CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1277|Reply: 13

[Tempatan] Sempadan Bukit Kayu Hitam, Padang Besar 24 jam

[Copy link]
Post time 14-3-2017 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Sempadan Bukit Kayu Hitam, Padang Besar 24 jam

KANGAR – Jemaah Menteri dilaporkan sudah memberi lampu hijau supaya pintu sempadan dengan Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar, Perlis dibuka secara 24 jam.

Dua pintu sempadan itu pada masa ini beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Sinchew Daily melaporkan, langkah melanjutkan wakti operasi pintu sempadan mungkin dilaksanakan seawal bulan depan tetapi juga mungkin ditunda sehingga Julai.

Walaupun pegawai Kastam Diraja di Malaysia (KDRM) dan Imigresen berdiam mengenai perkara itu, tetapi ura-ura mengenai operasi 24 jam sudah pun bertiup kencang.

Pegawai Imigresen Thailand pula memberitahu tidak tahu akan perkara itu dan menyatakan khabar angin bertiup dari arah Malaysia.

Walau bagaimanapun, para pengusaha industri pelancongan melihat operasi 24 jam akan menggalakkan pelancong menghabiskan lebih banyak masa di Thailand.

“Kami pada masa ini perlu bertolak pulang dari Hatyai selewat-lewatnya pukul 10 kerana pintu sempadan akan ditutup pada pukul 12 tengah malam.

“Jika pintu sempadan beroperasi 24 jam, pelancong mungkin mahu berada lebih lama di Thailand,” kata seorang pengusaha.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah pernah mencadangkan supaya operasi pintu sempadan dipendekkan.

Cadangan itu dibuat selepas mengambil kira bahawa lebih 10,000 orang menggunakan sempadan di Bukit Kayu Hitam dari pukul 6 petang hingga tengah malam setiap minggu untuk berhibur di Dannok di sebelah Thailand.

Keadaan itu dikatakan hanya menguntungkan perniagaan di Thailand dan merugikan Malaysia.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2017 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan aritu JIM deny bende ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegawai Imigresen Thailand pula memberitahu tidak tahu akan perkara itu dan menyatakan khabar angin bertiup dari arah Malaysia.

Hahaha, kelakar la ayat ni....wartawan ni pandai menulis ke idak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 01:28 PM | Show all posts
pyropura replied at 14-3-2017 01:21 PM
Kan aritu JIM deny bende ni kan?

sapelah jim bila munturi da bersora sdgkn peguam negara pom boleh dibeli
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 01:34 PM | Show all posts
kentel replied at 14-3-2017 01:28 PM
sapelah jim bila munturi da bersora  sdgkn peguam negara pom boleh dibeli

bolehla ummah perlis shopping khuenzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
danok tu klo xde org malaysia, sunyi. pub kiri kanan, area hotel tu semua org malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2017 01:48 PM | Show all posts
kan elok biar je pukul 6 pagi sampai 12 malam tu..
buat apa nak buat 24 jam..
ko nak berhibur, tido je la kat thailand..
kejadah nak bergegas balik sebelum pukul 12 macam cinderella..
bukan bertukar jadi labu pun kalau tido kat sana..
ke takut bini hambat?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 01:49 PM | Show all posts
terpaku replied at 14-3-2017 01:34 PM
bolehla ummah perlis shopping khuenzzzz

xkoser la nk g perlis...dahla panas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2017 01:59 PM | Show all posts
malaysia memang suka buat benda yang tak menguntung kan negara. tengok Legoland. buat mahai2  but org buat transit kejap je utk ke Singapore. nak pusing balik modal mcm mana dah semua kita buat bagi untung negara jiran. bukan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 02:17 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 14-3-2017 01:48 PM
kan elok biar je pukul 6 pagi sampai 12 malam tu..
buat apa nak buat 24 jam..
ko nak berhibur, tid ...

cinderella versi Mr kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 02:19 PM | Show all posts
m'sia bt 24jam pn tp kalau thai x buat baik x pyh...tercongok jugak kt situ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 02:32 PM | Show all posts
seronoklah kaum jate cikcuran di danok....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 10:00 PM | Show all posts
Jyeahh


bleh celop & karok all nite longg

manyiakk syiokk ooo
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi ke tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.271578 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list