CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Hampir putus kerana bergaduh berebut tanah pusaka.

  [Copy link]
Post time 9-2-2018 10:20 PM | Show all posts
Cari harta sendiri la woi.......Tanah sekangkang kera pun sibuk.
Diam tak diam aku ada XX ekar tanah...........3/4 tanam sawit dan 1/4 tanam getah.
Takde aku nak rebut2 harta pesaka.......siap cakap kat aruah emak.......bagilah pada adik beradik yang susah.
Tapi ibubapa bagi juga kat aku sikit.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2018 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by iloveselangor at 9-2-2018 11:00 PM
batu kikir replied at 9-2-2018 10:20 PM
Cari harta sendiri la woi.......Tanah sekangkang kera pun sibuk.
Diam tak diam aku ada XX ekar tana ...


Atuk saya macam ni juga....

Moyang kami ada tinggalkan Galung (Bendang dlm bahasa Bugis), Galung kami terletak di Sg Panjang, Selangor.

Atuk saya mengusahakan dengan bapa nya menaiki sampan menelurusi Sg Bernam untuk ke Galung itu.

Sementara adik atuk saya belajar agama di Mesir.

Galung tu tidak bergeran dan berstatus tanah Kerajaan Negeri.

Selepas pulang keSelangor dan mnjawat jawatan dlm kerajaan negeri. Adik atuk saya telah memasukkan nama beliau sahaja ke dalam Galung itu utk permohonan TOL. Atuk saya tiada.

Atuk saya cuma diamkan diri tapi Pakcik saya bergaduh dan putus saudara dengan atuk saudara saya.

Untuk pengetahuan adik atuk saya sering keluar dlm RTM pada tahun 80 an berkenaan harta pusaka dan faraid

Yg menarik sesudah 10 tahun kematian beliau harta2 beliau belum selesai difaraidkan...anak heols imam di Klang dan ustaz tapi tidak sepakat jua...Allah tu memang adil,harta tak bawa mati
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 10:55 PM | Show all posts
Mak aku ada tanah seekar je,   Aku nasihat dia jual ,   sebab lokasi jauh dari rumah, tak  pernah  jenguk pun kebun tu  lagi.  Duit tu untuk diri dia sendiri, makan sedap2, pergi umrah, pergi holiday.  Tak berbaloi nak simpan sebab nanti berbalah sesama adik-beradik.    Dia pun dah tua, bila lagi nak enjoy hasil penat lelah masa muda.

Syukur mak aku ikut je, aku  pun lega, tak perlu risau  bila anak2  tak  dapat kirim duit.  Ye la musim gawat2 ni, masing2  pun dah mula miss bayar bill sana sini.   Menantu2 pulak termasuk husband aku semua kerja sendiri, memang terasa sangat.   
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 28-2-2017 08:56 PM
Sori ye kalau faraid tu bagus banyak kes dah settle. 42billion stuck.

Lebih baik bagi duit sama  ...

sis..kalau barang kemas banyak mana sekalipun mmg dpt kt anak2 perempuan je ke? Anak lelaki mmg x dpt hape? Mcm x fair pulak..akak tgk sedara akak anak2 pompuan dok chop brg kemas mak dorg yg byk giler tu.tp anak laki semua senyap je.padahal mak idup lg tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 12:00 AM | Show all posts
monreyes replied at 28-2-2017 01:53 PM
btw..tanah pusaka di N9, orang lelaki mana boleh ambil...budus...
sesekali aku terfikir nak jual ru ...

Elok dapatkan info yg betul tentang isu tanah pesaka di N9 sebelum komen melulu ngata orang lain bodoh.... nanti diri sendiri yg nampak bodoh.... .

Fyi, tanah pesaka yg diwariskan ke anak pompuan hanyalah tanah dlm kategori tanah pesaka adat (tanah adat). Ia itu tanah yg diwarisi turun temurun dari nenek moyang dedulu (selalunya tanah kampong tradisional/penempatan awal yg diteroka nenek moyang dedulu yg diwarisi oleh anak cucu (selalunya ada sawah, tanah kampong/dusun/kebun/etc. & tanah adat ni tidak boleh dijual/beli tapi diwariskan kepada pihak pompuan (anak pompuan atau saudara pompuan kalau takder anak pompuan @ takder anak langsung).  Tetapi sebahagian besar tanah N9 bukan tanah adat/tidak termasuk dlm kategori tanah adat. Tanah2 yg tak termasuk dlm kategori tanah adat sama jer cam tanah2 kat tempat lain, boleh dijual/beli, diwarisi oleh anak2 melalui faraid (lepas mak/ayah meninggal) atau diwarisi melalui persetujuan bersama anak2/waris yg berhak.

Jadi takder isu pun pasal tanah pesaka ni kalau bukan tanah adat pesaka dari tok/nenek/moyang dedulu.....  (eg. tanah pesaka arwah mak saya bukan tanah adat (arwah ayah beli tanah tu, buat umah & bubuh nama mak), walaupun tanah nama arwah mak & dia meninggal bebelas tahun sebelum arwah ayah tapi takder sapa pun sedara mara/adik beradik arwah berani kacau/tuntut tanah tu sbb mereka takder hak pun. Tanah tu sekarang atas persetujuan bersama adik-beradik bubuh nama adik lelaki yg tinggal kat kampong (tanah pun tak besar mana & tak ekonomik untuk dibagi-bagi sikit sorang), yg lelain dah kerja/kawin merata tempat, cari harta sendiri... takder isu pun kalau memasing faham pasal tanah pesaka ni).

Lelain info yg detail pasal tanah pesaka ni silalh cari sendiri kak, saya dulu pun tak faham hal2 tanah pesaka ni (sama cam orang lain gak) tapi lepas baca, cari maklumat yg betul, etc. ... itulah yg saya tau/faham untuk maklumat asas akak...tq.

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 12:37 AM | Show all posts
monreyes replied at 1-3-2017 10:49 AM
Tanah pusaka adat boleh dijual
Oleh HUSAINI AMRAN


...."Bagaimanapun tanah adat berkenaan tidak boleh dijual kepada pembeli dari suku yang lain atau tidak sewaris. Urusan jual beli itu perlu mendapat kelulusan lembaga terlebih dahulu," katanya. .....

Walaupun sekarang dah boleh jual/beli (dlm suku sama/sewaris) tapi kena ingat tanah tu masih dlm kategori tanah adat, jadi bila pemilik meninggal pewarisan tanah tu masih mengikut adat semasa yg digunapakai. (Semak enakmen tanah adat N9 untuk lebih detail). Sesapa yg bercadang nak beli tanah tu, eloklah beli tanah yg tak termasuk dlm tanah adat, jadi kita tak terikat dgn peraturan adat ni.
  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2018 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by munchkin at 10-2-2018 12:45 AM
kakiah12 replied at 9-2-2018 11:06 PM
sis..kalau barang kemas banyak mana sekalipun mmg dpt kt anak2 perempuan je ke? Anak lelaki mmg x  ...


Bahagilah lah sama rata.


Nenek spouse i bahagi sama rata anak laki pun dapat. Depa nak jual ke hapa depa punya hal. Semua anak semua sama.

Tak yah lah pakai faraid ni. Yg penting mak bapak anak2 sepakat bagi sama rata.

Belah my nenek mother buat sama. Bahagi sama rata.

Belah nenek father depa serahkan semua tanah duit barang kemas pada adik beradik perempuab. Sebab anak laki semua berduit. Depa pikir kalau adik2 perempuan ada masalah ekonomi at least adik beradik perempuan tu terbela. Sebab tu my father and uncles tak ambil sebarang duit harta semua. Kerana kalau mereka tak menanggung saudara perempuan mereka rasa bersalah/dosa. So depa let go awal2. Tapi apa hal adik perempuan masalah semua abang2 still tolong dari segi duit serta tanggungjawab. Anak anak buah pun uncles i tolong financially sampai habis belajar.

Konsep faraid kenapa laki dapat lebih sebenarnya mereka kena tampung saudara perempuan tu. Bukan utk tembolok diri sendiri. Ramai amalkan utk tembolok sendiri. Tanggungjawab pun kena faraid tau.

Sebab tu tak payah pakai faraid. Zaman ni perempuan dah boleh keluar rumah boleh manage duit sendiri bukan macam zaman dulu.

Tapi kena sepakat lah. Bahagi sama rata. Sebab hal faraid ni i tengok ramai bergaduh dan keluarga berpecah belah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 12:57 AM | Show all posts
monreyes replied at 1-3-2017 08:47 AM
org lelaki yg kawen dgn org N9...
dan tinggal di N9 di tanah pusaka isteri...
in case isteri mat ...

dah tinggal menumpang kat tanah pesaka hakmilik isteri (diwarisi dari mak/ayah/tok nenek dia) bukan harta sepencarian/tanah milik cari sendiri memanglah kena halau, kat memana pun boleh jadi kes camni bukan N9 jer....  tapi yer lah bila dah marah/tak puashati tu memacamlah citer buruk keluar nak cover diri seniri....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2018 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
al-dajjal replied at 28-2-2017 04:32 AM
cina nie mau bawa pi kubur

cina tak perlu berebut harta sbb bila mati harta benda boleh dikirim  pd roh simati .atau pun dulu dulu barang kemas dibawak masuk kubur sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 01:20 AM | Show all posts
lurve82 replied at 2-3-2017 08:26 AM
xsemua org n9 pki adat tu lg...family belah mak dgn arwah abah aku semua pki faraid...arwah abah aku ...

Mungkin tanah tu tak termasuk dlm kategori tanah adat (walaupun tanah pesaka sbb bukan semua tanah dikampong-kampong termasuk dalam/adalah tanah adat). Kalau tanah adat memang kena rujuk tok lembaga adat sebelum diwariskan kpd yg berhak bukan boleh bagi-bagi gitu sesuka hati (ie. setakat yg saya faham/tahu gitulah, kalau tak memang tak boleh nak tukar nama geran tanah tu).
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 10-2-2018 01:08 AM
cina tak perlu berebut harta sbb bila mati harta benda boleh dikirim  pd roh simati .atau pun dulu ...

Mana ko tahu cina tak bergaduh pasal pusaka...

Kawan meols dulu dengan aunty dia asyik sembang pasal pusaka je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kira tua ker muda...golongan yg mmg hidup atas harta duit dr turun temurun mmg cenggitew. Tak tau nak cari sumber kewangan sendiri. Kesian tengok. Hidup diorg ni senang lenang...tak perlu kerja susah. Golongan ni mmg berkira dan tak boleh org lain dapat walaupun ciput. Dia tak sedar dia dah bolot mcm2 habiskan duit makpak berapa bnyk
Endingnyer...golongan ni bergaduh sesama sendiri demi membolot harta or duit makpak
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanah nama nenek kepada makcik tu.mak makcik tu dah meninggal maka rasanya terputusla hak faraid tu kan.mmg dapat ke anak lelaki nenek tu la.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni belah mak aku tgh kecoh gak pasal rete seciput tu. Pakcik2 aku yg x jenguk x ambik tau hal arwah atuk aku tetiba je dtg menuntut. Aku nasihatkan mak aku ikut je faraid bwk g jumpa lawyer bg je hak diorg. Kalau diorg x jalankan tanggungjawap dosa tu biar diorg tanggung. Lagipun mak aku dah stabil x yah pening2 tiap2 bulan hasil ladang ada.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 08:49 AM | Show all posts
usah di buat main perihal pusaka
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 10:30 AM | Show all posts
sulan01 replied at 10-2-2018 12:00 AM
Elok dapatkan info yg betul tentang isu tanah pesaka di N9 sebelum komen melulu ngata orang lain b ...

ni citer psl tanah pusaka adat la...
bukan tanah yg dibeli sendiri...
dah tentu2 lah x sama treatment dia....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 08:30 PM | Show all posts
monreyes replied at 12-2-2018 10:30 AM
ni citer psl tanah pusaka adat la...
bukan tanah yg dibeli sendiri...
dah tentu2 lah x sama trea ...

citer pakcik yg berebut tanah pusaka tu pun takder sebut tanah tu tanah adat (tentulah tak boleh terus nak andaikan/anggap tanah tu tanah adat sedangkan kita tak pasti pun hal sebenarnya, tak kan terus nak maki 'bodoh' camtu..... Selalunya tanah adat ni kalau rujuk pd Tok Lembago pun tak kan dapat kepihak lelaki kalau masih ada waris yg pompuan, jadi tak guna nak direbut pun (jarang sesangat lelaki nak rebut tanah adat ni sbb dah turun temurun orang tau hak perwarisan tanah adat ni).

Dan, tidak semestinya tanah yg tidak dibeli tu automatik jadi tanah adat. Banyak juga tanah yg tidak dibeli tapi bukan tanah adat (eg. tanah2 kerajaan yg diteroka oleh mak/ayah, tok/nenek terdahulu yg kemudiannya diberi hakmilik/geran, atau tanah yg dipohon dari kerajaan dan diberikan geran hakmilik, tidak/bukan termasuk dlm kategori tanah adat). Tanah2 ni bila pemilik meninggal tetap akan jadi tanah pesaka yg sering direbut oleh adik beradik/keluarga tapi bukan tanah adat (jadi peraturan tanah adat tak terpakai disitu).  
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 28-2-2017 08:56 PM
Sori ye kalau faraid tu bagus banyak kes dah settle. 42billion stuck.

Lebih baik bagi duit sama  ...

Betul setuju...skrang ni perempuan pun tanggung belanja rumah. Kena fikir logiklah.Lagi banyak kena tanggung. Napa ye majlis fatwa tak boleh tolong ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 9-2-2018 10:20 PM
Cari harta sendiri la woi.......Tanah sekangkang kera pun sibuk.
Diam tak diam aku ada XX ekar tana ...

Kamu banyak duit bolehlah cakap macam tu...kalu orang yang x bekerja, mmg susah, memang derang berharap sangat tanah pusaka.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tanah dan rumah pusaka. Nama tanah dah tukar ke semua nama anak2. Lps tu rumah tu diamanahkan utk dijaga oleh sorang anak yg mana seorang ibu tunggal. Dia diamanahkan utk jaga ajer, tp skrg anak dia si lelaki dgn 3 bini sekali duk kat umah tu. Tak pernah pulak minta izin pakcik makcik nak duduk kat umah tu. Dah la pakai serban jubah kunun berpangkat dlm Arqam. Tp bab agama bodoh nak mampos. Boleh petik2 bab mana nak pakai dlm agama ni kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.083411 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list