CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1709|Reply: 11

[Dunia] Nenek Kencing Seluar, Diberi Pampasan RM222

[Copy link]
Post time 6-4-2017 04:02 PM | Show all posts |Read mode
LONDON – Seorang nenek berusia 87 tahun terpaksa menahan malu dan duduk dalam pesawat sepanjang penerbangan dengan pakaiannya itu basah kuyup akibat terkencing.

Ini gara-gara tindakan pelik pramugari pesawat British Airways yang tidak membenarkan wanita tua tersebut untuk pergi ke tandas, dakwa anak perempuan wanita itu kepada akhbar popular tempatan, Daily Mail.

Lebih menyedihkan, wanita tua itu, Kocharik Tsamouzian, menerima satu lagi tamparan hebat setelah syarikat penerbangan British tersebut menawarkannya dengan wang pampasan hanya sebanyak £40 (RM222).

Ganti rugi tidak seberapa itu sudah dikecam anak perempuannya, Aida Behroozi sebagai penghinaan. Insiden itu dalam penerbangan selama 13 jam dari Los Angeles, Amerika Syarikat ke London yang tertangguh selama 90 minit.

Aida, 62 tahun, memberitahu bahawa ibunya itu tiba di lapangan terbang Heathrow dengan pakaian basah kuyup dan kelihatan tertekan namun beliau hanya mendiamkan diri dalam perjalanan pulang ke rumah.

Ini kerana wanita itu terlalu malu untuk menceritakan apa yang terjadi di hadapan suami anaknya. Ibunya itu hanya memberitahu apa yang sebenarnya berlaku ketika mereka sudah tiba di rumah.

“Mereka tawar pampasan hanya £40. Ia satu penghinaan. Saya berang sekali. Saya menulis e-mel dan minta cakap dengan mana-mana kakitangan. Ia benar-benar hina, saya tidak mahu ambil £4,000 pun daripada kamu…

“Saya mahu kenyataan meminta maaf yang betul,” kata Aida. Malah, dia menjadi lebih berang setelah diberitahu bahawa wang pampasan £40 itu sebenarnya bukan untuk insiden ibunya yang dilarang menggunakan tandas.

Tetapi sebagai pampasan kerana alat hiburan dalam pesawat tidak berfungsi. Menceritakan lanjut, Aida berkata ibunya, yang tinggal di Los Angeles, pergi ke London pada 22 Disember untuk meraikan Krismas bersama dia.

Ibunya naik berang apabila dilarang ke tandas, hingga bangun dari tempat duduknya dan berkata “Saya akan ke tandas sama ada anda suka atau tidak.” Namun seorang pramugari bernama Mandy berdiri di hadapannya.

Dia berkata “Anda tidak akan ke tandas!” Aida seterusnya berkata ibunya kemudian mengalami kesakitan di bahagian ginjal kerana tahan kencing terlalu lama, sehingga akhirnya tidak dapat menahannya lagi.


“Beliau bukan tidak boleh menahan air kencing, beliau tidak mengalami sebarang masalah, tetapi beliau wanita tua dan apabila anda perlu pergi (buang air kecil), anda perlu pergi,” ujarnya lagi kepada Daily Mail.

Sementara itu, pihak British Airways mengakui insiden tersebut dan sudah meminta maaf dengan menyatakan bahawa: “pelanggan kami mengalami pengalaman yang begitu menganggu perasaan.”

Jurucakap itu menyatakan bahawa di bawah peraturan keselamatan Penguasa Penerbangan Awam, penumpang mesti kekal di tempat duduk masing-masing dengan tali keledar dipasang, selepas pesawat sudah mula bergerak.

“Keselamatan setiap penumpang sentiasa diutamakan kami,” menurut jurucakap British Airways dalam kenyataan makluman kepada Daily Mail. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 04:17 PM | Show all posts
Kesiannya nenek tu. Pampasan diberikan tak setimpal. Bitchy gila pramugarinya. Anda tidak akan ke tandas!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:23 PM | Show all posts
Kesian kat nenek tuh.....

Bukan main lagi si pramugari tuh tak kasi pegi toilet, mentang2 la nenek tuh dah tak kuat kudrat dan naik pesawat sorang2....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:40 PM | Show all posts
kot kapalterbang tengah tak stable ke apa, kang tercampak nenek tu satu hal jugak..
ke masa nak dekat depart/landing nak gi toilet?
patutnya anak dia pakaikan emaknya diapers..
lagi-lagi orang tua ni memang kerap nak kencing..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya get redi la dgn pampers..dh tau keadaan diri cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:57 PM | Show all posts
tetiba teringat video ni

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-4-2017 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin ada sebab la tu pramugari tu tak bagi ke tandas. Takkan sesaja nak tunjukkan gaya diva

Acik pun dah tu keadaan tak mengizinkan, TENA kan ada. Gunakan lah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 05:56 PM | Show all posts
Siannya sebab tu kalau dah tua cam tu elok ada peneman kalau nak kemana2 senang kalau jadi apa2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 09:19 PM | Show all posts
rules are rules..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Anaknye kedekut ..belila pamper dewasa.
Dh tu mak hang..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kengkadang, orang tua sendiri tamau pakai lampin walau anak dah belikan. Macam nenek iolls. Dia sendiri tamau guna walaupun anak dah beli. Sesetengah orang tua tak selesa pakai lampin. Jadi pramugari tu kena lah pepandai jaga customer yang berumur cam ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2017 06:53 AM | Show all posts

Hahahahahahaha. Muka pramugara tu yang tak menahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061118 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list