CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Cerpen Bersiri: Sepetang Di Jakarta (Kemaskini: 27 November 2016)

  [Copy link]
Post time 26-11-2016 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Huhuhu..tak ada sambungan lagi..sedih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2016 08:36 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 27-11-2016 09:21 PM

V.

"Tentera" Ham menggelongsor turun sementara Pak Kunchoro berhati-hati menuruni bongkah-bongkah konkrit. Widya tidak menjawab. Dia termenung dengan telefon digenggam erat.


"Widya?" Pertanyaan Ham tidak diendahkan. Melihat telefon di tangan Widya mengingatkannya pada telefon pintar yang tersimpan di kocek jaket suit. Skrin telefon retak seribu. Dia tidak meletakkan harapan tinggi telefon itu masih berfungsi, butang sisi ditekan dengan berhati-hati. Mata Ham bersinar apabila ikon muncul di paparan.


'No Service'


Ruangan yang dibina untuk dijadikan stor simpanan alatan penyelenggaraan jambatan tidak bertujuan untuk kegunaan orang menginap di dalamnya. Disebabkan itu ketiadaan isyarat telefon di kediaman pasangan gelandangan tersebut adalah dijangka.


"Hey, kita kena..." Cadangan Ham untuk keluar mencari isyarat telefon pada Widya terbantut apabila melihat gadis itu kaku seperti patung.


"Widya?"


Panggilan Ham yang berdiri di hadapannya tidak diendahkan. Mata Widya terpaku seolah melihat tembus badan Ham. Lamunan terhenti apabila bahu terasa digoncang.


"You okay?" Widya mendongak ke atas dan lucu pula melihat kerisauan terpancar dari wajah jejaka seberang yang baru dikenalinya. Ketawa kecil Widya membuat Ham bertambah pelik tapi sekarang bukan masa untuk dia mengetahui apa yang melucukan. Apa yang penting adalah rancangan seterusnya.


Bertahun dalam dunia perniagaan dan pemasaran membuatkan Ham melihat akan situasi yang dihadapi seperti mendapat portfolio baru dari bos. Ham perlukan satu pelan. Objektif Ham mudah, sebagai rakyat Malaysia, tempat paling selamat adalah Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan itulah destinasi yang harus ditujunya. Bagi Ham kacau-bila melanda Indonesia sekarang adalah masalah dalaman dan tidak melibatkan warga asing, lebih-lebih lagi pihak kedutaan yang dilindungi imuniti diplomatik. Cuma cara untuk dia ke destinasi itu memerlukan strategi dan pastinya tidak bersendirian.


Cabaran pertama yang perlu diselesaikan adalah pasport miliknya. Satu-satunya dokumen mengesahkan bahawa dia adalah rakyat Malaysia kini berada dalam bagasi yang ditinggalkan dalam bonet teksi tadi. Mungkin teksi itu sedang rentung terbakar ketika ini tapi bagasi Rimowa yang dijamin mampu bertahan dalam letupan bom sekalipun menguatkan lagi justifikasi untuk dia kembali ke lebuhraya bagi mendapatkan bagasi tersebut. Idea bodoh pada kebanyakkan orang tapi Ham tidak mahu bersusah-payah ke Kedutaan Malaysia tapi dilarang masuk gara-gara tidak mempunyai pasport.


Pandangan dialihkan pada Pak Kunchoro dan isteri yang hanya memerhatikan Ham dan Widya dari apa kelihatan seperti tempat tidur. Ham beredar menuju ke arah penyelamatnya dan duduk di hadapan mereka.


"Pak Kunchoro, Mbak Nunik. Terima kasih kerana menyelamatkan saya sebentar tadi dan hanya Tuhan saja tahu membalas jasa kalian" Tipikal seorang pengurus pemasaran, Ham petah dengan mukadimah. Penghargaannya bukan ikhlas semata-mata tetapi mempunyai agenda tersediri.


Ham berhenti sebentar dan berdehem. Apa yang akan keluar dari mulutnya sebentar lagi berkemungkinan besar akan disambut dengan penolakan hebat tapi bantuan mereka berdua amat diperlukan Ham.


"Saya perlu pertolongan kalian untuk menemani saya kembali ke highway atas setinggan tadi"


"Kamu gila?" Tak perlu Pak Kunchoro dan Mbak Nunik menjawab, Widya sudah membantah idea gila Ham.


"Pasport saya. I need my passport"


"Ngapain?"


"Widya, saya perlu ke kedutaan Malaysia. Both of us need to get out of here. Kamu tak mahu pulang ke rumah?"


Terdiam Widya oleh pertanyaan Ham.


"Widya?"


"They don't understand your Malay" Widya menerangkan semula dan seperti dijangka, terlompat Pak Kunchoro. Widya tidak perlu menterjemah bahasa Betawi pekat untuk Ham memahami keengganan Pak Kunchoro.


Ham menyisir rambut kemudian mencengkam kepala. Memahami betapa terdesaknya Ham, Widya cuba memujuk Pak Kunchoro.


"Okay, he's willing but not for free" Lega Ham apabila Pak Kunchoro akhirnya mengalah.


"Anything. Tell him, I'll do anything"


Pak Kunchoro mengelilingi Ham, memeriksa dari atas ke bawah.


"Bagus jasnya" Pak Kunchoro mengusap fabrik jaket suit Ham dengan jari. Segera Ham menanggalkan jaket suit Ermenegildo Zegna dan dihampar ke bahu Pak Kunchoro.


"Keren sepatunya ya" Pak Kunchoro mencangkung memeriksa loafer jenama Crockett & Jones berwarna coklat gelap. Memahami 'pujian' tersebut, tanpa diminta, Ham menanggalkan kasut dan juga tali pinggang kulit untuk dihadiahkan pada Pak Kunchoro.


"Bagus jamnya" Muncung mulut Pak Kunchoro ke arah jam tangan Ham.


"Tak. Ga. No. Not this one" Ham menutup pergelangan tangan kiri, melindunginya jika Pak Kunchoro tiba-tiba menjadi agresif.


"Bagitau dia, saya akan bagi lebih dari itu. Ada banyak pakaian bagus dalam luggage saya nanti. Dia boleh ambil semuanya. But not my watch. It's my late father's. Please"


Penerangan Ham diterjemah satu persatu oleh Widya ke Pak Kunchoro. Pada mulanya lelaki itu tidak menerima tawaran Ham walaupun sudah diberi jaket suit, kasut dan tali pinggang. Mbak Nunik membuat isyarat 'sabar' pada Ham dan Widya lalu memarahi suaminya. Setelah bertengkar lebih kurang. Pak Kunchoro mendekati Ham.


"Mau celananya juga" Seluar slack biru gelap dipakai Ham sedondon dengan jaket yang kini dipakai lelaki gelandangan itu. Kain pelikat dicampak kepadanya sebelum sempat Ham membuka mulut. Isteri Pak Kunchoro mengemas satu bahagian di ruangan rumah untuk dijadikan tempat tidur tetamunya.


"Besok pagi mereka temenin ambil barangan kamu"  Kata Widya yang sedang membantu isteri Pak Kunchoro.


Mereka tidur di tempat duduk belakang kereta yang dijadikan tilam. Ham menarik selimut tarpaulin menutupi leher. Malam itu dia tidur memakai t-shirt putih dan kain pelikat lusuh sumbangan tuan rumah. Mujur Pak Kunchoro tidak berminat dengan baju dalam dan boxer briefnya.


Ham tidur bertentangan Widya di tilam masing-masing. Dia melihat cahaya bulan yang memancar masuk dari lubang pengudaraan. Ketebalan cahaya empat segi terbentuk berdasarkan lubang tanpa sebarang balaman memberitahu Ham bahawa jambatan di atas mereka betul-betul lengang.


"Widya. Kamu udah tidur?"


"Iya. Udah tidur" Jawab Widya sinis.


"Sorry. Good night"


Widya mengeluh.


"I'm good if that's what you want to know"


"You seems spaced out just then. I was worried and still worry"


"Lucu"


"Lucu apa?"


"Wajah risau kamu. Lucu"


"Do you think your family is going to be okay?"


Tiada jawapan.


"Maaf. Saya tidak bermaksud..."


"Reformasi 1998 Jakarta. You know about that?" Tanya Widya.


"Yea I read about it. The fall of Suharto kan?"


"Actually Widya is not my real name. It's Silvia. I am Indonesian-Chinese"


Memori Widya kembali ke tahun 1998 ketika berusia lapan tahun. Kejadian menimpa keluarga pada 13 May 1998 masih jelas di ingatan. Mereka baru selesai makan tengahari ketika itu dan berkumpul di ruang tamu menonton televisyen. Di kalangan ahli keluarganya, hanya Widya berasa gembira kerana sudah dua hari dia tak perlu ke sekolah. Laporan rusuhan jalanan di Jakarta bermain di televisyen sebelum papa mematikannya. Ketiga-tiga kakaknya tiba-tiba menangis. Widya tidak mengerti kerana masih terlalu muda. Pertanyaannya tidak diendahkan. Sememangnya dia mempunyai banyak persoalan ketika itu, kenapa dia dan kakak-kakaknya tidak dibenarkan ke sekolah, kenapa mereka tdak dibenarkan keluar rumah, kenapa papa sudah dua hari di rumah sedangkan sepanjang pengetahuannya, papa akan membuka kedai walaupun sakit kuat.


Kekecohan di luar membuatkan Widya dan kakak-kakaknya di sembunyikan atas loteng rumah. Jeritan papa dan mama memohon supaya tidak diapa-apakan kedengaran jelas. Bahang kepanasan membuatkan Widya merengek mahu keluar. Mulut Widya ditutup oleh kakak sulung sebaik derapan-derapan kedengaran di bawah. Makin lama makin banyak bunyi tapak kaki ditambah dengan bunyi barangan dialihkan. Suara orang tuanya sayup-sayup di sebalik kekecohan yang sedang berlangsung.


Bahang panas melampau ditambah dengan debu membuatkan Widya mengalami vertigo. Sedar-sedar dia sudah berada di pangkuan mama melihat rumah yang hampir kosong. Kedai barangan elektronik papa di tingkat bawah yang merupakan periuk nasi mereka sekeluarga dimusnahkan perusuh.


Mereka berhijrah ke Surabaya sebulan selepas berakhirnya rusuhan. Kemusnahan sumber rezeki keluarganya boleh dianggap 'ringan' jika hendak dibandingkan dengan kaum sebangsa yang lebih malang. Bukan sahaja harta benda mereka dirampas malah ada yang dirogol. Semenjak dari itu, papa menjadi paranoid. Dia tidak lagi mempercayai kaum selain Tionghoa lebih-lebih lagi kaum Jawa. Dari hari ke hari paranoia papa semakin menjadi-jadi sehingga meninggalkan agama Kristen Protestan untuk memeluk Islam. Papa menukar agama bertujuan sebagai perlindungan jika rusuhan sama berulang lagi dimana mengikut teori paranoia papa, penindasan ke atas kaum Tionghoa tidak berakhir tetapi cuma terhenti buat sementara waktu. Tindakan papa telah memecah-belahkan keluarga. Mama menceraikan papa dan berhijrah ke Australia bersama kakak-kakaknya.


Nama Silvia ditukar kepada Widya dan sebagai menghormati permintaan terakhir mama untuk tidak memaksa anak bongsu mereka menukar agama, papa berjanji tidak akan menukar agama Widya sehingga berumur lapan belas tahun dimana dia dianggap sudah dewasa dan boleh memeluk agama pilihannya. Oleh kerana papa hanya Islam atas kertas membuatkan Widya kekal menganut Protestan sehingga sekarang. Mungkin sudah terlalu lama berselindung disebalik nama 'Widya', dia membuat keputusan untuk menukar nama secara rasmi kepada Widya empat tahun lepas.


"That is... quite a story" Itu sahaja yang mampu dikata Ham. Siapa sangka gadis genit berwajah lembut itu mempunyai kisah hidup tragik.


"Aku lagi risau soal papa" Bergetar suara Widya cuba menahan tangisan.


"Jom tidur. Kita ada banyak benda nak buat besok" Ham menamatkan perbualan dan memejamkan mata. Tangisan teresak-esak Widya menemaninya hingga terlena.


(Bersambung)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2016 08:36 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 27-11-2016 08:40 PM

Edited. Double entry.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2016 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah damm dah sambung.
Harap Ham dapat pergi ke kedutaan malaysia. Terjumpa Sabrina
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Best ada sambungan!
  :ingatkan Pak Kanchoro tu baik. Kesian Ham, terpaksa berkain pelikat
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 02:39 PM | Show all posts
Boleh tak mokcun nak bayangkan yang Ham tu berlari ke teksi dengan kain pelikat ..

Lepaih tu, dia naik teksi pi kedutaan malaysia dan terjumpa Sabrina..
Agak-agak, apa reaksi Sabrina tengok Ham??

Ipo, awat hang pun duk fikir Sabrina?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2016 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mokcun replied at 28-11-2016 01:39 PM
Boleh tak mokcun nak bayangkan yang Ham tu berlari ke teksi dengan kain pelikat ..

Lepaih tu, d ...


Amboi mokcun, kemain plot nya ya
Bukan apa, rasa macam ada chemistry antara Sabrina dan Ham
Tapi bila baca part v ni, mcm ada lanjutan antara Ham dan Widya pada masa akan datang. Mungkin mereka bertemu di Malaysia pula?

Hahaha..pandai2 jek...entah2 damm dah ada plot dlm otak tu..

Ku seru @Nicki_Meow
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 08:43 PM | Show all posts
Ipo replied at 28-11-2016 04:19 PM
Amboi mokcun, kemain plot nya ya  
Bukan apa, rasa macam ada chemistry antara Sabrina dan Ham ...

Suka apa plot tu..tambah kalau tetiba Ham kalut lalu terlondeh pelikat...nasib pakai boxer brief

Dah dah..ceghita hang tu bila nak sambung?? Pandai naaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2016 03:58 PM | Show all posts
Tersedak-sedak bila namaku di seru.

Ya @Ipo. Aku muncul kini dari pertapaan.

Buat Damm si TT Kedaung. Keep up the good work. Aku SR aje selama ni dari banglo di  MPS membawa ke Jakarta. Benang Tujuh (Ratus) Hari tu ada jugak aku komen dedulu. Mujur dah habis
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 09:44 AM | Show all posts
cengkihgirl replied at 28-11-2016 07:31 AM
Best ada sambungan!
  :ingatkan Pak Kanchoro tu baik. Kesian Ham, terpaksa berkain pelikat

org susah kdg terdesak utk teruskan hidup
ada peluang rembat je..lbih lagi org luar yg minta tolong....

mujur nak bagi pelikat....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
awanjingga replied at 30-11-2016 09:44 AM
org susah kdg terdesak utk teruskan hidup
ada peluang rembat je..lbih lagi org luar yg minta tolo ...

Hehehe...memang betul pun.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2016 11:12 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 29-11-2016 02:58 PM
Tersedak-sedak bila namaku di seru.

Ya @Ipo. Aku muncul kini dari pertapaan.

Hehhe..baguslah keluar dari pertapaan
tapi kan...musim hujan ni sedap je.....

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Encik dammerung...sila sambung
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 10:55 PM | Show all posts
sabar menunggu citer ni...
bola, dah habis
vaganza pun dah habis..
nak baca kisah seram pun dah habis...
dah tiga kali khatam dah..

ok, tidur la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Damm,  cepat sambung.  Jangan lama sangat bertapa ye.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 04:42 PM | Show all posts
Damm. Oo Damm

Ikut kiraan aku, dah masuk 50++ petang dah ni. Bukan sepetang dah.

Ko nak tunggu petang ke berapa baru nak sambung?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2016 10:49 PM | Show all posts
yang ni pun masih tak ada sambungan
sedihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 07:04 PM | Show all posts
mana la  dam ni...jangan hang pun acah-acah aci macam @Ipo  jugak..





Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 09:18 AM | Show all posts
Mokcun replied at 27-12-2016 07:04 PM
mana la  dam ni...jangan hang pun acah-acah aci macam @Ipo  jugak..

Adeh...mimpi apa aku post komen then delete
dammerung sibuk tu..
Jgn samakan dammerung dgn ipo yg main aci2 ni.

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 09:43 AM | Show all posts
Ipo replied at 29-12-2016 09:18 AM
Adeh...mimpi apa aku post komen then delete
dammerung sibuk tu..
Jgn samakan dammerung dgn  ...

aci2 dammerung...rasanya dia akan sambung..harap2 la
aci2 ipo...terus stop

awat semua penulis dah tak nak sambung..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.084499 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list