyusahkan kamu “. (HR Imam Muslim)

    Berdoa Dengan Merendah Diri

Allah s.w.t. menceritakan tentang keadaan para Nabi ketika mereka memohon kepada-Nya, antaranya: “Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: (“Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang.” (Al Anbiyaa: 83)

“Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik”. (Al Anbiyaa: 89)

    Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab

Ada beberapa waktu berdoa yang mustajab menurut hadis dan al-Quran. Antaranya ialah ketika berpuasa, ketika sebelum berbuka, ketika hujan lebat, selepas berzikir dan sebagainya. Doa orang yang teraniaya atau dizalimi juga dimakbulkan, oleh yang demikian, janganlah kita menganiayai sesiapa sahaja.

Allah s.w.t. telah menetapkan beberapa waktu atau masa yang sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara lain: Pada malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat waktu dan pada waktu bersujud dalam sujud rakaat terakhir (doa dalam hati. tanpa mengeluarkan suara.)

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: Do’a yang manakah yang paling didengar (diterima)? Jawab baginda: (Do’a) akhir malam dan setelah solat wajib. H.R. At-Tarmizi – Sahih

Doa Pada Sepertiga Akhir Malam Sangat Makbul. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah (Yang Maha Suci Lagi Agung) turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Dia berfirman: “Barangsiapa mendoa kepada-Ku, akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Kuberi dia. Siapa yang minta ampun, akan Kuampuni dia.” H.R. Bukhari.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 09:36 PM | Show all posts
ip_lepat posted on 13-5-2014 09:33 PM
kat org lain mmg sedap
putera lilin le.. itu ini le..

yela...nanti wa kena pulak sponsor lidah buaya satu kereta sorong..



Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 09:37 PM | Show all posts
bianglala posted on 13-5-2014 09:36 PM
yela...nanti wa kena pulak sponsor lidah buaya satu kereta sorong..

jadi ke? d800 sedap jgk pakai
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 09:37 PM | Show all posts
bianglala posted on 13-5-2014 09:30 PM
seluar intan. kita teka je.. N saiz 27 ke?

da dekat2 arr tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2014 09:39 PM | Show all posts
ip_lepat posted on 13-5-2014 09:37 PM
jadi ke? d800 sedap jgk pakai

wa tengah aim instax wide 210 ... siannnn wa, tu je yang mampu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 09:39 PM | Show all posts
anniez08 posted on 13-5-2014 09:37 PM
da dekat2 arr tu...

huyooo... kurusnya.

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 09:40 PM | Show all posts
bianglala posted on 13-5-2014 09:39 PM
huyooo... kurusnya.

manade kurus.. demut je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2014 09:42 PM | Show all posts
anniez08 posted on 13-5-2014 09:40 PM
manade kurus.. demut je...

yeke demokkkk?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.431240 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list