CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36212|Reply: 144

Nyanyian di kelab jadi punca rezeki Naqiu Boboy. #GV4

  [Copy link]
Post time 17-11-2016 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by bini_fl at 17-11-2016 04:33 PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Naqiu, bersama kumpulannya, Boboy, pernah mendapat tempat di hati penggemar muzik lebih sedekad lalu. Bersama album sulung berjudul Episod Cinta (2001), kumpulan yang turut dianggotai Shah Azrizal Kamarulzaman (Shah / gitar), Mohd Muzaffar Nordian (Muz / gitar kedua), Mohd Addinan Azmi (Didie / bes) dan Aris Fahmi Zulkifli (Acik / dram) berjaya berdiri sebaris dengan beberapa kumpulan remaja lain seperti New Boyz dan Spin. Begitupun, kegemilangan mereka tidak bertahan lama apabila nama kumpulan itu bagai pudar selepas kemunculan album ketiga, Masih Mencari, pada 2005.


Namun bagi penyanyi utamanya, Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, 30, perjalanan seninya tidak terhenti di situ apabila beliau terus aktif menyanyi walaupun bukan di arus perdana seperti zaman kemasyhurannya dulu. "Saya masih menyanyi dan dunia nyanyian bagaikan tak mampu dipisahkan daripada diri ini. Cuma, pentas saya kini bukan lagi di arena muzik komersial. Zaman popular saya sudah habis. "Sejak 10 tahun lalu, saya menyanyi di kelab malam. Bahkan, ketika di penghujung kontrak Boboy bersama syarikat rakaman, saya sudah mula berjinak-jinak dengan nyanyian di kelab.

"Menyanyi di kelab pula memerlukan saya membawa pelbagai genre muzik. Biasalah, kita kena ikut permintaan pelanggan dan tetamu yang hadir ke situ. Ketika menyanyi di kelab juga saya banyak belajar mengenai perihal muzik, termasuk cara nyanyian yang betul. "Malah, apa yang saya timba itu langsung tidak saya peroleh ketika menyanyi pada zaman remaja dulu," katanya dalam pertemuan bersama BH Online, baru-baru ini.
Menurutnya, selain nyanyian di kelab yang dijadikan sebagai kerjaya, beliau juga sudah memiliki keluarga sendiri. "Sudah enam tahun saya berkahwin dan kini mempunyai empat anak yang berusia antara satu hingga empat tahun," katanya yang ditemani isteri, Hani, pada pertemuan terbabit. Naqiu bersama tiga lagi anggota asal kumpulan berkenaan pernah muncul dengan single baharu berjudul Hukum Aku, sebagai isyarat kemunculan semula mereka sekitar dua tahun lalu.


Bagaimanapun, bukan nama Boboy yang digunakan mereka ketika itu, sebaliknya Six Years, sebagai simbolik enam tahun masing-masing membawa haluan sendiri. "Mungkin kerana tidak menggunakan nama Boboy, jadi ramai yang tak menyedari kehadiran semula kami. "Projek itu pula tercetus selepas sekian lama kami tak berjumpa. Apabila bertemu, masing-masing bertanya kenapa tidak mereka hasilkan lagu baharu? Ia asalnya macam projek suka-suka dan lagu berkenaan juga dimuatnaik ke laman YouTube. Ia turut dihantar ke stesen radio, tetapi mungkin tiada rezeki untuk lagu berkenaan dimainkan waktu itu. "Hubungan antara kami juga terus akrab selepas pertemuan semula itu. Cuma kadang-kadang kekangan masa membuatkan masing-masing susah untuk berjumpa. Anggota lain bekerja pada waktu siang, saya pula sebelah malam," kata Naqiu.
Selain Episod Cinta dan Masih Mencari, kumpulan itu juga memiliki album Antara Remaja Dan Dewasa (2003). Naqiu sendiri pernah muncul dengan album solo yang menggunakan namanya sendiri sebagai judul.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/213946?m=1

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2016 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiman tino nanti camni ke..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 04:06 PM | Show all posts
errrrr

dedulu nmpak la ke cute nyer... now mcm wat deeee hekkk...

kuruihh nyer.... p mkn naik kn badan pom pom ehh
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 04:09 PM | Show all posts
artis sampah


Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 04:10 PM | Show all posts
Kurusnya. Sakit ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 04:11 PM | Show all posts
antara kumpulan zaman BBNU iols dulu

naqiu dulu2 cute kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2016 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by wordlife at 17-11-2016 04:14 PM

yassssss Naqiu. wakil leman utk GV4. mcm mana Bhonline boleh jumpa dia  

adakah Naqiu tgh panaskan badan utk GV4 tahun dpn  

@mat_arof sila take note
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupa dah macam Fiq Mentor tu dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2016 04:13 PM | Show all posts
huhuhuhuu....nampak kertu....xlame lagi timbul lah bulan di kepala...ntah2 sampai jd ssupermooon..hikhikhik
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
lainnya skrg.naqiu ni la kn dulu berlakom telemovie semarak naga
yg angah meninggal tu group dorg kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
X payah lah nk bergv2 bagai..... Sore mcm terkemut
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 04:19 PM | Show all posts
kurusnya naqiu.. lain sungguh ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
mak.esah replied at 17-11-2016 04:14 PM
lainnya skrg.naqiu ni la kn dulu berlakom telemovie semarak naga
yg angah meninggal tu group  ...

Angah tu group q-face rasanya. Sekali dgn fairuz selamat
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
amysuzy replied at 17-11-2016 04:20 PM
Angah tu group q-face rasanya. Sekali dgn fairuz selamat

oh yela br ingat.dedulu muka dorg je la menghiasi mangga ni kn.ct nana, syura achik elyana  
mangga masih wujud ke skrg ek?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 04:25 PM | Show all posts
untuk anak 4, isteri dia nampak cantik lg
si quiqui tu pon x gaya muka anak 4
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2016 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
amboi awat korang benci kat naqiu..iols sokong la beliau utk GV4..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2016 04:26 PM | Show all posts
gigih gugel... bru ingat..
hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 04:28 PM | Show all posts
pusak_lanji replied at 17-11-2016 04:13 PM
huhuhuhuu....nampak kertu....xlame lagi timbul lah bulan di kepala...ntah2 sampai jd ssupermooon..hi ...

Haha sis, kejam nya.

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 05:11 PM | Show all posts
vokali qface fairuz pulak jadi officer kat jkkn
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 05:14 PM | Show all posts
hahaha..

sebut naqiu ni tingat muke bebudak dia tu je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.083457 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list