CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3649|Reply: 10

Pancytopenia

[Copy link]
Post time 24-12-2016 02:34 PM | Show all posts |Read mode
Saya nak tanya ada sesiapa atau orang terdekat yang pernah ada masalah pancytopenia? Boleh kongsi tentang penjagaan dan pemakanan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2016 08:16 AM | Show all posts
Takde pemakanan atau supplements yg boleh membantu pancytopenia ni
pancytopenia ni maksud nye semua lines of cells yang seseorang tu ada, rosak.
kita ada 3 lines of cells:
red cells
white cells
platelets

serious issues.
apa cause pancytopenia org tu? leukaemia ke, myeloproliferative disorder ke, serious viral infection ke, chemotherapy ke, cancer ke, radiation exposure ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2016 06:12 PM | Show all posts
ipes2 replied at 26-12-2016 08:16 AM
Takde pemakanan atau supplements yg boleh membantu pancytopenia ni
pancytopenia ni maksud nye semua ...

Ya betul. red cells,  white cells & platelets drop sampai single digit. Setakat ini belum tahu kenapa semua drop. Detect semua tu baru lagi.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2016 06:22 PM | Show all posts
ipes2 replied at 26-12-2016 08:16 AM
Takde pemakanan atau supplements yg boleh membantu pancytopenia ni
pancytopenia ni maksud nye semua ...

Doc, badan pesakit memang cepat kena jangkitan ke? Contohnya kalau ada orang batuk atau demam akan berjangkit dengan pesakit?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 03:34 AM | Show all posts
noor666666 replied at 26-12-2016 06:12 PM
Ya betul. red cells,  white cells & platelets drop sampai single digit. Setakat ini belum tahu ken ...

ni quite dangerous tau..
ade lah beberapa causes yg transient je, ie boleh pulih... eg certain virus eg parvovirus (Parvovirus B19, casuing apalstic anaemia; serious), flu etc

kena tahu cepat cepat dan sohih takleh kuar dari spital

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 03:36 AM | Show all posts
noor666666 replied at 26-12-2016 06:22 PM
Doc, badan pesakit memang cepat kena jangkitan ke? Contohnya kalau ada orang batuk atau demam akan ...

ya, sgt tepat, kerana bilangan darah putih (white cell count, WCC) kan dah rendah.
kat sini kami dah letak Barrier Nursing kat dia
malah, jika teruk, kami letak regime ''Neutropenic Sepsis''
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-1-2018 09:51 PM | Show all posts
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih pada doc, kerana sudi menjawap keraguan saya. Maaf saya baru berkesempatan nak menjenguk thread yang saya buka. Saya telah kehilangan "ratu hatiku iaitu syurga saya".
Ibu saya yang pada mulanya dikatakan mempunyai masalah "Pancytopenia" telah pergi buat selama lamanya. Dia pergi selepas 8 hari tidak sedarkan diri.

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2018 01:23 AM | Show all posts
noor666666 replied at 23-1-2018 09:51 PM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih pada doc, kerana sudi menjawap keraguan saya. Maaf  ...

Waalikumussalam warakhmatullah.
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun.
Saya sedekah kan al fatihah utk dia jap satni.
Semoga Noor tabah
Noor pon tahu, Allah ambil sesiapa bila sudah tida masa dia, tidak sesaat lambat, tidak sesaat cepat.

Boleh kah sy tahu apakah diagnosis nya?
Harapnya Allahyarhamah tidak derita, dikelilingi org tersayang, di rumah nya sendiri semasa Allahyarhamah pergi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2018 06:08 PM | Show all posts
ipes2 replied at 28-1-2018 01:23 AM
Waalikumussalam warakhmatullah.
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun.
Saya sedekah kan al fatihah ...



Terimakasih kerana sudi sedekahkan Al Fatihah untuk ratu hati saya. Semoga Allah merahmati kehidupan dan membalas yang baik2 pada doctor.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2018 06:20 PM | Show all posts
Edited by noor666666 at 28-1-2018 06:27 PM

Untuk pengetahuan doctor, ratu hati saya dah keluar masuk hospital since July 2016 untuk masukkan darah, kali kedua Sept 2016 masukkan darah & platelets. Selepas itu setiap bulan admit untuk masukkan darah & platelets sebab darah dan platelets yang drop sehingga single digit.

Mulanya disahkan oleh doctor pakar sebagai  “pancytopenia” . Dalam bahasa mudahnya apa yang saya faham kekurangan  “red cells, white cells, dan platelets”. Ketika itu ratu hati saya masih dalam keadaan yang sihat dan boleh menguruskan diri sendiri. Tetapi hospital seperti sudah menjadi rumah kedua bagi ratu hati dan juga saya dan kakak yang turut berkampung di situ.
                                                                                             
Doctor sahkan“aplastic anemia” setelah membuat “bone marrow test” dan dikatakan case yang sangat “rare”. Pada hari disahkan penyakit tersebut bermulanya kesihatan ratu hati saya merosot, sukar bercakap,berjalan dan kerap muntah. Saya minta doctor segera membuat test, sebab symptom2 seperti stroke. Malam yang sama juga doctor telah meminta izin untuk pasang alat bantuan pernafasan bagi membuat “CT scan”. Result “Ct scan test” menunjukkan ada pendarahan otak sebelah kiri yang baru dan yang lama.

Sejak hari itu ratu hati saya ditidurkan dan dipasang alat bantuan pernafasan. Hancur lulur hati saya  setiap kali doctor membuat lawatan dan mengingatkan saya, supaya bersedia dengan segala kemungkinan dan memanggil semua ahli keluarga pulang.  Bertambah pilunya hati saya bila doctor pakar yang selalu membuat lawatan mengingatkan saya supaya tabah dan kuat kerana ratu hati saya tak punya banyak waktu lagi. Kata beliau mungkin esok mungkin lusa masanya akan tiba. Separuh jiwa saya  telah pergi bila mendengar ungkapan itu.

Pada awal pagi Jan 5 2017, akhirnya saya secara rasminya menjadi yatim piatu. Ratu hati saya menyambut seruan Ilahi diawal pagi Khamis  6 Rabiul Akhir bersamaan 5 Jan 2017. Ketika itu di hospital giliran kakak yang menjaga. Saya dan kakak berganti2 menjaga ratu hati kami, saya yang amat berat hati hendak pulang padahari Rabu malam tersebut telah pulang ke rumah hampir 10 malam. Rupanya itu kali terakhir saya mencium wajah ratu hati saya dan membisikkan ke telinganya yang saya akan pulang dan esok akan datang kembali di awal pagi.

Alhamdullillah Ratu hati saya selamat dimandi dan dikapankan oleh semua anak perempuan, cucu, menantu perempuan, dibantu ditunjuk ajar oleh saudara yang lain. Selamat dikebumikan dan urusan selesai sebelum Zohor pada hari yang sama.

            Sehingga ke hari ini saya masih dalam prosess memujuk diri sendiri, terima hakikat kehilangan. Kehilangan yang saya masih belum bersedia. Redha dan rindu juga yang bercampur gaul sehingga ke saat ini. Sesungguhnya inilah rindu yang paling perit pernah saya alami.

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 12:57 AM | Show all posts
noor666666 replied at 28-1-2018 06:20 PM
Untuk pengetahuan doctor, ratu hati saya dah keluar masuk hospital since July 2016 untuk masukkan da ...

Saya sedih dan pilu mendengar perjalanan terakhir Allahyarhamah; tetapi itulah ketentuan Ilahi. Saya ingin menerangkan, bahawa, jika brain Allahyarhamah sudah rosak semasa beliau terlantar, beliau sangat berkemungkinan tidak merasai apa-apa kesakitan pun. Dan saya ingin remind nor, bahawa, mengikut pendapat sebahagian besar ulama, dari classical Islam ke zaman ini, bahawa ruh-ruh dapat mendengar kata2 (hearing, not listening) siapa yg datang ke kubur mereka (dari seerah bila RSAW berucap pada telaga dimana kaum Quraisyh yg terbunuh diletakkan semasa Badar; dalam alQuran pula ada beberapa ayat yang berkata ruh tidak dapat mendengar-tetapi ini ditafsirkan sebagai listening ie mendengar dan mengambil benefit, tetapi tetap dapat hear apa kita kata di kubur mereka).

Ratu hati masih ada hubungan dengan nor dan kehidupan dunia dari alam barzakh nyer; sadaqah jariahnye, tetap mencerna pahala selagi ia bermenafaat pada sesiapa, eg pokok yg ditanam nya juika buah dimakan burung etc; juga ilmu yg baik yg diajarnya - sudah tentulah Allahyarmah mengajarkan banyak ilmu2 pada nor eg solat puasa itu ini, dan yg nor praktikkan itu, tetap mencerna pahala padanya; dan paling utama ialah doa anak yg soleh padanya . Jadi, nor tak perlu risau; Allahyarhamah dah setel dah urusan nye. Menangis padanya tidaka apa, asalkan tidak wailing (walwalat). Saya rasa, nor akan menganis kerana ingat pada good memory sahaja, dan bukannya kerana tidak redha dia dah pergi. Menangisi tidak bermakna tidak meredhai.

Jadi, all things sweet dan sunny, nor . Dia tentu gembira, mengetahui dia dirindui.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.056551 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list