CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11731|Reply: 38

Alopecia (Kebotakan): Tanam Rambut Atasi Botak

[Copy link]
Post time 31-3-2017 01:41 AM | Show all posts |Read mode
RAMBUTNYA yang semakin menipis sangat membimbangkan Alisa. Setiap kali dia menyikat rambut pasti banyak rambut yang melekat pada sikat dan di atas lantai. Jika boleh, dia tidak mahu melihat rambutnya yang gugur itu kerana hanya akan membuatkannya risau.

Apa yang paling dibimbangkan ialah lama-kelamaan mungkin dia akan menjadi botak. Tidak dapat dibayangkan jika dia botak.

Keadaan yang dialami Alisa adalah sebahagian daripada simptom alopecia (kebotakan), yang perlu dirujuk kepada doktor bagi mendapat rawatan sewajarnya.

Doktor estetik dari Klinik Dr. Deleila, Dr. Hatun Deleila Azrai, 45, berkata, alopecia ialah satu keadaan yang dialami kira-kira 60 peratus lelaki dan 40 peratus wanita dari semua peringkat umur.

Alopecia mungkin disebabkan oleh genetik, hormon, trauma, penyakit psikologi, trekking (memberatkan rambut dengan mengikat ketat, tocang dan sebagainya yang lama-kelamaan keadaan ini akan menyebabkan akar rambut boleh tercabut) dan tabiat suka menarik rambut.

Terdapat juga kanak-kanak yang suka memakan rambut sendiri yang dipanggil sebagai trichotillomania.

Katanya, terdapat juga kes kanak-kanak mengadu sakit perut, yang disangka oleh ibu bapa mereka mempunyai masalah cacing di dalam perut, tetapi setelah pemeriksaan doktor dilakukan, terdapat gumpalan rambut di dalam perut kanak-kanak tersebut.

Kontraseptif, ubat mencairkan darah, antikemurungan, steroid, penyakit darah tinggi, kencing manis, stres dan sebagainya juga menjadi salah satu sebab kepada alopecia.

Lelaki lebih kerap mengalami alopecia tanpa mengira umur, malah ada remaja yang berusia 18 tahun sudah mengalami gejala tersebut berpunca daripada keturunan.

“Sebaliknya, wanita jarang mendapat penyakit ini cuma rambut mereka semakin menipis. Amat jarang sekali wanita yang mengalami botak keseluruhan. Alopecia yang dialami lelaki seakan-akan satu paten di atas kepala namun bagi wanita, rambut mereka semakin menipis hingga menampakkan kulit kepala.

“Masalah kesihatan seperti hipotiroid dan hipertiroid yang dialami lelaki dan wanita juga akan menyebabkan alopecia.

“Rawatan bagi menumbuhkan rambut semula boleh dilakukan tetapi doktor akan mengkaji dahulu punca-punca kepada rambut gugur yang dialami seseorang. Diagnosis alopecia bergantung kepada puncanya sama ada sementara atau definitif.

“Jika kebotakan tersebut berpunca daripada sesuatu penyakit, biasanya doktor akan merawat penyakit tersebut terlebih dahulu, kemudian barulah rawatan kepada rambut gugur diberikan,” kata Dr Hatun Deleila ditemui Mega Rona di kliniknya di Segambut, Kuala Lumpur .

Ujarnya, alopecia boleh dirawat dengan menggunakan kaedah dhd testesterone, di mana minoxidyl yang meransang pertumbuhan rambut akan dititiskan pada kulit kepala.

Kaedah lain ialah dengan cara mengurut kulit kepala, mencuci rambut dengan syampu yang sesuai serta perapi, dan mencuci liang roma dengan minyak tertentu. Minyak yang digunakan juga tidak boleh terlebih atau terkurang kerana jika terlebih, liang roma akan tersumbat dan akan membuatkan situasi rambut tidak sihat dan akhirnya gugur.

Dalam cuaca negara kita yang panas, adalah lebih baik jika rambut dicuci setiap hari. Begitu juga dengan atlet yang sentiasa berpeluh digalakkan untuk kerap mencuci rambut.

Menurut Dr. Hatun Deleila lagi, terdapat banyak jenama syampu di pasaran namun sebagai pengguna, pilih syampu yang mengandungi bahan-bahan yang bagus bagi kesihatan rambut, seperti mengandungi vitamin E dan avocado.

Wanita yang memakai tudung dinasihatkan supaya tidak memakai serkup kepala yang ketat dan jangan mengikat rambut dengan getah yang ketat.

Ini akan menyebabkan rambut tidak boleh bernafas. Pilih tudung dan serkup daripada jenis kain kapas yang boleh menyerap peluh. Adalah tidak logik pendapat sesetengah orang yang mengatakan rambut banyak gugur kerana bertudung. Mungkin rambut nampak nipis dan melepek semasa bertudung tetapi bukan kerana rambut gugur.

“Adalah normal rambut gugur di antara 100 hingga 150 helai sehari. Secara umumnya, orang Asia memiliki paling banyak rambut, kedua orang Barat dan ketiga orang Afrika.

“Rambut orang Asia tumbuh sebanyak 1.25 sentimeter sebulan dan purata setahun sepanjang 15 sentimeter. Minyak kelapa yang disapukan pada akar rambut adalah bagus bagi merangsang pertumbuhan rambut dan menghitamkan kerana minyak tersebut akan meresap ke dalam keratin rambut.

“Kini terdapat teknologi menanam rambut dengan menggunakan rambut tiruan yang dibuat daripada fiber. Pelanggan boleh memilih untuk tempoh tiga atau lima tahun dan panjang rambut yang diingini.

“Terpulang kepada seseorang individu untuk melakukannya sama ada untuk suami, mempunyai penyakit yang menyebabkan rambut gugur atau masalah ini yang berpunca daripada keturunan,” katanya.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2017 05:06 AM | Show all posts
Good article WS,
Boleh diguna utk menjawab byk persoalan di mesia. Jika pun ramai yg bertudung (alhamdulillah), namun, alopecia tetap menjadi isu kepada ramai wanita islam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2017 03:06 PM | Show all posts
ipes2 replied at 30-3-2017 09:06 PM
Good article WS,
Boleh diguna utk menjawab byk persoalan di mesia. Jika pun ramai yg bertudung (alh ...

Thank you Dr. Ipes. Semoga article ni dapat membantu sesiapa sahaja yang mengalami masalah alopecia. Boleh cepat-cepat dapatkan rawatan yg sewajarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2017 02:04 AM | Show all posts
Hukum Menanam Rambut Menurut Perspektif Islam:

Keputusan Fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 - 22 April 2011 telah membincangkan Hukum Menanam Rambut Di Kepala. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam tidak menghalang umatnya untuk melakukan sesuatu rawatan seperti menanam rambut di kepala dengan tujuan untuk memperelokkan diri dari keaiban, selagimana tidak bertentangan dan melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menanam rambut di kepala adalah HARUS dengan syarat penanaman rambut adalah dengan menggunakan rambut sendiri, menggunakan bahan-bahan yang suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan mudharat.

Info Lanjut: http://drzidihairtransplant.blogspot.my/2015/08/fatwa-majlis-kebangsaan-malaysia-dan.html


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2017 02:25 AM | Show all posts
Process of hair transplant surgery

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2017 07:29 PM | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 31-3-2017 03:06 PM
Thank you Dr. Ipes. Semoga article ni dapat membantu sesiapa sahaja yang mengalami masalah alopeci ...

saya yakin forumers suka article sebegini
thank you
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2017 07:32 PM | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 1-4-2017 02:04 AM
Hukum Menanam Rambut Menurut Perspektif Islam:

Keputusan Fatwa

very good WS, well-researched your article nih; bravo
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2017 07:35 PM | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 1-4-2017 02:25 AM
Process of hair transplant surgery

colleague sy dia pakistani; balik dari long holidays, sy nmpk dia berbeza.
rasa nak tanya tapi segan pastu dia kata dia buat hair transplant.
dia muda lagi tapi ada male-pattern baldness.
memang tanam sikit sikit masa procedure tu, mcm tanam padi
gigih surgeon nye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2017 10:59 PM | Show all posts
ipes2 replied at 2-4-2017 11:35 AM
colleague sy dia pakistani; balik dari long holidays, sy nmpk dia berbeza.
rasa nak tanya tapi se ...

Mesti colleague Dr. nampak lebih berkeyakinan bila dah start tumbuh rambut. Rambut ni mahkota keunggulan individu.

Kalau procedure tanam rambut ni sikit-sikit macam tanam padi, secara keseluruhannya sesiapa yang menjalani rawatan tanam rambut ni harus menjalani rawatan di hospital lebih dari sekalilah ye Dr.? Kalau betul, how many treatment sessions per patient untuk jalani rawatan tanam rambut ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2017 11:42 PM | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 2-4-2017 10:59 PM
Mesti colleague Dr. nampak lebih berkeyakinan bila dah start tumbuh rambut.  Rambut ni mahkot ...

Yang ini saya tak berapapasti how many sessions nye. Sebab ini termasuk dalam cosmesis dan sy sgt kurang experience dalam cosmetic procedures. Tapi yg saya tahu dia kata memang lama kawan dia buat kat dalam dan dia dalam oeprating room lama jugak, dia kata depa tanam sikit sikit carefully each time..sampai berjam katanya.. sy rasa mesti ada beberapa teknik, kan?

berkenaan dgn keyakinan diri, ya saya faham apa maksud WS tentang ini. Begitupun, kita selalu diharapkan untuk membentuk sendiri keyakinan kita, sama ada kita berambut atau botak, obese atau slim, tinggi atau rendah, cantik atau plain. Tetapi ini adalah dunia nyata..kekadang kita tak dapat lari dari rasa rendah diri atas sebab sebab fizikal. Semoga kita sentiasa cekal dan tabah..sy rendah 5' 5'', so sy selalu berharap utk tinggi ha ha mimpi la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2017 03:31 PM | Show all posts
ipes2 replied at 2-4-2017 03:42 PM
Yang ini saya tak berapapasti how many sessions nye. Sebab ini termasuk dalam cosmesis dan sy sgt  ...

Tengok video time dia tanam rambut tu rasa nyilu pula. Tapi sangat interesting tgk process tanam rambut tu. Saya teringin nak tolong Dr. itu tanam rambut and buat jahitan sekali. Rasa thrill sangat nak cuba.

5'5 kira average height untuk org Asia kan? Dr. takdalah rendah sangat. Saya pernah jumpa orang yang lebih rendah dari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
artikel yg bagus. adik beradik hubby kebanyakkan masuk 30an botak.. tp hubby mmg sm tiap malam sebelum tido akan sapukan minyak jeton atau argan oil. mmg rambut masih tebal hitam kilat. uban pun ada satu dua.

hurm.. teringin plk rambut tebal sbb  aku ni mmg nipis, org panggil rambut bulu jagung.dua2 anak rambut nipis,hingga 5 tahun masih nampak kulit kepala manakala anak org lain rambut tebal.huhu..

selingan eh.. adakah ni rawatan yg kak mah n sammy vellu buat? tebal rambut diaorg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2017 03:37 PM | Show all posts
Edited by WhiskeyScotch at 4-4-2017 09:05 AM
Super-M replied at 4-4-2017 12:29 AM
artikel yg bagus. adik beradik hubby kebanyakkan masuk 30an botak.. tp hubby mmg sm tiap malam sebel ...

Hahaha tak tahulah. Mungkin juga kak mah dan sammy vellu tanam rambut sebab rawatan ni terbukti berkesan pada banyak pihak. You can recommend  adik beradik husband you to undergo this procedure. Nanti boleh share experience dekat sini. Macam menarik I tgk procedure dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 4-4-2017 03:37 PM
Hahaha tak tahulah. Mungkin juga kak mah dan sammy vellu tanam rambut sebab rawatan ni terbukti be ...


haha..nnti sm akan suggest kan kat diaorg..

@awanjingga @ipes2 @reeny ingat x pix yg sm edit kita berambut kembang kak mah aritu?   so mybe rawatan ni boleh realisasikan impian korang. kihkih..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 09:38 AM | Show all posts
Super-M replied at 5-4-2017 08:45 AM
haha..nnti sm akan suggest kan kat diaorg..

@awanjingga @ipes2 @reeny ingat x pix yg sm edit ...

hahaha... masih terbayang lg jelas dlm ingatan.... kembang setaman rambut iols...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 10:30 AM | Show all posts
Super-M replied at 5-4-2017 08:45 AM
haha..nnti sm akan suggest kan kat diaorg..

@awanjingga @ipes2 @reeny ingat x pix yg sm edit ...

hahahahahaha

mana blh lupalah M..
tu lah byk gak rambut ggur

yg argan oil tu mmg berkesan ke
M gn jenama apa?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2017 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
awanjingga replied at 5-4-2017 10:30 AM
hahahahahaha

mana blh lupalah M..

berkesan,m xpasti kat malaysia ada jual x.. m beli kat US base masa kat japan. tp mmg bkesan.

masa m lepas bsalin gugur rambut m pakai cemceman hair tonic dari mustika ratu. bagus gak.  rambut xgugur, tumbuh baru. adik m gugur rambut dia pakai minyak kelapa dara, tebal rbut dia skrg.. tp adik ipar m dia pakai minyak buah keras org jual kat FB.. mmg rangsang rambut tumbuh tebal.. tapi rambut maha kering serupa berus sabut
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:56 AM | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 3-4-2017 03:31 PM
Tengok video time dia tanam rambut tu rasa nyilu pula. Tapi sangat interesting tgk process tanam r ...

Kat Mesia, Malay males averagenye 5' 5.5''; tapi ini termasuk org tua tua; kat mesia kan golongan muda semua dah tinggi sgt; generasi baru ni mmg lain. (chinese males in mesia 5'6.5''; on average, indian men kat mesia average nya taller ie 5'6.5'' hingga 5' 7'', tetapi wanita india 1.5'' lebih rendah dari wanita chinese di malaysia on average nya
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:57 AM | Show all posts
reeny replied at 5-4-2017 09:38 AM
hahaha... masih terbayang lg jelas dlm ingatan.... kembang setaman rambut iols...

macam mana rambut Kak Mah jadi camtu ek?

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 10:15 AM | Show all posts
ipes2 replied at 6-4-2017 04:57 AM
macam mana rambut Kak Mah jadi camtu ek?

ipes kena minta kak mah turunkan ilmu menjaga rambut biar kembang sentiasa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.240660 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list