CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Cerpen Bersiri: Sepetang Di Jakarta (Kemaskini: 27 November 2016)

  [Copy link]
Post time 30-10-2016 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 29-10-2016 06:05 PM
Tenagn dan aman. Ni pantai Geting jugak ke?
Mcm sy kata dulu, abg sy suka bawa saya kepanati kala ...

Ya...ni jugak tempat pesta wau antarabangsa diadakan. Nanti balik malaysia, datanglah lagi kat pantai ni

Mana ada katak puru..kalau ada, saya yg lari dulu..


Mana dammerung ni...
Ham tersadai kt jakarta..tak balik2 lagi malaysia ni..nasib baik ada widya..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2016 12:44 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 30-10-2016 08:19 PM

II.
Kenderaan masih memenuhi jalanraya tapi tidak separah pagi tadi. Ham melihat keluar tingkap teksi Bluebird yang dinaiki hampir lima belas minit yang lalu. Dia mengeluh kecil. Kemesraan yang terjalin sebentar tadi tidak berpanjangan sebaik mereka menaiki teksi menuju ke Jakarta. Tak pasti bagaimana perbualan mereka terhenti. Mungkin sikap pemandu teksi yang mesra berbual dengan Widya sebaik mereka masuk ke tempat duduk belakang memotong peluang Ham untuk mengenali Widya dengan lebih lanjut. Tak sempat dia hendak menyambung perbualan, telefon bimbit Widya pula berdering dan lama juga dia berbual.

Adalah sesuatu dari perbualan telefon yang membuatkan Widya memberi perhatian penuh pada telefon bimbitnya. Ruang tengah tempat duduk belakang di antara Ham dan Widya terasa seperti seluas lautan.

Mati akal Ham bagaimana dia hendak memulakan perbualan semula. Kalau di pejabat, Ham terkenal sebagai antara ' deal closer' terbaik dengan kebolehannya menyakinkan pelanggan berpotensi untuk menggunakan perkhidmatan syarikatnya tetapi bila berhadapan dengan situasi intim begini, dia masih di tahap amatur.

Dia melihat Widya yang masih sibuk mengetip permukaan telefon bimbit Lenovo. Blouse biru hampir pudar dipadankan dengan skirt hitam paras lutut dengan jahitan benang merah di bahagian pinggang merapatkan bahagian yang terkoyak. Sepasang kasut flats berwarna hitam bersarung di kaki tidak berstokin. Seutas jam tangan bertali kulit tergoyang-goyang di pergelangan tangan yang kurus setiap kali ibu jari kiri Widya pantas menari di skrin Lenovonya.

Mungkin pada orang lain, Ham seorang lelaki miang tetapi bukanlah itu niatnya. Sudah menjadi tabiat Ham membuat profiling orang melalui cara pemakaian mereka kerana dari situ dia boleh merancang strategi untuk 'sales pitch'nya. Oleh kerana Widya bukanlah calon klien, dia cuba memahami personaliti Widya.

Pertama, dia tahu Widya seorang berpendidikan tinggi, sekurang-kurangnya memiliki ijazah. Kedua, gadis kecil molek ini tidak mementingkan fesyen kerana walaupun pakaian kerjanya kelihatan agak lusuh tetapi jam tangan Omega Ladymatic dan flats Salvatore Ferragamo hitam yang dikenakan menandakan dia mampu memiliki barangan berkualiti. Begitu juga dengan rambutnya yang berkilat sihat dan tersisir rapi menunjukkan Widya mengambil berat soal rambut. Yang terakhir, salutan transparen pada anak mata memberitahu Ham bahawa Widya mempunyai masalah rabun.

"Kamu lagi apa?" Pertanyaan Widya mengejutkan Ham. Dari riak wajah Widya ternyata gadis itu lebih terkejut dengan Ham.

"Tak...tak..takda apa-apa" Jawab Ham tergagap lalu memalingkan wajah melihat kenderaan di luar teksi.

"Hey.." Suara Widya yang lembut disambut dengan sentuhan di jari. Pantas Ham menoleh ke arah Widya.

"You okay?" Tanya Widya.

"Yea..yeah, sure I'm good" Jawab Ham sambil tersengih-sengih. Tak mahu membazir peluang yang sudah terbuka, Ham memandang Widya.

Belum sempat dia membuka mulut, tubuhnya terapung. Dalam gerakan perlahan, serpihan-serpihan kaca berterbangan depan mata. Widya melindungi wajah dengan tangan sambil menjerit. Kepala menyentuh bumbung teksi dan pandangan luar tingkap berputar-putar.

Hanya dengan beberapa kelipan mata, sepantas kilat Ham berguling-guling dalam perut teksi. Dia tak tahu berapa kali tangannya cuba mengapai apa sahaja yang boleh dipegang untuk menstabilkan diri.

Gelap.

Kabur.

Seperti lensa kamera lari fokus, Ham buka mata dengan berhati-hati. Benda pertama dilihatnya adalah tempat duduk pemandu yang sudah terbalik. Ubun-ubun rambut terasa pedih. Diusap bahagian sakit tersebut dan seperti ada cecair. Ham melihat tapak tangan.

Darah.

Kepala diserang sakit berdenyut-denyut. Pandangan berpinar. Widya berada di depan, terperosok dengan muka dilitupi rambut. Darah yang mengalir dari pipi dan menitik di hujung dagu Widya amat-amat merisaukan Ham.

Dia tak pasti berapa lama dia berada disitu dan keliru dengan apa yang sudah terjadi. Kemalangan? Iya mungkin. Dia mula menyumpah-nyumpah pemandu teksi. Ini semua salah dia. Kalau teksi dipandu dengan berhati-hati tak akan terjadi begini.

"Widyaa.." Ham mengejutkan Widya dengan tangan menggoncang bahunya.

Beberapa kali cubaan Ham, kelopak mata Widya terpejam rapat dan mula terkelip-kelip. Keliru, takut terpancar dari wajah Widya. Melihat percikan darah di tapak tangan sebaik dia mengusap pipi, Widya terus menangis.

"Widya...Widya...relax...look at me...are you hurt?" Ham menenangkan Widya yang meronta-ronta.

"Gwe..aku...gatau.."

Ada sesuatu yang tidak kena dengan darah di wajah Widya, kerana ia menitik dari atas. Ham mengekor titisan darah hingga ke kepala pemandu teksi yang terdongak ke belakang. Dari kecederaan parah di tempurung kepala sehingga menampakkan isi, Ham tahu supir teksi yang malang itu sudah meninggal dunia.

Sekarang bukan masa untuk mencari jawapan tentang apa yang terjadi. Bau petrol makin kuat menyengat hidung. Ham tahu hanya tunggu masa sahaja teksi untuk disebulungi api. Dia menolak tubuh keluar dari ruang tingkap pintu dengan berhati-hati. Dalam hati dia berdoa jangan lah ada tulang yang patah atau apa. Sebaik dia berjaya keluar dari teksi, ingatkan mahu meminta tolong tetapi alangkah terkejutnya Ham.

Di atas jalanraya, berpuluh-puluh lagi kenderaan mengalami nasib yang sama. Adakah gempa bumi?

Asap-asap hitam berkepul-kepul keluar dari kenderaan-kenderaan yang bergelimpangan. Ham perlahan-lahan bangun. Sedikit kelegaan terasa apabila dia pasti tiada apa yang patah, cuma beberapa kecederaan kecil yang boleh dirawat sendiri. Berlari Ham ke bahagian dimana Widya terperangkap.

"Widya..saya mahu tarik you keluar. Are you sure you're not injured?" Tanya Ham minta kepastian sebelum menarik Widya keluar dari bangkai kenderaan. Perkara terakhir yang dia mahu adalah memburukkan kecederaan Widya, jika Widya ada kecederaan yang belum dikenalpasti.

"Ya...ya..gwe oke..." Jawab Widya.

"Are you sure? Are you perfectly sure" Tanya Ham berkali-kali.

"GET ME THE F**K OUT OF HERE!"

Ham menarik Widya keluar dengan penuh berhati-hati. Tak sempat keluar habis, Widya menolak tubuhnya keluar dan tergopoh-gopoh keluar sampai terduduk Ham dibuatnya. Tak mengapalah, sekurang-kurangnya dia tahu Widya okay.

Ham dan Widya termangu-mangu di jalanraya melihat akan huru-hara di sekeliling mereka.

"Earthquake?" Tanya Ham pada Widya yang masih bercelaru fikiran dengan apa yang dilihatnya.

"Gaa..gaa..ini bukan gempa.."Jawab Widya pantas menuju sebuah kereta beberapa meter dari kedudukan mereka. Jeritan pertolongan kedengaran dari kereta tersebut. Ham mengejar Widya yang semakin jauh kedepan.

Tercegat mereka melihat perempuan dikelilingi oleh mayat. Toyota Kijang yang sudah direnovasi menjadi bas mini seperti sardin dengan penumpang-penumpang terbunuh. Di kala Ham dan Widya masih tak pasti bagaimana hendak mengeluarkan wanita tersebut, sayup-sayup kedengaran suara-suara jeritan dan tangisan di sekeliling mereka.

Mereka yang terselamat mula mengerumuni jalan raya. Ham dan Widya memapah bibik yang masih tersarung tudung berlumuran darah. Deruman enjin bergema di langit. Tiga helikopter sebesar bas ekspres melintas di atas kepala. Akhirnya pertolongan tiba, seharusnya lebih awal tapi lebih baik dari tiada langsung. Ada yang melambai-lambai sambil bersorak kegembiraan apabila sekumpulan orang beruniform hitam bergilir-gilir meluncur turun dari tali terikat pada helikopter-helikopter yang terapung di udara.

Ham merasakan ada yang tidak kena. Tak kiralah di mana pun, kalau ada kecelakaan begini pasti pasukan penyelamat bergegas mendapatkan mereka. Tapi kumpulan uniform hitam hanya berjalan menuju ke arah gerombolan tersebut dan Ham pasti setiap dari mereka memegang senjata.

Di tarik Widya dan bibik menuju ke belakang bangkai kenderaan berhampiran.

"Ngapain!" Tanya Widya keras.

Ham meletakkan jari telunjuk ke bibirnya. Isyarat supaya mendiamkan diri. Bibik tidak memahami tindakan Ham, meninggalkan kedua mereka dan menyertai mangsa-mangsa lain.

Bunyi-bunyi tembakan yang memekakkan telinga menenggelam jeritan-jeritan mangsa. Semua bertempiaran lari menyelamatkan diri tetapi tak ramai yang sempat berlindung. Seorang demi seorang tumbang di saat peluru menerobos tubuh.

Tangan Widya ditarik Ham. Rancangannya senang. Keluar dari jalanraya tersebut. Tapi tak semudah yang disangka. Tampaknya mereka di atas jejambat. Ham dan Widya menggunakan bangkai-bangkai kenderaan sebagai tempat berlindung dan bersembunyi.

Angin kuat mengapungkan debu persekitaran. Di sebalik kabus debu, kelihatan beberapa lagi helikopter tiba di tempat kejadian. Kini jejambat telah di tutup dari dua-dua arah. Ham tahu lagi lama mereka di jalanraya tersebut, lagi dekat dia dan Widya dengan ajal. Tanpa mempedulikan dentingan peluru-peluru sesat yang begitu hampir, Ham berlari ke tembok penghalang. Di bawah jejambat terdapat sungai jelas tercemar dengan rimbunan sampah menutup setiap inci permukaan air.

Dia kembali mendapatkan Widya dan segera menyeret gadis itu ke tembok penghalang.

"We have to jump"

"Hahh!?!" Tanya Widya. Biarpun dalam keadaan genting, terjum ke sungai yang menjadi tempat kumbahan penduduk-penduduk setinggan di sepanjang tebing tidak menjamin keselamatannya. Dia lagi sanggup mengambil risiko berdepan dengan skuad pembunuh yang sedang rancak membunuh setiap dari mereka di atas jalanraya tersebut.

Tubuhnya terangkat. Lelaki yang baru dikenali beberapa minit lalu memeluk dari belakang. Widya tak berupaya melawan. Benteng konkrit kelihatan semakin jauh dari pandangan. Ceburan air membuatkan dia menahan nafas.

Mengetahui betapa kotornya air sungai itu, Widya memejam matanya dengan rapat. Udara dingin terasa di kulit membuatkan Widya menghembus karbon dioksida yang lama tersimpan di kembungan pipi. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Bau sampah dan bangkai tidak dipedulikan. Sampah sarap yang terapung di permukaan air teralih apabila Ham yang menyeret tubuhnya berenang ke tebing.

Mereka berlindung di sebalik salah satu tiang kayu penyokong rumah setinggan yang dibina tebing sungai. Pembunuhan beramai-ramai masih berterusan di atas jalanraya. Papan-papan lapis di atas mereka berderap-derap oleh penduduk-penduduk setinggan yang lari menyelamatkan diri. Ham dan Widya naik ke atas tebing sungai yang berlumpur.

Tak tahu arah tujuan, Ham dan Widya menyertai penduduk-penduduk setinggan melarikan diri. Ham memegang pergelangan tangan Widya supaya tidak hilang dalam kesesakan lorong kecil keluar dari perkampongan setinggan. Basah dan bersalut lumpur membuatkan kulit Widya sangat licin.

Tidak dapat mengemaskan genggaman, Ham terlepas genggaman tangan Widya. Ham dan Widya memanggil antara satu sama lain di kala kepanikan orang ramai semakin menjarakkan kedudukan mereka. Wajah Widya hilang dari pandangan dari sebalik puluhan yang cuba berasak menyelamatkan diri.

Ham memeluk besi pagar gerbang pintu masuk utama ke perkampungan setinggan. Dia cuba memanjat untuk mendapatkan posisi lebih tinggi supaya boleh mencari Widya di kalangan puluhan, mungkin ratusan yang sedang meninggalkan rumah masing-masing. Kasut kulit oxford hitam yang dipakainya tidak dapat mencengkam batang besi untuk melonjakkan diri ke atas. Tidak mempedulikan kasut mahal buatan England yang dipakainya rosak, Ham menyepak dan menguis dinding konkrit bersambung dengan pagar gerbang untuk membuat lubang. Kualiti rendah simen dan konkrit yang diguna untuk membina dinding tersebut membuatkan Ham dengan mudah memecahkan bahagian-bahagian dinding untuk menjadi lubang tangga. Dia memanjat pagar konkrit setinggi 1 meter dan berdiri atas tebing batu konkrit sambil memegang tiang pagar gerbang.

Kini pandangannya lebih jelas. Rupanya bukan kenderaan di jalanraya menjadi sasaran, perkampongan setinggan berhampiran jejambat juga tidak terlepas dari kerakusan pasukan uniform hitam. Libasan api flamethrower membakar segala di depannya. Rumah-rumah setinggan diperbuat dari papan lapis dengan mudah hangus dijilat api.

Kipasan helikopter yang begitu dekat dengan rumah menyemarakkan lagi api yang singgah dari satu rumah ke rumah yang lain. Kumpulan uniform hitam turun dari helikopter. Mereka yang sudah mendarat mula menembak rambang penduduk yang sedang melarikan diri.

Ham melaungkan nama Widya berkali-kali dengan harapan Widya dapat mendengarnya. Asakan orang ramai menggegarkan binaan tembok yang rapuh. Tembakan bertalu-talu membuatkan warga setinggan semakin panik. Tembok dimana Ham berdiri akhirnya roboh dirempuh. Dia terjatuh di atas orang ramai dan terjelepok ke tanah. Kalau tadi nyawanya terancam oleh peluru sekarang dia mungkin boleh terbunuh dengan pijakan ratusan kaki.

Ham panik. Dia tak boleh bangun dan juga merangkak keluar dari kegilaan sedang dihadapinya. Ham pasti ajalnya udah dekat. Digenggam pergelangan tangan kiri, melindungi jam tangan diwarisi dari arwah ayah. Dia melihat jam tangan antik Grand Seiko milik arwah datuk yang tak pernah dikenali, yang kemudian dipakai ayah sehinggalah diwarisi kepadanya setelah ayah meninggal dunia 10 tahun dulu. Itulah satu-satu memento peninggalan keluarga. Air mata berlinangan, kesakitan akibat dipijak berkali-kali tidak lagi diendahkan. Apa yang penting jam tangan peninggalan keluarga tidak rosak.

Bahu direntap dan Ham menggelongsor ke belakang. Sepasang lelaki dan perempuan pertengahan abad menyambut Ham. Dibelakang pasangan, wajah yang amat dikenalinya. Widya.

Dia dah tak peduli lagi, dan mungkin juga Widya berasa begitu, mereka berpelukan erat seperti rakan lama yang sudah lama tidak bertemu.

"Yuk..yuk" Si lelaki meleraikan pelukan Ham dan Widya. Mereka mengikut pasangan tersebut menjauhi kesesakan orang ramai. Mereka tiba di dinding konkrit gergasi. Disebalik rimbunan semak, tertutup oleh plak diperbuat dari papan dan zink, pasangan mengajak Ham dan Widya masuk ke dalam lubang dinding konkrit.

Kedua mereka merangkak dalam terowong membontoti si perempuan manakala si lelaki menutup semula pintu terowong. Ham yang tidak selesa dengan ruang sempit berapa kali menyondol punggung Widya. Ikutkan hati nak disepak aja Ham tapi dia juga mahu keluar dari terowong secepat mungkin.

"Mbakkk...jauh lagi kokk" Tanya Widya.

"Gaa udah deket nih"

Satu ruangan seluas ruang tamu rumah kos rendah diterangi cahaya jingga dari bulb lampu. Sekali-sekala dinding konkrit bergegar. Ham dan Widya turun ke ruangan jelas menjadi tempat tinggal pasangan tersebut dengan kelengkapan yang ada disitu.

Tidak banyak yang diucapkan pasangan yang menyelamatkan mereka berdua selain dari dihidang segelas air.

"Mbak kita dimana?" Tanya Widya pada si perempuan yang mungkin isteri pada si lelaki.

"Kunchoro" Kata si lelaki mengenalkan dirinya.

"Ini isteri saya, Nunik" Katanya Pak Kunchoro lagi.

"Kudeta..." Kata Pak Kunchoro semakin tidak difahami Ham dan Widya. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

"Ayo..ayo..." Pak Kunchoro mengetap bahu Ham, menyuruh mengikutinya.

Ham memanjat dinding dan sampai di bahagian atas. Terdapat tempat pengudaraan di salah satu dinding. Ham melihat keluar dan mendapati jalan raya separas dengan matanya.

Kereta kebal, truk tentera dan beratus-ratus kaki sedang berkawad di atas jalan raya.

"Kudeta..." Kata Pak Kunchoro lagi sambil menunjuk ke arah perarakan tentera dari bukaan jambatan konkrit yang mereka sedang bersembunyi.





Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2016 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasukan baju hitam tu adakah puak pemberontak? Atau militan?
Semakin menarik citer ni damm..
Kalau buat citer travelog ni lagi best..
Ada gaya penulis Arman Jazee..

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2016 04:36 PM | Show all posts
Ipo replied at 30-10-2016 11:52 AM
Ya...ni jugak tempat pesta wau antarabangsa diadakan. Nanti balik malaysia, datanglah lagi kat pan ...

pesta wau antarabangsa?? wow..power tu..sure yg dari vietnam dan thailand dan indon datang..juga filipino..mesti power dan pelik pelik yg depa nyer. yg dari India agaknya tentulah lagi kow giler!

ha nnt sy cuti nnt tentu abang bawak ke pantai pantai lagi..bleh minta dia bawak kesini.

hah tu Dammerung dah sambung citer dah tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 30-10-2016 03:36 PM
pesta wau antarabangsa?? wow..power tu..sure yg dari vietnam dan thailand dan indon datang..juga f ...

Dari Jerman pun ada..
Paling cantik, wau berbentuk seekor sotong..

Ya, dammerung dah sambung, terima kasih
Kudeta tu, rasanya merujuk pada pasukan tentera tu..kan?

Nak speku lagi, adakah situasi tembak menembak / melarikan diri tu dialami penulis sendiri?    

Comments

nnt Ipo bg tau bila pesta wau; nak reply kot kot dammerung tension  Post time 31-10-2016 08:38 AM
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengalaman sendiri ka?
Kalau betullah, tu satu pengalaman berharga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2016 05:31 PM | Show all posts
dammerung replied at 30-10-2016 12:44 PM
II.
Kenderaan masih memenuhi jalanraya tapi tidak separah pagi tadi. Ham melihat keluar tingkap tek ...

wow! sadisnya... zalim sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 08:55 AM | Show all posts
Dah ada sambungan
Apa yang berlaku sebenarnya?
Serangan tiba2?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2016 01:43 PM | Show all posts
dammerung replied at 25-10-2016 03:01 PM
Nota penulis:

Setelah lama meninggalkan board ini (entry terakhir siri "7 Hari") aku kembali semu ...

citer 7 hari dh ada ending ke? lama tggu ko abiskan cite tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 09:02 PM | Show all posts
Jajabeans replied at 2-11-2016 12:43 PM
citer 7 hari dh ada ending ke? lama tggu ko abiskan cite tu

tolong jawab...
citer 7 hari 7 tahun 7 pages tu dah tamat
sila selak thread 7 hari 7 tahun 7 pages tu..

damm...bila nak update citer kat MPS pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 01:44 PM | Show all posts
Ipo replied at 2-11-2016 09:02 PM
tolong jawab...
citer 7 hari 7 tahun 7 pages tu dah tamat
sila selak thread 7 hari 7 tahun  ...

xsmpai 7 tahun. 5 tahun jer

hat ni jgn la taun 2020 baru abih
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 02:05 PM | Show all posts
Jajabeans replied at 3-11-2016 12:44 PM
xsmpai 7 tahun. 5 tahun jer

hat ni jgn la taun 2020 baru abih

eh...bukan 7 tahun meh?

hahah..silap pengiraan la..sorry damm... failed maths..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2016 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung ni dah merajuk ka?
Rating ceghita hang ok apa.
Mohon sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2016 09:36 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 6-11-2016 10:10 PM

III.

Skrin telefon pintar tidak berjenama terpapar nama Dato' Kamil yang telah di hubungi sebanyak 35 kali. Sabrina Omar, pegawai Kedutaan Besar Malaysia tidak senang duduk. Pegawai atasannya bersama Duta Besar Malaysia berserta atase-atase kementerian lain dipanggil ke Istana Bogor lewat petang kelmarin menghadap Presiden Heryanto. Biasanya Dato' Kamil akan membawa Sabrina bersama ke mesyuarat dimana kehadirannya diperlukan. Jika sesuatu mesyuarat itu terhad untuk pegawai kanan sahaja, Sabrina akan dilibatkan secara tak langsung melalui telefon pintar.

Tiada apa-apa berita dari Dato' Kamil merisaukan Sabrina. Pengumuman Presiden Heryanto dua minggu lalu untuk meliberalisasikan ekonomi Indonesia telah mengundang kemarahan sesetengah pihak. Terutamanya golongan konservatif yang bergantung dengan kelemahan polisi sedia ada untuk mengaut kekayaan melalui korupsi.

Susulan dari pengumuman itu, beberapa siri tunjuk perasaan berlaku di sekitar Jakarta. Secara teknikalnya itu adalah masalah domestik Indonesia tetapi kemunculan sekumpulan penunjuk perasaan yang menggelar diri mereka 'Panji Merah' dengan slogan 'solitari Indonesia' membuatkan kedutaan-kedutaan di Jakarta mula mengetatkan kawalan sekitar kompoun kedutaan masing-masing. Dengan siri-siri tunjuk perasaan Panji Merah yang semakin agresif, Duta Besar Malaysia di atas nasihat Atase Pertahanan mengarahkan kesemua staf untuk sentiasa memaklumkan status dan kedudukan mereka sepanjang masa. Kini Sabrina tidak mendengar khabar dari Dato' Kamil mahupun Duta Besar serta pegawai-pegawai kanan kedutaan hampir 20 jam.

"Syaidah, cuba telefon SO Sekyen Kemhan lagi" Kata Sabrina pada setiausaha Dato' Kamil. Sabrina memerhati gadis bertudung biru sedang cuba mendapatkan pegawai sulit Seketari Jenderal Kementerian Pertahanan Indonesia buat entah kali keberapa. Syaidah melihat Sabrina sambil menggelengkan kepala.

Hingar-bingar di luar membuatkan staf-staf kedutaan berkumpul di tingkap menghadap jalan besar. Beratus-ratus penunjuk perasaan dengan panji-panji merah memenuhi jalan depan kompleks Kedutaan Besar Malaysia. Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta tidak asing dengan penunjuk perasaan. Dengan sentimen tinggi di antara kedua negara, sebarang perselisihan faham tidak kira betapa kecil pasti akan diperbesarkan oleh media dan menyebabkan kompleks kedutaan Malaysia di Jalan Rasuna Said antara tempat popular untuk berdemo di Jakarta.

Panji Merah tidak berdemo di Monas seperti sebelumnya tapi di kawasan segitiga emas Jakarta, Kuningan. Ketiadaan pegawai-pegawai kanan menjadikan Sabrina, pegawai kanan mewakili Kementerian Pertahanan sebagai 'de facto leader'. Dia mengarahkan Kapten Bakhtiar, ketua pasukan keselamatan kedutaan untuk bersiap sedia.

Kebakaran kecil terjadi di luar lobi apabila penunjuk perasaan melontar Molotov Cocktail dari luar. Sabrina mengarahkan pasukan keselamatan untuk mematikan picu keselamatan senapang M4 Carbine masing-masing dan sebarang usaha menceroboh kedutaan Malaysia hendaklah ditangani dengan tindakan keras.

Sabrina bergegas ke pejabatnya dan mengeluarkan pistol SG Pro 2022 dari peti keselamatan. Sarung pistol kulit dipakai yang kemudian di sembunyikan dengan jaket suit hitam. Kasut Adidas yang digunakan untuk sesi gimnasium di bangunan sebelah menggantikan kasut tumit tinggi hitam. Sabrina memegang erat penyandar kerusi sambil menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia memikirkan apa yang pegawai atasannya, Dato' Kamil Ahmad, Atase Pertahanan di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta akan buat dalam situasi begini. Terngiang-ngiang di telinga prinsip Dato' Kamil 'Irregardless of any situation, always held our country dignity high'.

"Kapten, Ikut saya" Sabrina mengarahkan Kapten Bakhtiar Ali, ketua pasukan keselamatan Kedutaan Malaysia untuk menemaninya melalui walkie-talkie.

Dengan Kapten Bakhtiar di sebelah, Sabrina mengambil risiko keluar dari kompleks kedutaan untuk bersemuka dengan penunjuk perasaan.

"Saya mahu berurusan dengan ketua kamu" Kata Sabrina pada sekumpulan lelaki yang memakai ikat kepala putih tertera perkataan 'GANYANG'. Mereka berarak ke tepi memberi laluan kepada seorang lelaki separuh umur. Tubuhnya yang kurus kering kelihatan jelas dari jeans lusuh ketat dan tshirt 2 saiz terlalu kecil. Rambut panjang paras leher dirapikan dengan ikat kepala putih. Asap rokok dari rokok kretek berkepul-kepul keluar dari mulut si bongkak.

"Lho anjing-anjing malon harus kosongkan kedutaan dalam 1 jam" Kata ketua penunjuk perasaan pada Sabrina.

Dengan tenang Sabrina memberitahu bahawa tanah kompleks kedutaan yang dipagari tembok adalah tanah berdaulat negara Malaysia dan sebarang usaha untuk masuk akan dianggap sebagai pencerobohan. Penceroboh akan ditembak.

"Hey pecun...lho ingat aku takut?"

"Kalau mau mati, silakan" Kata-kata dan tingkah laku Sabrina yang sedikit pun tidak gentar menambah kemarahan ketua Panji Merah.

Sabrina sedar akan bunyi kibasan angin di belakang. Tumbukan curi ketua Panji Merah dielak dan dengan pantas mencengkam leher penyerangnya lalu dilemparkan dengan mudah ke pagar besi kedutaan.

Tergamam semua melihat Sabrina menewaskan ketua mereka. Apatah lagi dengan rambut pendek dan wajah keanak-anakan Sabrina persis mahasiswi. Sabrina masuk ke dalam kedutaan sambil menjeling ketua Panji Merah yang terkial-kial cuba bangun sambil terjerit mahu bertumbuk dengan Sabrina.

"Err..Sabrin...eh Puan..Cik" Tergagap Kapten Bakhtiar yang masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Gadis yang tidak melayan pelawaan makan malamnya setahun lalu rupanya bukan calang-calang orang.

"Kapten. Get back to you post and shoot on sight. That's an order"

"Puan!" Arahan Sabrina disambut dengan hentak kaki askar dengan badan tegak mendada. Hormat tentera yang hanya diberikan pada orang-orang terpilih.

Putrajaya telah menghantar mesej untuk kedutaan menghapuskan fail-fail sulit. Staf-staf kedutaan bertungkus lumus melaksanakan arahan dan kertas-kertas yang dirincih melimpah keluar dari bilik fail. Sabrina cuba menghubungi Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Polisi Republik Indonesia (POLRI) tetapi bunyi dihasilkan oleh telefon pintar amat mengejutkan. Terlatih dalam ilmu perisikan, Sabrina tahu sekiranya isyarat telekomunikasi disekat dan dengung telefon memberitahunya bahawa sebuah peralatan gred tentera digunakan untuk menyekat gelombang telekomunikasi dan terletak berhampiran Kedutaan Besar Malaysia.

Peralatan tentera. Itu yang mengejutkan Sabrina. Jika TNI terlibat, cuma ada satu kemungkinan, kerajaan pimpinan Presiden Heryanto telah dijatuhkan dan keselamatan pegawai-pegawai diplomatik kanan Kedutaan Malaysia yang menghadap Presiden kelmarin kini terancam.

Satu letupan kuat menggegarkan pejabat kedutaan. Peluru mortar menyiat tubuh-tubuh ahli Panji Merah dengan hanya sedas tembakan. Mereka yang terselamat bertempiaran lari. Sabrina bergegas ke bumbung untuk sudut pandangan lebih jelas. Dua aset TNI, kereta kebal Leopard buatan Jerman berada dalam posisi siap sedia 30 meter dari Kedutaan Malaysia. Sorakan kegembiraan dan kelegaan staf-staf kedutaan sayup-sayup kedengaran dari tingkat bawah tapi Sabrina tidak tenang. Dia tak faham kenapa TNI sanggup membunuh pendemo. Setahu Sabrina, tak kiralah macam mana agresifnya pendemo, TNI tidak akan sampai mengambil keputusan radikal begini dan kenapa TNI yang menguruskan hal ini? Bukan sepatutnya POLRI?

Kekeliruan Sabrina terjawab apabila muncung meriam 120mm terjajar ke atas menyasar tepat ke arah lobi kedutaan.

Percikan api terpancar dari lubang meriam dan sekelip mata tubuh Sabrina terapung di udara dan terpelanting ke belakang.

"Kapten Bakhtiar!" Jerit Sabrina di walkie-talkie. Dia amat berharap ketua pasukan keselamatan tersebut masih hidup.

Selang-seli bunyi keriuhan dan statik kedengaran di walkie-talkie.

"Indonesia menyerang kita!" Jerit Kapten Bakhtiar.

"No..no..tak. Kapten! Dengar sini. Itu bukan TNI, diulang! ITU BUKAN TNI!"

Sabrina terhoyong-hayang masih cuba menstabilkan diri. Dia menuju ke tebing bumbung. Kelihatan sepasukan uniform hitam berkawad memasuki perkarangan kompleks kedutaan melalui dinding konkrit yang telah dimusnahkan.

Bunyi tembakan bertalu-talu diiringi jeritan. Sabrina tahu staf kedutaan sedang 'disembelih'.

(Bersambung)



Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 6-11-2016 08:36 PM
III.

Skrin telefon pintar tidak berjenama terpapar nama Dato' Kamil yang telah di hubungi sebanya ...

Makin menarik!
Pecun, malon dan atase tu apa maknanya?

Harap watak Sabrina dipanjangkan dlm episod seterusnya. I likee...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 09:43 AM | Show all posts
wahhh..

masa baca ...terbayang2 keadaan kat situ...bedilan , jeritan..terlayar diminda..
heh..menjiwai sungguh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2016 10:02 AM | Show all posts
Ipo replied at 7-11-2016 12:08 AM
Makin menarik!
Pecun, malon dan atase tu apa maknanya?

Hi Ipo
Pecun - pelacor
malon - perompak
Atase - Attache, pegawai diplomatik kanan di kedutaan biasanya mewakili kementerian tertentu. Contoh Atase Pertahanan mewakili Kementerian Pertahanan dan menasihat Duta Besar untuk hal-hal berkaitan pertahanan negara.

Untuk Sepetang di Jakarta serius aku takda halatuju. Apa yang terlintas kat kepala aku masa aku tengah mengarang itulah yang aku masukkan dalam cerita ni.

Pengaruh filem juga kuat sebab apa-apa movies yang aku tengah layan masa aku menaip akan di incorporatekan sekali. Contohnya masa part I. aku tengah layan Before Sunrise. Then Part II. layan MI:3 dengan No Escape.

Untuk Part III. aku layan 12 Hours: The Secret Soldier of Benghazi.

So untuk entry-entry seterusnya mungkin ada akan perasan macam movie yang pernah ditonton.

Anyway, untuk pengetahuan, aku pernah posting di Jakarta selama setengah tahun dan semasa kes demostrasi anti-malaysia tahun 2011, i was there.

street protesters in jakarta are not to be messed with. yes, majority are being paid to protest but the level of aggresiveness, serious at times aku rasa macam kat Iraq.

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 11:50 AM | Show all posts
dammerung replied at 7-11-2016 09:02 AM
Hi Ipo
Pecun - pelacor
malon - perompak

really?..
cannot imagine melalui detik2 keadaan huru-hara macam tu..
patutlah details...
selalu outstation kerja...memang banyak pengalaman kan?

tak ada hala tuju?..ok je nih..faham dan plot berkait..
to me, cerita Sepetang di Jakarta ni macam dah jadi cerita travelog..
so, obviously, ada hala tuju..bahagian I,II dan III tidak jauh plotnya..ada perkaitan antara satu sama lain..
belum ada lagi yang tulis cerita gini kat board ni..
macam komen sebelum ni, ada gaya penulisan Arman Jazee..

so, keep on writting..walau dipengaruhi movie apa sekalipun, penceritaannya sampai pada pembaca
like @awanjingga komen...


oh pecun tu..pelacur ke?..ok, dapat belajar bahasa indon hari ni..
eh malon tu perompak ek? bukan maling ke?
tq damm..atas pencerahan..hahah...pencerahan, macam tanyalah ustaz pulak



Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 01:24 PM | Show all posts
aku rasa damn ni journalist
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 05:01 PM | Show all posts
Ipo replied at 7-11-2016 11:50 AM
really?..
cannot imagine melalui detik2 keadaan huru-hara macam tu..
patutlah details...

ntah tetiba rasa dh meresap masuk dlm watak Sabrina....
part sebelum tu xde mjiwai sgt..

ke dolu2 byk sgt tgk NCIS.....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.313230 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list