CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sellie003

NOVEL~ Jadilah Kekasihku Selamanya

[Copy link]
Post time 26-10-2016 03:03 PM | Show all posts
sellie003 replied at 26-10-2016 02:53 PM
NAURAH dan empat staff baru yang lain disediakan tempat duduk yang memisahkan hanya kubikal masing-m ...

wow! Kahlif! amazing... sabar jelah Naurah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2016 03:19 PM | Show all posts
nice story sis..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2016 09:48 AM | Show all posts
BAB 4
Naurahmeletakkan tas tangan atas meja lalu melabuhkan punggung atas kerusi. Diamelihat seketika meja begitu kemas dan teratur memandangkan dia belum memulakanapa-apa tugasan setakat ini.

            Dia memusingkan kerusi mengadapkomputer. Oh? Berkerut dahinya melihatkan cebisan sticky note froggy pada skrinmonitor. Dia ambil lalu dibaca.
“Eww… kebudak-budakkan. Siapalah yang tepek mesej ni?”

            Segaris senyuman terukir dibibirmungilnya. Naurah menyimpan sticky note dalam laci. Sedikit sebanyak hatinyasedikit ceria pagi ini. Tak seperti semalam. Sedikit spoil perasaannya.

            Sempat dia memandang sekelilingkot-kot ada yang lebih awal daripadanya. Macam aku yang datang awal ni. Naurahsedikit hampa melihatkan tiada siapa di kubikal-kubikal sederet dengannya.Kemudian, dikerling ke bilik yang satu itu. Pintu masih tertutup rapat.

            Naurah bangun dari tempatnya danberlalu ke pantry. Dia membuka lampu dan saat ini dia mahu membasahkan tekakdengan minuman 3 in 1. Dibuka cabinet lalu dalam sebuah bekas sepeket NescafeClassic 3 in 1 dikeluarkan. Dia mengirai-ngirai peket tersebut dalam sekejapan,sudah dibancuh minuman untuk pagi hari.

            Dengan tersenyum girang diamelangkah menuju ke tempat duduk.

            “Wohh…!
            “Aaa…!

            Membuntang Naurah melihatkan airbancuhan sedikit tertumpah pada baju kemeja warna biru muda.

            “Panas, panas…” Lelaki itumenarik-narik kemeja seakan-akan mengipas tubuhnya yang kepanasan terkenajirusan kecil dari mug gadis itu.
            “So… sorry, sorry. Awak tak apa-apake?”

            Naurah kalut cuba untuk menyentuhpada permukaan kesan basah itu. Namun, cepat dia tersedar. Dia mendongak.

            “Awak?”
“Ya saya, kenapa? Dah puas balas dendam.”
“Eh, saya bukan sengajalah. Yang awak tiba-tibaterpacul buat apa. Dah jom bersihkan kesan tu. Karang susah nak hilang.”      

Selamba Naurah menyambar tali leher lelaki itu lalu ditariksupaya mengikutnya. Terkial-kial Khalif mengekori langkah gadis itu. Naktercekik dibuatnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2016 09:50 AM | Show all posts
“BAJU awak.” Naurah meminta kemeja Khalif sambil berpaling ke lain.

        “Nak buat apa?” Hairan Khalif dengan permintaan Naurah. Kemeja diangkat sedikit. Teragak-agak nak tanggalkan.
        “Bak ajelah saya nak cucikan.”

        “Ohh…” Khalif tersengih bodoh dan kemudian membuka butang kemeja satu persatu, ditanggal terus. Kemeja dihulurkan kepada Naurah. Disambar terus kala terasa hujung baju ditapak tangan.

        Khalif bersandar pada dinding luar tandas wanita dengan hanya mengenakan baju singlet, menunggu gadis itu selesai mencuci. Takkan nak keluar dengan hanya bersinglet.

        “Nah baju awak. Saya dah siap keringkan kat dryer tadi. Pakailah cepat sebelum staff-staff yang lain sampai.” Naurah melibas-libas kemeja Khalif agar segera diambil semula.

        “Terima kasih.” Khalif mengenakan semula kemeja pada tubuh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2016 09:51 AM | Show all posts
SEMUA staf baru dipanggil ke bilik mesyuarat. Mereka diedarkan dokumen setiap seorang.
Selain Khalif dan Naurah, tiga staff baru yang menghadiri temuduga sebelum ini merupakan pelukis pelan dan Pegawai Operasi. Seorang perempuan dan dua lelaki.

Dokumen yang diedarkan tadi dibelek dan dibaca sepintas lalu. Nampaknya, hari pertama bekerja sudah ada projek besar yang bakal dilaksanakan mereka berlima.

Penerangan berkaitan projek tersebut diterangkan dan dibincangkan bersama agar masing-masing jelas dan lebih faham, apa yang dimahukan bagi menjayakan projek perintis ini.

Selesai sesi perbincangan dan soal jawab, mereka dibahagikan dua kumpulan kecil.
Kumpulan pertama seramai empat orang. Antaranya, pelukis pelan mereka bertiga dibimbing oleh seorang Jurutera senior yang sangat berpengalaman. Kumpulan pertama perlu melakar pelan bangunan dan meneliti struktur bangunan yang hendak dibina.

Kumpulan kedua terdiri dari Khalif, Naurah dan Encik Helmi. Mereka bertiga akan turun padang memantau projek pembinaan monorel ini.  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2016 09:52 AM | Show all posts
Edited by sellie003 at 27-10-2016 09:55 AM

NAURAH duduk bersila atas sofa sambil mengelamun jauh menatap kosong di sudut ruang. Entah ke mana hala pandangannya ini.
        Haishh... boleh ke aku bekerja dengan dia tu. Tadi pun dah berlaku perang sekejap masa nak buat draf. Huish, memang tak mau kalah langsung. Boleh dia kata aku tak peka keadaan sekeliling. Perlu ke nak buat survey sekali lagi sedangkan dah ada buat mengikut laporan sebelum ni.

        Cerewetnya mengalahkan Encik Helmi. Encik Helmi pun setuju dengan aku. Pandai aje dia mengajar orang lama buat kerja. Macam terpaksa mengalah pula Encik Helmi dengan dia tu.

        Geram pulak aku. Kenalah aku besok hauk ke tapak projek. Arghh…

        “Hai lah bantal. Siannya kau dikerjakan dek kawan aku sorang ni.”

        Rozy merampas bantal empat persegi dari pangkuan Naurah. Benang yang sedikit terjulur keluar dijadikan mangsa kutilan tragis jemari Naurah. Hampir nak terburai isi dari sarungnya. Rozy mengusap-usap hujung bantal dengan syahdu sekali. Uhuhu…

        “Erkk… alamak Rozy. Sorry lah. Terkutil tanpa sengaja.”
        “Banyak kau punya tak sengaja. Ingat free ke. Beli ni.”
        “Alah, setakat pasar malam depan sana tu. Apalah sangat.”
        “Pasar malam pun ingat aku beli pakai duit daun. Satu ni jek dah RM5 tau. Aku beli empat biji dah berapa?”
        “Yelah. Nanti aku jahitlah yang koyak sikit tu.”

        Naurah memasamkan muka sambil mencebir. Merajuk pun ya nih. Kenapa pulak tu?

        “Apa masalah kau lagi ni? Kau masih tak puas hati pasal pelantikan mamat tu ke?”
        “Tak ada lah. Mamat tulah sengaja bikin panas masa meeting tadi. Ada ke aku pun kena pergi site tengok tempat nak dirikan projek tu. Sedangkan dah ada laporan… bergambar lagi tu, dia tak puas hati. Katanya nak tengok sendiri tapak projek tu. Kalau kau angin tak?”
        “Lah. Ye ke? Habis tu, bila kau kena pergi ni?”
        “Besok pagi.” Acuh tak acuh Naurah menyuarakan.
        “Besok pagi. Ni dah pukul berapa beb tak tidur lagi.”

        Rozy melihat jam dinding. Lima minit lagi pukul 1.00 tengah malam.

        “Aku tak boleh tidur. Sakit hati aku ni sampai aku susah nak lelapkan mata.”
        “Hadap sajalah Ara. Nak buat mcam mana kan. Dah sah-sah ketua pun boleh dengar cakap dia. Ni kan pulak kau yang hanya…” Rozy melentikkan kedua tangannya kebahu. “Pembantu.”

Dimimikkan muka sememeh untuk mengusik Naurah. Membulat Naurah melihat lalu dibaling bantal bentuk hati tepat mengenai muka Rozy. Gadis itu tersengih-sengih dan laju sahaja dibalas balingan, terteleng kepala Naurah.

“Tunggu kau Rozy. You must pay for this.”
“Alah adillah tu kan. Suka sangat baling bantal kat aku.”

Rozy berlari anak menaiki tangga meninggalkan Naurah sendirian. Naurah duduk semula atas sofa dan menyambung menungnya tadi.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2016 04:19 PM | Show all posts
Amboi cik sellie.... idea mencurah2 nampak. harap idea utk yg satu lg tu pun mencurah2 gak
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 10:49 PM | Show all posts
Best jugk...smbung cpt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2016 05:33 PM | Show all posts
sellie003 replied at 27-10-2016 09:52 AM
NAURAH duduk bersila atas sofa sambil mengelamun jauh menatap kosong di sudut ruang. Entah ke mana h ...

nice... marah2 nanti sayanglah tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2016 08:52 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 28-10-2016 04:19 PM
Amboi cik sellie.... idea mencurah2 nampak. harap idea utk yg satu lg tu pun mencurah2 gak

Tulah...idea lama dah cuma tergantung...sekrg baru idea dtg balik..miahahaha

P/S: In Sha Allah... harap2 idea sampai...ckit lost nak sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2016 08:57 AM | Show all posts
@awanjingga  @Zamzam2013  sambungan...

BAB 5

Naurah memayung penglihatan dengan tapak tangan akan biasan terik mentari pagi ini. Seawal jam 9.00 pagi dia sudah berada di tapak projek. Itu pun terkejar-kejar dari rumah nak ke site memandangkan dia kurang mahir ke tempat ini.

        Kelihatan Khalif dan Encik Helmi sedang berbincang dengan Penyelia Projek. Nampak sahaja kelibatnya yang baru tiba, tak semena-mena dirinya diperli sesedap lemon. Kalaulah ada cili sekitar sini, dah lama mulut lelaki poyo tu dicabai-cabai bagi pijar mulut busuk mamat tu.
Encik Helmi sendiri pun tak berkata apa. Yang dia melebih-lebih mengalahkan mandor tepi jalan tu buat apa? Entah gosok entah tidak gigi mamat tu. Bau semacam.
Kutuk Naurah dalam hati.


“MACAM yang Encik Helmi dan Encik Khalif lihat, tapak ni memang sesuai untuk pembangunan infrastruktur. Sangat strategik dan mudah penduduk-penduduk di sini menerima kemudahan awam, jika hendak ke Bandar.”

        Mereka bertiga melihat pelan sambil membuang pandang sekitar kawasan yang agak luas.
        Naurah mengeluarkan tablet dan mengambil beberapa gambar buat rujukannya apabila masuk ke pejabat nanti. Naurah menapak lagi ke depan dan seperti tadi, dia leka dengan tabletnya.

        Sedang dia enak mengatur langkah. Tanpa disedari, tapak kasut high heel nya terpijak sesuatu yang keras.

        “Aahh…!” Naurah memejam mata seakan pasrah dirinya yang hilang imbangan. Namun…
        “Gotcha.”

        Naurah terasa ada rangkulan pada pinggangnya. Adakah Encik Helmi atau… Penyelia yang menyambutku?

        Perlahan-lahan mata dibuka, teragak-agak. Suspen dalam dada yang berombak kencang. Malu, toksah kata. Dah berinci-inci tebalnya kulit muka.

        Silap aku juga. Dah tau nak pergi site. Awat mengada-ngada pakai high heel.
Uhmm… Naurah tergamam, tergumam dan terdiam. Dia?!

“Cik Naurah, Cik Naurah. Awak tak apa-apa?”

Lelaki itu menunjukkan riak cemas. Nasib baik dia perasan Naurah yang memakai high heel memijak ketulan batu tanpa melihat ke bawah.

Naurah jadi bengang tiba-tiba. Dada lelaki itu ditolak kasar.

“What are you doing?!”
“Saya… saya tolong awaklah.”
“Tolong ke ambil kesempatan, hah?!”
“Loh, marah pulak dia. Eh Cik Naurah. Nasib baik saya ada tau. Kalau tak… tak pasal-pasal awak cederakan diri sendiri kat site ni tau.”
“Biarlah saya cedera ke jatuh tergolek sekalipun. Saya tak rela tau… dari berada dalam dakapan awak.”
“Huh, dakapan? Hahahh…”

Meletus tawa Khalif mendengar omelan Naurah. Perasan ke apa minah ni?

Amboi, dia ketawakan aku. Sempat mengelingas sekeliling. Tak memasal pula dia dapat malu di hadapan Encik Helmi dan Penyelia tadi. Fuh, nasib diorang dah menghilang di celahan bangunan separa siap tu.

“Awak jangan melampau Encik Khalif. Tak malu ke dengar dek orang. Awak ingat, bila dah ambil kesempatan kat saya… awak akan berpeluang sekali lagi. Saya akan buat report pasal sexual harassment yang awak buat kat saya.”

Membuntang bola mata Khalif mendengar. Gila apa? Bila kala aku buat benda tak senonoh pula ni. Aku tolong dia pun.

“Apa ni Cik Naurah? Sila jangan buat lawak pagi-pagi ni. Bila masa saya buat tak senonoh dengan awak? Awak sendiri tau kan keadaan awak tadi. Bukan takat saya… orang lain pun akan buat perkara yang sama. Awak nampak tak sana tu?”

Khalif menunding jari telunjuk di suatu arah. Naurah berpaling dan melihat arah yang ditunjukkan. Paku?

“Apa akan jadi kalau saya biarkan awak? Awak nak rugikan syarikat bila berlaku insiden sebegini? Buatnya paku tu membahayakan awak, macam mana? Siapa nak bertanggungjawab?”

“Aaa…” Belum sempat Naurah bersuara, lelaki itu berlalu pergi. Naurah malu sendiri.
Dahlah dia tolong aku, tuduh pula dia macam-macam. Terima kasih pun aku belum luahkan. Uhuhuhu…

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2016 09:00 AM | Show all posts
NAURAH menguis-nguis tablet meneliti semula gambar yang diambil. Naurah tersenyum sendiri. Dia menutup tablet dan bersiap-siap untuk pulang. Kala itu deringan telefon kedengaran.

        “Hello Selamat Petang.”
        “Cik Naurah, in my office now.”
        “Erkk…” Hujung talian sudah dimatikan.

        Naurah tidak jadi menyandang tas tangan kebahu. Dia mengeluh perlahan. Mengenangkan jasa lelaki itu, dia turutkan sahaja.

        Pintu diketuk dan tombol dipulas. Naurah mengatur langkah teratur mengadapnya. Dia tertegak berdiri di situ tanpa berkutik apa-apa.

        “Have a sit.” Tanpa memandang lelaki itu mempersilakan Naurah duduk atas kerusi berhadapan dengannya.

        Naurah menahan diri dan patuh akan arahan. Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan. Naurah menala pandangan ke arah lelaki itu.

        Khusyuklah sangat dia menyelak fail-fail dokumen yang agak sarat atas meja kerjanya.

        I’ll be better than you. Naurah menggerutu tidak puas hati ke dasar hatinya sahaja.

        “Boleh awak semak dokumen projek berkaitan monorel tu?” Lelaki itu sekadar menjuih bibir ke satu dokumen kulit keras warna hitam.

        Naurah memanjangkan leher menjenguk fail-fail atas meja. Dia bangun dari duduk dan mula mencari fail dokumen yang dimaksudkan.

Setelah dijumpai, Naurah menyelak sehelai demi sehelai.

“Saya nak awak baca dokumen tu sambil ambil mana-mana isi penting. Sebab besok, kita bertiga adakan meeting bagi membincangkan projek ini. Rasanya awak tak ada masalah kan?”

Masalah? Apa maksud dia hah?

“No. Saya memang tak ada masalah. Kot-kot Encik Khalif yang ada masalah.”

Aik, lain macam bunyinya tu.

“Awak ada problem dengan saya ke Naurah?”

Hah. dia panggil aku Naurah. Mana pergi panggilan ‘Cik’ tadi?

Naurah tersenyum sinis.

“Saya pasti akan buat yang terbaik Encik Khalif. Maybe better than you.”

Khalif terangkat kening sebelah.

“Well, good. Saya suka semangat itu. Masing-masing akan buat yang terbaik.”

Masing-masing? Only me not you.

“Rasanya setakat itu saja Cik Naurah. Thanks.”

Naurah bangkit dari kerusi.

“You are welcome.”

Saat Naurah melangkah ke muka pintu, dia berpaling sejenak.

“Encik Khalif.”

Khalif mengangkat wajah sambil dimimikkan muka.

“Yes?”
“Thanks… pasal tadi.”

Khalif mengukir senyum.

“My pleasure Cik Naurah.” Nyit, sempat mata lelaki itu dikenyitkan buat gadis itu.

Terlopong kejap Naurah. Arghh… suka sangat kenyit-kenyit mata kat aku. Sakit mata ke apa. Huh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2016 09:02 AM | Show all posts
MUNDAR-MANDIR Khalif dalam bilik mesyuarat sambil galak mendail nombor contact Encik Helmi.

        “Dapat ke?” Naurah menyilang tangan atas meja.
        “Tak.” Khalif menggeleng. “Asyik masuk ke voice mail. Tak tau apa masalah dia.”
        “Dia tak sihat kot. Tak cuba tanya kat Datuk or someone else?”
        “Hah kejap.”

        Khalif memusingkan telefon atas meja ke arahnya. Ganggang diangkat. Pantas menekan punat nombor sambungan seseorang dan meletakkan ganggang pada telinga.

“Good Morning Tina. You tau kenapa Encik Helmi tak sampai lagi?”
“What?”

Naurah mula duduk menegak. Roman wajah Khalif terpamer kerisauan.

“Thanks Tina.” Ganggang diletak perlahan.
“So. What happen?” Tidak sabar Naurah menyoal.
“Enck Helmi. Pagi tadi dia masuk wad. Pengsan tiba-tiba selepas dia sarapan bersama famili dia.”
“Allah.” Naurah menakup mulut. “Serious ke?”
“Kalau dah kena tahan wad. Maybe, serious.”

“Oh.” Naurah digamit simpati. Sedikit muram wajahnya mengenangkan lelaki itu dalam lingkungan 50-an yang sentiasa ceria, tiba-tiba jatuh sakit pula.

“Nak melawat dia, jomlah.”
“Dah boleh ke?”
“Kalau tengok jam dah hampir tengahari. Boleh kot.”
“Kalau macam tu. Saya ambil beg tangan kejap.”

Naurah keluar dari bilik mesyuarat manakala Khalif berlalu ke pintu lif. Di parkir nanti mereka gerak bersama-sama ke HKL.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2016 09:04 AM | Show all posts
KHALIF dan Naurah melawat Encik Helmi dan ketika itu, kelihatan isteri dan dua anak lelakinya yang masih remaja berada di sisi lelaki itu. Isteri dan dua anaknya mohon diri. Memberi sedikit ruang buat mereka bertiga.

        Encik Helmi seakan mengagak tujuan utama kedatangan mereka berdua selain tuntutan saudara seagama. Namun, sukar meluahkan dihati masing-masing memandangkan rasa hormat dan bersimpati lebih mendominasi mereka berdua untuk membincangkan hal-hal pejabat.

        “Encik Helmi banyakkan berehat. Hal di pejabat janganlah dirisaukan.” Khalif mengambil jalan selamat dengan berterus-terang serta menyedapkan hati Encik Helmi.

        “Betul apa yang Encik Khalif katakan tu. Saya… err… maksud saya, kami… akan sama-sama handle projek infrastruktur tu sehingga berjaya.”

        Bersemangat Naurah menyatakan. Khalif mengerling di sebelahnya. Ditatap sejenak wajah teruja gadis itu. Manis.

        Encik Helmi mengangguk perlahan.

        “Saya faham. Kalian berdua risaukan berkenaan projek tu. Lebih-lebih lagi, kamu berdua masih baru. Tak sampai pun dua bulan kamu berdua mengambil alih jawatan-jawatan tu. Tak mengapa. Saya boleh saja pantau dari jauh. Encik Khalif dan Cik Naurah boleh hantar laporan-laporan tersebut melalui emel saya.”

        “Moleklah tu Encik Helmi. Kami masih perlukan bimbingan Encik Helmi untuk handle projek yang boleh dikatakan besar sekali.”

        Khalif menambah.

        Dan inilah peluang aku menonjolkan kebolehanku. Naurah berbisik dalam hati.

        “Ya Cik Naurah ada apa-apa nak cakap lagi ke tadi?”
        “Hah?” Naurah menala menatap wajah Khalif yang sedikit berkerut itu.

        Haish dia ni. Menyibuk aje. Macam dengar-dengar aku cakap apa.

“Ahaha… tak ada apalah. Saya cuma doakan agar Encik Helmi lekas-lekas sembuh. Banyak yang kami perlu belajar dari orang yang lebih berpengalaman.”

        Sedikit tersipu Naurah menyatakan maksud. Ikutkan dia mana ada berdoa apa-apa. Bila sendiri kata begitu tadi, barulah dia menitipkan doa dalam hati untuk kesembuhan Encik Helmi. Alhamdulillah.

        “Encik Khalif. Dah boleh dah hantar rombongan.”

        “Huh?” Khalif dan Naurah saling berpandangan. Kemudian, beralih kepada Encik Helmi yang tiba-tiba ketawa riang.
       

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2016 01:31 PM | Show all posts
BAB 6

KHALIF menolak kasar pintu pejabat dan melempar fail dokumen atas meja. Dihenyak punggung atas kerusi lalu memusingkan kedudukan kerusi mengadap cermin tembus pandang.

        Hati dan jiwanya benar-benar panas tika ini. Di bilik mesyuarat tadi, berlaku ketegangan antara dia dan gadis itu. Dia benar-benar tidak menyangka. Selama mereka berdua bertugas di bawah kelolaan Encik Helmi, tiada pula sebarang percanggahan pendapat. Patuh sahaja gadis itu menurut pendapatnya sebelum ini.

        Atau, dia dah mula tunjuk belangnya. Sebelum ini, ayu saja dia menurut kata-kata aku. Keras kepala dan degil juga kau ni rupanya ya. Tak apa, tak apa. Kita tunggu dan lihat. Siapa yang terbaik.



NAURAH meletak kasar fail kulit keras atas meja. Rakan-rakan setugas yang lain terkejut juga menerima hentakan fail daripada gadis itu. Angin juga minah ni.

        Muna yang ingin mengambil tahu akan gara-gara angin gadis itu, menyapa dengan penuh hati-hati. Sambil digiat-giat oleh rakan-rakan lelaki dan perempuan untuk bertanyakan sebab-musababnya.

        “Err… Naurah. Kau okey tak ni?”

        Terhenti omelan Naurah apabila dirinya disapa. Sedikit rasa marah mula kendur. Dah rakan bertanya baik-baik. Takkan nak tunjuk muka moody pula.

        Naurah menggaris senyuman semanis adanya.

        “Don’t worry Muna. I’m okay. Cuma, stress masa meeting tadi. Korang buatlah kerja ya. Maaflah kalau sikap aku tadi buat korang terganggu.”

        Naurah buat muka kasihan. Muna senyum lega.

        “Tak apa. Kami buat kerja kami. Jangan moody-moody sangat. Nanti tak cantik wajah comel awak. Tak berani orang tu nak mengurat.”

        Muna berkalih ke tempat duduknya semula. Begitu juga rakan-rakan sekerja yang lain.
        Naurah  tertanya-tanya akan maksud Muna. Ada orang nak mengurat aku ke?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2016 01:35 PM | Show all posts
ROZY bersolek seadanya di hadapan cermin dalam tandas. Dia mengurai helaian rambut yang sedikit jatuh didahi. Rozy melempar senyuman yakin pada biasan imejnya sendiri.

        Sedikit gemuruh kerana pada hari ini, dia akan menjadi pembantu Puan Kasuma dalam mengendalikan urusan hotel bagi menyambut ketibaan tetamu kehormat yang bakal menginap di pent house.

        Dengarnya orang kerabat. Selebihnya dia tidak ambil tahu. Dia lebih menitik beratkan penginapan yang selesa, pemilihan makanan dan layanan terbaik buat tetamu yang berapa ‘V’ agaknya. Huhu…

        Rozy meneliti setiap inci penginapan pent house. Bukan kali pertama dia mengendalikan bilik ini. Teringat suatu kejadian di mana, tetamu ini… wah, mewah dari segi pakaian, kasut, barang kemas dan… harumannya. Rozy sangat bertuah ketika melayan tetamu itu. Asal service tip top, dia diberi tips. Bukan sedikit. Lumayan jugaklah dia waktu itu.

        Namun mana nak sangka. Rupanya tetamu itu seorang penipu professional. Hasil yang dia dapat pun dari menipu orang jua. Bukan calang-calang orang yang dia tipu. Patutlah mewah mengalahkan anak raja.

        Rozy terkilan juga. Tips yang diterima bukan dari sumber yang halal. Tetapi, mujur duit hasil tips pemberiaan wanita 30-an itu diguna pakai membeli barangan berupa baju, kasut, beg dan handphone. Kalau digunakan untuk membeli makanan. Jenuh nak samak. Ahaks.

        “Rozy awak sedia ya. Dia dah nak sampai.”

        Puan Kasuma mengingatkan Rozy. Rozy membuat isyarat ‘okey’ sambil sebelah mata kirinya dikenyitkan kepada Puan Kasuma. Wanita itu sekadar tersenyum melihatkan ulah Rozy yang ‘Happy go lucky’.

        Rozy berdiri tegak menantikan tetamu yang datang. Makin berkocak dadanya. Pelik juga dirasakan saat ini.

        Oh bau ni. Aroma dari … minyak wangi yang mencecah ratusan ringgit. Terpesona Rozy menghidu haruman dari tubuh tetamu ini. Semerbak mewangi.

        “Excuse me young lady.”

        Huh! Terhinjut sedikit kedua bahu Rozy ditegur suara garau dan sexy milik… Rozy pantas memfokus arah suara itu dan... Wow.

        Seorang jejaka tinggi lampai membuka cermin mata hitamnya dan sepasang mata bundar berwarna kelabu menatap bening dirinya. Rozy hampir ternganga melihat gaya maskulin dan ketampanan jejaka di hadapannya ini. Cuma… dia bersubang? Erkk… berantai emas juga? Oh gosh. Turun 70 markah. Aku paling benci lelaki bersubang dan berantai. Sah-sah lelaki begini adalah… G.A.Y. Prtfftt…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2016 01:38 PM | Show all posts
ROZY buat muka bosan sambil mengelap meja kaunter. Kenapa dia perlu berada di kaunter sampai malam? Sedangkan dia shift pagi. Penat tak hilang lagi gara-gara melayan karenah tetamu mat saleh sesat itu di pent house seharian.

        Paling dia berangin, dia sahaja yang dipanggil mengadap dan melayan lelaki itu. Mujur dia belum disuruh menuang arak dan sedikit gembira kerana hotel mewah ini melarang benda haram itu berada di sini. Tetapi, mamat haram jadah ni, senyap-senyap bawa masuk barang terlarang ini.

        Ingin sahaja diadukan perkara ini kepada pihak hotel. Biar mamat mat saleh sesat ni dilarang menginap di hotel ini lagi. Namun, menurut Puan Kasuma, lelaki ini dari kalangan kerabat. Silap haribulan dia juga yang kena buang kerja. Kebetulan, hotel tempatnya mencari rezeki ni pun dikalangan kerabat juga. Mana tahu ada bau-bau tahi ayam (bau-bau bacang) dengan si sengal tu. Dia juga yang susah.

Kalau keluarga dia tau kehidupan songsang dan kelibut mamat ni. Entah apa perasaan ibubapa beliau. Dahlah anak kerabat. Dengar-dengarnya, kerabat ini amat menitikkan soal agama. Siapa yang tidak kenal dengan YM Tan Sri Raja Aluddin dan isterinya YM Puan Sri Yohana.

Wanita itu asalnya dari Perancis dan bukan calang-calang keturunan juga. Antara golongan terhormat dan dikalangan keluarga yang terkaya di sana.

Itulah dia kalau dah terlampau kaya, ada kuasa dan kedudukan. Dapat tang anak memalukan imej keluarga yang berdarah diRaja. Tak faham aku golongan macam dia tu. Langsung tak bersyukur apa yang dia miliki.

Bila diingatkan, tergeleng-geleng kepala dibuatnya. Sempat dia ambil tahu melalui Puan Kasuma, serba sedikit latar belakang tetamu VIP yang akan menginap pent house selama sebulan itu.

Orang kaya, petik jari semua depan mata. Kerja, cuma goyang kaki saja. Mudahnya hidup diorang. Hmmm… Rozy menggumam sendiri.

Rozy terpempan dari lamunan saat terdengar hilai tawa di ruang lobi. Dia memincingkan pandangan. Membuntang Rozy melihatkan suasana depan mata. Lelaki tu bukan…

Rozy tak lepas-lepas menatap pasangan kurang sopan itu di lobi. Sempat dia melihat tayangan percuma yang menjengkilkan. Selamba pasangan itu bercumbu-cumbuan di situ.

Dah ke mana malunya mereka. Yang perempuan tu, baik tak payah pakai baju. Singkat sana, sini. Lelaki tu pun satu hal. Dah merenyam sangat buat sajalah dalam bilik, bengong.

“Juli, akak balik dululah.”
“Baik kak. Hati-hati tau.”
“Terima kasih Juli. Kerja rajin-rajin tau. Bye.”

Rozy berpamitan lalu meninggalkan kaunter menuju ke basement.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2016 01:41 PM | Show all posts
ROZY menekan punat alarm kereta. Dia berdiri sejenak di sebelah keretanya. Dia terkial-kial membuka zip beg tangan dan mengeluarkan handphone yang sedang bergetar. Pesanan whatsapp diterima.

~Belikan aku Burger King Special. Nyee…   

        Rozy tersenyum cuma melihatkan pesanan buat teman menyewanya.

“Ahh…!” Rozy menjerit nyaring. Handphone terjatuh dari tangannya tatkala tubuhnya diterkam dari belakang. Tubuhnya dipusing secara paksa dan lehernya dirangkul lalu digomol rakus.

Rozy meronta-ronta kuat. Dia menggigil ketakutan. Kali ini tubuhnya didakap erat. Terasa tangan kasar dan kekar itu melingkar ke seluruh anggota tubuhnya. Rozy mula menjerit-jerit dan memukul-mukul dada lelaki itu yang semakin menghimpit tubuhnya.

Dengan akal dan daya yang ada, Rozy menghentak celah kelangkang lelaki itu dengan lutut. Beg yang masih berada dalam tangan digunakan untuk menibai belakang tubuh lelaki itu hingga terduduk.

Lelaki tadi membongkok lalu melutut. Terasa celahan kelangkangnya menyakitkan ditambah sakit bahagian belakang.

Rozy cepat-cepat menghidupkan enjin kereta. Stereng dipusing keluar dari petak pakir dan terus menekan pedal minyak menderu keluar dari basemant.

Lelaki tadi mengerang kesakitan tidak terperi. Sempat matanya yang berbinar-binar terlihat sesuatu. Perlahan-lahan dia merangkak dan dicapai handphone milik gadis yang diusiknya tadi. Sangkakan teman wanitanya, salah orang rupanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2016 01:44 PM | Show all posts
NAURAH termengadah melihat Rozy kelam-kelibut masuk ke rumah. Dia yang sedang menatap laptop menyiapkan proposal memandang pelik wajah pucat lesi teman serumahnya ini.

        Rozy bersandar sejenak pada muka pintu sambil memeluk beg tangannya. Dengan nafas tercungap-cungap dia cepat-cepat menuju ke sofa. Dia menghenyak punggung dan wajah cemasnya masih kelihatan.

        “Weh Rozy. Apa kena kau ni?”
        “Hah?” Rozy mengelamun sekejap.

        Naurah tak jadi meneruskan kerjanya. Dia jadi cuak pula melihat peel pelik Rozy. Selalu tu apabila pulang, suara gadis itu sentiasa ceria memberi salam kesejahteraan. Kali ni, lain pula perangainya. Wajah tu pun pucatnya bukan main lagi.

        “Kau jangan buat aku takut Rozy. Kenapa muka kau pucat sangat ni? Bagitau aku sekarang.”

        Sedikit tegas Naurah menyoal. Geram pula melihatkan reaksi Rozy yang takut-takut tanpa berkutik langsung.

“Aa… aku. Aku tadi…” Rozy mula teresak-esak.

“Rozy. Maafkan aku beb. Aku cuma risau tengok kau pucat semacam tadi. Shuu… tenang ya.”
Ditarik temannya yang semakin larut dalam tangisan dalam pelukan. Digosok-gosok belakang Rozy bagi menenangkan perasaannya.

Rozy mula teringat sesuatu. Pelukan dileraikan.

“Beb. Maaflah aku… tak sempat belikan kau burger. Aku tak singgah mana-mana pun. Terus drive balik rumah.”

“Itu tak payahlah kau risau. Aku boleh aje masak maggi kat dapur tu. Baik kau pergi mandi. Lepas tu tidur. Rasa dah sedia nak ceritakan apa yang berlaku tadi…kau ceritalah. Aku sudi tadah telinga dan pinjamkan bahu aku untuk kau luahkan perasaan.”

“Hihi… kau memang baik Ara. Tu sebab aku nak sangat kau jadi kawan aku. Walaupun ada yang tak sudi kawan dengan kau.”

“Hai. Sempat sindir-sindir aku nampak.”

“Hish kau ni. Aku cakap perkara betullah. Aku tau siapa ikhlas dan tak ikhlas dengan aku. Kau aje yang sentiasa ada tak kira susah ke senang. Nak kata mulut laser. Kita dua tak jauh beza pun kan.”

“Wah, tak sia-sia aku pujuk kau. Dah berseri-seri balik wajah pucat kau tadi.”

Rozy meraba-raba kedua-dua pipinya sambil mengukir senyuman.

“Aku masuk dululah. Penat sangat.”
“Kau tidurlah dulu. Ada benda aku nak buat ni.”
“Jangan lewat sangat.”

        Rozy sempat mengingatkan Naurah sedang kakinya mengatur langkah menuju ke bilik tidur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2016 01:47 PM | Show all posts
SEMENTARA itu di sebuah rumah banglo 2 tingkat.

        “Aduh, aduhh…” Lelaki itu berbaring atas sofa sambil menuam dahinya dengan ais. Berpusing-pusing pandangan dirasakan. Dahlah tubuh pun sakit-sakit.

        “Ada dua perkataan memang sesuai dengan kau.” Seorang teman bersuara seakan menyindir. Dari tadi melihat sahaja lagak lelaki ini teraduh-aduh.

        “Apa dia?” Lemah sahaja suara itu bertanya. Tak ada lah nak tau sangat apa yang bakal keluar dari mulut temannya ini. Sekadar melayan bercakap semata-mata.

        “Padan muka.”

        Terhenti lelaki itu menuam dahinya. Mata yang sedikit dipincingkan memandang bengang wajah teman yang selamba kucing memerli dirinya yang kesakitan.

        “Kau kalau datang sini nak perli-perli aku… baik kau balik, berambus.”

        “Amboih. Ni mesti kes mabuk tak hilang lagi ni. Rumah siapa yang kau suruh aku berambus ni. Kau juga mengerang-ngerang suruh ambik kau kat parking tadi. Inilah yang dikatakan, tak kenang budi. Sendiri cari penyakit.”

        “Sorry lah bro. Aku… aku…”

        “Dah, jangan banyak bagi alasan. Ini nasib baik parents aku tak ada kat rumah. Kalau tau aku bawak balik kau yang mabuk ni… dengan aku, aku sekali mama dan papa aku ingat aku main tonggang air haram. Apalah nak jadi. Insaf-insaflah weh. Kalau kau rasa, kau muda lagi belum puas enjoy. Kau kena ingat bro. Bumi ni sendiri yang makin nazak tau. Bila-bila masa dunia akan musnah sekelip mata saja. Umat akhir zaman sekarang ni pun…pendek umur tau.”

        “Aduii… makin sakit pulak kepala aku dengar ceramah kau ni. Yelah, yelah. Nanti-nanti aku insaflah yea setat.”

        “Aku serius ni. Kau ingat aku bazir airliur ke? Ni lagi satu. Kau kena cari gadis tu. Minta maaf kat dia. Handphone tu… pulangkan balik kat owner dia. Mesti dia tercari-cari. Kot-kot husband dia call. Kau jugak yang kena balun nanti. Masa tu, aku tak nak campur. Aku memang sorak pompom bila kau kena belasah nanti.”

        Temannya itu sudah menayang sengih. Elok juga dibagi pengajaran sebegitu. Kalau tak sampai masuk hospital belum tentu insaf. Ahaks.

        “Tak guna punya member. Doa yang tak elok aje kat aku.”

        Tuala yang berisi ais untuk menuam, dibaling terus ke muka teman memerli tadi.

        “Hoi! Sejuklah.”
        “Blah, blah. Aku nak tidur ni. Jangan lupa pasang lampu meja bila kau tutup lampu utama. Aku tak suka bergelap sangat.”
        “Ceh, mengaku sajalah kau tu penakut.”

Mereka berdua masing-masing beradu. Temannya tadi sudah pun larut atas tilam empuk. Lelaki tadi memeluk bantal empat persegi melelapkan mata seperti anak kecil.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.081191 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list