CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2338|Reply: 6

[Pelbagai] KONSERT PUISI PERTAMA @ ISTANA BUDAYA-22 APRIL 2017

[Copy link]
Post time 7-4-2017 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 16-4-2017 04:19 PM

Kepada semua peminat puisi/sastera, moh la kita penuhkan panggung & sokong Konsert Puitika Pujangga.

Konsert 2 jam ni menampilkan Penyair Muda ASEAN 2015 - Umar Uzair yg akn menyampaikan rangkaian lagu-lagu puisi dari albumnya, Sasterawan Negara Dato' Dr. Kemala, Deklamator Kebangsaan - Lin Haslinaz & Fairul Pujangga diiringi orkestra tradisional Pahang - Anak Kayan.

Tiket berharga RM38 SAHAJA boleh didapati secara online di mejapoedjanggamalaysia@gmail.com /0176976761.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2017 03:33 PM | Show all posts
KONSERT BUAT PENCINTA PUISI
Biarpun puisi kurang menjadi pilihan utama masyarakat, ia bukanlah penghalang buat penyair muda Umar Uzair untuk menganjurkan Konsert Puitika Pujangga 2017 yang membariskan ramai karyawan muda.
Menerusi syarikatnya, Meja Poedjangga Malaysia, Umar yang bergelar Penyair Muda ASEAN 2015 mewakili Malaysia, bekerjasama dengan Youth Beat Event Management mengadakan konsert yang akan berlangsung di Lambang Sari, Istana Budaya pada 22 April ini, jam 8.30 malam.
Selain Umar yang terbabit membaca puisi, Konsert Puitika Pujangga turut membariskan Sasterawan Negara Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah atau Kemala, Fairul Pujangga (deklamator kebangsaan), Lin Haslinaz (deklamator kebangsaan), Shirley Idris bersama teateris belia,
Taufiq Izmir, Waslie Duby, Munir Kamaruzzaman dan Zack Jebat serta penampilan orkestra tradisional kumpulan Anak Kayan dari Pahang dan Rizalman Nasir (Pelukis Catan).

Umar berkata, objektif konsert ini diadakan bagi meraikan semarak seni belia dengan menggabungkan sasterawan negara, penyair, aktivis seni dan artis selain memupuk semangat positif serta kreatif dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Kita perlu Puitika Pujangga 2017 gabung karyawan muda, sasterawan negara mempamerkan rasa cinta terhadap budaya dan bahasa. Ia didatangkan dalam sebuah muzikal puisi pertama di Malaysia yang menggabungkan lagu puisi, deklamasi, teater pendek dan lukisan catan secara langsung berdurasi lebih satu jam.
“Perancangan untuk konsert ini dibuat sejak September tahun lalu dan selepas melihat jadual, April adalah masa tepat untuk konsert ini diadakan,” katanya.
Menurut Umar, cabaran besar adalah mengetuk pintu IB agar menerima kertas cadangan ini dan bersyukur apabila Ketua Pengarahnya, Datuk Juhari Shaarani menerimanya.
“Alhamdulillah saya diberikan peluang untuk membuktikan keupayaan. Buat masa ini saya hanya menampilkan barisan penyair muda dan selepas ini mungkin akan ketengahkan nama besar seperti Prof Madya Dr Lim Swee Tin dan ramai lagi.
“Saya juga merancang mengadakan konsert puisi membabitkan penyair ASEAN di IB pada tahun depan tetapi perlu membuktikan keupayaan melaksanakan konsert ini terlebih dulu,” katanya yang pernah menganjurkan Ekspresi Puisi Dunia Numera 2016 di IB dan Ekspresi Penghayatan Rukun Negara 2016 bersama 40 sekolah di Selangor.



Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2017 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
alaa...x berkesempatan plak..last g sna time lakonan nasha aziz n adi putra..dibawah lindungan kaabah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2017 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
cheergirlz replied at 16-4-2017 05:01 PM
alaa...x berkesempatan plak..last g sna time lakonan nasha aziz n adi putra..dibawah lindungan kaaba ...

Knp bz kaa @cheegirlz.. promo kat kekawan  
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2017 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
yer... lor..kite kije kuli jer..

ok..no problems..sbb ex bos dlu mmg suka tgk teater..dr sheols laa iols terjebak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2017 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
cheergirlz replied at 16-4-2017 08:19 PM
yer... lor..kite kije kuli jer..

ok..no problems..sbb ex bos dlu mmg suka tgk teater..dr  ...

Oooh tapi katenye ni bukan teater tapi konsert muzik. Lagu2 puisi Umar Uzair & deklamasi dari the gang. Apapun akaq akan hadir nnt sbb susah nak tgk show unik mcm ni    
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2017 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
lovelytouch replied at 16-4-2017 11:26 PM
Oooh tapi katenye ni bukan teater tapi konsert muzik. Lagu2 puisi Umar Uzair & deklamasi dari the  ...

yer sy tahu...just bgtaw psl sy     

x ksh teater @ konsert..suka dgn sajak puisi nie..lbih kpd penghayatan seni...tapi xda kesempatan..woow sronoknyer akak dpt g sna..update2 laa kat sini yer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.076555 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list