CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6011|Reply: 6

Tanda Gearbox Kereta Rosak Apabila Muncul Kerosakan Ini

  [Copy link]
Post time 5-8-2016 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Gearbox? Kalau tanya para wanita pasti ada yang ternganga mulut. Bukan tak nak ambil tahu bab kereta. Tapi, ia sangat rumit dan bukan mudah untuk dikenalpasti. Sudahnya, boleh pandu dan isi minyak sajalah jawabnya.

Ramai yang berpendapat, jika kerosakan kereta yang melibatkan gearbox memang akan berhabis duit. Sekiranya gear sudah tak terkawal dan bertukar dengan sendiri itu tandanya gearbox anda bermasalah besar!  Bukan untuk kereta auto sahaja, perkara ini juga terjadi pada kereta manual. Buat pengguna kenderaan, sila ambil perhatian.




Foto : Bulletin Media


Untuk langkah keselamatan, kereta haruslah diselenggara dengan baik. Jangan ambil mudah, pandai guna, pandai jaga. Nak tahu bagaimana tanda-tanda awal gearbox kereta anda bermasalah? Baca info berikut tertiatam bagi sesiapa yang bawa kereta auto :

1. Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)

2. Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D)

3.  Terdapat ‘freeplay’ (ruang pertukaran gear) yang agak lama sama ada dari 1 ke 2, 2 ke 3 dan 3 ke 4

4. Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku

5. RPM yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar

6. Berbunyi hentakan seperti ‘DUK’ setiap kali gear auto bertukar

7. Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter



Kesemua tanda ini merupakan tanda-tanda awal, sekiranya anda biarkan dan tidak ambil tindakan, kerosakan akan lebih teruk dan kos untuk membaiki sangat tinggi. Nak tahu cara nak baiki dengan senang dan kos yang rendah?

Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter :

1. Tukar minyak auto

2. Tukar mounting gearbox

3. Tukar pin pada panel gear

4. Tukar kedua-dua oil seal gearbox



Untuk pengguna kereta manual, anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear. Sekarang dah tahu, cepat cek gearbox anda sebelum terlambat!

Sumber : OMM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2016 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Good information....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru je tukar lining clutch. Huhu... memula ingtkn mslh gearbox wokshop bgtau.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus info ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2016 03:23 AM | Show all posts
Baru tukar minyak auto, auto filter dengan speed sensor. Dah rasa makin lancar dah. Sebelum ni asyik sangkut kat gear 2 atau 3 je. O/D selalu menyala.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 04:45 PM | Show all posts
bagus info ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2020 06:00 PM | Show all posts
Penyebab umum kegagalan kotak gear. Kegagalan kotak gear boleh menyebabkan kerosakan mesin sepenuhnya, mahal baik dalam pembaikan berikutnya dan kehilangan output. Menangkap tanda-tanda kerosakan bahagian awal dapat mengurangkan waktu henti, menjimatkan kos dan meningkatkan kesihatan mesin. Berikut adalah beberapa bentuk kegagalan kotak gear yang paling biasa.


https://domyessay.onl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.080791 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list