CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1897|Reply: 16

Amoi Melayang Kena Penyepak Dengan Kurier

[Copy link]
Post time 17-1-2017 10:12 AM | Show all posts |Read mode



SEORANG pendandan rambut cedera selepas ditendang pekerja perkhidmatan kurier akibat enggan menandatangani resit penerimaan di Johor Bahru baru-baru ini.


Wanita berusia 34 tahun itu mendakwa dia sepatutnya menerima dua barangan tetapi perkhidmatan kurier tersebut hanya menghantar satu barangan sahaja.


Pergaduhan tercetus apabila dia mempersoalkan tindakan pekerja tersebut yang mahu dia menandatangani dua resit penerimaan sedangkan dia hanya menerima satu barang sahaja.


Jiang Yujun yang menggunakan nama akaun Facebook Jass Choo menjelaskan dia sering menggunakan syarikat perkhidmatan kurier tersebut untuk mendapatkan produk kecantikan yang dipesan.


Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan, kejadian berlaku kira-kira 16 November lalu apabila pekerja syarikat perkhidmatan kurier menghantar barangan yang dipesan kepada mangsa yang tinggal di Tampoi.


Menurutnya, dia hanya menandatangi satu resit sahaja dan masuk ke kawasan apartmennya dengan satu bungkusan yang diterima.


Apabila memasuki pintu apartmennya, pekerja syarikat tersebut yang juga seorang lelaki menolaknya dan berlaku pertengkaran serta pergaduhan.


Lelaki tersebut telah menendang hingga menyebabkan dia terjatuh dan luka di bahagian pinggul dengan luka sepanjang 12 sentimeter.


Bukan setakat menendang mangsa, lelaki itu turut menolak kepalanya sebelum berlalu pergi.


Walaupun kejadian tersebut telah dua bulan berlalu, namun kesakitan yang dialami masih lagi dirasai.


Kejadian tersebut turut dimuat naik di laman sosial dengan memaparkan insiden pergaduhan berkenaan. – MYNEWSHUB.CC



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2017 10:49 AM | Show all posts
Poslaju kah? nmpk mcm van dia je
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 11:20 AM | Show all posts
ganasnya...siap tendang2 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 11:27 AM | Show all posts
xboleh dengar cerita sebelah pihak ..mungkin play victim.. report polis biar polis siasat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 11:45 AM | Show all posts
Kalau satu je yang sampai logik le kalau satu resit je dia nak sign.  Kalau dah sign 2 resit susah pulak dia nak claim satu lagi barang yang tak sampai tu nanti.  Rasanya ni mesti ada sebab lain atau dia ada mengunakan perkataan yang tak sedap didengar hingga org pos laju tu boleh naik angin.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 12:04 PM | Show all posts
mesti ada sesi provokasi ni... orang poslaju dah la stress sekarang banyak barang nak kena hantar... patut kena bersabar dengan pelanggan yang perangai macam hampeh.. tapi tu la..

nak dengar statement dari posmalaysia / poslaju pulak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2017 12:15 PM | Show all posts
Tunggu maklumbalas pihak penghantar.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm bau hanyir ikan je ni... Kena dengar dua-dua belah baru boleh hencap.
Apapun...not cool ya abam poslaju gi terajang pompuan. Walaupun mulutnya puaka, balas lain yg tak mendatang kesakitan kecuali sakit hati. Contohnya kentut ke atas beliau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2017 01:43 PM | Show all posts
Padah mulut longkang
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lilydandelion77 at 17-1-2017 01:56 PM

Gigih iols search fb chinese girl ni...lawa woihhh!
Sampai kat fb guang ming daily, pompuan ni ada komen. Thanks to the translation...walaupun hawuk tapi masih boleh paham.

Ada juga ummah cina yg tanya apa pompuan ni cakap kat malay tu? Takkanlah tiba tiba kena serang.
Siap ada telek video kata yg lelaki tu dah duduk dlm kete tapi pompuan ni yg duk bising. Patutnya just blah.
Sheols mengaku gi ke van sbb nak pulangkan resit (ada komentator cakap mungkin campak ke kaki)

Ada jugak yg csi sheols and cakap dia ni sendiri yg ada problem...
Anyways sheols kata kes court sudah...
Teruk jugak luka tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 05:22 PM | Show all posts
walaupun i 100% x setuju lelaki sepak pompuan, tapi dlm hal ni i rasa minah ni sendiri pun jadi penyebab...rasany dari awal mulut dia cam cibai..tu yg sampai budak kurier tu keluar gi tolak bahu dia...tgk minit ke 10, minah tu dulu yg start angkat kaki nak bg penyepak,tapi tak sampai...agaknya sebab tu budak kurier tu bg penyepak...minah ni pun play victim gak ni....pompuan cina badan kecik mmg garang eh...last month i order food kat fuel shack ioi putrajaya, tetiba terkejut dengar suara pompuan menengking..bila toleh,rupanya pompuan cina kecik molek badannya,sambil berdiri dia dok menengking staf fuel shack...sibbaik staf tu tak temper...kalu tak,bleh dapat title 'mendiang' rasanya pompuan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 05:26 PM | Show all posts
yg pak guard pun pegi tgk jah...ntah2 pak guard pun selalu kene maki dgn amoi tu kot...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
iols pun rasa org kurier tu kena provoke sampai hilang sabar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 08:27 AM | Show all posts
lelaki tu nampak macam meluru ajer turun van...ada la benda dimarah tu..tp jgn la sampai tendang pempuan tu..dah macam lawan perompak pulak dh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:50 AM | Show all posts
WOWWW Ni mesti prvok maki bagai nih...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Meluru je abg posmen kuar dr van. Kena dgr cita dua belah pihak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2017 02:34 PM | Show all posts
sib baik takde kematian..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.063902 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list