CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10988|Reply: 151

[Tempatan] Hampir putus kerana bergaduh berebut tanah pusaka.

  [Copy link]
Post time 28-2-2017 01:28 AM | Show all posts |Read mode



http://www.sinarharian.com.my/ed ... ebut-tanah-1.634770

WARTAWAN SINAR HARIAN
27 FEBRUARI 2017

[url=]
[/url]








Dari kiri: Keadaan luka dialami oleh salah seorang saudara akibat pergaduhan terbabit. Darah kelihatan di atas lantai di rumah berkenaan.


KUALA PILAH - Perebutan tanah dipercayai menjadi punca dua saudara bergaduh hingga keduanya mengalami kecederaan pada bahagian anggota badan di sebuah perkampungan di sini, pada 24 Februari lalu.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11 pagi, ketika wanita berusia 49 tahun bersama suaminya 50-an telah pergi ke rumah arwah ibunya untuk mengambil barang.


Bagaimanapun, menurut sumber, kehadiran mereka tidak disenangi bapa saudaranya yang mendiami rumah berkenaan.
Katanya, bapa saudara berusia lingkungan 50-an itu bertindak memarahi pasangan suami isteri itu dengan menghalau mereka.
“Bapa saudara turut beritahu, sesiapa pun tidak boleh balik ke rumah itu dan berlakunya pertengkaran antara mereka.


“Namun si suami pulang ke rumah untuk ambil telefon bimbit bimbang kejadian buruk berlaku.
“Kembalinya di rumah itu, bapa saudaranya secara tiba-tiba serang suami wanita itu dipercayai menggunakan parang. Suami wanita itu sempat tahan serangan itu gunakan buluh,” katanya.
Menurutnya, dalam pergelutan itu kedua-dua mereka cedera di tangan dan anggota badan.


“Kedua-dua mereka mahu pertahankan diri dari terus dicederakan hingga berlaku pertumpahan darah.
“Bimbang kejadian lebih buruk berlaku, pasangan suami isteri itu beredar dari rumah berkenaan dan membuat laporan polis di balai polis berhampiran demi keselamatan sejurus kejadian,” katanya.
Jelasnya, rumah itu didiami ibu wanita itu namun ibunya meninggal dunia tiga minggu lalu.


“Difahamkan, punca pergaduhan kerana perebutan tanah yang kini masih atas nama nenek kepada wanita dan ibu kepada bapa saudara tersebut.
“Dipercayai, pergaduhan itu bukan kali pertama berlaku sebaliknya kali ketiga dan ternyata kali ini lebih agresif hingga gaduh gunakan parang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Haslah Bachok mengesahkan kejadian.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan keduanya ditangkap kemudian direman bermula hari ini.
“Kes ini lebih kepada pergaduhan saudara menggunakan parang dan buluh. Luka-luka yang dialami mereka itu akibat kesan buluh dan luka terkena parang semasa pergaduhan,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasal harta pusaka mesti nak gado  .bongok tol . mcm uma arwah nenek aku masih nama dia maka perebutan pun berlaku . hasil petai la kelapa pun nak gado . pastu masam muka .padahal memasing da tua bangka  ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
... mata duitan betul, ni misti cina, sebab ingat harta aje
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 03:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaduh lagi saper hidup dia dapat
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 04:32 AM | Show all posts
pyropura replied at 27-2-2017 06:23 PM
... mata duitan betul, ni misti cina, sebab ingat harta aje

cina nie mau bawa pi kubur   
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 04:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm..sedihnya...
Sebab teringat krisis sendiri..
Cuma belom berparang segala je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2017 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikatan adik beradik kuat bila mak pak ade lagi jer. Bila dua2 dah xde, masing2 buat perangai. Ade jer yg mencucuk.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
eeeee tangan dia omggg nak
pengsan tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
baru je baca thread budak muda mampu
memilikki beberapa rumah di usia muda..

thread ni pulak dah berparang bagai
berebut harta pusaka..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 org lupa..satu hari nanti masuk dlm tanah juga
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 09:14 AM | Show all posts
perangai lahanat dibawa2 sampai ke tua...

nak sangat duduk harga mak pak, pegi tebus la...

wah, dah kecik2 dibela..tua2 pun nak dibela ker?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 09:41 AM | Show all posts
penat jerk berebut rebut
da tu nnti bermasam muka, bergaduh gaduh
silap2 ada cedera dn mati
cari sendiri lg puas hati
xde sape nak rebut
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat N9 kan harta pusaka jatuh kat ank pompuan....

Mgkin sbb tu cucu dtg nk tuntut...yg bapak sedara malas kerja...dok situ harap harta pusaka je lahh...


Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 10:19 AM | Show all posts
kesian.. sampai tua hadap harta pusaka..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 10:46 AM | Show all posts
setuju bab

- elok cari harta sendiri
- hubungan adik-beradik ni rapat masa ibubapa masih ada. pastu bawak hal sendiri

cuma agak sedih la sbb bila bawak haluan memasing, rumah pusaka orang tua tak terjaga lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Harta tak blh bwk masuk kubor pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2017 11:14 AM | Show all posts
tamak gila ko setan
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 11:16 AM | Show all posts
jangankan kata spesies pprt je duk berebut harta pusaka..around mzz yang educated kononnya belajar overseas, pangkat besar jusa vk vu etc pun duk berebut harta pusaka

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 11:19 AM | Show all posts
“Difahamkan, punca pergaduhan kerana perebutan tanah yang kini masih atas nama nenek kepada wanita dan ibu kepada bapa saudara tersebut.
Ngikut pada senario atas, apa yang aku nampak adalah....

Kalo ikut faraid, bapa saudara dia memang ada hak atas tanah tersebut.
(tanah milik mak dia, dan dia juga adek-badek dengan mak mentua mangsa kena parang)

Tapi stended minda melayu dulu-dulu, takkan agih harta semasa masih hidup.
Bila penama meninggal, anak-banak berbalah sampai ke cucu... nama masih tak bertukar lagi.


Tapi dalam kes ni, seperti ada kes tarik tali sesama adek-badek.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 11:21 AM | Show all posts
sbb tu agaknya orang mcm ni Tuhan tak bagi kaya2..
baru dpt harta sikit dah gelap mata buta hati..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.080654 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list