CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1824|Reply: 1

Emma Watson Mengecam Perkahwinan Kanak-kanak

[Copy link]
Post time 11-10-2016 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Bintang filem Harry Potter, Emma Watson mengecam perkahwinan seawal usia kanak-kanak ketika mengunjungi Malawi lalu menggesa pihak berkuasa di seluruh Afrika  menghentikan amalan itu.




Sumber foto: http://news.trust.org




Emma menegaskan amalan berkenaan menyebabkan generasi muda mudah terdedah dengan risiko keganasan rumahtangga selain menghalang mereka dari meraih masa depan yang cerah serta menyebabkan mereka keciciran dalam pendidikan.


Duta Muhibbah Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu melawat negara Afrika Tenggara terbabit sempena sambutan Hari Anak Perempuan Antarabangsa.


Malawi meluluskan undang-undang yang menggariskan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun dengan kerjasama antara PBB dan ketua-ketua masyarakat tradisional pada 2015.


“Bertemu ramai kanak-kanak perempuan yang dihimpit masalah kemiskinan dan dipaksa berkahwin dalam usia setahun jagung menyedarkan saya mengenai kepentingan membuat pilihan sendiri dalam kalangan wanita.


“Ia sangat mengujakan untuk melihat bagaimana amalan memudharatkan ini dapat dihentikan apabila masyarakat memberi kerjasama padu,” ujar Emma kepada UN News Centre.




Sumber foto: http://www.un.org




Menurut PBB, data menunjukkan bahawa di seluruh dunia, satu per tiga kanak-kanak perempuan di negara-negara membangun, tidak termasuk China, berkahwin pada usia bawah 18 tahun.


Perkara ini secara tidak langsung menafikan zaman kanak-kanak dan hak mereka untuk bersekolah.


Walaupun perkahwinan kanak-kanak kini diharamkan di Malawi, masih terdapat kebimbangan masalah sama berulang kerana mementingkan adat.


Di samping itu, data kempen Girls Not Brides berpangkalan di United Kingdom, menunjukkan 15 juta kanak-kanak perempuan terikat dengan masalah sama di seluruh dunia.


Hari Anak Perempuan Antarabangsa diisytihar PBB disambut pada 11 Oktober  bagi mempromosi hak asasi manusia untuk kanak-kanak perempuan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2016 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
saya setuju

kesian kat bebudak tak cukup akal nak berfikir lagi dah kena kawen dengan orang tua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.055921 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list