CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aries_642003

♣ Geng Puchong ♣

  [Copy link]
Post time 10-9-2012 03:30 PM | Show all posts
TUKANGKEBUN posted on 10-9-2012 12:16 PM
kalau rasa bnyk kes jenayah  dlm kws sedara

call balai terdekat, minta ops payung

Hari tu nak panggil polis kat Bukit Puchong, line asyik engaged! Last2 doa aje ibu sy tak apa2 tapi malam tu memang susah nak tidurlah. Nasib baik tak ada apa2 yg buruk berlaku. So far, jalan sy tak ada kecurian / rompakan [yg sy tahulah] tapi jalan belakang dah beberapa kali kena ragut rantai & pecah masuk rumah utk rompak. Tak tahulah kalau org tu ada repot polis. Ops payung ni sampai pukul 5 ptg aje kan? Sebab tengok kat Citibank Puchong & Hong Leong, Puteri - polis balik kalau dah pukul 5 ptg.

Macam mana nak tahu crime rate tinggi kat kaw kita ni. TQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2012 03:02 PM | Show all posts
pm sy utk dpt no direct Ketua Balai Polis Bdr Bkt Puchong

sbb dia pernah pesan, call direct dia kalau balai x angkat

mohon diwujudkan Rakan Cop dlm kws sedara, sbb sms aduan adalah percuma


Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 03:03 PM | Show all posts
pm sy utk dpt no direct Ketua Balai Polis Bdr Bkt Puchong

sbb dia pernah pesan, call direct dia kalau balai x angkat

mohon diwujudkan Rakan Cop dlm kws sedara, sbb sms aduan adalah percuma


Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 03:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 04:05 PM | Show all posts
Salam warga puchong

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2012 02:46 PM | Show all posts
TUKANGKEBUN posted on 12-9-2012 03:06 PM

TK, jadi Rakan Cop ni untuk melapor ke atau ada benefit lain. Tlg jelaskan. TQ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2012 04:37 PM | Show all posts
kaylat posted on 28-9-2012 02:46 PM
TK, jadi Rakan Cop ni untuk melapor ke atau ada benefit lain. Tlg jelaskan. TQ


buka lmn web RAKAN COP, ada bnyk INFO disini

sy syorkan bergabung juga dgn  COMMUNITY POLICING PUCHONG

http://www.cops.org.my/contact.php

contact EN Kuan Chee Heng 03 8061 2044
Mailing Address :
No.27-1, Jalan PU 7/4,
Taman Puchong Utama,
47140 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.
Contact No. : 03-8061 2044
Fax No. : 03-8068 5444
Support : 012-273 2148

Last edited by TUKANGKEBUN on 28-9-2012 04:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 10:17 PM | Show all posts
TUKANGKEBUN posted on 28-9-2012 04:37 PM
buka lmn web RAKAN COP, ada bnyk INFO disini

sy syorkan bergabung juga dgn  COMMUNITY POLICIN ...

Ok, terima kasih TK.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2012 11:46 AM | Show all posts
Selangor & KLPenduduk terputus hubungan, kabel tembaga dicuri
NUR FARHANA ABDUL MANAN
6 Oktober 2012

Hock Aun (tiga, kiri) melihat kabel yang dicuri menyebabkan lebih 800 pengguna terputus talian telefon.  
Seorang kakitangan TM menunjukkan kabel yang dipotong pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi semalam.

PUCHONG – Lebih 800 penduduk Taman Mawar Kinrara Seksyen 5, dekat sini terputus hubungan apabila kabel tembaga yang menyambungkan talian telefon tetap mereka dicuri, awal pagi semalam. Kejadian dipercayai berlaku antara jam 2 hingga 5 pagi ketika penghuni perumahan berkenaan nyenyak tidur di kediaman masing-masing. Difahamkan, kabel utama sepanjang 1,200 meter terletak di saluran bawah tanah bernilai hampir RM55,000 dipotong pihak tidak bertanggungjawab dari sebuah ‘manhole’ di jalan utama Taman Mawar, dekat sini.

Katanya, selepas berhubung dengan pihak Telekom Malaysia (TM), beliau dimaklumkan masalah berpunca daripada kecurian kabel tembaga di kawasan itu. Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan kerja baik pulih akan memakan masa empat hari dan tiada talian disambungkan pada tempoh tersebut. Saya mendapat maklumat bahawa kerugian hampir puluhan ribu ringgit dan kerja baik pulih dikatakan menelan belanja hampir RM30,000. Harap penduduk dapat bersabar meskipun tahu perkara ini menjejaskan rutin harian mereka.

“Sinar Harian difahamkan, tidak sampai seminggu kejadian kecurian berlaku di Taman Kinrara Seksyen 1, kes sama berulang tetapi di Taman Mawar Kinrara Seksyen 5 pula, semalam. Sejak Januari hingga September lalu, di kawasan Serdang dan Kinrara sahaja TM kerugian hampir RM700,000 akibat kes kecurian kabel yang berlaku.


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 01:08 PM | Show all posts
Minggu lepas aku ada jalan-jalan buang masa sekitar Puchong tu, dari Kota Kemuning lalu jalan Puchong lama belakang Proton tu. Pusing punya pusing bayar 1 tol rm1.60 dan masuk Puchong Perdana? yang ada masjid dan ikut housemate aku tu lah masjid terapung Puchong, entah betul entah tidak tak tau la.

Pusing lagi ikut Waze maka sampailah Taman Tasik apa entah sebab nak ke Bukit Puchong 2, tapi entah ke mana GPS tu tunjuk sebab sampainya kat perumahan yang ada dewan besar BP PlayGround? tapi ada guard nak masuk tak boleh. Sebenarnya nak pergi makan bbq steamboat kat area situ sebab ada officemate cerita, tapi entah kemana kitorang melilau. Dah bosan tersimpang jauh jadinya singgah kat IOI Mall je lah, balik tu singgah kat D'Kayangan Shah Alam bersteamboat kat situ.

Sekian pengelaman tersesat kat Puchong.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 02:26 PM | Show all posts
salam geng Puchong....ada sesapa berkesempatan ke pesta buku di masjid AsSalam Puchong perdana x?..best tak dia punyer diskaun?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 01:03 PM | Show all posts
kenari7117 posted on 11-10-2012 02:26 PM
salam geng Puchong....ada sesapa berkesempatan ke pesta buku di masjid AsSalam Puchong perdana x?..b ...

besuk ada Program Raudah TV9 di Masjid As-Salam Puchong Perdana

jemput hadir semua
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 10:39 AM | Show all posts
Selamba ludah air sireh
Wartawan Sinar Harian
23 Oktober 2012

Kesan sisa kunyahan sireh berwarna merah yang diludah di dinding rumah.
PUCHONG – Menjijikkan apabila warga Myanmar yang menghuni kawasan rumah kedai di sini didakwa meludah ‘air merah’ kunyahan sireh yang dimakan mereka merata-rata tempat sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada penduduk setempat.

Yang menjadi kemarahan penduduk, warga asing terbabit juga dikatakan sering kencing di merata-rata tempat termasuk di kawasan tangga menuju ke rumah mereka di Jalan 2/1, Taman Perindustrian Puchong Utama, di sini.

Keadaan meloyakan itu menyebabkan penduduk pula mendakwa terpaksa menjadi ‘kuli’ membersihkan kekotoran terbabit kerana geli dan takut penyebaran penyakit berlaku.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, boleh dikatakan hampir setiap tangga mempunyai kesan air ludah berwarna merah di kawasan rumah kedai itu.

Katanya, penduduk geram kerana warga asing itu bukan meludah di longkang tetapi menjadikan dinding blok-blok kedai dan rumah sebagai tempat melampiaskan sisa kunyahan daun sireh yang dimakan mereka.

Menurutnya, teguran pernah dibuat berhubung perkara berkenaan namun ia seolah-olah seperti ‘mencurah air ke daun keladi’ kerana warga Myanmar langsung tidak mempedulikan soal kebersihan sebaliknya terus membuat kotor.

Katanya, perkara itu dikatakan lebih menjadi-jadi apabila terdapat lebih 10 gerai dipercayai menjual daun sireh secara haram di kaki lima kawasan kedai terbabit.

“Pergilah ke mana-mana blok di kawasan ini pasti ada terjumpa orang menjual daun sireh, masalahnya mereka yang mengunyah daun itu tidak mempunyai kesedaran sivik meludah ke dinding dan sebagainya.

“Kita pula sebagai pemilik rumah di kawasan berkenaan yang terpaksa membersihkan kawasan dinding kerana jijik melihat ‘air merah’ itu di sepanjang tangga,” katanya yang meminta pihak berkuasa membuat pemantauan kerana tidak sanggup melihat air ludah itu di merata-rata tempat.

Penduduk, Zaki Ibrahim berkata, kadang-kadang dia berasa menyesal membeli unit rumah di kawasan itu kerana seolah-olah tinggal sekampung dengan warga Myanmar.

Katanya, warga Myanmar itu bersikap kurang ajar dan membuatkan kawasan perumahan disewa mereka seolah-olah tempat sendiri.

“Mereka meludah merata-rata lepas itu ditinggalkan begitu sahaja, yang kena mencucinya penduduk yang tinggal di sini,” katanya.


Last edited by TUKANGKEBUN on 25-10-2012 08:29 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2012 08:57 PM | Show all posts
tesco extra bukit puchong dah mula beroperasi start kames lepas.. hehe! ade makan2 free, uols! tp, jumaat tu makan free jam 8-9pagi je
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 08:48 AM | Show all posts
nnti sapa2 sempat tlg tepek gambo ye
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 01:51 AM | Show all posts
sekarang banyak kes jenayah berlaku kat puchong...rasa cam x selamat pulak puchong nie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2012 01:52 PM | Show all posts
dr.R posted on 11-10-2012 01:08 PM
Minggu lepas aku ada jalan-jalan buang masa sekitar Puchong tu, dari Kota Kemuning lalu jalan Puchon ...

Errkkk... jauhnya sesat dr IOI Mall ke D Kayangan????



Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 01:52 PM | Show all posts
Kompleks baru setia walk tu best ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 11:15 AM | Show all posts
lum_lum posted on 22-12-2012 01:51 AM
sekarang banyak kes jenayah berlaku kat puchong...rasa cam x selamat pulak puchong nie....

rasanya kes JENAYAH, mana2 ada, x kira tempat

yg penting kita harus berhati2, jgn buat hal & kacau org,

sbb silap bulan kena belasah & nyawa melayang senang2 je
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 03:47 PM | Show all posts
apa cite org PUCHONG, sonyap je

yg pasti NAJIB nak turun ke Puchong Utama dlm masa terdekat ni, lepas RAYA CINA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.119995 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list