CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3778|Reply: 24

Tidak Ramai Suami Yang Tergerak Hati Untuk merakam Gambar Wajah Isterinya Sendir

[Copy link]
Post time 5-1-2017 03:54 PM | Show all posts |Read mode




Sering kita terbaca komen-komen di laman Facebook atau di page Siakapkeli sendiri, kisah pasangan romantik sebelum berkahwin, makan ramai akan menurunkan komen mengatakan
''itu belum kahwin, dah kahwin nanti hilanglah sweetnya."

Adakah semua jadi sebegitu? sedangkan mereka tidak kira suami atau isteri adalah orang yang sepatutnya kita layan dengan kasih sayang sampai berakhirnya nyawa kita.


Sedar atau tidak, kita terutamanya lelaki jarang merakam gambar isteri kita sendiri dan mungkin tidak banyak atau tiada lansung dalam memori telefon kita.


Seorang lelaki bernama
Al Irfan Jani
menegur suami-suami seperti ini.



Wahai para lelaki, perasan tak? bila kita membuka lembaran album foto-foto lama. dari nenek moyang kita sendiri misalnya, kita akan perasan satu perkara.

Betapa rajinnya sang isteri merekod setiap detik-detik penting dalam kehidupan berkeluarga.

Sikit-sikit snap, sikit-sikit snap.

Percayalah, tidak ramai suami yang tergerak hatinya ingin memfoto gambar wajah isterinya. Ada tu tak terlintas langsung. Saya sendiri mengaku, sering begini. Kita serupa.

Perasan tak, betapa rajinnya si isteri merekodkan momen kehidupan yang telah kita bina selama ini? Sedangkan dia sendiri terlupa yang wajahnya sendiri jarang ada di dalam album kita bersama.

Satu hari nanti, apa yang paling kita kecewakan, album keluarga kita tidak banyak memberitahu generasi selepasmu, tentang siapakah seorang wanita yang berada di belakang kamera.

Ambillah fotonya, biarlah betapa malunya dia, asalkan kita teliti dan hati-hati menyimpannya.

Wahai para suami, ada seorang wanita yang patut kita berbangga dengan selekehnya dia. Dialah ibunda kepada anak-anak kita. Tetaplah terus menyimpan wajahnya itu. Biarlah rambut berserabut, tidak bersolek atau dengan t-shirt buruknya itu sebab itu semua tidak penting bagi anak-anak kita.

Apa yang lebih bernilai, wajahnya itu sudah cukup untuk dicintai, lebih berbaloi untuk ditatap, disimpan dan diawetkan ke dalam memori. Memori, mengajar kita tentang jerih-perih. Tentang doa dan pesanan-pesanan yang kita tinggalkan. Tiada wanita yang ingin melihat wajah selfie-nya di sepanjang hayat.

Berbanggalah kerana mempunyai seorang isteri yang sering di belakang kamera keluargamu.

Maka di situlah tugasmu, para suami. Snaplah wajahnya, kegembiraan, kesengsaraan, ketabahan sebelum punyai anak atau selepasnya. Sebelum di hujung nafas yang entah bila kita dipisahkan-Nya. - Al Irfan Jani.

- Siakapkeli.my



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2017 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
suami aku gini.benci sgt..kat kedai kain tepi2 amik pix curi bini sendiri.aku membuta dia amik pix sambil cakap gaya ibu dgn anak tido terkangkang bsepah sama.lpstu ketawa sorg2.sampai aku ckp xda keje ke..dia dah warning awal2 jgn delete. plus suami aku beli kn hp baru khas untuk selfie..supaya aku hantar pix ngn vid yg banyk utk dia.

kalau yg cakap ok je.bagus suami gini..mmg best bagus..tp terus terang aku ckp suami yg obses kat bini sendiri mcmni..korang kena tahu tahap cemburu dia lebih drpd lelaki biasa.yg rasa best mcmni.bila dh hadap baru tau.mcm aku ok je ngn laki aku sbb suamikan.tp siapa yg berkehendak suami gini,lupakan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 05:01 PM | Show all posts
bagusla suami suka amek gmbr isteri...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
untong la ada laki sayang..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami suka ambil gmbr sy sedang tidur..tp sy x suka la..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 09:45 AM | Show all posts
Tidak minat bergambar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2017 09:57 AM | Show all posts
Super-M replied at 5-1-2017 04:59 PM
suami aku gini.benci sgt..kat kedai kain tepi2 amik pix curi bini sendiri.aku membuta dia amik pix s ...

amik pix upload ke smpn galeri jek
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 10:36 AM | Show all posts
Super-M replied at 5-1-2017 04:59 PM
suami aku gini.benci sgt..kat kedai kain tepi2 amik pix curi bini sendiri.aku membuta dia amik pix s ...

Aku blh rasakan apa yg ko rasakan...sebab aku tgh mengalaminya skang cuma dia bukan suami aku je...memang stress
Ada je gambar curi aku kat dia  yg aku x expect langsung....

Aku pun x faham apa motif sebenarnya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2017 10:59 AM | Show all posts
Aku jenis tak suka bergambar dan amik gambar..Suami aku pun sama..Amik gambar untuk moment2 yang kitaorang rasa bermakna je..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 12:15 PM | Show all posts
Deila replied at 6-1-2017 10:36 AM
Aku blh rasakan apa yg ko rasakan...sebab aku tgh mengalaminya skang cuma dia bukan suami aku je.. ...

kalau bukan suami... bopren la kan... x marah ke dia amik gambar? buat dia gi mandrum kang...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
qronaldo7 replied at 6-1-2017 09:57 AM
amik pix upload ke smpn galeri jek

simpan galeri lpstu jd bahan sendiri.org vaccum pun amik pix buat wallpaper hp,pc,tp dia bahagia mcmtu biarlah.

apa aku nak tekankan kita ni sebenarnya kena bersyukur dgn apa kita ada maksud aku pasangan kita.kalau psgn ko xsuka simpan pix ko pun xjd masalah as long dia baik.kdg2 menyampah dlm socmed ni nak suruh pasangan kita jd benda yg bukan diri sendiri.eh lelaki tu mcmtu,ko pun sibuk tag laki sendiri nak mcmtu gak,minta pasangan jadi gitu gini,yg ptg jd diri sendiri sudeh...tp hakikatnya kena sedar apa yg dipamerkan romantik2 dlm socmed tu bukan kebahagiaan pun kebanyakkanya topeng semata2.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 01:10 PM | Show all posts
kurga replied at 6-1-2017 12:15 PM
kalau bukan suami... bopren la kan... x marah ke dia amik gambar? buat dia gi mandrum kang... :lol ...

Ko jangannnnnnnnnnnnnn
Sebab tulah aku marah....aku anggap dia kawan je walaupun dia  anggap aku lebih dr tu...
Aku  memang x selesa sungguh dgn keadaan tu...ada je gambar curi aku yg dia antar through wasap..nanti aku nak curi phone dia,
aku nak tgk ada lagi x gambar aku...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 03:33 PM | Show all posts
Super-M replied at 6-1-2017 12:57 PM
simpan galeri lpstu jd bahan sendiri.org vaccum pun amik pix  buat wallpaper hp,pc,tp dia bah ...

haha. every couple tu mesti ade kontra.

klu ppuan suke amik pic, mesti laki tu xbrape minat.

jom salahkan drama melayu yg suke sgt buat babak2 sweet tuh

xpasal2 si wifey tag hubby nk cmtu jgk
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 03:33 PM | Show all posts
Super-M replied at 6-1-2017 12:57 PM
simpan galeri lpstu jd bahan sendiri.org vaccum pun amik pix  buat wallpaper hp,pc,tp dia bah ...

haha. every couple tu mesti ade kontra.

klu ppuan suke amik pic, mesti laki tu xbrape minat.

jom salahkan drama melayu yg suke sgt buat babak2 sweet tuh

xpasal2 si wifey tag hubby nk cmtu jgk
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 04:37 PM | Show all posts
Deila replied at 6-1-2017 01:10 PM
Ko jangannnnnnnnnnnnnn
Sebab tulah aku marah....aku anggap dia kawan je walaupun dia  anggap ak ...

mmg ler... cuma berjaga-2.... lain org.. lain caranya....

sentiasa berhati-2... buat nyer gambar tu di superimpose ... hehehehe

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 05:01 PM | Show all posts
kurga replied at 6-1-2017 04:37 PM
mmg ler... cuma berjaga-2.... lain org.. lain caranya....

sentiasa berhati-2... buat nyer ...

betul tu apa yg ko ckp...memang sentiasa kena beringat...
tima kasih ingatkan aku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2017 08:58 AM | Show all posts
Deila replied at 6-1-2017 01:10 PM
Ko jangannnnnnnnnnnnnn
Sebab tulah aku marah....aku anggap dia kawan je walaupun dia  anggap ak ...

hahahaha obses dgn sis la ni, mgkin sjuk hati dia bila tgk mke sis kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 12:32 PM | Show all posts
Deila replied at 6-1-2017 05:01 PM
betul tu apa yg ko ckp...memang sentiasa kena beringat...
tima kasih ingatkan aku...

tapi... selalunya yg jd mcm ni.. sebab terlalu lawa la.... hikhihik.. ur welkam..

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 02:28 PM | Show all posts
Super-M replied at 5-1-2017 04:59 PM
suami aku gini.benci sgt..kat kedai kain tepi2 amik pix curi bini sendiri.aku membuta dia amik pix s ...

hahaha..dah macam husband aku pulak..
kalau ambik gambo aku, suka ambik curi-curi..
time aku tengah makan..tengah buat muka..tengah tido bersepah dengan anak-anak, etc..
pehtu tak bagi aku delete..
nanti dia nak tengok..pehtu saje gelak-gelak nak menyakat..

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 08:08 PM | Show all posts
Untunglah siapa yang dah ada pasangan...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.061018 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list