CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 24055|Reply: 44

Klinik Hukum Irsyad al-Fatawi wa al-Ahkam (IFA) : next destination...see latest

[Copy link]
Post time 16-11-2016 06:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 9-1-2017 11:50 PM

Assalamualaikum,

Please find attached.

AL-KAFI #446 : HUKUM BERTATU
SOALAN:
Assalamulaikum wbt,
Apakah hukum bertatu dan jika sudah ada tatu adakah wajib menghilangkannya?
JAWAPAN :
Waalaikumussalam wbt,
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
Tatu ialah suatu tanda pada anggota badan yang dibuat dengan cara melarik, mencucuk dan memasukkan warna.
Menurut takrif Imam An-Nawawi Rahimahullah Taala, bahawa tatu ialah mencucukkan jarum atau sebagainya di belakang tapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau selainnya di tubuh badan sehingga darah mengalir. Kemudian diisi tempat itu dengan celak atau kapur hidup sehingga menjadi hijau (atau warna-warna lain.)
Perbuatan melakukan tatu dilaknat Allah Taala dan Rasullullah ﷺ. Ia adalah haram ke atas orang yang meminta dibuatkan tatu atau pembuat tatu dan ia tergolong dalam dalam dosa-dosa besar.

Nabi ﷺ bersabda: Diriwayatkan daripada Ibn Umar R.anhuma:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَنَ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ وَالْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ
Maksudnya: “Bahasa sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat perempuan yang menyambung rambutnya, yang minta disambungkan dan
yang mencucuk kulit badan dengan jarum (bertatu) dan yang minta dibuatkan tatu”.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 5937) dan Imam Muslim (no. 2124) dalam al-Sahih mereka.
Hukum tatu ditubuh badan adakah wajib dihilangkan

Perkara ini memerlukan kepada beberapa perincian hukum seperti berikut:
1) Orang mukallaf yang bertatu dengan kehendak dan kerelaannya.
Jika ia tidak dapat menghilangkan tatu itu dengan kaedah perubatan atau pembedahan walaupun
menurut doktor ia mendatangkan mudarat seperti hilang anggota badan atau fungsinya atau keadaan anggota
zahirnya menjadi buruk tetapi ia tidak takut akan mudarat tersebut, maka wajib ia menghilangkan tatu itu.
Walaubagaimanapun, jika ia takut akan mudarat tersebut, maka tidaklah diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu itu
dan ia tidak dikira berdosa setelah bertaubat.
2) Orang yang tidak ditaklifkan ke atasnya seperti kanak-kanak dan orang gila.
Jika seseorang golongan ini bertatu maka tidaklah diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu tersebut.
3) Orang yang dipaksa untuk bertatu bukan kehendak atau kerelaannya adalah tidak diwajibkan ia menghilangkan tatu di tubuh badannya.
4) Orang kafir yang memeluk agama Islam. Jika dalam keadaan ia kafir lalu memeluk Islam maka wajib ia menghilangkan tatu tersebut.
Adapun berkenaan soalan saudara, hukum menghilangkan tatu perlulah merujuk kepada beberapa perincian yang telah diterangkan tadi.
Kesimpulannya, perkara ini perlulah di ambil peringatan bahawa bertatu itu bukan sahaja dilarang bahkan dilaknat Allah Taala dan Rasul ﷺ .
Mereka yang dilaknat akan berada jauh daripada rahmat Allah dan jauh daripada segala kebaikan.
Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan mereka yang mendapat rahmat Allah Taala.
والله أعلم وأحكم
sumber  asal :
https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/photos/a.427172850756033.1073741829.423534687786516/810207902452524/?type=3&theater


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2016 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih Syida . Terima kasih banyak banyak . Aku hargai sesangat ..... jazakallah ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih ... kawan ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Waalaikumsalaam tt. Terima kasih diatas perkongsian ilmu diatas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2016 08:00 PM | Show all posts
RamboMandul replied at 16-11-2016 07:54 PM
Terima kasih Syida . Terima kasih banyak banyak . Aku hargai sesangat ..... jazakallah ..

pleasure. no mention.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2016 08:01 PM | Show all posts
Nenasketum replied at 16-11-2016 07:59 PM
Waalaikumsalaam tt. Terima kasih diatas perkongsian ilmu diatas.

ada banyak kat FB beliau tu , i mean yg relevan pun banyak. i tak sempat nak letak ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2016 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah ditnya .. yg kata tatu haram x de dlm alquran ...
rupanya ada dalam sabda nabi ...
alhamdulilah.. dah bole menjawab soalan
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya kalau mualaf wajib ke hilangkan tatoo.kalau penuh seluruh badan?

Lg satu certain medical procedure contohnya radioterapi depa tatookan patient sbg landmarking tempat nk di rawat. Haram kah hukumnya walau dgn tujuan perubatan. Depa x pakai marker atas alasan reproducibility error tinggi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2016 08:31 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 16-11-2016 08:12 PM
Maksudnya kalau mualaf wajib ke hilangkan tatoo.kalau penuh seluruh badan?

Lg satu certain medica ...

hi..yeah good question  ...soalan ni macam  i nak cendering jawapannya kepada 1 - sebab tujuan perubatan kan?but i bukan mufti so  i think.. u can ask  the Mufti kat FB tu  u can  banyak je org tanya...nanti boleh share ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2016 09:25 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 16-11-2016 08:12 PM
Maksudnya kalau mualaf wajib ke hilangkan tatoo.kalau penuh seluruh badan?

Lg satu certain medica ...

ni jawapan no 1

would this be the suitaible answer ?  i think baik tanya mufti tu terus

1) Orang mukallaf yang bertatu dengan kehendak dan kerelaannya. Jika ia tidak dapat menghilangkan tatu itu dengan kaedah perubatan atau pembedahan walaupun menurut doktor ia mendatangkan mudarat seperti hilang anggota badan atau fungsinya atau keadaan anggota zahirnya menjadi buruk tetapi ia tidak takut akan mudarat tersebut, maka wajib ia menghilangkan tatu itu.
Walaubagaimanapun, jika ia takut akan mudarat tersebut, maka tidaklah diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu itu dan ia tidak dikira berdosa setelah bertaubat.

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
mokcikKSKB replied at 16-11-2016 08:12 PM
Maksudnya kalau mualaf wajib ke hilangkan tatoo.kalau penuh seluruh badan?

Lg satu certain medica ...

Muallaf tak wajib.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2016 02:17 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 18-11-2016 02:18 AM

KLINIK HUKUM "IRSYAD AL-FATAWI WA AL-AHKAM (IFA)"
1. Melihat kepada keperluan dan tuntutan semasa, institusi kefatwaan perlu lebih banyak turun ke lapangan bagi mendekati masyarakat. Tidak semua dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat mempunyai kelapangan untuk melayari media sosial dan web pihak berwajib bagi mendapatkan jawapan bagi isu-isu keagamaan.


2. Oleh itu, kami merasa terpanggil untuk mewujudkan klinik hukum yang diberi nama "Irsyad al-Fatawi wa al-Ahkam" (IFA). Klinik IFA akan mula dilancarkan pada hari Jumaat ini (18 November 2016) dan akan dijalankan beberapa kali dalam sebulan di masjid-masjid terpilih seluruh Wilayah Persekutuan bermula jam 12 tengari hingga 1 petang pada hari Jumaat.


3. Klinik IFA akan dikendalikan oleh panel-panel berkelayakan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Sebarang persoalan keagamaan, nasihat atau panduan boleh diajukan terus kepada panel Klinik IFA bagi mendapatkan jawapan.

4. Tidak ada lain hasrat kami kecuali untuk menimbulkan kesedaran akan perlunya usaha memasyarakatkan fatwa dan membudayakan ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya di Wilayah Persekutuan tanpa mengira agama dan bangsa. Ia diharapkan dapat menyumbang sedikit kepada usaha rejuvenasi institusi kefatwaan di Malaysia.


5. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya. Kepada seluruh masyarakat Wilayah Persekutuan, jom budayakan ilmu!
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan.
___________________
*Ikuti perkembangan mingguan di #KlinikHukumIFA
Anda ada kemusykilan berkenaan agama? Inginkan khidmat nasihat? Berminat untuk mengetahui tentang Islam daripada sumber yang tepat? Minggu ini temui kami di Masjid Bukit Aman, Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur & Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


sumber :

https://www.facebook.com/drzulmu ... IMELINE&fref=nf


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2016 02:20 AM | Show all posts
bertuahnya pi mendekati majlis dan org berilmu dan berauthority ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2016 02:20 AM | Show all posts
i think - ni yg org orag  islam dan bukan islam di negara maju buat , dep anak tahu depa  initiate the effort untuk jumpa imams

i think good job ..mufti KL  and team

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2016 02:21 AM | Show all posts
bersama semarakkan budaya ilmu dan belajar menimba ilmu dengan kaedah yg betul....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2016 02:25 AM | Show all posts
terbuka for all of you guys out there  muslims and non muslims

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2016 05:42 PM | Show all posts
outcome  klinik hukum


KLINIK FATWA & HUKUM "IRSYAD AL-FATAWI WA AL-AHKAM" (IFA) SIRI 1
Hari ini merupakan satu lakaran sejarah bagi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah tercatat apabila para panel Klinik Fatwa & Hukum "Irsyad al-Fatawi wa al-Ahkam" turun ke lapangan bertemu masyarakat di Masjid Bukit Aman, Masjid Wilayah Persekutuan & Masjid Jamek Kuala Lumpur bagi membantu masyarakat mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan agama serta khidmat nasihat.
Alhamdulillah, sambutan yang amat meriah daripada masyarakat sekitar. Terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Bukit Aman, Masjid Wilayah Persekutuan & Masjid Jamek Kuala Lumpur. Jazakumullahu khairal jaza'
Diharapkan ini satu bentuk 'public engagement' yang memberi manfaat kepada masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa di Wilayah Persekutuan. Nantikan kami di masijd dan surau Jumaat anda akan datang.
Terima kasih kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri dan Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara atas kesudian bergambar bersama panel di Masjid Bukit Aman dan sokongan kepada Klinik Irsyad al-Fatawi wa al-Ahkam
Memasyarakatkan Fatwa, Membudayakan Ilmu
#KlinikHukumIFA


sumber :

https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2016 05:43 PM | Show all posts
see cool photos ...ada Pak Lah  dan ada  masyaratakt yg memang memanfaatkan  klinik ini ...

so  cool.


yups  follow regent mosque models ...nice
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2016 06:02 AM | Show all posts
upkan thread ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2016 06:55 PM | Show all posts
Lokasi #KlinikHukumIFA pada minggu ini

Masjid Saidina Hamzah
Kampung Batu Muda, 51100 Kuala Lumpur.

Masjid al-Imam al-Ghazali
Jalan 1/62a, Bandar Sri Menjalara, 52200 Kuala Lumpur.

Masjid al-Ubudiah
Jalan Segambut, Taman Sri Segambut, 51200 Kuala Lumpur

Masjid Anas bin Malik
Kg. Selayang Lama, 68100 Batu Caves Kuala Lumpur

Masjid Amaniah
Jalan Kepong, Taman Kepong, 52100 Kuala Lumpur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.446823 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list