CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1036|Reply: 15

Kerana Impian, Pemandu Berusia 31 Tahun Semangat Menduduki PT3

[Copy link]
Post time 11-10-2016 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Sumber foto: Utusan Online



Lanjut usia tidak menjadi penghalang kepada Nik Mohd. Nazrul Nik Rashid, 31,untuk menduduki ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), semalam.


Peribahasa 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih' menunjukkan semangat seorang bapa kepada empat anak yang sanggup menduduki semula ujian itu demi mengejar impian peroleh jawatan tetap pemandu di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).


Nik Mohd. Nazrul berkata kepada Utusan Online sekiranya gagal kali kedua ini, beliau tidak akan berputus asa dan dia akan mengambil semula ujian itu sehingga lulus.


“Jawatan saya sekarang adalah kontrak dan saya perlu menduduki PT3 untuk membaiki sijil saya bagi membolehkan memohon ke jawatan tetap.


"Saya tidak akan berputus asa, malah akan terus berusaha sehingga berjaya mendapat sijil berkenaan memandangkan saya benar-benar menginginkan jawatan tetap itu untuk menjamin masa depan kami sekeluarga," katanya ketika ditemui selepas menduduki kertas Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Gafar di sini, hari ini," katanya kepada Utusan Online.


Menurut Nik Mohd. Nazrul, beliau hanya mengikuti kelas tuisyen sebagai persediaan menghadapi PT3 sekiranya berkelapangan sahaja.


"Saya juga mengulangkaji sendiri di rumah dengan bantuan jiran yang juga pelajar tingkatan 3. Dia banyak membantu dengan berkongsi soalan-soalan untuk rujukan," katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2016 10:21 AM | Show all posts
Ini menjadi pengajaran untuk murid murid, dulu masa umur 15 tahun taknak belajar betul betul, sekarang dah susah kerana tiada sijil ..tua bangka baru nak ambik pt3 semata mata ada sijil  sebagai  syarat untuk di terima masuk ke jawatan tetap.


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 10:25 AM | Show all posts
EH bukan dah ada ke thread ni semalam?
Ni reporter cari ke yg buka thread?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 11:07 AM | Show all posts
ummah serambi dan kegigihan bagai budu dgn nasi kerabu kan sis @famri7
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 11-10-2016 03:07 AM
ummah serambi dan kegigihan bagai budu dgn nasi kerabu kan sis @famri7

Hello hauknya sis..skrang nasi kerabu smua instant..budu nasik kerabu siam sedap manis ada bawnag pelbagai..lumur jah dkt badan time malam jumaat since suami sis ummah surambi jua khanzz.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 11:11 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 11-10-2016 10:25 AM
EH bukan dah ada ke thread ni semalam?
Ni reporter cari ke yg buka thread?

wartawan baru tu. welkam to da club.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2016 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
He looks young for 31..resmi pelahap budu lah kot.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 11:13 AM | Show all posts
famri7 replied at 11-10-2016 03:10 AM
Hello hauknya sis..skrang nasi kerabu smua instant..budu nasik kerabu siam sedap manis ada bawnag  ...

terima kasih atas saranan sis famri ....namun kakak syak, sis famri tak perlu melumur badan dgn budu kerana sis telah mempunyai aroma budu secara semulajadi kan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2016 11:16 AM | Show all posts
so meols buat kesimpulan yang sijil tu penting untuk dapatkan kerja yang tetap
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 11:20 AM | Show all posts
Bagus la sbb dia ada usaha nk dpt jwtn tetap
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 11:23 AM | Show all posts
famri7 replied at 11-10-2016 11:11 AM
He looks young for 31..resmi pelahap budu lah kot.

Pesaipa mata hang sakitka? Mana ada nampak mudanya hahaha

Resmi budu konon
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 11:29 AM | Show all posts
ok la tu. ada jgk kesedaran walaupun sedikit lambat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berjaya bang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 01:13 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 11-10-2016 02:25 AM
EH bukan dah ada ke thread ni semalam?
Ni reporter cari ke yg buka thread?

iya sis..kakak senyum sinis jah


http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 02:24 PM | Show all posts
Modngengade replied at 11-10-2016 01:13 PM
iya sis..kakak senyum sinis jah

Teruk betul mutu kerja dia org ni.
Tak boleh ke study sikit sebelum buka thread.
Ni tak lepas probation dah ni.



Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 02:30 PM | Show all posts
pentingnya sijil sekolah unless kau kerja sebagai pelakon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.346226 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list