CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: samssi

Perlukah dayang undur diri dari AJL

  [Copy link]
Post time 25-1-2017 11:54 PM | Show all posts
Athrun.Zalaa replied at 23-1-2017 08:36 AM
Ingat tahun dpn nk jd yg tlg bg hadiah tu sbb org biasa je kut... bkn vip atau ketua juri/juri... ha ...

selayaknya la org yg beri hadiah tu orang biasa...hahaha..ala2 Neelofar gitu kan..
nampak tak di situ bezanya Diva sebenar dengan Diva buatan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2017 11:56 PM | Show all posts
harisbee replied at 25-1-2017 02:11 AM
x payah bersara...sore dayang sedap wpun persembahan stereotype....rearrange lagu supaya serlahkan l ...

kan..yg annoying tu..high note sendu jek..tak meremang mana..tak se meremang ZZ atau Jaclyn Victor..
harap sila perbaiki sebab masa DPS ritu hebat jek...makin lama makin haus..jangan sampai dah jatuh baru nak bersara, masa tu ko baru tau tinggi ke rendah langit cinta tu sepertimana terjadi pada P ramlee, sudirman...semua ni mati tidak dijulang.

Sebab tu Siti bijak..die undur diri di waktu masih gemilang.

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 11:57 PM | Show all posts
chazey replied at 24-1-2017 01:39 AM
Banyak2 lagu Dayang, lagu sheol di awal kemunculan terutama SMAC itu la paling aku benci sebab kam ...

Yuna tetap mendunia kan...gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 10:32 AM | Show all posts
Finally Dayang dapat jugak meraih kemenangan.. Every year mcm so close yet so far gitu..
Harap2 lah dia x plan nak tarik diri from AJL.. X sanggup tgk pelakon bajet penyanyi memenuhi AJL in few years to come..
She is still one of the special gem in the industry..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by af_mania at 26-1-2017 07:38 PM
scrocth replied at 24-1-2017 12:33 AM
Dayang mmg dh siap rakam 10 lagu tinggal tunggu nak release jer. DPS, TPM,LT, Langit Cinta & Bisik ...


Dayang ada cakap akan masukkan single2 yg dah released dari 2013 (bisikan rinduku) sampai la single LT ker sis?  

Setakat ni yg iols tahu.. sheols dah rakam total 4 lagu baru termasuklah lagu yg ditulis Ajai, Aubrey Suwito, Aizat & Hael Husaini. Dan meols mengharap ada lagi 6 or 8 lagi lagu baru & berharap lagu2 yg dh Dayang keluar as single tu dijual separately dlm satu lagi album khas.

Single2 yg Dayang dh released sejak 2011 (selepas album S&C) yg patut di-pack-kan sekali dlm satu album khas...

1. Gerimis mengundang (duet dgn Harvey Malaiholo) - 2011
2. Bisikan Rinduku - 2013
3. Di Pintu Syurga - 2014
4. Syurga di Telapak Kaki Ibu (OST Lara by Rizalman) - 2015
5. Tak Pernah Menyerah - 2015
6. Syukur Selalu - 2015
7. Bangkit (ft. Dayang, Hazama & Aman Ra) - 2016
8. Langit Cinta - 2016
9. Kali Terakhir Ku Melihat Wajahmu (OST Pulang by Rizalman, duet dgn Marsha) - 2016
10. Lelaki Teragung - 2016
11. Pejamkan Matamu (Malique ft. Dayang) - 2016

Bonus Track:
Luka - single 2010 yang tak dikeluar dlm bentuk fizikal kalau tak silap
Edisi hatrik vokal terbaik - dps, tpm & LT versi live AJL

Cc: @sepitsiput @enchikfitz @scrotch @reflection @qqofficial
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
af_mania replied at 26-1-2017 07:34 PM
Dayang ada cakap akan masukkan single2 yg dah released dari 2013 (bisikan rinduku) sampai la sin ...

Musafir Rindu duet dgn Ramli Sarip jgn lupa yach!


Luka tu mmg ada dlm bentuk physical CD okke

kalau camtu knp x masukkan skali duet sgn Daly - lupa tajuk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2017 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
@af_mania

jgn lupa suruh Dayang duet dgn penyanyi asal Luka - si ganteng Diego Boneta Pretty Little Liars


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 08:24 AM | Show all posts
sepitsiput replied at 26-1-2017 07:56 PM
Musafir Rindu duet dgn Ramli Sarip jgn lupa yach!

hahaha..kesian dayang...konon lagu dgn Daly tu projek international katanya...sekali tak kemana

mohon Dayang rakam balik Pusaka Rimba versi solo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2017 08:26 AM | Show all posts
af_mania replied at 26-1-2017 07:34 PM
Dayang ada cakap akan masukkan single2 yg dah released dari 2013 (bisikan rinduku) sampai la sin ...

Luka kena beli novel, dapat CD...
projek lakonan Dayang yg tak jadi
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 11:00 AM | Show all posts
GegarVaganja replied at 25-1-2017 02:27 PM
Dengar kat mana?
Youtube semua cover version je

hari ni MV dari jauh dilancarkan jam 9pm..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dayang. Sora u memang sedap dan mantap! Siti sarah kena belajar dr u
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
refleCtion replied at 27-1-2017 08:26 AM
Luka kena beli novel, dapat CD...
projek lakonan Dayang yg tak jadi

Dyg ada blakon ke chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk dayang kt juara lagu smpai ble2..kalo blh bia tok ti join balik..tgk sape yg lagi power dr segi vokal..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2017 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
cikperiukkera replied at 28-1-2017 02:50 PM
Dyg ada blakon ke chuols?

Sheols dulu dpt tawaran berlakon filem Indon.. tajuk Luka.. adaptasi dari novel Luka.

Dayang siap terbang ke Jakarta bagai berlatih lakonan di sana. Dian Sastrowardoyo antara pelakon filem itu.


Dayang sanggup cuti dua bulan untuk 'Luka'
Diterbitkan: Khamis 20 Apr, 2006
Radin Sri Ghazali

Dayang bakal berehat dari bidang nyanyian untuk memberi fokus terhadap bidang lakonan. Berbaloi ataupun tidak, kita tunggu dan lihat sahaja

Pihak media agak kecoh apabila penyanyi hitam manis, Dayang Nurfaizah mengumumkan bahawa dia akan mengambil cuti dua bulan bagi semua aktiviti nyanyiannya secepat yang mungkin.

"Hanya untuk dua bulan sahaja bermula pada bulan hadapan," katanya lagi. Keputusan ini diambil untuk memberi perhatian yang sepenuhnya kepada latihan lakonan yang akan diikutinya di Jakarta, Indonesia.

"Dayang tidak tahu bagaimana rasanya tidak menyanyi untuk dua bulan. Mesti pelik," katanya dengan nada bimbang.

Risiko mengambil Dayang berlakon?

Ramai tertanya-tanya mengapa Dayang dipilih untuk menjadi salah satu tunggak utama filem yang berbudget besar, RM 3 million.

Penerbit filem "Luka" adalah Tris Zainal Abidin yang juga pengurus peribadi penyanyi jazz Shiela Majid. Tris yang telah lama bergiat dalam industri hiburan Malaysia adalah pencetus idea asal filem ini.

Malah, dia turut akan berkongsi layar perak bersama Dian Sastrowardoyo, pelakon wanita Indonesia yang paling 'laku' di rantau ini.

Ramai yang skeptik akan kebolehan Dayang termasuk penyanyi itu sendiri.

"Dayang menerima tawaran ini sejak dua tahun yang lalu tetapi Dayang tidak memberi kata putus kerana pada masa itu Dayang masih kurang yakin," katanya.

"Kalau hendak difikirkan lagi, jika kita tidak mencuba, sampai bila-bila pun kita tidak tahu," jelas penyanyi kecil yang berasal dari Sarawak lagi.

Apabila ditanya kepada pengarah 'Luka', Guntur Soeharjanto mengenai 'bakat terpendam' Dayang dan adakah dia berkemampuan untuk berlakon?

"Ini bukan trial and error, ya," tegas Guntur kepada mStar.

" Kami telahpun melakukan internal screen test dan mendapati bahawa Dayang memang mampu untuk membawa watak 'Alia'," jelasnya lagi.

"Watak Alia memang ditulis khas untuk Dayang berpandukan sifat-sifatnya yang rendah diri, pemalu serta mesra. Lantas, saya tidak perlu risau kerana Alia adalah Dayang dan Dayang adalah Alia," ujar Tris.


Antara pelakon-pelakon utama 'Luka'... Marcel Chandrawinata dan Dayang Nurfaizah. Dian Sastrowardoyo tidak dapat hadir kerana dikatakan sibuk dengan pelajarannya di Indonesia

Pokoknya adakah Dayang sudah bersedia untuk menerajui filem ini?

"Insya Allah," ujarnya tersenyum.

"Memang gementar juga. Tambahan pula Dayang akan berlakon di samping Dian. Itu sudah cukup mencemaskan Dayang," ujarnya yang hanya tahu pembabitan Dian dalam filem tersebut pada akhir tahun 2005.

Berapakah bayaran yang diberi kepada Dayang sehingga Dayang sanggup berhenti menyanyi selama dua bulan?

"Bayarannya, Alhamdulillah. Berbaloilah," jawabnya dengan senyuman yang enggan mengulas lebih lanjut akan bayaran yag diterimanya.

Adakah Dayang akan terus belakon?

"Bergantung kepada pencapaian filem ini. Mungkin 'Luka' akan menjadi the first and the last movie ataupun Dayang akan membuat pertimbangan untuk berlakon lagi jika Dayang ada kebolehan untuk berlakon," jelasnya mengenai pembabitan dalam bidang lakonan pada masa akan datang.


Dayang bakal mendominasi album soundtrak 'Luka' dengan membawa lagu tema filem tersebut, berjudul, 'Terluka'

Harapan untuk memasuki pasaran Indonesia

Namun bagi Dayang Nurfaizah, filem 'Luka' bagaikan batu loncatannya untuk memasuki pasaran muzik  Indonesia. Usaha yang dilakukan oleh Dayang dalam bidang lakonan ini ibarata "menyelam sambil minum air."

"Ini merupakan filem pengenalan dan laulan pertama untuk Dayang ke Indonesia. Dayang perlu kembangkan kerjaya Dayang dan Dayang berharap filem 'Luka' dapat membantu Dayang memasuki pasaran sebagai seorang penyanyi," kata Dayang yang menambah bahawa media di Indonesia masih belum mengenali bakat penyanyi ini.

Ketika pembukaan sidang akhbar di Planet Hollywood semalam, Dayang sempat mendendangkan lagu tema kepada filem 'Luka' yang berjudul, 'Terluka'.

"Selain daripada itu, beberapa buah lagu dari album, 'Dayang Sayang Kamu' akan dimuatkan ke dalam album soundtrak ini termasuk 'Biar Aku di Sini' serta 'Aku Rindu Aku Benci'," kata Dayang yang masih mencari lagu serta artis lain untuk menyumbangkan lagu ke dalam soundtrak 'Luka'.

"Setakat ini, hanya Dayang yang terlibat. Yang selebihnya Dayang belum tahu lagi," sambungnya lagi.

Filem 'Luka' bakal memulakan penggambarannya pada bulan Jun ini di Indonesia, Malaysia serta England. Filem yang menceritakan sebuah kisah cinta segitiga di antara tiga orang sahabat, Luka (Marcel Chandrawinata), Rika (Dian Sastrowardoyo) dan Alia (Dayang Nurfaizah). Pelbagai konflik yang perlu dihadapi oleh ketiga-tiga mereka untuk memahami erti sebenar 'cinta'.

Antara pelakon lain yang turut akan menjayakan filem 'Luka' adalah Marcel Chandrawinata serta kembarnya, Mischa Chandrawinata. Tayangan perdana filem 'Luka' adalah pada 14 Feburari 2007 sempena Hari Kekasih.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2017 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
af_mania replied at 26-1-2017 07:34 PM
Dayang ada cakap akan masukkan single2 yg dah released dari 2013 (bisikan rinduku) sampai la sin ...

Ada chuols. Mmg sejak sheols join indigital dia dh langgar prinsip utk tegar terbitkan full album dulu sblm singles dipush. So konsep misha omar utk album ketiga sheols tu akan digunapakai utk album terbaru nnt. Tp xpasti samada bisikan rinduku dan langit cinta tu akan masuk skali dlm album ke x? Sbb dua lagu tu xdipush pn utk masuk AJL.

Asalnya dayang mmg tegar nk terbitkan full album setiap tahun sbb sheols percaya sbg penyanyi, album laku ke tidak, dia mmg kena terus buat album baru. Itu adalah sebahagian daripada usaha utk kukuhkan resume nya utk senang approach organizers utk dptkan corporate shows. Percaya atau tidak, rsnya dayang antara penyanyi yg laris di persembahan korporat, seminggu myb dlm 2-3 show dgn nilai bayaran dlm 40-50k utk 1hour. Xtaulah sejak menang AJL 2-3 tahun berturut2 ni akan naik lg ke x tp rsnya dayang bukan jenis terlalu berkira kot. So uols calculate je laa brp income bulanan sheols kalau 3 shows seminggu dgn 50k sekali show? Sbb tu iols xterkejut bila member i yg kerja dgn architect firm ckp dayang baru je beli duplex condo kt area damansara perdana yg mencecah jutaan ringgit. Baju yg sheols tempah dgn rizalman pn i pcaya dpt diskaun tu sbb wpn sheols kira beli (bkn ditaja) tp since nama rizalman dipromosikan secara xlangsung, mst ada special price jugak.

So kesimpulannya kerana sheols bkn seorang yg kedekut utk pembangunan kariernya, sanggup melabur lebih, boleh tgk mcm mana kerjayanya rancak kembali. Dan plg penting sheols bkn seorang artis yg menjaja kisah peribadi. Susah nk jumpa artis mcm sheols skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2017 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
KOLEKSI VIDEO AJL DAYANG

Sempena kemenangan juara keseluruhan AJL Dayang sejak 18 tahun berada di industri & selepas 16 tahun penyertaan pertama kali dalam AJL, meols nak senaraikan persembahan2 Dayang di AJL.

AJL-16
Dayang waktu ni berusia 20 tahun bertanding dengan artis2 senior seperti Siti, Liza, acik Nora. Dua2 lagu yg bertanding (SMAC & Bahagia) adalah dari album kedua Dayang, SMAC.

Seandainya Masih Ada Cinta
Lagu: Ajai
Lirik: Syde ENV
Juara Kategori Balada


Bahagia
Lagu: Ajai
Lirik: Syde ENV
Finalis Kategori Pop Rock



AJL-19
Erti Hidup
Lagu: Afdlin Shauki & Aji
Lirik: Afdlin Shauki
Juara Kategori Etnik Kreatif & Irama Malaysia



Selepas AJL19 Dayang tidak lagi menyertai AJL kerana konsep muzik yang dibawa "too urban" untuk diterima majoriti rakyat Malaysia. Dayang lebih banyak tampil di mini concert untuk peminat di Hard Rock cafe, Planet Hollywood dan aktif di corporate dinner show, wedding & etc.

Strategi baru untuk kembali ke skrin TV

Dayang kembali dengan karya balada setelah mengakui irama balada lebih dekat & lebih diterima oleh rakyat Malaysia. Bermula dengan Bisikan Rinduku, ciptaan Adi Sixth Sense, lagu itu gagal menempah tempat ke muzik-muzik kerana isu kewarganegaraan Adi. Next single, Di Pintu Syurga mengembalikan Dayang ke pentas AJL selepas 10 tahun tidak menyertai AJL.


AJL-29
Di Pintu Syurga
Lagu: Tam Spider
Lirik: Iman Imran
Tempat Ketiga Lagu Terbaik
Vokal Terbaik



AJL-30
Tak Pernah Menyerah
Lagu: Akid
Lirik: Poji
Vokal Terbaik



AJL-31
Lelaki Teragung
Lagu: Natasyah
Lirik: Iman Imran
Juara Lagu
Vokal Terbaik



TRIVIA
1. Satu-satunya penyanyi yang menyertai semua kategori balada, pop rock & irama malaysia, selain Datuk Siti
2. Satu-satunya penyanyi yang menyertai semua kategori balada, pop rock & irama malaysia dan juga menyertai kategori terbuka
3. Penyanyi yang tak pernah pulang tangan kosong di dalam AJL yang disertai. Selain Fran & Jac.
4. Lagu single tanpa pengeluaran berbentuk fizikal yang pertama memenangi AJL
5. Memenangi vokal terbaik 3 tahun berturut-turut menyamai rekod Hafiz Suip
6. Memenangi vokal terbaik 3 tahun berturut-turut sejak menyertai balik AJL selama 3 tahun tersebut

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2017 07:44 PM | Show all posts
af_mania replied at 29-1-2017 12:41 PM
KOLEKSI VIDEO AJL DAYANG

Sempena kemenangan juara keseluruhan AJL Dayang sejak 18 tahun berada di ...

Dayang  improve bnyak in terms of vocal...Mesti masa dier sebak tue terkenang kembali dari awal dier join ajl...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2017 02:03 PM | Show all posts

tak..ura2 jah. maybe zaman tu sheols agak suram. dah siap masuk acting class dgn Ria Irawan katanya...
http://www.mstar.com.my/artikel/ ... ua_bulan_untuk_Luka



Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2017 02:06 PM | Show all posts
af_mania replied at 29-1-2017 12:41 PM
KOLEKSI VIDEO AJL DAYANG

Sempena kemenangan juara keseluruhan AJL Dayang sejak 18 tahun berada di ...

tak syak lagi Dayang antara penyanyi versatil yg paling berbakat...

irama malaysia, balada leleh, R&B, pop rock semua boleh nyanyi dgn hebatttt
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2017 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
refleCtion replied at 30-1-2017 02:06 PM
tak syak lagi Dayang antara penyanyi versatil yg paling berbakat...

irama malaysia, balada lele ...

Masa AJL 18 dayang jd opening act dengan adibah noor introduced lagu2 yg bertanding. Mmg sedap2 rendisi lagu2 tu dgn vokal dayang antaranya bunga bunga cinta, keabadian cinta, ku milikmu, akustatik, tandang bermadah dan hasrat perindu. Then sheols nyny masa interlud lagu pak ngah balik tu mmg lemak merdu, lenggok nya mmg sedap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.163425 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list