CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4656|Reply: 6

[Penerbit] EnigMagis Press

[Copy link]
Post time 9-8-2016 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ElsaNovels at 9-8-2016 10:20 AM



Tajuk: Assistant Tuan Menteri
Penulis: Sera Elya
ISBN: 978-967-13050-0-3
Genre: Cinta, Mistik, Thriller

“Saya sedang fikirkan jalan nak damaikan abang-abang kita.”~Mr. Panda
“Apa dia?”~Fina
“Kita kahwin!”~ Mr. Panda
“Awak...kita ni bercinta pun tak pernah...tiba-tiba nak kahwin? Hilang akal ke apa?”~ Fina


Fina dan Mr. Panda ‘kahwin lari’ di Surrey dengan harapan tindakan mereka akan dapat damaikan Adnan dan Rashdan yang berseteru. Bila Mr. Panda ‘kaki sejuk’ tak mampu berterus-terang, Fina merajuk bawa diri. Di Putrajaya mereka bertemu kembali apabila masing-masing jadi Assistant Tuan Menteri. Tika itu, Mr. Panda dikejar Leha. Fina pula diintai Encik Ashraf.


Kerana cemburu dan cinta, Fina dengan Mr. Panda mula main tarik tali. Bila rahsia perkahwinan mereka terbongkar, Leha naik minyak dan berusaha hancurkan rumah tangga Fina dan Mr. Panda.


Encik Ashraf pula tak bermaksud nak menangguk di air keruh, dia ikhlas mahu selamatkan Fina.
“...saya memang nak suruh awak bercerai dengan Izz. Dia bukan lelaki yang sesuai jadi suami awak. Sayalah lelaki yang paling sesuai sebagai suami awak!” ~ Encik Ashraf.


Dan Leha berjanji tak akan lepaskan Mr. Panda hingga ke hujung nyawa.
“Izz...kalau you tak datang...esok you akan jumpa mayat I...I akan tikam diri I sampai terburai isi perut!” ~ Leha.


Rashdan pula tak pernah rela keturunan Adnan jadi adik iparnya.
“Adik...ingat lagi tak pesanan abang...don’t you ever...ever...ever...fall for him!” ~ Rashdan


Berjayakah rancangan Leha mahu memisahkan Fina dan Mr. Panda? Berjayakah Encik Ashraf selamatkan Fina? Adakah Rashdan akan terima Mr. Panda sebagai adik iparnya? Fina dan Mr. Panda pula kuatkah cinta mereka nak hadapi semua orang?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2016 10:08 AM | Show all posts
Edited by ElsaNovels at 9-8-2016 10:20 AM



Tajuk:  #1 Kompilasi Hikayat Cinta  
Penulis: Sera Elya
ISBN: 978-967-13050-1-0
Genre: Cinta

Cinta yang terhalang, yang terlarang
Cinta yang nakal, yang penuh muslihat
Akhirnya mengikat mereka menjadi SATU


Dangerous Mine
Kata Lanz...kita ibarat duduk dalam kotak kaca. Saling dapat melihat, tapi tak dapat menyentuh. Kalau sentuh pun, sentuh kaca tu aje. Tapi bila kaca tu pecah, kita dah terpisah. Kata Feyya...cinta dia pada Lanz hanya platonik. Dia anggap Lanz sebagai seorang kawan yang memahami. Tapi bila Lanz nak ubah platonik kepada cinta sejati, dia jadi takut dan lari. Kata Kirana, Lanz dan Feyya tak boleh bersama sebab hubungan mereka terlarang. Tapi lagi dia larang, lagi galak Feyya dan Lanz bermain bahaya.

Best Friend Ke?
Ilara memuja Zuddin sebagaimana gilanya Iddin kepada Halina. Tapi bila Zuddin dan Halina disatukan, Ilara dan Iddin menyimpul hasrat memisahkan mereka. Ilara yang licik, Iddin yang berani seringkali menganiaya Zuddin dan Halina. Halina si patung Barbie bersaiz manusia akhirnya melawan balas. DNA nakal dalam dirinya digerak mengatasi Ilara. Ilara dan Iddin terperangkap. Mampukah dua sahabat baik dijinakkan oleh cinta?

Suamiku Orang Muda
“Age is just a number,” kata Rashdan. “Awak tu sebaya dengan adik saya!” balas Erza. Rasa rendah diri Erza membuatkan hatinya dingin dan keras untuk menerima lamaran Rashdan. Pertama kali gagal merebut cinta, tak menjadi halangan pada Rashdan memburu cinta seorang Erza. Mampukah Erza melawan pendirian menerima seorang gengster kampung menjadi raja di hati?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2016 10:10 AM | Show all posts
Edited by ElsaNovels at 9-8-2016 10:19 AM


Tajuk: Sweet Vendetta
Penulis: Sera Elya
ISBN: 978-967-13050-2-7
Genre: Cinta, Aksi, Thriller

Sebuah persahabatan....

"Hi...Abby Qistina." Gadis bertocang dua macam Usagi Sailormoon tu hulur tangan kat pelajar yang  nampak macam Ichigo Kurosaki.

"Qisya Qistina." Muka Qisya nampak terkejut sambil sambut tangan Abby. Bun head? What the heck!

Satu dendam....

“Kahwin tu macam seronok. I nak cuba...best  ke tak. Kalau tak best, kita cerai, okey?” ~ Raess Haider

“You ni gila, tau tak? Harap muka aje hensem. Tapi psiko.” ~ Qisya Qistina

Takdir mereka....

“Abang jangan buat lawak la...Arranged marriage won’t happen to me!” ~ Lorna Humayra

“Awak kata awak ni thrill seeker. Abang rasa tak ada yang lebih thrill  lagi melainkan kahwin tanpa cinta atau tanpa kenal bakal orang  yang dikahwini. Pasti thrill.” ~ Redza Adzhar Azlan

Cinta yang saling bertautan....

“We can fix each other...Rumah tangga ni macam dacing. Kena seimbang. I salah, you tegur. You salah, I tegur. Kita tak sempurna, Redz. Kita  saling melengkapi!” ~ Qisya Qistina

“I sendiri tak betul, Ina. Bagaimana I nak betulkan you...betulkan Humayra?”  ~ Redza Adzhar Azlan
“I dah tak nak test lagi, Qish. I nak buat betul-betul. This time around I am serious. I want to marry you...”  ~ Raess Haider

Sebuah VENDETTA menemukan takdir mereka, membuatkan hati mereka JUMP dan akhirnya bersimpul dalam satu ULTIMATUM.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2016 10:12 AM | Show all posts


Tajuk: Cinta Usah Pergi (Mini Novel)
Penulis: Sera Elya
Genre: Cinta


Kerana kekhilafan silam, dia mendendami Raisya. Lantas Emery menjadikan perkahwinan sebagai penjara untuk menghukum perasaan Raisya.

Akur dengan kehendak keluarganya, Raisya terpaksa menerima Emery. Dia hanya mahukan perhatian dan kasih sayang. Namun jiwanya terseksa bila terpaksa berhadapan dengan lelaki berhati batu seperti Emery.

Berjayakah Emery melunaskan dendam dan berupayakah Raisya melembut jiwa sekeras batu milik Emery?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2016 10:15 AM | Show all posts
Edited by ElsaNovels at 9-8-2016 10:19 AM


Tajuk: Hatiku Dicuri Lanun
Penulis: Que Sera Sera, Fara H, Izza Hani
ISBN: 978-967-11376-8-0
Genre: Romance Fantasy, Aksi, Thriller

Hatiku Dicuri Lanun~Que Sera Sera
Danika diburu Kapten Ken, ketua lanun yang hanya muncul kala bulan mengambang. Anehnya, Danika tak ingat apa-apa tiap kali diculik oleh Kapten Ken. Munculnya Dr. Ryan, pensyarah  baru di kolejnya buat Danika semakin keliru.  Mengapa Kapten Ken dan Dr. Ryan punya nama dan wajah yang serupa? Siapakah mereka? Adakah mereka orang sama? Apakah yang mereka mahukan daripada Danika?

Ada Dia~Fara H
Dunia gelap itu kembali bergolak hingga membuat dua jiwa terpaksa mengenepikan kebahagian yang sedang mereka kecapi. Antara tanggungjawab, masa depan, sahabat dan cinta, mereka terpaksa membuat pilihan. Mampukah mereka buat keputusan yang wajar? Atau mereka terpaksa akur dengan peraturan yang ditetapkan? Ada dia...segalanya mungkin.

Skypirate~Izza Hani
Kata Mireya, hatinya berada di angkasa, milik si mata biru cerulean yang bernama Zander. Saat dia keliru untuk memilih antara Kapten Luke dengan Putera Ziyad, Mireya telah melarikan diri untuk menjadi lanun angkasa. Milik siapakah hati Mireya akhirnya?

Cinta Sayap Hitam~Que Sera Sera
Hidup Kea tak pernah normal semenjak dilahirkan. Ibu dan ayah tirinya ialah vampire. Semenjak kecil dia dibesarkan di Nian. Hanya bila remaja, baru dia dibenarkan hidup di dunia manusia. Dia mahukan kehidupan  yang normal. Kemunculan Rif Ryan, demon bersayap dari dunia lain menyukarkan Kea untuk menikmati kehidupan yang normal. Adakah Kea akan memilih untuk hidup normal atau memilih Rif Aryan?

Butterfly-X~Fara H
Pabila rakyat Elipsie semakin tertindas, muncul Butterfly-X cuba membela nasib mereka. Antara cinta lama dan perjuangan
masa depan, mampukah Airis melawan Kyrian demi menegakkan
pendiriannya? Dan mampukah Kyrian membuat Airis berpaling kepadanya?

Hessa My Roses~Que Sera Sera
Kewibawaan Razien dicabar oleh Hessa, seorang gadis desa yang menjadi sukarelawan di hospital. Namun Razien tak tahu Hessa sebenarnya perisik kumpulan pembebasan yang punyai misi untuk mencari dan menyelamatkan Putera Hayden. Berjayakah Hessa mencari Hayden? Antara kesetiaan kepada Ilunati dengan cintanya pada Hessa, Razien pilih siapa?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2016 10:17 AM | Show all posts
Edited by ElsaNovels at 9-8-2016 10:19 AM


Tajuk: Vampira: Hidupkan Cintaku
Penulis: Izza Hani
ISBN 978-967-11376-9-7
Genre: Romance Fantasy, Aksi, Thriller

Zarique dan Larissa merupakan pahlawan Nosferatu yang ditugaskan memburu Strigoi. Namun apabila rahsia silam Larissa terbongkar, dia terpaksa melarikan diri ke dunia lain dengan ditemani oleh Zarique.

Kyra sama sekali tidak menduga yang dia mencintai seorang Vampira, musuh tradisi keturunannya. Lord Zarray yang tersihir dengan kecantikan Kyra telah meletakkan nyawa gadis itu dalam bahaya.

Erzad yang ditugaskan menyiasat kejadian jenayah paranormal telah didatangi oleh Maeve, perempuan sihir yang penuh misteri dan tidak boleh dipercayai.

Kemunculan Luna menyebabkan Zarique kehilangan Larissa, Lord Zarray terpisah daripada Kyra dan Erzad hilang ingatan.

Demi menyelamatkan Larissa, mengembalikan Kyra, Zarique dan Lord Zarray terpaksa menggadai nyawa datang ke dunia manusia. Mereka bertemu dengan si licik Luna dan Erzad yang amnesia.

Lalu bagaimanakah Zarique mahu menyelamatkan Larissa? Dapatkan Lord Zarray menemui Kyra semula? Berjayakah Erzad mendapat kembali ingatannya yang hilang? Dan Luna...siapakah dia sebenarnya?

Luna, sekadar seorang kawan baharu yang licik dan berani. Larissa...nyawa, jiwa, cinta dan segala-galanya ~ Zarique

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-8-2016 10:18 AM | Show all posts

Tajuk: Aye, Aye Tuan Presiden!
Penulis: Que Sera Sera
ISBN 978-967-13972-0-6
Genre: Romance Fantasy, Aksi, Thriller

“Tugas you cari maklumat siapa dalang di sebalik ROM...Lepas you dapat maklumat tu, tugas seterusnya ialah infiltrate ke dalam ROM. Gunakan apa jua cara supaya presiden percaya pada you...”

Itu misi aku yang diarahkan oleh GOT. Target aku ialah Tuan Imran. Tapi aku....

"Ohh...maaf, tuan!" Aku pura-pura terlanggar Tuan Presiden dan konon-konon jatuh ke dalam pelukannya.

"Oh my...Jia. Awak dah salah orang." Senyuman nakal tu tikam mata aku.

Oh my! Mampos! Najmi! Apa partner-in-crime aku yang bisa buat rusuk kiri kanan aku bergetar buat kat sini? Makin bergetar rusuk bila badan aku dalam dakapan dia macam gaya penari tango. This is not good. He's not my target!

Antara Tuan Imran dengan Najmi, siapakah yang Jia pilih? Antara GOT dengan ROM, di manakah kesetiaan Jia yang sebenar?  Ejen 714 a.k.a Jia punya misi yang lebih besar daripada apa yang dia sangka dan jangka. Berjayakah Jia melaksanakan misinya?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.068053 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list