CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ipes2

LUBUK KREDIT: RUANGAN UNTUK / LUAHAN / TAK PUAS HATI DGN SISTEM PERUBATAN MESIA

  [Copy link]
 Author| Post time 12-12-2016 02:20 AM | Show all posts
melinda_kerr replied at 10-12-2016 10:17 AM
gituuuu. curlast doc! jiwa melayu sebati dgn iols. konsep redha itu tetap ada.

hi hi.. tapi betul lah mcm melinda kata, kita kena ada concept redha pada Allah, tetapi biasanya jelas jika org buat keje nak tak nak je, nak perlu dilapor, kan?
tetapi byk kali jugak, org dah buat kerja dgn terbaik yg dia mampu. wallahu alam.. susah kita nak memikirkan nye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
New Komplen / Luahan Rasa / Kesilapan Perubatan

Assalammualaikum dr.
Pada tahun 2014 ibu saya disahkan menghidap kanser payudara tahap 2 diusia 54 tahun. Dr yg merawat ketika itu kt antara puncanya adalah pengambilan pil cegah hamil lebih dr 10 thn. Beliau mnjalani pmbedahan mmbuang payudara kiri. Selama 2 thn menjalani kimoterapi dan mengambil ubat2an yang diwajibkan tahun ini ibu saya disahkan menghidap kanser rahim. Pada minggu lepas, dia mjalani pmbedahan buang rahim. Sepanjang tempoh selepas pembedahan ibu saya sentiasa sakit dalam perut dan muntah. Kami berkali2 bertanya dan meminta doktor yg dtg memeriksa utk memastikan faktor ibu saya berasa sakit dalam perut. Dr cuma mengatakan perkara biasa gangguan pada usus2 kerana baru dibedah. 2 hr lepas mereka memasukkan tiub melalui hidung utk menyedut isi perut ibu yg katanya merupakan toksik. Ibu saya berasa sedikit selesa. Semalam, sakit ibu saya berulang semula dan hari ini beliau disahkan akan dibedah semula kerana usus bengkak 'salah tempat sewaktu pembedahan. Kami syak ini kerana kesilapan pembedahan yg pertama. Perut ibu saya akan dipotong spt menggunakan kaedah lama membuang rahim.(maaf x tahu istilah perubatan). Padahal sebelumnya mereka mengesyorkan kaedah 4 lubang kecil ditebuk disekitar perut kerana kaedah itu lebih cepat sembuh katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan saya:
1)Apakah perkara2 yang perlu kami tahu atau tanyakan untuk menentukan pembedahan lepas berlaku kesilapan atau tidak.
Sebab selepas pembedahan pertama Dr hanya mengatakan PEMBEDAHAN OK sahaja. Setiap soalan2 kami dr cuma jwb spt mengelak shj. Bukannya kami tny sejurus keluar dr bilik bedah.

2. Apa pilihan yg kami ada utk situasi ini.
Untuk pembedahan kedua ni pun, dr yg membedah kali pertama hanya jawab kami perlu tunggu jawapan dari Dr pakar usus kenapa,mengapa,bagaimana bla2. Memula katanya sedikit kesilapan lepas tu bukan silap tapi usus tu yg bgerak ke tempat x sepatutnya. ( sebelum tu Dr kata usus, marah,merajuk- mungkin nk memudahkan kami memahaminya).
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
KOMPLEN:
Selepas pembedahan ibu ditempatkan di wad kelas 2, 4 katil 1 bilik. Katanya boleh dapat kawan2 spt masa selepas pmdhan kanser payudara jika duduk ramai2 berbanding kelas 1.
Sepanjang tempoh ibu dalam wad pada waktu malam, nurse2 berborak ohmaii.. Jika hal kerja kita mungkin tidak kisah contohnya troli ubat2 yg bising tu ditolak ke sana sini, walaupun ibu mengadu tidak dapat tidur kerana bising, tapi kami cuba memahaminya sebb itu hal kerja. Tapi dlm tempoh itu, suara berborak nurse2 yang mengganggu berkaitan iklan2 di fb, gosip2 di forum lebih banyak berbanding dengan hal kerja. Larut malam 12++, tak kan x tfikir keadaan pesakit2 dlm bilik tersebut tanpa perlu ditegur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 11:23 PM | Show all posts
pengalaman tahun 2011

Saya lahirkan anak sulong melalui pembedahan sebab anak saya songsang (kepala di atas) di sebuah hospital swasta. Alhamdulillah semua berjalan lancar

saya pulang ke kampung untuk berpantang kerana ini anak pertama, tiada pengalaman. Bila di kampung, jika kita laporkan kelahiran, akan ada jururawat masyarakat datang melawat. Pada ketika itu bayi saya sudah berusia dalam 10 hari. Dia mengatakan bayi saya terkena jaundice, perlu ujian darah di klinik..selepas 4 hari..bacaan tidak naik dan kurang...tak silap saya, bacaan adalah 10/11..
saya diminta rujuk ke hospital kerajaan (suami pada mulanya berkeras nak bawa semula ke hospital saya bersalin)..esoknya di hospital, saya merupakan orang pertama sampai dan meletak buku merah yang mana saya sepatutnya mendapat giliran pertama. Apa yang berlaku adalah:

a) saya merupakan yang TERAKHIR dipanggil tanpa sebab yang saya ketahui. Masa tu masih dalam pantang, saya tidak pergi bertanya kerana dinasihatkan oleh mak saya untuk menjaga emosi

b) ketika dipanggil, nurse memanggil nama saya dengan tambahan ' yang bersalin di hospital swasta - hello..perlu ke sebut macam tu. kalau sebab saya bersalin di hospital swasta menyebabkan saya tidak layak di sini, boleh beritahu saya awal-awal masa saya daftar

c) mereka buat ujian urine pada baby saya..caranya buka bedung...buka pampers anak saya, bawa ke sinki dan halakan air paip sejuk pada alat sulit anak saya (anak saya lelaki). Hujan kat luar, boleh bayangkan betapa sejuk anak saya, meraung sampai tak keluar suara (saya tahan diri sbb tak tau prosedur sebenar), lepas tu baru kumpul urine anak saya

Bila dah balik rumah, saya call kawan saya nurse di hospital kerajaan, baru tahu ada plastik khas (mmg tgk di hospital swasta bila anak kena ambil urine- pengalaman anak yang lain)

pengalaman menjengkelkan  saya di hospital tu.  saya tahu tak semua hospital kerajaan begitu,,tp sebab nila setutik la, rosak susu sebelanga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 01:25 AM | Show all posts
..nak share my experience jugak...not a complain...but how i felt when being caught in a bed crunch...ekekeke...

...few years ago...i experience abdominal cramps...from mild pain it progressed to severe abdominal pain...associated with vomiting...it started from 7pm and became worst at about 4am...i kind of suspected...may be i had sub acute intestinal obstruction...cos the symptoms kind of correlate...so i went to the nearest hospital...not my workplace tho...cos i hate being admitted at my own workplace...

..i reached the A&E at about 5am and was wheeled to their triage area...put on a trolley and immediately kena tukar into their OT gown..after history taking and the routines (blood test and setting up iv plug)...i was sent for abdominal x-ray...back to the ED...and result showed dilated bowel loops...and dr told me...confirmed subacute io...need to insert NG tube...huahuahua...

...but before that..for my pain...i was given iv tramal and iv maxolon...and then i saw the familiar nurses from my hospital who were doing their attachment in that ED...ekeke...they had the NG in their hand and told me that they had to insert it for me...dengan hati yang berat...i told them...proceed...but...just when they inserted the tube into my nostril...i had to stop them cos it felt so painful...

...they looked stunned and tak tau nak buat apa...kept telling me..."but we need to insert your NGT"...huhuhu....

...so i told them...no worries...come...give me the NGT...i will insert it myself...so in the end...i did manage to insert it myself...hahahaha...aspirated out about 250mls of gastric contents...NGT was left on a passive drainage...then...put me on iv fluids...and then the effects of the tramal started to kick in...i felt sleepy and doze off...

...woke up on and off when i felt my trolley being moved from one corner to another...opened my eyes and each time i saw a new person next to me...but i dont bothered at that time cos i felt very sleepy...and pain had subsided...further more...i felt like i was in a merry go round...sedap pulak kena tolak sana sini on the trolly...

...once in a while being woken up cos dr review...and there were 2 times when they did pr exam for me...once by the MO...another one by the consultant herself...geee...benci aku!...tanya how i felt and explaining to me had to keep me in the ED cos no beds in the ward yet...so i said...ok...no worries...hehehe...

...the iv fluids made me go to the toilet frequently...and after the second pr exam...i had the urge to BO...which i managed to...thankfully...

...by the time i got to be warded...it was at 5pm...12 solid hours i was in the ED merry go round on the trolley becos of the bed crunch...hehehe...

...but the worst experience of all...when the team came to review me the next day during their exit round in the evening...they told me that my io appeared to be resolving and i do not need the NGT anymore...in that instance...secepat kilat...before i could even say ok...the HO just yanked the NGT out....even the tape  on my nose tercabut skali...it felt like my whole intestine coming out too...arrrgghhh!!...

...benci aku!!..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-2-2017 09:11 PM | Show all posts
blackmore replied at 18-2-2017 01:25 AM
..nak share my experience jugak...not a complain...but how i felt when being caught in a bed crunch. ...

hak hak so PR stimulation worked on you, sure tenesmus giler!
sib baik SBO je, apa apa pon i dont envy your NGT experience
kena appendix kalu!

ha ha kena jumpa geng sendiri tu yg tak best tu

masa muda muda dulu, i penah:
admit my consultant (i intern.. tak umpa jumpa vein dia, dia PR bleed..kena but PR kat dia!!)
admit my fellow intern si Elizabeth sebab dia try commit suicide
admit my fellow MO sebab dia kena appendicitis
buat Vaginal exam kat si ED receptionist yg agak gatal tu kata nye ada itch so kena full PV bagai
assist my boss buat brain surgery kat radiographer kitorang dia ada brain tumor (i dulu buat neurosurgery, siap ada MRCS & AFRCS bagai )
..dan mcm mcm lagi...gosh am so old



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2017 09:34 PM | Show all posts
GigaMom replied at 17-2-2017 07:54 PM
New Komplen / Luahan Rasa / Kesilapan Perubatan

Assalammualaikum dr.

Waalaikumussalam Giga, sorry delay sikit sebab bizi sungguh last week. First things first, sorry to hear your Mom had 2 cancers. Let me recap and summarize your input:1) mom now 57; mom had stage 2 Lt breast ca, had resection, had chemo (stage 2 is totally curative, alhamdulillah; sebab dah chemo, most likely mom you LN+ve ie lymph node positive atau size tumor ie ''T'' from TNM classification ialah T nye 2-5cm la tu)

2) yes ada a very small risk of breast cancer from long term use of OCP (pill cegah hamil); kami disini selalu ''give a break, mcm meds holidayss gituh, sebab tak nak stimulations dari hormones tu continuous gini..10years is a long time. Secara ringkas, OCP causes increased in breast, cervical and liver cancers, tetapi membantu mengurangkan risks of ovarian and endometrial cancers)

2a) ''ubat ubat wajib'' tu, maybe tamoxifen kot; ini bergantung pada positivity of receptors of your mom's breast cancer ie E+ ke, P+ ke, Her+ ke etc; tamoxifen malangnya membawa sedikit risiko utk menyebabkan endometrial cancer; tetapi penggunaan nya tetap diteruskan kerana balance of risk utk tidak-menggunakannya adalah lebih besar dari risk mendapat endometrial cancer

3) sakit perut dan muntah post-op adalah common, dan explanantion docs you masa tu adequate

4) bila stomach content beliau di sebut guna tube (NGT), ini adalah utk merehatkan small bowels biasanya; maybe dia ada Small Bowel drainage issues eg partial obstruction ke, dysfunction ke sebab post-op; procedure yg dia lalui tu is commonly called Drip-and-Suck

5) usus bengkak 'salah tempat sewaktu pembedahan. <---- yg ini i tak leh qualify what they meant; u as a NOK is 100% entitled to know what it means. Di sini NOKs akan ambil medical lawyer utk dapatkan copies of the charts / medical notes. In mesia i rasa samalah prosedur nya.

6) ..so, mak you akan ada Open Surgery lah, instead of Laparoscopic Surgery. Bukankah Uterus mak u dah dibuang? (Hysterectomy?)



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2017 09:44 PM | Show all posts
GigaMom replied at 17-2-2017 08:03 PM
Soalan saya:
1)Apakah perkara2 yang perlu kami tahu atau tanyakan untuk menentukan pembedahan lepas ...

Jawapan.

1) mintaklah family meetingFM  dgn team; tidakkah mereka buat meeting sebegini? kena buat lah, kata kami mahu explanation. Sebab itulah kami disini amat sgt memberatkan pertemuan dgn NOKs, dan patients, agar tidak timbul ragu ragu eg perasaan pesakit bahawa kami hanya''jawab mengelak'' etc. FM is a must. Rugi doctors yg tak buat FM

2) '' usus, marah, merajuk'' tu i tak berapa paham. maybe you would like to explain to me a bit? yes, i setuu dgn pendapat doctor itu that if the problem now is intestinal, kena tunggu pendapat Gastro-Intentinal surgeon; this is their area ie GI surgeon's nyer area

NB: i would like to remind you that none of my input are recommendations, and none are binding legally. They are merely interpretations of scenarios yg you mentioned sahaja. Having said that, I am a doctor and I my interpretation will not be too far from the real situation, I believe.  I do not have expertise in Gynae-Oncology, tho my wife is a Consultant Oncologist here.

[tr][/tr]
[tr][/tr]







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2017 10:00 PM | Show all posts
GigaMom replied at 17-2-2017 08:14 PM
KOMPLEN:
Selepas pembedahan ibu ditempatkan di wad kelas 2, 4 katil 1 bilik. Katanya boleh dapat ka ...

Yg ini biasa berlaku kerana keperluan ubatan dan isu isu pesakit yg timbul; troli yg ada noise reduction joints yg ada getah diconnection points nye agak mahal so i tak tahu we use that in mesia or not. Juga, nurses selalu kena consult each other dan doctors, dan kena ada handover, maka ini agak bising; tapi handover biasanya dibuat di bilik khas agar tak kuar confidential info kat pesakit lain.

Jika hal hal chit chat kosong, then ini adalah persoalan professionalism dan tak sepatutnya berlaku dgn meluas (tapi kita paham jika ia berlaku..tapi takleh lah sampai ganggu pesakit). Sy tahu ada org jual barang la, tudung la, MLM la etc etc dan ini adalah amat terlarang. Public servants kenalah peka. U boleh tulis surat ke hospital after, or cakap kat Ward Sister. Segan la dan malu jugak la doctors dan nurses jika ward mereka dikata org bising dan tak professionals. Malangnya di negeri omputeh pon berlaku.

Maaf jika typo etc.. sebab i replied 3 times dah this particular question dan Cari nyer servers kata tak kuar la, etc..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2017 10:15 PM | Show all posts
zachuby replied at 17-2-2017 11:23 PM
pengalaman tahun 2011

Saya lahirkan anak sulong melalui pembedahan sebab anak saya songsang (kepa ...

Congratulations dapat anak sulong, alhamdulillah, sy harap he is fit and well insyaAllah.
Pasal timing tu, quite likely sebab the list dah dipenuhi dgn mereka yg dah ada OPD slots sebab mereka maybe from the locality. You mungkin di add to the list yg dah sedia ada for that day. Jika begitu, mereka patut beritahu u yg u nanti kat belaknag list so bleh la buat hal lain dahulu.. or, if ok, they could have seen u awal awal pon takpe, if they wish.

Bab sebut hosp swasta tu sy tak faham kenapa ia patut di announcekan.

Bab collection urine tu maybe agak insensitive and it could have been made easier and nicer for the baby with so many manouvre. Tulis lah surat, agar mereka boleh baiki yg tak elok. Agar org lain tak lalui yg sama.

Bangsa kita tidak terkenal dgn budi-bicara yg elok terhadap bangsa sendiri; ini telah diketahui sejak dulu. Bangsa kita sgt elok kepada omputeh, dan disini omputeh still kata org mesia tak reti guna perkataan please, thank you, you are welcome, excuse me. Depa akan berkata oh mesia lembut etc bila di TV, dlm sat kabar etc.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 08:10 AM | Show all posts
ipes2 replied at 18-2-2017 10:15 PM
Congratulations dapat anak sulong, alhamdulillah, sy harap he is fit and well insyaAllah.
Pasal t ...

tq2 atas pencerahan..seperti yg dijelaskan..sy rasa sepatutnya adalah lebih baik dimaklumkan giliran saya..

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 11:38 AM | Show all posts
Edited by takayama at 22-2-2017 11:47 AM

bukan nk complaint tp nak share cerita aje

ayah terlibat dlm eksiden pkl 3 pagi (ni mamat2 drifters yg dok drift beriya tup2 terlanggar kereta ayah taka)

ekisden berlaku x jauh dr rumah dan dekat dgn lampu isyarat, lps eksiden ada bbrp org yg berada kat situ call ambulance dan ayah pun dibawa ke hospital. Bila ayah dah smp hospital tu ada sorg nurse yg baik called adik kat rumah so adik dgn segera ke hospital utk tgk keadaan ayah. So lps adik tgk keadaan ayah yg xdelah teruk mana tp lbh pd terkejut dia called kami yg berada di KL, ms tu tgh bulan puasa so adik ni call dlm pkl 5 camtu, kita dgr mmglah terkejut, so kata kat tok laki nk balik kg, tok laki bg izin, dia x dpt joined balik sbb kerja. Smp kat hospital dlm pkl 7.30 terus ke ER coz ayah msh kat situ then tetiba taka terdgr suatu suara cam bising2lah tanya knp x htr ayah ke wad biasa bla bla ... ms tu rs nk lari blk sbb dah taw empunya suara tu adalah abg taka, aduhai malu taw coz satu ER blh dgr, lg kesian kat ayah coz ayah kenal rapat dgn pengarah hospital.

dlm pkl 8.30 pengarah hospital dtg sbb abg taka demand nk jumpa dia walaupun itu hr sabtu, off day org kot tp tuelah susah nk kata, pengarah hospital dtg dan say sorry sbb lambat transfer ayah ke wad biasa, then abg complaint sbb dr pelatih x reti nk cucuk amik darah dan juga cari urat utk mskkan air tu, mmg betul dr tu buat salah, taka pun nampak siap ayah taka yg ajar camner nk cari urat org tua tp mmg kesian gak kat dr pelatih tu sbb asyik kena sergah aje dgn abg2 taka, at d end tu staff nurse yg dtg buat so settle but abg taka ni aishh susah nk kata

disbbkan ayah xde external injury, taka bincang dgn Dr utk check if ada internal injury, maklumlah warga emas kan jd risau gak kot nnt akan ada effect, ms nielah satu lg perbalahan antara abg2 dan pihak hospital

bg taka yg dah lalui bersama arwah ibu dulu taka memahami setiap insan yg bekerja kat hospital mmg cuba buat yg terbaik utk pesakit disitu tp bila ada campur tgn family pesakit cam family taka ni mmg jd serabut terus pihak hospital, dgn pesakit lain yg ramai ya hamats tu dan karenah si cerewet ni, kesian sgt

so things make short family kami minta bilik yg 1st class tu which is really limited dan kami mmg kena tunggu coz pengarah bersetuju utk bg guna bilik vvip, cuma yg taka x tahan ms tunggu ayah kat wad biasa tu coz ada bbrp kematian yg melibatkan H1N1 (benda ni berlaku dlm 2008 atau 2009) so taka cam x selesa kejap2 diaorg bawa mayat keluar dan ianya melepasi katil ayah

bg taka yg berada disisi ayah tt time, layanan yg kami terima mmg baik dan may be sbb utama pengarah hospital dan bbrp Dr serta Nurse senior mmg kenal ayah coz dia org PERKIM yg selalu ke hospital utk sampaikan sumbangan

cuma taka nak kata family ni jgnlah kekwat sgt, sian kat pesakit coz diaorg ni memerlukan treatment, try to understand them

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 12:06 PM | Show all posts
yang ni nk complaint sikit plus nk share experience gak

benda ni berlaku tahun 2011 hari raya ketiga, adik, anak perempuan dan my late husband eksiden sbb adik mengantuk so dia swing kereta tu dr lane kiri msk kanan terus terhumban msk dlm longkang besar, kereta mmg total loss

eksiden berlaku depan mata taka so taka dan adik bongsu usahakan bawa keluar arwah suami dulu sbb dia duduk kat tempat passenger tu then br keluarkan adik dan anak perempuan taka dan dibantu oleh org yg sekeliling yang ternampak eksiden tu

adik bongsu bawa dulu abg dia dan anak perempuan taka while adik perempuan taka yg berada di belakang taka dan arwah suami ke hospital. Masa sampai tu mmg arwah suami terus dibawa ke ER so dia mengalami patah tgn belah kanan dan juga tgn belah kiri tu cam terseliuh, ada sikit bleeding gak kat telinga

adik lelaki taka plk basically cam xde apa kecederaan tp abg taka insist Dr x ray juga coz takut ada internal injury. jadi dedua yg lelaki ni semua diberi rawatan dgn cepat juga dan terus dibawa ke wad sbb Dr still nk monitor

yg taka nk marah sbb anak pompuan taka diaorg x check lgsg taw, dr suruh dia bersihkan diri jer, ms tu taka mmg busy dgn arwah suami dan mlm tu bila Dr kata arwah suami blh discharge so taka blk rumah ayah then brlah taka ni terigt kat anak dara taka, gie jenguk dia, pegang dahi dia kot demam terkejut ke apa, tup2 dia kata "ibu td ms kat hospital diaorg tak check kakak pun walhal uncle  long dah suruh x ray kakak dgn pakcik jugak tp diaorg cuma x ray pakcik aje then dr tu suruh kakak keluar dr ER sbb kakak x cedera"

lps dgr tu mmg agak menyirap gak darah, coolkan diri terus jumpa abg tanya camner nk buat, abg yg br nak duduk terus panggil anak pompuan taka, suruh bersiap dan mlm tu gak ke hospital semula, taka x ikut coz abg suh jaga arwah suami, dia pergi dgn adik bongsu dan bila dia sampai dia panggil tt dr dan tanya knp x x ray anak pompuan taka, tt time dr tu cam tergagap gak nk jawab, kita taw dia byk kerja dan pesakit plus dgn cuti perayaan tp bila dia dah setuju utk x ray kenapa bila smp ms nk pergi dia kata x perlu

so make it short mlm tu gak x ray dan another Dr yg attend to it, ada kesan cam tulang kat bhg tgn/lengan tu tersalah letak (apa yea terms tu, x igt tp dr ada bg taw) so Dr balutkan bhg tu dan Dr suh gie utk rehab lps sebulan.

knp Dr discharge arwah suami taka coz taka yg minta sbb kat hospital xde ubat yg arwah suami taka amik jd taka perlu bawa dia blk ke KL juga

cuma yg taka igt keesokan hrnya pengarah hospital tu dtg beraya kat rumah ayah bila dgr anak, menantu dan cucu ayah dimskkan ke hospital

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2017 07:37 AM | Show all posts
zachuby replied at 21-2-2017 08:10 AM
tq2 atas pencerahan..seperti yg dijelaskan..sy rasa sepatutnya adalah lebih baik dimaklumkan gilir ...

ya, lebih kind
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2017 07:45 AM | Show all posts
takayama replied at 22-2-2017 11:38 AM
bukan nk complaint tp nak share cerita aje

ayah terlibat dlm eksiden pkl 3 pagi (ni mamat2  ...

saya faham maksud taka, tap saya juga faham dgn kemahuan abg2 taka; yakni mereka hanya mahu yang terbaik utk ayah taka. ini adalah satu sentimen yang baik. tapi, kekadang boleh jugak input dari family membuatkan isu menjadi lebih murky. sy yakin ini bukanlah suatu yg banyak berlaku. jgn risaulah taka, all is well.
jap nak gugel perkim..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2017 12:44 PM | Show all posts


LUAHAN RASA

Cerita panjang, please be patience.

End of 2016. 9 weeks pregnant, keluar light spotting. Datang ke hospital, disaring di bhgn kecemasan. Sampel darah dan air kencing diambil.

After a fw hours, result keluar. Dr saringan beritahu urine pregnancy test is negative, therefore x pregnant (till now, I wonder apa jadi dgn sampel darah). Dr sangat reluctant untuk buat ultrasound, siap cakap 'U x pregnant. If buat ultrasound pun, bukan nampak apa-apa.'

Since I was so damn sure I am/was pregnant, sy mintak jugak buat ultrasound. Sy tak puas hati bila Dr lalukan gitu-gitu saja transducer tu atas abdomen no more than 10 secs at one spot. Dr cakap, 'Uterus u kosong, xda apa-apa.' Dalam hati menjerit mintak Dr untuk tengok balik betul-betul or panggil someone else w more experience to do it. Pengalaman ultrasound banyak kali (ada kes), sonographer scan betul2, check segenap inci penjuru bagai. Dr saringan buat surat referral utk proceed check-up, at the same time dia cakap sy x pregnant. Ok fine. I get it. Sy balik rumah brainwashing myself I wasn't pregnant even though I believed otherwise.

On second day, semakin banyak darah keluar. One time masa squat to pee, terasa 'something' nak keluar n sempat nampak that 'something' anggaran saiz lebih kurang separuh tapak tangan (still can recall image that 'something' tu mcm warna jernih lutsinar + pinkish tp bukan seketul darah merah, no. still intact, sy agak-agak gestational sac, kot) dan diikuti dengan darah menderu bak air paip.

Dlm hati terdetik, 'ni keguguran ni' n I should fish out whatever yg jatuh dlm tu but my mind counter balik 'STOP IT! U were NOT pregnant. Dr semalam ckp u TAK pregnant. Uterus KOSONG. So stop dreaming n forget about it!' Since it was painless so I decided to stay put. Ini kali kedua keguguran. Having experienced it once, ingatkan bila lalui kali ke-2, I would know. No. Because both times x sama, mcm mana nak relate?

Darah semakin banyak. Berbeza sekali dengan darah period. Warna darah terang, nampak fresh n x berbau. Setiap kali hati terdetik kata sy tengah keguguran, automatik disanggah dengan kata Dr saringan 'x pregnant, uterus kosong.' This battle going on sepanjang hari sehinggalah tertidur di malam hari.

On third day, pergi balik hospital. This time, with surat referral, terus dihantar ke tempat sepatutnya. Surat disambut oleh someone (later on baru tahu dia sonographer). Selepas surat dibaca, sy pulak kena marah as if sy in denial. 'Puan. Ni result kata air kencing negatif n uterus Puan kosong. So, darah yang keluar tu darah PERIOD. Puan TAK pregnant pun.'

Aduhai. Cakap pun kasar, orang dah la tengah bersedih. Mmg samdol sangat. Setiap kali sy cuba explain perihal semalam yang terjadi AFTER surat tu ditulis, dia akan goyang surat tu n keep on bertasbih facts yang tertulis di dalam surat. Haram nak dengar apa yang sy cuba nak sampaikan.

Hampa. Kecewa. Wonder why they didn't take me seriously. Rasa defeated, I stepped back nak tinggalkan kaunter, then nurses there cepat-cepat panggil balik 'Xpe-xpe Puan. Kita timbang berat, check blood pressure dan ambil darah dulu ye Puan.' Around 3 hrs later, baru diorg nak gelabah. Bacaan hormon hCG dalam darah sampai beribu2. Darah period la sangat kan?

Nurse called hp suruh datang semula sebab Dr nak jumpa. Sonographer tu pun ada sekali. Kali ni dia diam n cakap pun dah sopan. Sy kena ultrasound via atas bawah. But they failed to find whatever they were trying to find. Maybe diorg nak cari 'something', something yang dah keluar semalam? If that's so, of course x dapat cari, baik dalam uterus or luar uterus.

Then, Dr panggil to her room. Dr cakap to conclude saya x pregnant based on ultrasound pun x boleh, sebab hormon hCG dalam darah terlalu tinggi. Dapat detect that hormon dalam darah saja pun dah kira x normal, apa lagi dapat bacaan sampai paras beribu. As if can see where my mind is going, Dr cakap smtimes x boleh bergantung sangat pd ujian air kencing semata-mata n dia minta sy lupakan pasal ujian air kencing negative hari pertama sy datang hospital. Then, sy dipaksa warded bbrapa hari.

Actually, kes ni jadi leceh sebab sy keguguran sebelum sempat buat buku merah (buku ibu mengandung + 1st ultrasound) so sy xda official confirmation stating sy pregnant n bukti ultrasound ada kantung baby implanted in uterus (bukan ectopic). Dr pun xnak lepas balik, xnak take any risk if let say sy ectopic pregnancy n it ruptures dekat rumah. Dr plan untuk monitor for a few days. If betul keguguran, paras hormon hCG should drop gradually. If paras hormon maintain or increase, then kena check balik, could be ectopic n kena masuk camera cari mana kantung baby terimplan.

Fast forward, Dr concluded as keguguran.

Soalan:
1. Apa sebenarnya terjadi pada sampel darah pertama? Very unlikely utk dpt negative results for both tests kalau betul sy pregnant. Or saja ambil sampel darah tp x run the test pun? Or since ujian air kencing negatif, then no need to proceed with blood test?

Wonder berapa bacaan hormon masa ni (sebelum keguguran), coz 2 days after that bacaan still tinggi (beribu), even a week after that pun (selepas discharged) Dr pakar kata bacaan still x normal. Dr pesan after a week, buat pregnancy test. If positive, datang hospital balik, could be ectopic.

2. Dr masa saringan cakap uterus kosong. But the next day, 'something' as big as half my palm keluar. So how come Dr saringan miss to see or detect 'something' that big pada hari sebelum that 'something' keluar? Sebab scan sambil lewa?

p/s: dr.ipes familiar kan cerita ni? Sy pernah consult ipes pasal ni. Sy mintak maaf sebab x reply n update, sy x kuat nak explain berulang kali sebenarnya n I kept on blaming myself sebab x trust my instinct in d first place. N sy amik peluang ni to reply n update indirectly. N to others - please buat buku merah awal2 ye ibu-ibu mengandung sekalian (sebaiknya 8 weeks - lagi awal pun boleh kalu nurse terima, tapi jangan lewat dari ni).

Terima kasih uols sebab rajin baca sampai habis. Sebelum tu.... Ya Allah ya Tuhanku, semoga penulis ini dikurniakan fraternal twins lelaki-perempuan untuk next pregnancy. Aamiin. Tq sbb tolong doakan sekali. Heeeee....



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2017 09:51 PM | Show all posts
takayama replied at 22-2-2017 12:06 PM
yang ni nk complaint sikit plus nk share experience gak

benda ni berlaku tahun 2011 hari raya ket ...

Possible jugak bahawa depa tak XR daughter Taka sebab depa dah ambil full History dan did full Physical Exam, lalu dapati tak perlu di XR. Tapi dalam car crash, kena cek betul betul. Tapi, the fact that ada trauma, maksudnya depa tak cek betul betul kot, tu yg barut after XR tu.

XR in children ni kita try to avoid jugak, sebab ada radiation  kan. Tapi, tak boleh lah tak XR dalam kes ini.

Waa takut kat abg Taka, tapi bagus la dia pro-active; jika kita tak jaga fmily kita, sapa lagi, kan?

''Tersalah Letak'' ni apa ek? Ni bukan dislocation, kan?

Bagus pengarah hospital tuh, siap gi jln umah. Spital mana ni

Sorry also to know that hubby Taka dah passed away..may Allah rahmati dia, ameen ya Rabb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2017 10:10 PM | Show all posts
Wakefield replied at 26-2-2017 12:44 PM
LUAHAN RASA

Cerita panjang, please be patience.

ha ada..ada PM tu ..awak la ye yg saya puji bagusnya amik folic acid before pregnant (sbb folic acid ni elok amik 3 months before pregnant and into the 3rd month after.. or just continue sampai deliever).

first thing first, if ada miscarriage, kena gi hospital, like u did. ramai org di mesia kata.. oh takpelah etc etc. Kena gi and wat USS to make sure takde gestational sac yg lain, dan takde retained product of conception. Jika ada kena wat D&C etc.

sorry juga dgr Sonographer cakap kasar dgn awak; bangsa kita ni mmg suka cakap kasar dgn orang, kan? dlm PM tu Wakefield tanya bleh ke TV USS cause miscarriage dan dalam tu sy kata tak (risk very very small).

soklan saya ialah apa jadi kat 1st blood test tu? amik dan buang je ke? awak gi demand sikit, kata sy ada serum hCG and nobody ever cakap results nye..if buang, sapa yg buang sebb the role of serum bHCG ni ialah nak confirm especially jika urine bHCG negative.

jawapan to 2nd Q is: yes he missed the sac on the USS! boleh tulis surat.

Thru out this, ngapa Wakefield tak citer that after sent home, I passed a sac in the toilet? Intact sac tu gestational product tu. baper kali jugak pesakit dtg kat ED masa sy keje ED, bawak sac etc dalam tisu.

Tak tulis strong letters? Tulis la.. utk bantu ibu ibu lain. Do that la. Important so that the hospital staff will learn


Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 09:26 AM | Show all posts
ipes2 replied at 26-2-2017 09:51 PM
Possible jugak bahawa depa tak XR daughter Taka sebab depa dah ambil full History dan did full Phy ...

Dr, anak taka bukan lg children sbb ms tu dia dah 22 tahun
sbb tu lps smp hospital nurse suh dia tukar bj dulu coz yeala keta msk longkang so faham2lah
bila dah tukar bj nurse suruh duduk dan tunggu giliran sbb secara external mmg dia xde injury
tunggu punya tunggu dr kata "u can go"
and tt time taka mmg ada kat situ coz temankan arwah suami
mmg taka terus tanya Dr tu u dah examine my daughter throughly or not
Dr tu kata anak u xde apa2, mmg taka almost nk tempik jugaklah
suka hati jer kan kata xde apa2 just because dia nampak xde apa2
then taka kata how about if there's something like internal injury
dia jawab kata ohh that one u may check later coz we are busy at the moment
then taka kata ok then if tt u said so can u please jot something in whatever so tt I can show tt to the senior Dr
hah ms tuelah dia kata ok I send her for X ray tp later rerupanya x buat

yup "dislocation" namanya Dr
lps tu taka bawa anak taka jumpa Dr kat hospital kajang
alhamdulillah semuanya ok

hospital mana ek? errr xleh gitaw sbb byk sejarah hospital tu dgn family kitaorg
arwah ibu taka dulu nurse kat situ
tp berhenti sbb pregnant my youngest bro at her age 40
neighbour taka pun ex staff nurse situ juga
dan ms arwah ibu admitted due to entahlah susah nk kata mmg she been taken care of by the hospital smp dia meninggal
cuma blh kata kg taka belah selatan tanah air

cam dr org ganu kan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.160841 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list