CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bianglala

Borak BRP - Edisi 9 - Tengkujuh Melanda Kemarau Rindu

 Close [Copy link]
Post time 14-5-2014 10:44 AM | Show all posts
bianglala posted on 14-5-2014 10:33 AM
selamat berpuasa. tadi sahur apakah?

nasik sejuk sama sadin sejuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2014 10:45 AM | Show all posts
bianglala posted on 14-5-2014 10:34 AM
didi alias tu kita rasa macam .. mesti terbayang dia nak buat lawak..

sekrang jasmin hamid pun  ...

aha tp muka jasmin hamid tu kdg skeri tgk

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 10:49 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 12-5-2014 11:16 PM
kalau indian curry ayam.. diorang masak x campur santan tau

abestu dia letak apa noks?

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 10:50 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 12-5-2014 11:16 PM
wa hari ni bungkus saja nosk

beras lu da abes ker noks?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2014 11:07 AM | Show all posts
intan_smsb posted on 14-5-2014 10:44 AM
nasik sejuk sama sadin sejuk

nape nasi sejukkk lambat bangun ke.. tak sempat nak perangat?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2014 11:08 AM | Show all posts
intan_smsb posted on 14-5-2014 10:45 AM
aha tp muka jasmin hamid tu kdg skeri tgk

selalu berlakon vogue je. susah nak tengok dia berlakon watak kampung..

aset dia mantoppp gak macam che ta.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2014 11:27 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 13-5-2014 01:16 AM
wa nak ajar tapi scrn shoot tu wa dah delete dari tepon wa..

noks.. aja la wa. wa mls la nk upload dlm potobaket

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 11:34 AM | Show all posts
amiraira posted on 14-5-2014 10:42 AM
jem mcm biase intan

mira sebelum posa jom bersteamboat
td tan da ajak geng kite

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2014 11:39 AM | Show all posts
intan_smsb posted on 14-5-2014 11:34 AM
mira sebelum posa jom bersteamboat
td tan da ajak geng kite

kt mana dan bila??
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 11:45 AM | Show all posts
amiraira posted on 13-5-2014 07:33 AM
Gud morning moyyyyyyyyyyyyyyyy

mira moy dpt mkn free roti hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 11:55 AM | Show all posts
moyas posted on 14-5-2014 11:45 AM
mira moy dpt mkn free roti hari ni

sapa lak yg bagi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 11:58 AM | Show all posts
bianglala posted on 14-5-2014 11:07 AM
nape nasi sejukkk  lambat bangun ke.. tak sempat nak perangat?

da perangat tp sejuk lagi
terus ngap je
malas
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 11:59 AM | Show all posts
bianglala posted on 14-5-2014 11:08 AM
selalu berlakon vogue je. susah nak tengok dia berlakon watak kampung..

aset dia mantoppp gak m ...

ade sekali tu die belakon jdk kaka yg berkorban demi adik2
taim tu die jdk pompuan kampungan
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 12:19 PM | Show all posts
amiraira posted on 14-5-2014 11:39 AM
kt mana dan bila??

baru rancang td
ntah td ntah tdk
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 12:26 PM | Show all posts
intan_smsb posted on 14-5-2014 12:19 PM
baru rancang td
ntah td ntah tdk

plan je dulu
insyaAllah x de aral mira nk join gak
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam.. cek in sini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2014 12:31 PM | Show all posts
Assalamua'laikum semua yang ada kat sini. Nak menyelit iklan sikit.
Nantikan 'baby' sulung saya Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia? yang akan lahir tidak lama lagi. Hampir dua tahun berhempas pulas 'mengendongnya' ternyata segala kepayahan dan kepahitan terbalas juga dengan 'kelaihirannya'. Sedikit mengenai karya sulung saya...

PROLOG

B
unyi
hempasan ombak yang memukul di dada pantai itu langsung tidak menganggu tumpuan Lily Dayana yang sedang berjalan mengharunginya. Satu demi satu langkahnya diatur. Terpapar jelas di belakang, jejak kakinya di lantai pasir pantai itu. Berbekas, berlekuk jejak yang ditinggalkan. Jika diamati jejak itu agak jauh juga dia berjalan langsung dia tidak sedar. Sedang di dalam kepalanya begitu sarat, memikirkan pelbagai perkara yang kian menyesak. Bertubi-tubi masalah yang menimpa hingga hampir membuatkannya tenggelam punca. Tercari-cari rentak untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan likunya.

Langkahnya terhenti dan kini dia sedang berdiri tegak, menghadap lautan yang luas. Lautan luas yang terbentang di depan matanya itu, dipandang. Begitu jauh renungannya, telus hingga tidak perlu menembusi apa-apa pun di hadapan. Hembusan bayu lembut yang menyapa ke seluruh tubuhnya, sedikit menenangkan jiwa. Dia memejamkan mata sebentar, menarik nafas yang dalam kemudian menghembusnya. Ketenangan yang ada di sekitar cuba diresap ke dalam dirinya. Kini kedua tangannya sedang bersilang, dia sedang memeluk tubuh.
Lily Dayana menghela nafasnyalagi. Kali ini, panjang benar helaan nafasnya itu. Dia benar-benar kepenatan sekarang. Satu demi satu masalah mengejarnya. Mengapa selalu sahaja semua kekusutan itu perlu membayangi dirinya? Mengapa harus kedukaan sahaja yang mengejar? Kenapa, kenapa dan kenapa? Tiada berjawapan. Dia benar-benar nanar. Hampir terumbang-ambing seluruh hidupnya saat ini. Dirinya terus dibiarkan hanyut, tenggelam dalam arus kenangan yang kian terkuak, satu demi satu. Hidupnya yang kini keseorangan kembali cuba direnung. Kalau dahulunya dia digelar gadis yatim piatu kini dia sudah mendapat gelaran baru pula. Seorang janda! Dalam usia yang muda seperti ini, mengapa perlu gelaran itu yang disandangnya?
            
Impiannya untuk membina mahligai bersama lelaki yang dia kasihi hingga ke Jannah, runtuh ketika sedang dalam pembinaan. Tidak tahu yang mana satu tidak kukuh, ‘tiang serinyakah’ atau ‘konkrit binaan’ itu? Mengapa harus dirinya sahaja yang diuji dengan nasib malang? Mengapa begitu payah tuah mendekati walau hanya sekadar sebagai bayangan sahaja. Tidak adakah sisa kebahagiaan yang tertinggal untuk dia kecapi? Lily Dayana benar-benar dirundung pilu. Dia terus-terusan meratapi nasib dirinya itu. Meratap dengan begitu hiba sekali nasib malang yang selalu sahaja melekat padanya bagaikan pasangan kembar siam hinggakan sukar untuk dipisah.
           
“Arghh!” jeritan yang nyaring keluar dari mulutnya. Lengkingan suaranya itu seolah memantul kembali, tepat mengenainya. Terasa lututnya menjadi lembut dan kini Lily Dayana sudah duduk melutut di gigi air pantai itu.
      
Suasana menjadi pengap seketika. Tiada sesiapa di situ yang boleh memberikan reaksi terkejut. Hanya dirinya sahaja, seolah-olah kini dia terdampar di sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Alangkah bagusnya jika terjadi begitu. Tidak perlu lagi untuk dia menghadapi sesiapa yang boleh menggoreskan hatinya. Tidak perlu lagi untuknya berpenat lelah mahu menjaga hati sesiapa. Dia benar-benar letih! Letih menjadi mangsa keadaan. Letih menjadi insan yang terlalu lembut dan baik hati. Letih, mengorbankan dirinya untuk kegembiraan orang lain. Tegas yang ada padanya kadangkala tidak kena pada tempat. Selalu sahaja dia mengalah.
            
“Kenapa mesti aku!” jeritnya lagi. Kedua tangan semakin galak memukul ombak yang kian rakus membadai dirinya.
            
Tetapi, cepat-cepat Lily Dayana tersedar akan khilafnya yang secara terang-terangan menyalahkan takdir yang telah tersurat untuknya. Sedangkan masih ramai yang lagi berat musibah menimpa mereka. Mengapa perlu dia mengeluh? Mengapa perlu dia mempertikaikan semua ini? Mengapa harus menyalahkan takdir sedang dirinya yang tidak tahu bersyukur?
            
“Astaghfirullahalazim.” Istighfarnya, memohon keampunan. Dia meraup wajah. Sekali lagi nafasnya dihela dengan panjang.
            
“Mak, adik rindukan mak. Kalaulah mak masih ada, adik tak jadi macam ni. Kenapa mak tinggalkan adik? Kenapa mak tak bawak je adik pergi sama. Adik dah tak larat nak hadapi dunia ni lagi. Semua orang bencikan adik. Tak tahu, apa salah adik pada mereka semua? Adik keseorangan mak, benar-benar kesunyian. Tak ada sesiapa yang sudi mendengar keluhan adik mak. Mak,” rintih Lily Dayana. Berjuraian air matanya gugur, bercampur aduk dengan air laut.
            
Ombak pantai kian galak memukul dirinya hanya dibiarkan sahaja. Lily Dayana menangis sepuas-puasnya di situ. Sedikit-demi sedikit memori silamnya hadir. Ibarat sebuah wayang, tergambar jelas di ruang ingatannya. Kenangan lalu mula mengusik jiwa dukanya. Terlalu banyak pahit dari manis kenangannya itu. Dia mula terkenang kembali masa lampaunya. Lily Dayana masih duduk berteleku di situ.
            
Kenangan lalu mula tersingkap. Satu demi satu helaian singkapannya mula terselak.



Last edited by wipers81 on 14-5-2014 12:34 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2014 12:45 PM | Show all posts
intan_smsb posted on 14-5-2014 11:58 AM
da perangat tp sejuk lagi
terus ngap je
malas

kita esok pulak nak sambung puasa insya allah..  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2014 12:45 PM | Show all posts
intan_smsb posted on 14-5-2014 11:59 AM
ade sekali tu die belakon jdk kaka yg berkorban demi adik2
taim tu die jdk pompuan kampungan

macam pernah tengok tapi tak ingat tajuk.. haha..

tan suka tak AIDA ARIS ?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2014 12:46 PM | Show all posts
punkerzoe posted on 14-5-2014 12:26 PM
Salam.. cek in sini..

salam apit.. datang bawak mamee tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.601906 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list