CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9124|Reply: 16

Selepas Bergelar Juara Dunia F1, Nico Rosberg Umumkan Bersara

[Copy link]
Post time 3-12-2016 08:59 AM | Show all posts |Read mode


SELEPAS lima hari dinobatkan sebagai juara dunia Formula Satu (F1) 2016, Nico Rosberg membuat kejutan untuk bersara dari dunia perlumbaan.

Pelumba pasukan Mercedes kelahiran Jerman itu membuat pengumuman ketika sidang media Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) malah turut membuat pengesahan di laman Facebook miliknya pada Jumaat.

Menurut Rosberg, dia tidak sanggup untuk mengulangi pengorbanannya ketika bersaing dengan rakan sepasukan, Lewis Hamiton dalam merebut gelaran pelumba terbaik dunia .

Rosberg mendedahkan bahawa dia menganggap sudah bersara sejak memenangi perlumbaan GP Jepun Oktober lalu sekaligus menjuarai gelaran dunia dengan kelebihan mata keseluruhan.

"Ketika saya menang di Suzuka, saat itu takdir untuk saya bergelar juara dunia sudah berada di tangan dan tekanan besar bermula.

"Saya terfikir untuk menamatkan karier perlumbaan sekiranya menjadi juara dunia.



"Saya membuat keputusan pada petang Isnin lalu. Orang pertama yang saya beritahu mengenainya ialah Vivian dan Georg (pengurus pasukan Rosberg), diikuti Toto Wolff (ketua pasukan Mercedes).

"Perkara utama yang membuatkan saya untuk mengambil keputusan ini ialah kerana saya meletakkan 'keluarga' pasukan  (Mercedes) dalam situasi sukar. Namun Toto amat memahaminya," jelasnya.

Rosberg yang sebaya dengan Hamilton,31, bersara selepas sebelas musim beraksi dalam perlumbaan F1.

Dia menyertai pasukan Williams sebelum berpindah ke Mercedes pada tahun 2010 dan bergelar sebagai naib juara dunia di belakang Hamilton bagi 2014 dan 2015.

Rosberg menjulang trofi juara dunia pertamanya pada perlumbaan pusingan akhir di Abu Dhabi Ahad lalu walaupun dia menamatkan saingan di tempat kedua.

Selain itu, Wolff memberitahu, belum ada keputusan mengenai pelumba yang akan mengambil alih posisi Rosberg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2016 09:05 AM | Show all posts
Hamilton Sedih, Tak Terkejut Keputusan Rosberg.

VIENNA: Lewis Hamilton berkata beliau 'sedih namun tidak terkejut' dengan keputusan rakan sepasukannya, Nico Rosberg menarik dari daripada perlumbaan Formula Satu (F1).

Rosberg mencetuskan kejutan sukan permotoran dunia semalam apabila mengumumkan persaraannya, lima hari selepas menjulang kejuaraan dunia pertamanya bersama pasukan Mercedes.

Kerjaya Hamilton dan Rosberg hampir sama bermula, daripada sirkit go-kart ketika usia kanak-kanak sehingga membawa mereka kepada dunia F1 dan seterusnya mendominasi pasukan Mercedes.

Apabila berita berkenaan mengejutkan peminat Rosberg, namun berbeza bagi rakan dan pesaingnya. "Saya mungkin seorang saja yang tidak terkejut, tetapi ini kerana saya sudah mengenalinya sejak lama dulu," kata Hamilton memberitahu autosport.com di Vienna ketika majlis penyerahan anugerah tahunan F1.

"Ini kali pertama dia menang dalam 18 tahun, justeru ia tidak mengejutkan apabila dia memutuskan untuk berhenti. "Namun dia juga mempunyai keluarga untuk diberi tumpuan, mempunyai anak-anak dan Formula Satu mengambil banyak masa kamu," kata Hamilton.

Hamilton yang juga tiga kali juara dunia berkata: "Kami bermula apabila kami berusia 13 tahun dan kami sering bercakap untuk menjadi juara. "Apabila saya menyertai pasukannya (Mercedes), Nico berada di sana, di mana saya sekali lagi mengimbas impian kami bersama ketika kami kanak-kanak.

"Ia akan menjadi amat, amat berbeza dan ia menyedihkan kerana dia tidak lagi bersama dengan pasukan untuk tahun depan.

"Sukan ini akan kehilangannya dan saya mengucapkan selamat berjaya untuknya," kata Hamilton.

Berlainan dengan Hamilton, ketiadaan Rosberg mencetuskan rasa tergamam Jean Todt, Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA). "Saya amat terkejut dan saya percaya semua orang pun sama kerana Nico mempersembahkan keberanian sejak beberapa tahun ini," katanya.

"Saya mungkin bercakap terlalu emosi kerana saya mengenalinya sejak dia masih kecil. "Dia berusia lima tahun masa itu ketika saya menjadi ketua Peugeot Motorsport dan ayahnya (bekas juara dunia Keke) adalah salah seorang pemandu pasukan 905 Peugeot, jadi saya mempunyai ikatan persahabatan dengan ayahnya, dengan ibunya dan budak kecil yang sentiasa berada bersama.

"Dia (Nico) mempunyai kerjaya yang hebat selepas itu," katanya. Legenda pelari pecut dunia dari Jamaica, Usain Bolt pula berkata beliau bingung dengan keputusan yang diambil pelumba dari Jerman itu. Bolt yang menjelang persaraannya tahun depan berkata dari Monaco: "Saya tidak memahami. Setiap orang mempunyai alasan tapi yang ini saya sungguh tidak faham.

"Saya fikir dia sudah mendapat apa yang diingininya. Saya fikir dia berkata dalam hatinya, dia sudah menang kejuaraan dunia dan itu yang apa yang ingin diburunya.

"Jika kami mencapai sasaran kamu, tiada lagi alasan untuk kamu kekal di sana," katanya. - AFP

- BH -
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 09:51 AM | Show all posts
apalah rosberg ni
dia dah tau kebangkitan hamilton kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2016 06:38 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 3-12-2016 09:51 AM
apalah rosberg ni
dia dah tau kebangkitan hamilton kot

mengejutkan keputusan dia. nampaknya dia berpuas hati jadi juara dunia sekali saja.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2016 06:46 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 3-12-2016 09:51 AM
apalah rosberg ni
dia dah tau kebangkitan hamilton kot

alonso dan button antara calon-calon pengganti nico rosberg.

Alonso, Button Disebut Ganti Rosberg   



KEPUTUSAN Nico Rosberg mengumumkan persaraan selepas lima hari dinobatkan sebagai juara dunia Formula Satu (F1), mencetuskan teka-teki siapa bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemandu Mercedes AMG Petronas itu.

Antara nama yang menjadi sebutan adalah Fernando Alonso dan Jenson Button yang dianggap layak menggantikan tempat pemandu Jerman tersebut.

Namun kedua-dua pemandu berpengalaman itu masing-masing mempunyai isu kontrak bersama pasukan sendiri sekiranya mahu menyertai pasukan Mercedes AMG Petronas.

Juara dunia dua kali, Alonso pastinya mahu melakar kejayaan yang lebih bermakna buat kali terakhir bersama pasukannya, Mclaren selepas mendapat tawaran lumayan bernilai AS$25 juta (RM100 juta) untuk musim depan.

Button pula yang mengumumkan persaraan pada Ahad lalu, dijangka kembali ke dunia F1 selepas bergelar juara pada musim 2009 bersama pasukan Brawn GP.

Namun kini pemandu berusia 36 tahun itu mengikat kontrak sebagai duta pasukan Mclaren-Honda tetapi tidak terlibat dalam sebarang perlumbaan.

Selain Alonso dan Button, Sebastian Vettel juga dikaitkan sebagai pengganti Rosberg tetapi kemungkinan besar pasukannya, Ferrari tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

Sementara itu, pemandu muda berbakat besar, Max Verstappen yang baru berusia 19 tahun, tidak terkecuali walaupun telah mengikat kontrak bersama pasukan Red Bull Racing-TAG Heuer.

Sementara itu, pengerusi bukan eksekutif pasukan Mercedes AMG Petronas F1 mengakui tugas untuk mencari pengganti Rosberg merupakan masalah yang besar.


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 10:01 PM | Show all posts
lanesra replied at 3-12-2016 06:38 PM
mengejutkan keputusan dia. nampaknya dia berpuas hati jadi juara dunia sekali saja.

dia bg reason sb famili
apa nk buat... dah itu keputusan dia
bila terlibat dgn sukan f1 ni mmg masa utk famili sangat terhad
sb race berlangsung sepanjang tahun

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2016 10:05 PM | Show all posts
lanesra replied at 3-12-2016 06:46 PM
alonso dan button antara calon-calon pengganti nico rosberg.

Alonso, Button Disebut Ganti Rosbe ...

kalo alonso sy setuju sb dia pelumba yg berpotensi utk jd juara
masa dgn renault dulu dia agak agresif
kalo betul dia masuk mercedes ini bermakna kali kedua dia bersaing dgn hamilton
dlm satu team


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2016 10:31 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 3-12-2016 10:05 PM
kalo alonso sy setuju sb dia pelumba yg berpotensi utk jd juara
masa dgn renault dulu dia agak ag ...

button tak jadi pula bersara. mungkin tahun depan dapat la kita tahu siapa pengganti rosberg.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2016 08:59 AM | Show all posts
Toto Wolff: Mercedes are considering a move for Fernando Alonso to replace Nico Rosberg
                        FERNANDO ALONSO would be on the list of possible replacements for retired Formula One world champion Nico Rosberg at Mercedes despite his contract with McLaren, according to team boss Toto Wolff.Rosberg stunned Formula One when he announced his retirement on Friday, five days after winning his first world title in Abu Dhabi.
The seat he leaves behind is the most coveted in Formula One, with Mercedes winning 19 of 21 races this year and clinching both world championships for the third season in succession.
While big names like Alonso have been bandied about, all the top drivers are under contract with rival teams who are unlikely to countenance their departure for the sport’s most dominant team.
But Wolff admits Alonso is under consideration.
“You have to consider Fernando,” the Austrian told Sky Sports television in interview to be broadcast tomorrow [Thursday] as part of a look at Rosberg’s season.
“He is a driver I respect a lot. He combines talent, speed and experience. It’s all there. But he is in a contract with McLaren-Honda at the moment and we just need to weigh all the other options up.”
McLaren said on Monday that Alonso was happy where he was and they were not worried about the double world champion leaving.
Alonso is, however, out of contract at the end of 2017 and that has also triggered speculation that Mercedes could opt for a stop-gap if serious about signing the 35-year-old, who partnered Hamilton at McLaren in 2007.
Wolff said that whoever was signed, he would have the same terms to Hamilton.
“Both drivers will have equal status and equal opportunity to the best of our abilities. We owe it to the fans. You can’t have a pecking order,” he said.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2016 01:33 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 9-12-2016 08:59 AM
Toto Wolff: Mercedes are considering a move for Fernando Alonso to replace Nico Rosberg
            ...

betul tekaan mod. peluang alonso cerah jadi pengganti rosberg.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 09:54 PM | Show all posts
lanesra replied at 9-12-2016 01:33 PM
betul tekaan mod. peluang alonso cerah jadi pengganti rosberg.

harap2 biarlah alonso yg terpilih
tahun 2007 (kalo tak silap)
alonso penah satu team dgn hamilton
masa tu dgn mclaren
mclaren ni org british punya
hamilton pun british
jd alonso berasa dipinggirkan
tu yg dia angkat kaki berpindah team lain
kalo alonso masuk mercedes
sama2 pun fair sb 2-2 pun bukan org jerman


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2016 05:34 PM | Show all posts
lanesra replied at 9-12-2016 01:33 PM
betul tekaan mod. peluang alonso cerah jadi pengganti rosberg.

alonso tak nak masuk mercedes la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2016 06:56 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 11-12-2016 05:34 PM
alonso tak nak masuk mercedes la

masih menjadi teka-teki.

Mercedes Umum Pengganti Rosberg Januari Depan

MERCEDES tidak akan mengumumkan calon pengganti Nico Rosberg yang akan bergandingan dengan Lewis Hamilton bagi perlumbaan Formula Satu (F1) 2017 sehingga awal tahun depan.

Pengumuman mengejut Rosberg untuk bersara lebih awal menyebabkan Mercedes berdepan kesukaran untuk mencari pengganti berbakat dan sesuai dalam masa yang singkat.

Namun, jurucakap Mercedes mengesahkan teka-teki mengenai siapa pengganti Rosberg akan berlanjutan sehingga beberapa minggu lalu dengan tiada pengumuman mengenainya sebelum 3 Januari tahun depan.

Pemandu Williams, Valtteri Bottas kekal sebagai pilihan utama Mercedes untuk mengisi kerusi yang ditinggalkan Rosberg.

Namun Williams dilaporkan menolak tawaran pasukan juara dunia itu.

Difahamkan Mercedes mempunyai sedikit masa untuk memperbaharui pilihan mereka dan kembali memujuk Williams dengan tawaran yang lebih menarik terhadap Bottas.

Ujian F1 pada musim sejuk tidak akan bermula sehingga 27 Februari depan.

Tawaran pertama Mercedes terhadap William membabitkan diskaun pembayaran bekalan enjin kepada pasukan itu.

Pada masa sama, Fernando Alonso dan Sebastian Vettel turut dikaitkan sebagai calon berpotensi untuk Mercedes tetapi kedua-duanya menyatakan komitmen untuk kekal lebih lama bersama pasukan masing-masing.

Supremo F1, Bernie Ecclestone berkata:"Tidak baik untuk memujuk pemandu lain kerana mereka masih lagi ada kontrak bersama pasukan masing-masing.

Namun beliau percaya siapa sahaja rakan pasukan Hamilton nanti pastinya tidak boleh menang bersama Mercedes kerana tiada siapa boleh menewaskan pelumba Britain itu.



Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2016 08:28 PM | Show all posts
I think it is always good to retire when you are better than the opposition rather than retiring in regret later when you are out of your game. It proves your worth. He must have taken this decision after hours thinking & considering all the facts........!
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:24 AM | Show all posts
F1: Valterri Bottas joins Mercedes to replace Nico Rosberg• Bottas replaces the Nico Rosberg at the title-winning team
• Felipe Massa out of retirement to join Williams; Pascal Wehrlein joins Sauber





Valtteri Bottas will drive alongside Lewis Hamilton for Mercedes in the 2017 Formula One championship after leaving Williams, who announced the long-anticipated move on Monday. The 27-year-old Finn is stepping into the seat unexpectedly vacated by Nico Rosberg when he retired after winning the title last year.Bottas will be replaced at his former team by Felipe Massa, who has come out of retirement to return to Williams to retake his position at short notice.
                                                            



Mercedes were caught by surprise by Rosberg’s announcement which, coming at the end of the season, left the team in a difficult position with almost all of the current F1 drivers already under contract elsewhere. The Bottas deal would likely have been facilitated because Mercedes’s head of motorsport, Toto Wolff, is part of the driver’s management group and Williams use Mercedes engines.
The length of his contract has yet to be revealed and, with drivers such as Fernando Alonso and Sebastian Vettel concluding their obligations with McLaren and Ferrari at the end of this season, it is likely Mercedes have kept their options open with a one-year deal and the option of extension.
The Finn has undoubted talent but although Wolff has made it clear Hamilton and Bottas will be treated as equals – as was the case with Rosberg and Hamilton – the British driver will be the de facto No1 in the team. This then will be the first time Hamilton has enjoyed real seniority over a team-mate in his career, with the exception of two years alongside Heikki Kovalainen, having previously been partnered with Alonso, Jenson Button and Rosberg. But Bottas will be not be easy to dominate nor can he be expected to be a pushover on the track, however.
He opened his career in karting, before graduating through Formula Renault into Formula Three and then GP3. He won the title in the latter series in 2012, showing skilled teamwork, maturity and racecraft to develop an initially poor ART car into a championship-winner and was test driver for Williams that year as well before taking a full drive in 2013. Since then he has shown considerable promise, outscoring his team-mates in all four of his seasons with the team.
Advertisement

The 2013 Williams was uncompetitive but given a car with real pace in 2014, Bottas proved more than capable of stepping up. Although he has yet to win a race, that year he scored six of his nine career podiums from 77 starts.
It included a magnificent performance to go from 14th to second at the British Grand Prix, including passing Kevin Magnussen and Jenson Button round the outside at Stowe corner – moves that required precision judgement and no lack of confidence in his own ability. It was a season when Claire Williams, the deputy team principal, believed he showed potential as a future world champion.
He has proved uncompromising as well and is outspoken on team radio when believing he is being held up by slower team-mates. Some work is still to be done, occasional unforced errors have compromised some of his drives as have moments of frustration and Hamilton’s greater experience in competing at the front gives him a clear advantage across the garage in this regard.
“I’m ready to work hard, to prove myself to the team and to prove my skills,” Bottas said. “It’s going to be a challenging season and joining a new team makes it more work than normal. But I’m 100% ready for that. I always set the bar really high, so my target is to perform from the first race.”
The team, looking for a fourth constructors championship in a row, will also be looking for strong performances from the off. “Valtteri is a no-nonsense guy: down to earth, straightforward and very focused. Pretty Finnish, to be honest, and a great fit for us,” Wolff said. “Now it’s time for the next level, to see how he can step up to challenge for race wins and for Championships. We have confidence in Valtteri’s ability and it’s one of the reasons that he is the driver we set our sights on this winter.”
Sauber’s decision on Monday to sign Pascal Wehrlein, the German Mercedes junior driver, completes the full team lineups for the 2017 season. Mercedes also announced that Rosberg has accepted an ambassadorial role with the team for 2017.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2017 01:36 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-1-2017 09:24 AM
F1: Valterri Bottas joins Mercedes to replace Nico Rosberg• Bottas replaces the Nico Rosberg a ...

kurang familiar pula dgn nama Valterri Bottas ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 11:01 AM | Show all posts
lanesra replied at 18-1-2017 01:36 PM
kurang familiar pula dgn nama Valterri Bottas ni

ada...
rasanya tak penah menang kt mana2 pun
tp ada naik podium


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.078862 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list