CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4387|Reply: 11

[Haiwan & Tumbuhan] Pokok Tualang

[Copy link]
Post time 29-7-2016 11:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bianglala at 9-1-2019 10:41 PM

Pokok Tualang atau nama botaninya Koompassia excelsa (Becc.) Taub yang direkodkan sebagai pokok hutan hujan tertinggi di dunia iaitu pada ketinggian 83.8 meter. Dan merupakan pokok yang ketiga tertinggi daripada semua pokok selepas Giant Redwood California iaitu pada ketinggian 101.5 meter dan Blue Gum of Victoria, Australia pada ketinggian 97.8 meter.

Di hutan hujan tropika Malaysia, pokok tualang merupakan perumah kepada lebah madu gergasi untuk membuat sarangnya. Pokok tualang yang mempunyai batang berbentuk cylindrical, lurus dan licin menyebabkan ianya menjadikan tempat yang sangat sesuai bagi lebah gergasi menempatkan atau mengantung sarang/kom (comb) pada dahan-dahannya serta menghindar kom dari diganggu oleh musuh-musuh dan haiwan seperti beruang matahari (sun bear) yang suka pada kelazatan madu lebah tualang ini. Satu pokok Tualang boleh dihuni sehingga 100 buah sarang lebah tualang.

Lebah tualang, lebah madu gergasi, naning atau nama Inggerisnya giant honey bee (nama saintifiknya Apis dorsata) merupakan lebah madu yang berkoloni sepanjang Asia Tenggara sehinggalah Selatan India. Ia mendapat nama lebah tualang bersempena dengan sarang atau haifnya yang dibina kebanyakannya di pokok tualang. Ia menjadi agen pendebunga bagi hampir 50 peratus pokok di hutan hujan tropika menjadikan ia amat penting kepada eko-sistem hutan. Lebah tualang bersifat defensif dan tidak pernah diternak kerana sarangnya yang bersifat terbuka.

Lebah ini hidup di kawasan tropika dan sering berhijrah secara bermusim. Bukti menunjukkan bahawa lebah ini akan kembali ke pokok yang sama untuk membuat sarang, walaupun lebah pekerja mungkin bertukar semasa proses penghijrahan. Mekanisma pengekalan memori ini masih kekal misteri.
Sarang lebah tualang berkonsepkan sarang terbuka (open nest). Ia dibina di kawasan terbuka jauh dari tanah seperti pokok, di bawah naungan gua atau kadang-kala bangunan dengan jarak 3 hingga 25 meter dari atas tanah. Sarang matang berukuran 2 meter panjang dengan jumlah mencecah 50,000 ekor lebah pekerja. Hampir tiga suku populasi lebah pekerja menjaga sarang.

Burung merupakan musuh biasa lebah ini. Ia juga melindungi serangan daripada semut-semut, kerana tiada propolis yang dihasilkan di sarang lebah ini.
Komposisi dan perimeter bacaan khasiat serta kandungan madu lebah tualang dan madu lebah ternakan adalah sama. Ini dibuktikan dari hasil ujian makmal UKM yang dijalankan secara kaedah saintifik. Madu tualang dikatakan dapat memulihkan luka lecur lebih cepat dan efektif berbanding cara konvesional.
Di Ulu Muda, Kedah, musim madu lebah tualang adalah dari bulan Februari hingga Mac yang sangat ditunggu oleh masyarakat setempat terutama bagi pemburu madu lebah tualang. Pada musim ini, pemburu madu akan mula menandakan pokok-pokok tualang yang terdapat kom-kom madu. Setelah kom madu matang, proses penuaian bermula.

Penuaian madu hutan di Ulu Muda masih kaya dengan amalan tradisi, amalan mengadakan upacara mengumpul madu merupakan acara kemuncak budaya di Ulu Muda. Kebanyakan masyarakat tempatan di sini bergantung kepada madu tualang sebagai salah satu sumber pendapatan mereka. Lebih daripada 70% daripada madu yang dituai di sini adalah dari pokok tualang yang terdapat di hutan sekitar Ulu Muda yang mengesahkan hubungan penting di antara hutan dengan masyarakat setempat.

Terdapat perbezaan cara pengambilan madu lebah tualang di negeri-negeri di Malaysia. Pemilikan dan penandaan pokok tualang oleh pemburu tertentu hanya terdapat di Kedah. Ini membolehkan tuaian madu hanya dibuat pada sarang atau kom yang telah matang. Manakala penuaian madu di negeri seperti di Terengganu dan Kelantan biasanya diambil dari sarang atau kom yang tidak matang. Ini akan mengganggu populasi lebah tualang dan seterusnya proses pendebungaan di hutan hujan tropika Malaysia.

Rujukan: Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, The Tualang Tree, the Giant Honey Bees and the Ulu Muda Honey Gatherers – WWF Malaysia Green Heart 02/2016- Idris Bald (JPN) -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2016 11:18 PM | Show all posts

Pokok Tualang



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2016 11:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2016 11:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Madu tualang pun susah nak ambil kan..sebab sarang lebah tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 12:15 PM | Show all posts

ngeri pulak tengok lebah byk begini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2016 08:54 PM | Show all posts
berbeza pulak cara ambil madu tu antara negeri ni dengan negeri tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 11:25 PM | Show all posts

tinggi nya pokok tualang ni..
nak ambil madu tu mesti susah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2016 11:52 PM | Show all posts
Farini replied at 30-7-2016 12:15 PM
ngeri pulak tengok lebah byk begini

mmg ngeri kalau tengok dekat2 mcm nigeli pun ada jugak.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2016 01:19 PM | Show all posts
Kaedah mengambil madu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2016 01:20 PM | Show all posts
Daun palas kering digunakan untuk mengasap sarang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cara amik pun dh susah..memang patut madu nie mahal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.064800 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list