CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: pearl.silver

Daun belalai gajah..penawar atau racun?

[Copy link]
 Author| Post time 26-11-2016 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Super-M replied at 25-11-2016 08:14 PM
teruskan jumpa doktor ya..mak Kawan SM baik kanser rahim umur 50an doc ingat cyst,sekali cancer.se ...

Arrr...terus pi buat air lemon suam..hehe..

Durian belanda aritu ada gk beli isi buah tu yg dibotolkn..produk tempatan...boleh la mkn ni sbb kebelakangan ni blood pressure tinggi tiba2
Rasa mcm efek ubt..sbb sblom ni bp mmg cantik je...tp doktor kata ubt tu xda side effect..

Nk try laa cr apricot seed yg kapsul tu..aritu ada org bg try mkn biji dia..pahitt ya amatt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2016 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 26-11-2016 12:20 AM
Arrr...terus pi buat air lemon suam..hehe..

Durian belanda aritu ada gk beli isi buah tu yg dib ...

I beli jenama apricon .. kalau nak murah, terus beli di bangi. You boleh google alamat di bangi tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 07:23 PM | Show all posts
sm nak share td baca kat facebook medical mythbuster malaysia..boleh rujuk Fb MMM ok,ada pembetulan kenyataan ni.yg ni aku tolong copypaste kan.

Dicatat pesanan dari Prof Norlia Abdullah, Pakar Bedah Pusat Perubatan UKM yang melarang memakan Ginseng, Spirulina dan Daun Belalai Gajah. Puncanya herba tersebut mengandungi estrogen (sejenis hormon wanita) yang tinggi dan penyebab kepada kanser membesar dan merebak. Nota tambahan dari pesanan tersebut, tiga makanan lain yang disarankan kepada pesakit kanser yang menjalani kemoterapi adalah Durian Belanda, Jintan Hitam (habbatussauda) dan Madu.
Berdasarkan pengesahan melalui SMS kepada Prof Norlia berkaitan isu ini, beliau menyatakan bahawa kenyataan beliau telah disalah tafsir oleh pihak tertentu. Beliau cuma mendapat makluman bahawa pakar bedah dari Hong Kong dan Korea menemui kandungan estrogen dalam Ginseng. Begitu juga dimaklumkan juga Spirulina boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan Belalai Gajah penyebab kerosakan hati. Manakala seorang pakar bedah Dr Azlina Firzah dari Hospital Pantai KL juga mengulas dalam isu yang sama menyatakan bahawa sehingga kini tiada kaedah (herba seperti yang dinyatakan) boleh mencegah kanser. Jika ada produk yang dikeluarkan oleh syarikat tertentu, ianya perlu mempunyai bukti kukuh (bukti saintifik) sebelum mendakwa produk berkenaan berkesan mencegah atau merawat kanser.[1] Dr Mastura Md Yusof, Pakar Onkologi dari Pusat Perubatan Sime Darby pula menyatakan bahawa estrogen (bernama phytoestrogen) yang terdapat dalam Belalai Gajah atau buah-buahan/sayuran adalah terlalu lemah/sedikit. Manfaat dari khasiat buah-buahan atau sayur-sayuran tersebut lebih banyak berbanding risiko yang kecil.
Estrogen adalah sejenis hormon yang terdapat dalam manusia. Secara semulajadi wanita mempunyai banyak estrogen berbanding lelaki. Kehadiran estrogen inilah menyerlahkan sifat kewanitaan seseorang.[2] Secara umumnya estrogen dalam wanita akan mengatur kitaran haid, mengekalkan kejelitaan dalam pembentukan dan keutuhan organ seksual serta beberapa kegunaannya lagi bagi wanita.
Kajian menunjukkan hormon estrogen akan menggalakkan pertumbuhan kanser, terutama pengidap kanser payu dara (hormone receptor positive breast cancers).[3] Oleh yang demikian, rawatan akan diberikan kepada pengidap kanser payudara bagi merencat pengeluaran estrogen dari menyuburkan pertumbuhan sel kanser. Pun begitu terdapat satu kajian tikus makmal yang diberikan ginseng oleh para pengkaji Korea mendapati tiada kesan yang ketara. Estrogen yang terdapat dalam Ginseng tidak mempengaruhi sistem badan tikus.[4] Menunjukkan bahawa estrogen yang terdapat dalam ginseng adalah rendah dan tidak memberikan kesan fisiologi sehingga tercetusnya kanser dalam ujikaji tersebut.
Dalam satu keadaan yang lain, menjadi kerisauan para pengamal perubatan, jika terdapat makanan atau herba yang mengandungi estrogen ini secara semulajadi. Antara yang dibincangkan adalah Ginseng. Berdasarkan pengalaman dari para pakar perubatan, pesakit pembedahan akan mengalami perdarahan yang sukar dihentikan jika mengamalkan memakan herba seperti Ginseng. Tetapi ianya hanya permerhatian selanjar dari pakar berkenaan. Terdapat beberapa persediaan herba lain juga yang mengganggu proses pembekuan darah seperti Ginkgo dan bawang putih.[5]
Berkaitan dengan saranan mengambil durian belanda, pernah saya bincang satu ketika dahulu. Durian Belanda, Daun Rerama dan seumpamanya yang katanya lebih mujarab 10,000 kali ganda dari ubat kemoterapi. Sebenarnya, kajian hanya baru dalam peringkat makmal. Tiada bukti secara klinikal lagi Durian Belanda atai Daun Rerama lebih kuat 10,000 kali dari ubat kemoterapi. Kajian perlu dijalankan ke atas manusia bagi mempastikan teori makmal itu terbukti (Fasa 2 kajian klinikal).[6]
Ustaz Dien dan Dr Rafidah pernah membincangkan isu habbatussauda dalam twitter/blog mereka.[7] Tulisan Ustaz Dien ini merujuk kepada pengalaman Dr Rafidah Abdulah (Pakar Perunding Nefrologi) yang menemui ramai pesakitnya mengidap komplikasi sakit buah pinggang setelah mengamalkan habbatussauda. Bukan zat habbatussauda yang pernah disebut oleh Rasulullah SAW itu perlu dipersalahkan, tetapi penyediaan, kaedah dan dos yang tidak mengikut sukatan yang menjadi puncanya.
Semoga penjelasan ini memberi pencerahan kepada kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu yang mungkin mencari sedikit keuntungan dunia. Prinsip kita adalah nyatakan sesuatu yang betul dan buat betul-betul sesuatu yang betul itu.
Sekian, semoga bermanfaat.
Rujukan
[1] Petikan perbincangan doktor di facebook. https://www.facebook.com/groups/mydobbs/ (closed group)
[2] Apakah Estrogen. http://www.hormone.org/diseases-and-cond…/…/what-is-estrogen
[3] Kesan Hormon Estrogen. http://www.livescience.com/38324-what-is-estrogen.html
[4] Estrogen dalam Ginseng Merah. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3659583/
[5] Herba yang mengganggu pembekuan darah. https://www.openanesthesia.org/herbal_medicines_anticoagul…/
[6] Durian Belanda, Keladi Tikus, Daun Rerama Rawat Kanser? http://suhazeli.com/wp/?p=1278
[7] Salah faham hadith Habbatussauda. http://addienblog.blogspot.my/…/salah-faham-hadith-habbatus…
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
#drsuhazeli
fb.com/drsuhazeli
#MedTweetMY
#MedicalMythbustersMalaysia
21.11.2016
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2016 08:37 PM | Show all posts
Super-M replied at 28-11-2016 07:23 PM
sm nak share td baca kat facebook medical mythbuster malaysia..boleh rujuk Fb MMM ok,ada pembetulan  ...

Terima kasih byk2 sm..
Byk info..

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 28-11-2016 08:37 PM
Terima kasih byk2 sm..
Byk info..

sama2 kasih.kalau ada pape update lah sini tentang kesihatan pearl.sm percaya ramai doakan kesembuhan pearl..tuhan nak makbulkan doa kan xkira kenal atau tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 09:58 AM | Show all posts
Super-M replied at 28-11-2016 07:23 PM
sm nak share td baca kat facebook medical mythbuster malaysia..boleh rujuk Fb MMM ok,ada pembetulan  ...

wanita yg ada pcos (hormon estrogen rendah) bolehlah amalkan daun belalai gajah tu yer?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2016 07:54 PM | Show all posts
Jangan ambil apa apa pun tidak di pantau atau disuruh oleh seseorang yang pakar dalam bidangnya.
Jika seorang mekanik yang kita tahu boleh dipercayai dan kita kenal gerak kerjanya, menggalakkan kita guna minyak pelincir Cap X untuk kereta kita, maka bolehlah kita cuba. Jika seorang penternak ayam yang sudah menternak ayam beberapa tahun dan membekalkan ayamnya ke banyak tempat, menganjurkan kita tidak guna Makanan Ayam Cap Y, maka elok kita ikut kata dia.

Tetapi jika desas desus beberapa orang yang kita tidak tahu apakah penegtahuan mereka di dalam bidang perubatan, menganjurkan kita ambil supplement itu supplement ini, maka tidaklah bijak untuk kita buat.

Dengarlah nasihat mereka yang tahu dalam urusan masing masing, barulah kita menjadi orang yang bijak. Ada seorang yg saya tahu, ikut kata orang agar tidak ambil chemotherapy, padahal itu oncologist dah suruh dan adalah 100% tepat. Maka matilah dia sebab cancernya tersebar. Maka jadilah dia orang yang tidak bijak.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Super-M replied at 25-11-2016 06:22 PM
daun belalai gajah ke,durian belanda ke apa pun..kalau amik kena dengan dos yang betol.jangan terlam ...

Lg 1 nk tmbh,dah tau diri tu merokok,jgn ade hati nk mlwt org lps kemo.sy mmg forbid org yg merokok dtg mlwt.lantak la dorg nk ckp ape..

Tmbhn lg bau mulut busuk kot wlupun da cuci guna mouthwash.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2017 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tibe2 rasa nak update..
Well, masa doc confirm i ada cancer stage 1 tu, sampel yg ambil bulan 9
Lepas tu schedule ambil sampel lagi bulan 12
Turns out resultnya doc kata dah ada improvement..
Ok i cuba fikir apa rutin yg berubah in between bulan 9 sampai 12 tu. Pemakanan masih macam biasa. I x mkn pun daun rama2 ngn gajah tu..ubat pun masih sama..
Berat badan takat turun sekilo dua je..Tapi ada amalkan mandi bunga dan garam aura..yg ni je beza nye...mungkinkah terapi aura bantu menstabilkan balik hormon badan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak aku breast cancer survival. So mak aku pernah dilarang makan supplement apricot seed tu sebab bahaya. Mana satu yg betul??? Tlg jawab. TQ
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 01:27 PM | Show all posts
jom join group cancer survivor malaysia atau cancer fighter malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2017 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 17-1-2017 01:27 PM
jom join group cancer survivor malaysia atau cancer fighter malaysia

Group fb ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 02:11 PM | Show all posts

yerp... group support cancer
kalau nak tanya apa-apa kat situ boleh bagi jawapan atau scroll post kat situ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2017 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 17-1-2017 02:11 PM
yerp... group support cancer
kalau nak tanya apa-apa kat situ boleh bagi jawapan atau scroll post ...

Baiklah..thank you for sharing..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 03:03 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 17-1-2017 02:41 PM
Baiklah..thank you for sharing..

welcome...
yang i tau.. nak consume belalai gajah ke atau air durian belanja semua tu boleh tapi jangan byk dan avoid masa chemo. kalau ada genetik cancer, disarankan consume.. husband saya ada genetik. saya galakkan dia minum... cuba cegah..

dan saya advice, jgn terpedaya dengan ubat-ubatan konon memulihkan cancer. kalau ubat tu elok dah lama cancer ni pupus. 1 lagi jangan percaya dengan janji manis buat rawatan itu ini... lebih baik ikut nasihat doc. diagnose dulu dan dapatkan nasihat doctor. kalau sampingan takpelah itupun atas nasihat doktor....

semoga Allah permudahkan ye... cancer bukan penamat tapi perjuangan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq info ni..dah risau pulak nak amnik belalai gajah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2017 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
me12345 replied at 8-2-2017 12:10 AM
Tq info ni..dah risau pulak nak amnik belalai gajah..


Ambil in moderation..macam saranan forumer lain..
Atau dapatkan nasihat doktor dulu..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 3051 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.105602 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list