CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akumak

IIUM confession - Peninggalan Arwah

  [Copy link]
Post time 25-12-2016 01:45 AM | Show all posts
memandangkan aku student UIA, aku teringin nak tahu siapa Mus tu.... mana tahu boleh tulis buku together-gether
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 25-12-2016 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
DALAM lipatan sejarah negara, nama Sungai Siput Utara, Perak sentiasa diingati kerana di sinilah berlakunya peristiwa berdarah yang menyebabkan negara (ketika itu Persekutuan Tanah Melayu) diisytiharkan Darurat.

Ia ekoran pembunuhan tiga peladang berbangsa Inggeris oleh pengganas komunis di Ladang Elphil dan Ladang Phin Soon pada 16 Jun 1948.

Ketika itu, pekan kecil yang terletak kira-kira 30 kilometer (km) dari Ipoh dan 19 km dari Kuala Kangsar ini digeruni. Hutan tebal sekitarnya pula merupakan kubu kuat pengganas komunis.

Dalam kejadian berdarah itu, Pengurus Ladang Elphil, Arthur E. Walker, 50, ditembak mati dari jarak dekat oleh tiga pemuda pengganas komunis setelah menceroboh pejabat pengurus ladang berkenaan.

Ladang Elphil merupakan salah sebuah ladang getah terbesar milik syarikat Inggeris di Tanah Melayu ketika itu. Jarak antara ladang ini dan Ladang Phin Soon hanyalah kira-kira dua kilometer.

Pasukan pembunuh komunis seramai 12 orang kemudian menyerbu ke Ladang Phin Soon dan mengikat pengurus ladang, John Munt Allison, 55 serta pembantunya, Ian Deare Christian, 21 sebelum ditembak mati.

Insiden ini menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Edward Gent mengisytiharkan Undang-undang Darurat pada 16 Jun 1948 di Perak dan Johor sebelum diperluaskan ke seluruh Tanah Melayu dua hari kemudian.

Sejarah

Kesan sejarah kedua-dua peristiwa berdarah kini diabadikan di Monumen dan Galeri Darurat yang didirikan di puncak bukit Ladang Sungai Siput oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Galeri ini mempamerkan gambar-gambar berkaitan peristiwa tersebut termasuk sebuah monumen batu bagi memperingati pengurus, pekerja-pekerja ladang dan anggota keselamatan yang menjadi mangsa komunis.

Papan tanda peringatan turut didirikan berdekatan jalan masuk ke kedua-dua ladang ini oleh pihak Muzium Angkatan Tentera Malaysia buat tatapan orang ramai.

Ladang Elphil yang berkeluasan kira-kira 400 hektar dengan 60 pekerja termasuk seorang pengurus ladang kini dimiliki oleh entiti perladangan Kumpulan Sime Darby.

Pokok-pokok kelapa sawit menjadi landskap ladang yang terletak di tepi jalan utama Sungai Siput ke Lasah ini. Semasa Darurat ladang ini ditanam dengan pokok-pokok getah.

Sementara itu, pengkaji sejarah tempatan, Muhammad Fuad Mat Noor berkata, Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengatur strategi untuk menghalau penjajah Inggeris menerusi tindakan subversif seterusnya menguasai Tanah Melayu.

Menurut beliau, insiden pembunuhan tiga peladang Inggeris itu merupakan kemuncak kepada tindakan kerajaan British untuk mengisytiharkan Darurat kerana beberapa keganasan pernah dilakukan komunis sebelumnya.

“Terdapat kira-kira 10 ladang-ladang getah besar milik Inggeris di Sungai Siput ketika itu yang kebanyakannya telah diusahakan sejak awal tahun 1930-an.

“Selepas dua kejadian di Sungai Siput ini, gerila komunis masih mucul di kawasan tersebut dan cuba membunuh beberapa peladang berbangsa Eropah lain,” ujarnya kepada Kosmo!

Beliau berkata, keadaan muka bumi Sungai Siput Utara yang diseliputi hutan tebal menyebabkan kawasan ini menjadi pilihan pengganas komunis.

Katanya, pasukan keselamatan masih meronda di kawasan seperti Jalong, Lintang dan Lasah sehingga penghujung tahun 1989.

“Walaupun setelah perletakan senjata PKM, kawasan-kawasan ini masih digeruni kerana kedudukannya yang jauh selain kurangnya kemudahan asas tetapi perlahan-lahan berubah menjelang lewat tahun 1990-an.

“Hari ini wajah Sungai Siput Utara cukup berbeza setelah melalui pembangunan yang pesat seperti kawasan industri selain taman-taman perumahan.

“Ia bukan lagi sebuah pekan kecil sunyi yang pernah ditakuti sebagai kawasan hitam,” ujarnya.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/conten ... 1.htm#ixzz4ToE9MJmc
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2016 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts

Post time 25-12-2016 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
akumak replied at 20-12-2016 10:14 PM
bila aku baca cara dia describe rumah moyang dia. aku terbayang KDH Villa. byk drama shoot kat sini  ...

Selama ni ingatkan ni rumah orang kaya manalah
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 09:46 AM | Show all posts
Menarik sejarah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 10:42 AM | Show all posts
Aku bukan lah pembaca setia page ni. Aku kenal IIUMC hanya kerana “Peninggalan Arwah”. Sebelum ni kalau ada kawan yang share confession dari page IIUM ni pun sekadar melintas je kat FB, aku tak pernah ambil tahu. Tapi cerita Mus lain,menarik. Aku setuju yang penulisan Mus ni memang unik. Habis kisah Mus aku terus baca kisah kisah lain dalam IIUMC dan aku faham kenapa cerita Mus meletup (bukan nak merendahkan cerita confesser2 lain). Pendekatannya lain dari yang lain. Setiap patah perkataan tu buat kita senang faham. Umpama dia bercerita depan kita di kedai mamak sambil dia hisap rokok. Gaya penceritaan Mus seolah olah membawa aku berada bersama sama di dalam rumah keluarganya.

Macam pembaca lain jugak, aku pun cuba rungkai misteri keluarga si mus ni. Ramai yang cakap (banyak jugak komen2 korang yang aku baca) keluarga dia susur galur keturunan Ngah Ibrahim, Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor, Dol Said, Megat Terawis, Wan Mohd Isa dan sebagainya.

Aku keras menyatakan bahawa keturunan mus tidak bersangkut paut dengan mana-mana nama tadi. Sebabnya, Mus dah beritahu bahawa keturunannya tidak ada dalam mana-mana catatan sejarah.

“Aku just nak berkongsi, tentang hero yang tidak didendang”

Ayat ni cukup untuk aku simpulkan bahawa keluarga Mus tiada dalam sejarah. Tujuan Mus kongsikan cerita ni pun adalah tidak lain dan tidak bukan, untuk memberitahu kita bangsa melayu bahawa keluarga beliau juga salah satu keluarga yang menentang penjajah tetapi sejarah keluarganya tidak di catat. Mengapa? Sebab keluarga Mus adalah keluarga yang berpotensi untuk menggugat kedudukan british waktu itu.

Senjata – Terakol. Keluarga mus merupakan pioneer cipta terakol. Mengikut cerita mus, keluarga beliau di upah untuk melakukan job “assassination”. Di upah untuk membunuh lanun dan juga penjenayah. Sangat mahir menggunakan senjata terakol sehingga mempunyai skuad elit tersendiri. Perak merupakan negeri pertama menerima residen, penjajahan british merupakan satu jenayah di negeri perak. Aku rasa keluarga mus adalah golongan rakyat pertama yang akan melakukan pemberontakan. Ye dak?

Pada pendapat aku, british sedar akan kewujudan keluarga mus ni. Mus ada beritahu yang keluarga dia pernah menyerang askar british. Tengok susur galur di bawah…

1) British datang ke perak

2) Keluarga mus memberontak

3) British perasan keluarga mus buat terakol. Sedar akan bahaya keluarga mus ni, jadi..

4) British rampas segala harta dan kilang keluarga mus

5) Oleh kerana waktu ini british baru sampai ke perak, british hanya menghalau keluarga mus dari perak untuk mengelakkan kebangkitan keluarga pembesar/rakyat yang lain.

Mengikut sejarah, Pahang dan Negeri 9 merupakan negeri yang mempunyai sejarah membuat senjata. Mus cakap keluarga dia asal dari perak. Kenyataan mus ni nampak macam menyimpang dari anggapan awal aku bahawa keluarga mus berasal dari N9. Tapi kalau kita kaji balik sejarah perak, perak terkenal dengan lombong bijih timahnya. Material untuk membuat peluru adalah Lead (Bijih Timah). Jadi kenapa kita tak dengar sejarah pembuatan senjata api dari Perak sedangkan perak merupakan negeri yang paling sesuai untuk membuat senjata api? Jawapannya, ada. Ada orang yang buat senjata api di perak tetapi british sengaja lenyapkan butiran orang tu. Orang tu adalah Kepala keluarga keturunan mus.

Yang pasal kepala keluarga mus assist seorang pejuang tanah melayu tu, sejarah kita ada beberapa siri kebangkitan orang melayu. Dol said salah satunya. Mungkin.. Mungkin keluarga mus di vendor balik untuk membantu dalam penciptaan senjata oleh pembesar lain setelah keluarga mus di halau keluar dari negeri perak. Tapi cerita ni tidak di catat oleh moyang mus.

Sepanjang pencarian aku tentang keluarga mus, aku ada jumpa satu keratan akhbar kosmo. Aku bagi link kat sini

http://kosmo.com.my/kosmo/conten ... 1.htm#ixzz4ToE9MJmc

Dalam artikel ni ada menyatakan Pengurus Ladang Elphil, Arthur E. Walker, 50 di tembak mati pada 1948 di sungai siput, perak. Kalau kita kaji lagi, tak mustahil moyang mus kenal dengan Arthur Walker ni. Kemungkinan isteri moyang mus kenal dengan isteri Arthur Walker. Jadi ada gambar “With Mrs, Walker”

Yang jadi persoalan di sini, siapa Doughlas? Dia ni engineer. Mengikut kepada cerita mus, moyang mus ni ada sedikit sebanyak ilmu engineering. Aku syak yang hubungan moyang mus dengan Doughlas ni bukan hubungan biasa-biasa. Mungkin moyang mus pernah contribute something untuk british? Aku pun tak tahu. Tak jumpa pasal Doughlas tu.

Last, lokasi rumah mus. Genius. Kenapa aku cakap genius? Sebab mus dah berjaya twist fakta ni kepada pembaca. Mesti confuse kan? Aku tanya korang lepas mus bagitahu yang dia asal dari perak, berapa ramai yang cari rumah tu kat perak?? Mus ni manusia cerdik. Aku tak rasa yang dia nak korang tahu lokasi rumah moyang dia. Lepas habis confession part 4, tak perlu dia bagi information pasal negeri perak tu. Tapi kenapa dia beritahu yang keluarga dia dari perak?? Aku quote balik ayat mus kt sini

“Untuk info admin, sejarah keluarga kami adalah dari perak. Admin boleh berkongsi dengan readers tentang info ni”

Mus cakap yang “Sejarah keluarga dia dari perak”. Aku ulang. “Dari Perak”. Macam korang tanya member baru korang la, “Eh ko asal mana?” Member korang akan jawab “ Aku asal perak.. Tapi aku stay Selangor (contoh)”

Di sini, mus twist info ni. Sejarah keluarga dia adalah dari perak. Tapi keluarga dia di buang negeri oleh british. Jadi keluarga dia berkemungkinan stay di tempat lain. Mus ada mention yang cincin moyangnya diterima oleh isteri pegawai daerah british (sistem residen). Jadi kita boleh simpulkan yang moyang mus duk di negeri yang bawah sistem residen. Ok. Jadi ada 4 negeri. Perak, Selangor, Pahang, Negeri 9. Mus perasan kesilapan dia mention pasal ni. Orang boleh cari rumah moyang dia dalam 4 negeri ni. Tapi mus buat twist untuk semua orang cari rumah dia di 13 negeri. Macam mana??

Ya. Dengan beritahu bahawa “sejarah keluarganya asal dari perak”. Perhatikan.

1) Mus beritahu sejarah keluarganya asal dari perak

2) Sebilangan besar readers akan cari rumah ni di perak

3) Sebilangan kecil pula akan perasan akan muslihat mus. Dorang akan sangsi dengan info ni sebab dorang tak rasa mus sebodoh ini untuk beritahu lokasi rumah moyang dia. Tapi fakta mus tu benar. Keluarganya memang asal perak. Tapi tak semestinya rumah moyang dia pun ada di perak kan? Sebab keluarganya pernah di buang negeri

4) So, apabila orang sedar tentang muslihat mus ni, orang akan cari rumah mus di negeri selain dari “Perak”

5) Negeri apa selain dari perak? Ya. 13 negeri lain di Malaysia ni. Jadi muslihat mus berjaya.

6) Mus buat semua ni untuk menutup hakikat asal bahawa rumah moyangnya berada di salah sebuah negeri yang apply sistem residen.

7) conclusionnya, rumah moyang mus berada di antara 3 buah negeri ni. Pahang, Negeri 9, Selangor

8) Key untuk cari rumah moyang mus adalah dengan research pasal struktur organisasi sistem residen di ketiga-tiga buah negeri tu dan cari tentang Engineer British bernama Doughlas

Akhir kata, aku tetap tak kisah cerita mus ni betul ke fiksyen. Kalau cerita betul, bermakna Negara kita masih ada lagi catatan sejarah yang harus di terokai. Kalau fiksyen, penulis cerita ni adalah benar-benar genius. Aku syak yang kalau cerita ni fiksyen, sepanjang gap antara post 1 -4, penulis ni mesti tengah fikir idea nak buat cerita. Dalam masa lebih kurang seminggu, penulis ni berjaya hasilkan sebuah karya viral macam ni, fuhhhhh.. Ko memang genius bro. Kalah penulis Malaysia yang lain. Gosho aoyama pun kalah ni. Ko dah taraf2 Sir athur conan doyle ni. Rak buku tu tak pernah aku dengar idea tu. Pasal cermin pulak. Aku tak pernah jumpa mechanism slide macam tu untuk cermin. Bilik rahsia tu sungguh fresh idea.

Tapi kalau cerita ni adalah benar, moyang mus antara melayu genius yang aku pernah jumpa. Dan mus ni betul-betul mewarisi kepintaran moyangnya. Berdasarkan jalan cerita detail dan juga emosi yang kena dengan cerita, aku rasa cerita ni adalah cerita benar. Aku harap cerita ni di filemkan. Mana-mana producer film boleh la contact si mus ni untuk panjangkan discussion korang buat filem. Kami readers memang menanti-nantikan cerita ni di layar perak. Tapi jangan lah pula ada manusia melayu yang lain cuba mengambil kesempatan ke atas cerita mus ni dengan keluarkan novel atau movie tanpa keizinan mus untuk kepentingan sendiri. Tolong jangan jadi melayu yang sengal dan selfish k?

Jadi habislah rumusan panjang aku tentang cerita peninggalan arwah. Terima kasih sebab korang luangkan masa untuk baca.

– Pengkaji Sejarah

source: http://www.iiumc.com/pembongkaran-confession-mus/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2016 10:58 AM | Show all posts
abangbeca replied at 22-12-2016 01:53 PM
Oooo patutla ramai pakat dok sebut ngah ibrahim perak segala tu...

Aku tak tau la kisah belaka ...

aku setuju makin lama baca mcm kat N9key word - 'membongak' - ada ke org Perak ckp mcm ni?
membongak mmg pure N9 pya word
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 02:20 PM | Show all posts
amal12bh replied at 28-12-2016 10:42 AM
Aku bukan lah pembaca setia page ni. Aku kenal IIUMC hanya kerana “Peninggalan Arwah”. Sebelum ni  ...

terer betul org ni mengkaji, walau belum tentu betul. tahniah usaha berpikir.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 28-12-2016 04:51 PM | Show all posts
chandrahusin replied at 28-12-2016 10:58 AM
aku setuju makin lama baca mcm kat N9key word - 'membongak' - ada ke org Perak ckp mcm ni?
membon ...

betul.. bila mus tulis yg tok dia cakap membongak tu.. trus aku pikir diorg ni orang N9..

aku orang perak.. tak pernah aku dengar orang cakap menbongak sampai la aku kawen dengan laki aku orang N9.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 10:13 PM | Show all posts
amal12bh replied at 28-12-2016 10:42 AM
Aku bukan lah pembaca setia page ni. Aku kenal IIUMC hanya kerana “Peninggalan Arwah”. Sebelum ni  ...

Wow! Very good review and opinion
baru tahu yang 'membongak' tu dari N9
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 11:31 PM | Show all posts
abangbeca replied at 24-12-2016 08:41 AM
Part ni bila baca aku pun cuak... Boleh muat ke siap ada kotak n dibalut lagi...

Baru baca pasal cite si mus ni.
Pasal cincin sumbat dalam sarung keris tu,
si mus takde lah ckp keris jenis apa, aku cuma boleh assume yang keris tu jenis besar dan panjang.
Aku teringat ada keris tergantung kat umah arwah nenek aku, yang sarung dia je dua kali lebih besar dari keris biasa.
Panjang sekurang-kurangnya 2 stengah kaki ke 3kaki. Klu tgk dari sarung saiz dia dlm 4cmx3cm.
Ghase mmg boleh sumbat kot cincin dlm tu, bukan setakat cincin, zippo pn boleh.

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin yg ingat sarung keris tu x mungkin muat bubuh kotak cincin sebab ingat saiz keris macam yg pengantin acah2 pakai tu kut... tak ramai tahu keris ni banyak jenis, banyak ragam bentuknya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik cerita nih
Teruskan mencari the unsung hero
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila cita camni...teringat pulak aku pada satu thread dahulu kala pasal langkawi. Apa2 pun menarik la jgk cite ni. Kalau betul ok..kalau tipu pon ok. . Rasa nak cari keturunan aku yg terpisah pulak. Hmmmm.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 01:00 PM | Show all posts
bru abis baca...mmg menarik citer dia...aku xbrape suka sgt sejarah...bru tau org n9 terer buat senjata...padahal aku anak jati n9..suku B lak tu asal rembau belah mak...abah lak asal n9 jgk...abah dgn mak aku ni asal 2 pupu..

mmg menarik dpt tahu salasilah keturunan keluarga...tp aku mls nk mencarik...rumah parents aku skrg pun dulu slh satu bekas Brit residen sbb dulu2 kawasan tu estate...tp xde la banglo smpi 10 bilik camtu...harap mus jaga la harta tu berbaik..teringin lak nk tgk cincin tu...sbb family aku pun ada keris dgn cincin...tp dh bg kat family lain..family kitaorg setakat tgk dan xnak amik kisah pun pasal benda2 tu...

klu ada org buat movie kompom aku g tgk...asalkan pelakon dan pengarah tak hauk...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Cite.aje

Mana gamba rumah tu..
Busuk2 gamba lantai jadila
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 29-12-2016 02:22 PM | Show all posts
bapak best giler. tak pening baca.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
abangbeca replied at 23-12-2016 12:17 AM
Aku tetap rasa N9... Ada bbrp fakta yg disebut macam tak kena kalo untuk perak..

Lagipun residen ...

Masa part 1 or 2 dia ada sebut perkataan "membongak". Tok dia or ayah dia cakap macam tu. Membongak tu bukan bahasa n9 ke?

Saya baca kisah ni pun terbayang n9
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
terkejutnye replied at 28-12-2016 04:51 PM
betul.. bila mus tulis yg tok dia cakap membongak tu.. trus aku pikir diorg ni orang N9..

aku  ...

Ha..exactly..aku pun masa baca membongak tu terus dlm kepala aku fikir n9 sbb arwah mak aku org n9. So perkataan membongak ni biasa pada aku
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 03:12 AM | Show all posts
lagi2... CSI pls... xde ke jiran2 org kampung mus join cari ni?
xpon, tepek je la rumah agam yg boleh disyaki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.086729 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list