CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 63854|Reply: 21

foot patch detox betul atau tipu??

[Copy link]
Post time 8-11-2016 11:41 AM | Show all posts |Read mode
                                                        Penggunaan Detox Foot Pad.
Berkesan ataupun tidak?                                                                                               
                                                                                                                Semua mesti pernah dengar tentang DETOX PAD. Ia merupakan pad yang diletakkan

pada tapak kaki untuk membuang toxin dalam badan. Produk ini terkenal sewaktu

masa dahulu dan mungkin akan berterusan penggunaannya jika kita tidak sedarkan

masyarakat.

Cara penggunaan pad tersebut adalah mudah iaitu melekatkan pad itu di kaki ketika

tidur pada waktu malam. Dikatakan ketika mana pad itu melekat di kaki, ia akan

menyerap segala toxin daripada badan. Logam berat seperti mercury dan juga

plumbum juga dikatakan dapat diserap oleh pad ini daripada badan.
Hebat bukan!!


Dikatakan Detox pad boleh mengeluarkan logam berat daripada badan


Disini saya ingin memberi beberapa penerangan berkenaan DETOX PAD:

1)Bagaimana detox pad boleh jadi hitam dan basah apabila dipakai semalam?
Ingin saya beritahu, bahan yang selalu diletakkan di dalam detox pad adalah

bamboo vinegar‘ dan ‘wood vinegar‘ yang tinggi dgn kandungan kompaun phenol.
Ketika mana penghasilan arang daripada kayu dan buloh,  proses itu juga

menghasilkan bahan lain yang dipanggil sebagai ‘bamboo and wood vinegar’.

Di dalam bahan ini ia mengandungi kompaun phenol yang banyak hasil drpd

penguraian lignin. Lignin pula merupakan salah satu komponen dalam dinding

sel tumbuhan.

Perlu diketahui bahawa kompaun phenol merupakan kompaun yang suka menyerap

air(Hygroscopic). Jika kita letak kompoun phenol yg kering di dalam udara biasa

untuk beberapa ketika, maka kompoun itu akan jadi melekit kerana ia menyerap

air drpd udara.

Sama seperti gula. Jika kita letak ia diluar bekas, gula itu akan jadi melekit disebabkan

ia menyerap air daripada udara sekeliling. Sifat bahan yang suka menarik air ini

dipanggil sebagau hygroscopic.
Selain daripada itu, dalam pad itu juga ada diletakkan daun teh ataupun bahan2

yang akan mengeluarkan warna hitam apabila basah.
Gabungan bahan ini, akan menyebabkan detox pad senang untuk menyedut

kelembapan dalam udara dan membuatkan ia bertukar kpd warna gelap.
BUKAN DISEBABKAN TOKSIN YANG DISERAP DARIPADA BADAN

2) Eksperimen dalam dan luar negara
Banyak pembuktian dan eksperimen yang telah dilakukan di dalam dan

luar negara menunjukkan detox pad masih akan berubah kepada warna

kehitaman apabila diletakkan pada air.  Walaupun air yang digunakan

itu merupakan air suling.
Salah satu caranya adalah meletakkan pad tersebut dibawah wap air yang

sedang panas. Wap tersebut akan menukarkan warna pad itu kehitaman.
Jadi persoalannya disini, adakah air itu sendiri  merupakan toksin??
Disini kami ingin menegaskan lagi sekali bahawa, perkara itu terjadi

disebabkan adanya bahan yang menyerap air di dalam produk tersebut

berserta bahan-bahan lain yang mempunyai warna yang gelap.

Apabila detox pad menyerap air, bahan tersebut akan menjadi melekit

serta berair yang menyebabkan bahan gelap tadi mengeluarkan warnanya.

3) Tiada kajian secara klinikal yang menunjukkan Detox Pad

membantu menyihatkan badan
Review berkenaan detox pad telah pun dibuat oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

dan menunjukkan tiada bukti yang detox pad boleh membantu di dalam

kesihatan badan manusia.
Boleh rujuk link ini untuk rujukan kepada perkara tersebut.
Banyak kebaikkan yang berlegar di dalam internet merupakan testimoni yang

berat sebelah sahaja.

Tiada lagi kajian yang benar-benar ampuh untuk menunjukkan kelebihan detox pad

4) Penjualan Detox Foot Pad telah pun dipulaukan di Amerika
Pada November 2010, ‘Federal Trade Commision'(FTC) telah pun membawa kes ini ke

Mahkamah dan Hakim memutuskan untuk memulaukan semua produk Detox Foot Pad

brand Kinoki yang dihasilkan oleh syarikat Xacta 3000. Mengikut bukti yang ada,

Detox pad tersebut tidak dapat dibuktikan mampu merawat penyakit, mengeluarkan

toksin mahupun memperbaiki kesihatan manusia

Menurut FTC ketika memberi keterangan, pihak defendan telah memberi maklumat palsu

dimana mereka mengatakan produk mereka mampu mengeluarkan toksin berserta logam

berat daripada badan. Malah dikatakan produk mereka mampu memberi kesihatan kepada

si pemakainya. Disebabkan itu, Hakim menyuruh syarikat Xacta membayar sebanyak

14.5 juta dollar di atas penipuan yang dijalankan ke atas produk mereka
Boleh rujuk Link ini untuk berita tersebut

***Federal Trade Commision merupakan salah satu pertubuhan yang berfungsi untuk
melindungi pengguna daripada penipuan



5) Penjual Detox pad kata ia boleh mengubati penyakit,

tetapi tidak berdaftar dengan KKM
Satu pekeliling telah pun keluar pada tahun 2010 yang mewajibkan semua peniaga

yang menghasilkan detox pad dan mengatakan produk mereka mempunyai kesan

yang baik daripada sudut kesihatan mahupun mampu menyembuhkan penyakit

perlulah didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tetapi tiada seorang pun yang mendaftarkan produk mereka. Malah masih ada lagi

yang berlegar menjual produk detox pad mereka

Surat Pekeliling yang mengatakan produk detox pad perlu berdaftar dibawah Kementerian Kesihatan


Kesimpulan
1) Detox pad tidak terbukti baik untuk kesihatan
2) Mereka hanya menggunakan sifat bahan phenol sahaja di dalam ‘bamboo vinegar’

yang sangat suka menarik air
3) Hitam pada detox pad tersebut bukan toksin. Ia hanya kelembapan yang diserap

oleh kompoun phenol
Kami berharap maklumat ini cukup bagi anda untuk menolak produk Detox pad

yang menipu di dalam pasaran

Harap perkongsian ini bermanfaat
Rujukan:
1) Medical Management guidelines for phenol, ATSDR
https://www.atsdr.cdc.gov/mmg/mmg.asp?id=144&tid=27
2)  Gas Chromatography–Mass Spectrometry Analysis and Chemical Composition

of the Bamboo-Carbonized Liquid. Dinesh Bilehal et al
[url=https://www.researchgate.net/publication/231337961_Gas_Chromatography-Mass_Spectrometry_Analysis_and_Chemical_Composition_of_the_Bamboo-Carbonized_Liquid%22%3Ehttps://www.researchgate.net/pub ... o-Carbonized_Liquid]https://www.researchgate.net/publication/231337961_Gas_Chromatography-Mass_Spectrometry_Analysis_and_Chemical_Composition_of_the_Bamboo-Carbonized_Liquid”>https://www.researchgate.net/pub ... o-Carbonized_Liquid[/url]


Single Polls, Total 13 Users voted
15.38% (2)
30.77% (4)
53.85% (7)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2016 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
good info..
masa memula benda ni kat msia. kwn adalah jual. pastu entah mcm mana saya cakap benda tu klu lrtak atas wap air panas mesti jadi hitam gak kan? tp masa tu cakap gitu sbb mcm xcaya. pastu kwn kata kita nak kondem dia.
pastu ada budak opis pakai kot. then dia kata kenapa dia pakai tu bila buka mcm ada darah. yg tu xtaulah kenapa bleh ada darah...hahah
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
good info..
masa memula benda ni kat msia. kwn adalah jual. pastu entah mcm mana saya cakap benda tu klu lrtak atas wap air panas mesti jadi hitam gak kan? tp masa tu cakap gitu sbb mcm xcaya. pastu kwn kata kita nak kondem dia.
pastu ada budak opis pakai kot. then dia kata kenapa dia pakai tu bila buka mcm ada darah. yg tu xtaulah kenapa bleh ada darah...hahah
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
penah try,itupun sebab dapat free gift,tak koser nak beli,terlalu mahal bagi iol,baik beli salonpas
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 11:09 PM | Show all posts
Very good info.

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
KumbangPoIkaDot replied at 16-11-2016 09:10 AM
mungkin betul juga jd hitam lepas kena wap air.
tapi saya guna utk 3 hari ada 3 keputusan yg ber ...

xpasti lah...tapi mcm kwn tu ada darah bila buka patch tu... yg tu pon xtau kenapa bleh ada darah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2016 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah la try pakai.. mak ai beli kat pasar malam..hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 03:14 PM | Show all posts
sya pun fikir mcam tue, disebabkan air yang jadi hitam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2016 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
KumbangPoIkaDot replied at 16-11-2016 09:10 AM
mungkin betul juga jd hitam lepas kena wap air.
tapi saya guna utk 3 hari ada 3 keputusan yg ber ...

brand apa? mungkin ada yg betul.tp banyak product yg dijual, lagi2 yang murah kena peluh itam la dia.
pernah pakai yg mahal tapi lupa brand. beli kat farmasi. warna mmg gelap dan melekit. kita siap rasa loya. esk pakai lagi tp x gelap sgt dah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 10:02 AM | Show all posts
saya pakai dan ia berkesan utk bbrp mslh kesihatan kecil.

cth,sakit kaki,lenguh tangan,pinggang,tengkuk.tampal d tempat sakit dlm bbrp jam agak melegakan.tak mesti nya tampal d tapak kaki je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 02:40 AM | Show all posts
aqyueetda replied at 21-11-2016 10:02 AM
saya pakai dan ia berkesan utk bbrp mslh kesihatan kecil.

cth,sakit kaki,lenguh tangan,pinggang,t ...

ini kesan 'placebo'   
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 03:47 PM | Show all posts

apakah itu Tuan Yang Arif ..huhu..mohon pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 10:35 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 06:27 PM | Show all posts
hihi..ingat dulu pernah cuba dengan akak aku..amik satu tiap malam belah 2 pakai sorg separuh.masa ni darjah 4 kot.benda ni dulu mahal seratus lebih.benda ni bapak tiri aku punya,kiranya aku curi,hurm..patutnya curi banyak2 time tu bagus gak.kihkih.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 02:52 PM | Show all posts
betui la kut..sebab keluaq hitam tu...

-dari penjual foot patch detox-
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 10:07 AM | Show all posts
KumbangPoIkaDot replied at 24-1-2017 08:46 PM
tq smod @seribulan.
apa pandangan smod tentang detox patch tu??

Adik saya ada pakai, dia kata ada perubahan- tarik toksin dari kaki dan rasa ringan di kaki camtu...


Comments

TERIMA KASIH SUPER-MOD KERANA MEMEBERSIHKAN BOARD PERUBATAN YG PENUH DGN ADS WEKEN RITU :). NAH AMIK UPAH  Post time 29-1-2017 11:43 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2017 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
X pernah try..mcm x percaya jek
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu nk detox sy suka amik lactose elken..mmg best
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sejujurnya mmg TIPU....kalau x buh kat kaki pun mmg hitam. Xder effect pun..cuma berangin. Jgn buang duit based on my experience . Influence us psychologically je:
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa ringan kaki sbb berangin cam menthol
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.095974 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list