CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2495|Reply: 6

Kehebatan Pokemon GO, Hollywood Rebut Hasilkan Filem Pokemon Bukan Animasi

[Copy link]
Post time 18-7-2016 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO





Pokemon, sejenis permainan yang dihasilkan pada 1996 oleh Nintendo sebuah syarikat permainan video di Jepun dan kini menjadi kegemaran orang ramai di seluruh dunia,


Bermula daripada permainan 'palmtop' sehingga menjadi komik, animasi, filem dan termasuk produk periferal telah berjaya menjana jumlah keuntungan yang agak besar untuk syarikat tersebut.



sumber foto: http://www.telegraph.co.uk/



Dan baru-baru ini, syarikat tersebut sekali lagi mewujudkan satu fenomena di seluruh dunia apabila memperkenalkan sejenis aplikasi permainan video yang terbaru yang dinamakan Pokemon GO.


Sehinggakan tersebar khabar angin terdapat pelabur filem di Hollywood yang yakin dengan peluang niaga yang ada, justeru mengambil keputusan untuk menerbitkan filem Pokemon yang bukan dalam bentuk animasi.


Sebelum ini, filem animasi Pokemon dihasilkan setiap tahun satu filem, namun kini, susulan kepopularan Pokemon GO yang sedang memuncak, pelabur filem mengambil kesempatan ini untuk menghasilkan filem Pokemon yang bukan dalam bentuk animasi.





sumber foto: https://s3-us-west-2.amazonaws.com/



Menurut laporan Deadline, syarikat filem Amerika Syarikat iaitu Legendary Pictures dikatakan bukan sahaja telah memperolehi hak cipta perfileman Pokemon, malah premium filem tersebut mungkin akan memecah rekod tertinggi untuk filem bukan animasi.


Berita filem Pokemon tersebut akan mula penggambaran setelah disebarkan telah menimbulkan perbualan hangat di kalangan netizen dalam internet, ramai menyatakan teringin sangat menontonnya.


Bagaimana pun, ada segelintir berharap filem Pokemon yang bukan dalam bentuk animasi tersebut tidak merosakkan keunikan dan elemen klasik Pokemon yang merupakan kenangan zaman kanak-kanak kebanyakan orang.- CARI








sumber : http://www.telegraph.co.uk/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2016 04:28 PM | Show all posts
mse kecik2 ak suka layan cte pokemon ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
yaeyyaeyyaeyyae...Xsbr tgk pika pika pika pikach..Zzzzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Team Rocket .
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 08:20 AM | Show all posts
Harapnya xmerosakan cite da la..
Kecewa kalo filem animasi ni xjadi,
mcm sebelum2 ni- cite avatar, dragonball sume hancur..
kecewa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 08:24 AM | Show all posts
rose team rocket mesti cun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2016 08:16 PM | Show all posts
waiting for it
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056366 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list