CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: afja

zakat pendapatan

[Copy link]
Post time 27-12-2010 04:44 PM | Show all posts
zakat macam bayar incometax jugak... ada rebet2 tertentu utk perlepasan diri... contoh, utk diri sen ...
tokwan_jantan Post at 22-12-2010 13:59


rebate ni fatwa siapa? fatwa krjn sesebuah negara or fatwa jumhur ulama?
another thing, klu di Msia, cukai pendapatan klu tak silap mrk yg bpdptn di bwh RM1500 tak perlu byr income tax sbb dianggap golongan yg bpdptn rendah. so bgmn dgn zakat pdptn?  golongan bpdptn yg bgmn yg dianggap golongan pdptn rendah? ada beza tak mrk yg bergaji RM1500 tapi anak sorang vs mrk yg anak 7 org?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2010 09:34 PM | Show all posts
rebate ni fatwa siapa? fatwa krjn sesebuah negara or fatwa jumhur ulama?
another thing, klu di ...
tobby Post at 27-12-2010 16:44



alaa...  kau pedulikanla orang nak bayar zakat apa pun.  dia nakat zakat gaji ke, zakat mlm ke, kalau kau rasa tak perlu, kau tak payah bayar zakat.  lantak orang lain nak bayar.  gomen nak bagi rebate pun kau jangan peduli.  kalau kau peduli, kau undi parti lain pulak nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 09:37 PM | Show all posts
maaf nk tnya..zakat pendapatan ni..
kalau gaji kita dah cukup bayar hutang dan segala perbelanjaan  ...
mummychiaz Post at 21-12-2010 11:02


setahu saya, zakat pendapatan bukan pendapat jumhur ulamak.  sebab ramai yang kata tak perlu termasuk harussani.  tapi kalau nak bayar atas sebab keyakinan, tak jadi masaalah jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 03:33 AM | Show all posts
sepatutnya org yg gaji RM1500 dgn anak 7 layak terima zakat. dah consider miskin sangat tu utk suasana harga barang, sewa rumah & kos hidup kat Msia nih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 05:49 AM | Show all posts
maaf nk tnya..zakat pendapatan ni..
kalau gaji kita dah cukup bayar hutang dan segala perbelanjaan  ...
mummychiaz Post at 21-12-2010 11:02


jgn terkejut ada ustaz (yg pegang kuat mazhab syafie) yg tegas mharamkan zakat pendapatan & menyatakan ianya sebagai batil ,zalim lagi menzalimi.


http://almalakawi.wordpress.com/2010/09/05/hukum-mengambil-zakat-pendapatan-2/
Mengambil zakat pendapatan adalah haram kerana tak perlu mengambilnya dengan sebab yang akan datang, lagi pula menzalimi orang yang diwajibkan mengeluar zakat pendapatan. Sekiranya orang yang makan gaji/berpendapatan tetap, ada simpanan duit yang sampai nisab maka dia wajib zakat simpanan apabila sampai hol (cukup setahun) dan sekiranya di dalam hitungan sampai nisab tetapi dalam simpanan tidak ada nisab dan terkadang orang ini tidak cukup gajinya/pendapatannya untuk perbelanjaan diri dan orang yang di bawah tanggungannya maka orang yang mewajibkan zakat pendapatan telah menganiayainya dan menzaliminya.

ولاتأكلوا أموالكم بينكم بالباطل
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, al-Baqarah 188

Pekara yang wajib zakat hanya lima pekara
1. Binatang ternakan yang cukup nisab dan cukup tahun.
2. Emas dan perak yang cukup nisab dan cukup tahun (zakat simpanan). Duit simpanan wajib zakat kerana ianya ganti emas. Zakat galian, dan rikaz yang sampai nisab keduanya.
3. Tanaman bijirin, yang cukup nisab.
4. Buah tamar dan angur yang cukup nisab.
5. Harta perniagaan yang cukup nisab dab cukup tahun.
.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 10:12 AM | Show all posts
zakat pendapatan ni dah difatwakan oleh majlis fatwa negeri-negeri di Malaysia sebagai wajib... jadi kita sbg rakyat kpd negeri berkenaan, ikut shjlah... bukanlah mentaati pemerintah itu dituntut oleh Islam... apatah lagi pemerintah yg menganjurkan suatu kebajikan kpd rakyatnya...

zakat ni dia kira nisab... kalau baki pendapatan tu lebih dpd nisab, kenalah zakat... nisab zakat pendapatan sama dgn nisab emas/perak... iaitu 85g emas... sekarang emas satu gram RM150... RM150 x 85 = RM12,750... kalau baki pendapatan setelah rebet tadi lebih dpd jumlah nisab tersebut, kenalah zakat... kalau kurang, tak kenalah zakat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2010 10:30 AM | Show all posts
Sy tk layak byr income tax lg tiap tahun declare sbb ank2 bwah saya
sunsuria3 Post at 6-1-2010 14:44


persoalan yg bagus. bgmn dgn zakat pdptn?  bolehkan ditolak segala pbelanjaan anak2, rawatan & perubatan org tua yg sakit kronik contohnya?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 10:39 AM | Show all posts
zakat pendapatan ni dah difatwakan oleh majlis fatwa negeri-negeri di Malaysia sebagai wajib... jadi ...
tokwan_jantan Post at 28-12-2010 10:12


maknanya negara Msia ini bukanlah pengikut mazhab syafie tulen spt yg diuar-uarkan.  


MALAYSIA - Mazhab Syafie Paling Sesuai
JOHOR BAHRU 8 Dis. - Mazhab Shafie adalah paling relevan dan sesuai di negara ini kerana pegangannya mengutamakan kesederhanaan.

Pensyarah King Abdul Aziz University, Arab Saudi, Sheikh Dr. Mohamed Ismail Zain berkata, kesederhanaan mazhab tersebut dapat dinilai melalui caranya dalam menangani masalah ummah.

"Dari segi iktikad, Ahli Sunnah Wal Jamaah akan mengambil jalan pertengahan antara golongan melampau dan golongan yang terlalu memudah-mudahkan perkara agama.

"Sementara itu, dari segi amal dan suluk, mereka berada dalam golongan pertengahan antara kedua-dua golongan itu," katanya pada Majlis Multaqa Ulama Darul Ta'zim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.

Majlis anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia itu dirasmikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2010 10:41 AM | Show all posts
PERJUANGAN GIGIH MEMPERTAHANKAN MAZHAB SYAFIE DI NUSANTARA

http://alhabaib.blogspot.com/200 ... n-ar-rasuli-al.html
Syeikh Sulaiman ar-Rasuli al-Minankabawi, (lahir di Candung, Sumatra Barat, 1287 H/1871 M, wafat pada 29 Jumadilawal 1390 H/1 Agustus 1970 M. Ia adalah seorang tokoh ulama dari golongan Kaum Tua yang gigih mempertahankan mazhab Syafie.

Demikian juga dalam hal puasa dengan hisab. Syeikh Sulaiman ar-Rasuli lebih menyetujui rukyah. Pernah beliau berkata, "Bagaimana tuan-tuan Kaum Muda! Kata tuan hendak kembali kepada sunah, tetapi dalam hal puasa yang nyata-nyata diperintahkan rukyah, tuan-tuan kembali mengemukakan ijtihad." (Lihat cetakan ketiga, Djajamurni, Jakarta, 1963, hlm. 247.) Pertikaian pendapat yang disebut oleh Buya Hamka antara beliau (Dr. Haji Abdul Karim Amrullah) dengan Syeikh Sulaiman ar-Rasuli berdasarkan petikan tulisan di atas tidak banyak. Sebenarnya pertikaian pendapat antara 'Kaum Tua' dengan 'Kaum Muda' pada peringkat awal sangat banyak. Sekurang-kurangnya ada 19 perkara. Contohnya perkara 'muqaranah niat sembahyang' dan 'menjiharkan lafaz niat', Syeikh Sulaiman ar-Rasuli dan semua ulama Kaum Tua mewajibkan 'muqaranah niat sembahyang' dan 'menjiharkan lafaz niat' adalah sunat. Berdasarkan sepakat semua ulama, 'zakat fitrah' wajib dibayar dengan makanan yang mengenyangkan. Tidak sah dibayar dengan nilai berupa wang. Perkara ini tetap dipertahankan Syeikh Sulaiman ar-Rasuli, semua ulama dalam PERTI, di samping ulama dalam Nahdhatul Ulama (NU), dan semua ulama di seluruh dunia Islam yang masih tetap berpegang teguh kepada Mazhab Syafie. Perdebatan mengenai zakat gaji atau zakat pendapatan tidak pernah muncul pada zaman Syeikh Sulaiman ar-Rasuli kerana ia baru muncul pada awal 1990-an, bertitik mula daripada pendapat Syeikh Yusuf al- Qardhawi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 10:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by tobby at 28-12-2010 10:59

bila masuk bab fulus, nampaknya semuanya mcm dah lupa yg dulu mrk claim yg negara ini sepatutnya berpegang kpd ajaran mazhab syafie.  lupalah mrk kpd perjuangan tokoh2 ulama mazhab syafie Nusantara & perjuangan tok2 guru pondok (golongan tua).

Jawapan tok guru pondok Mohammad Elias b Abdul Jalil Almalakawi
Minta maaf saya tak mengikut pendapat Yusuf Qardawi kerana saya mengikut pendapat ulama Syafie Yang muktabar lagi yang muktamad.
Begitu juga menurut empat mazhab TIDAK WAJIB zakat pendapatan.
http://almalakawi.wordpress.com/author/almalakawi/
1.Nama: Mohammad Elias b Abdul Jalil
2.Pendidikan: hinga tingkatan lima dan melanjutkan pelajaran di pondok.
3.Asal negeri Melaka
4.Sekarang: menjadi tenaga pengajar di Pondok Diniah Bakriah Terusan Limbat Pasir Tumbuh Kota Baharu Kelantan
5.Lebih lanjut sila kelik info pena. Email al_malakawi@yahoo.com
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 11:21 AM | Show all posts
Yang suruh keluarkan zakat pendapatan ni ialah Yusuf Qardawi dan para pengikutnya. Qiyas yang mereka lakukan ialah dengan menggunakan qiyas akal bukan bersandarkan dalil syarak. Kerana saranan ini menguntungkan Pusat Zakat, mereka war-warkan.

Elok juga kita tanya kat pusat zakat kenapa para ulama zaman dahulu tak penah bincangkan soal zakat pendapatan tapi bincang tentang soal zakat harta. Bukankah para pejabat2 gabenor dan juga khalifah mendapat pendapatan bulanan/tahunan  yang tetap?
Hang Post at 8-8-2007 09:42


persoalan yg menarik.

sistem upah ni bukannya hari ini baru ada. sejak dari zmn Nabi/sahabat lagi peniaga2 menggunakan ramai pekerja & memberi upah dlm bentuk dirham (matawang). tapi tak ada pula dibincangkan zakat upah (gaji) pd masa tu. ulama2 zaman itu pun tak pernah bincang zakat upah (gaji). sebab tu ada tok guru pondok yg gigih mempertahankan mazhab syafie mengatakan ZAKAT PENDAPATAN itu haram lagi batil krn mengambil sesuatu yg bukan haknya, sesuai dgn firman Allah: ولاتأكلوا أموالكم بينكم بالباطل
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, al-Baqarah 188

So, jln paling selamat utk mengelakkan terjerumus dari memakan harta haram ialah elakkan membayar zakat pendapatan (termasuk menerima wang dari zakat pendapatan krn dikhuatiri termakan harta yg bukan hak), tapi sepatutnya mengeluarkan zakat simpanan atau zakat emas/perak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 12:33 PM | Show all posts
Sebahagian orang yang mewajibkan ZAKAT PENDAPATAN ni berQIYASkan dengan ZAKAT TANAMAN.

Tapi heran bin ajaib, para pemilik LADANG KELAPA SAWIT lagi BESAR HASIL dari PESAWAH PADI. Tapi tak pulak depa keluar fatwa suruh bayar ZAKAT TANAMAN. Tak pula depa berani QIYAS antara dua HASIL TANAMAN BUMI ini. Yang dua-duanya pun boleh bergantung kepada air hujan ataupun pengairan. Justeru zakatnya 10% atau 5%.

Tapi mereka boleh QIYASkan, HASIL TANAMAN dengan UPAH/GAJI. Tapi aneh depa suruh zakat 2.5% yang bukan rate ZAKAT TANAMAN pun...

Tanaman2 lain pun depa tak berani bagi fatwa...bahkan AYAM pun depa tak berani QIYASkan dengan ZAKAT TERNAKAN, sedangkan setengahkan lebih menguntungkan dari ternakan lembu.

Kalau depa QIYASkan, hasil zakat ini pun mampu menambahkan tabung ekonomi baitul mal. Tapi heran bin ajaib.....depa fokuskan ZAKAT PENDAPATAN...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 05:19 PM | Show all posts
awat jadi ni?  orang cerita pasal zakat, ni yang dok perlekeh mazhab apahal?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 07:00 PM | Show all posts
tang mana statement yg perlekehkan mazhab. sekadar nak buka mata kpd umat islam yg Msia dah lari dari ajaran imam syafie bila masuk bab fulus.  itulah yg diberitahu oleh tok guru pondok.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 08:07 PM | Show all posts
Refer: http://almalakawi.wordpress.com/author/almalakawi/
menurut empat mazhab TIDAK WAJIB zakat pendapatan.  zakat upah (gaji) tak pernah dibincangkan di zmn Nabi & para sahabat. malah ada yg menyatakan zakat pendapatan itu haram krn mengambil sesuatu yg bukan hak. Jln yg lebih selamat ialah keluarkan zakat simpanan (simpanan wang, emas, perak) instead of zakat pendapatan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 09:41 PM | Show all posts
Refer:
menurut empat mazhab TIDAK WAJIB zakat pendapatan.  zakat upah (gaji) tak pernah dibincangk ...
tobby Post at 28-12-2010 20:07


dah kalau kau yakin macam tu, tak payah ler bayar zakat pendapatan.  apa yang meleret-leret ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2010 08:57 AM | Show all posts
Refer:
menurut empat mazhab TIDAK WAJIB zakat pendapatan.  zakat upah (gaji) tak pernah dibincangk ...
tobby Post at 28-12-2010 08:07 PM



    sekarang ni ramai yang tunaikan ZAKAT PENDAPATAN  suruhan pusat zakat
    dan meninggalkan ZAKAT HARTA suruhan Allah..

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 04:18 PM | Show all posts
lama x jenguk sini hebat perbincgn zakat

zakat pendapatan dimulakn oleh khalifah umar. para tentera yg di yr gaji dikenakn zakat

sblm tu ingt pesan nabi saw, ikut sunnah ku dan khalifah ar rasyidin!

umar kenakn zakat kerana gaji itu merupakan bentuk harta bg mrk. nowdays bukn semua org bercucuk tanam nk keluarkn zakat tanaman ect. yg jd sumber Pendapatan/harta simpanan.

kiraan rebate itu tidak wujud sebenarnya, tp kita kan wajib taat pd pemerintah asalkn tidak bertentangan dgn syariah.

terpulang nk kira mcm mana, saya tolak Dari semua income kasar. yg blm tolak apa2.. yg lbh niat sedekah mensucikan harta.dan sy x pernah beri pd pusat zakat kecuali zakat fitrah. beri sendiri pd asnaf

alhamdulillah rezeki melimpah ruah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 04:51 PM | Show all posts
lama x jenguk sini hebat perbincgn zakat

zakat pendapatan dimulakn oleh khalifah umar. para tente ...
sunsuria3 Post at 29-12-2010 16:18


Menurut mazhab syafie pekara yang wajib zakat hanya lima pekara:
1. Binatang ternakan yang cukup nisab dan cukup tahun.
2. Emas dan perak yang cukup nisab dan cukup tahun (zakat simpanan). Duit simpanan wajib zakat kerana ianya ganti emas. Zakat galian, dan rikaz yang sampai nisab keduanya.
3. Tanaman bijirin, yang cukup nisab.
4. Buah tamar dan angur yang cukup nisab.
5. Harta perniagaan yang cukup nisab dab cukup tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 07:07 PM | Show all posts
Reply 179# tobby


    Pernah dgr hukum qias n ijtihad ulama?

Syafie hidup zaman bila? Masa tu x ramai yg mkn gaji

Sy baru bincang je. Bab zajat ni dgn pensyarah last sunday. Diutarakan dulu pendapat 4 mazhab yg masyur then diqiaskan dgn keadaan sekarang. Conclusionnya tepuk dada tanya iman

I m out of here. Kerja dh mula bersusun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.066118 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list