CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13427|Reply: 22

GANGGUAN TIDUR ATAU SLEEP DISORDER, TANDA TANDA, PUNCA ATAU PENYEBAB DAN RAWATA

[Copy link]
Post time 17-4-2017 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by listria at 17-4-2017 12:56 PM

Sleep disorder atau masalah gangguan tidur adalah satu kumpulan keadaan yang memberi kesan kepada keupayaan atau kesukaran untuk tidur (imsomnia) dengan baik secara konsisten. Sama ada ianya adalah disebabkan oleh masalah kesihatan atau oleh terlalu banyak tekanan, hakikatnya amat ramai penduduk dunia termasuk di Malaysia yang alami masalah sukar tidur malam dan lain lain gangguan tidur.  Di negara uncle Sam, iaitu Amerika misalnya, masalah sukar tidur malam ini sudah menjadi semakin biasa. Lebih 75 peratus rakyat Amerika Syarikat diperingkat umur 20 dan 59 tahun dilaporkan hadapi kesukaran ini.

Kebanyakan orang kadang-kadang mengalami masalah tidur disebabkan oleh tekanan, jadual harian yang sibuk atau lain-lain pengaruh luaran. Walau bagaimana pun apabila isu-isu ini mula berlaku secara tetap dan mengganggu kehidupan harian, mereka mungkin akan hadapi masalah gangguan teruk dan menjejaskan aktiviti harian.
Bergantung kepada jenis gangguan tidur, seseorang itu mungkin alami masa yang sukar untuk tidur dan mungkin merasa sangat letih sepanjang hari. Kekurangan tidur boleh memberi kesan negatif kepada tenaga, mood, tumpuan dan kesihatan secara keseluruhan.

.
JENIS JENIS GANGGUAN TIDUR

IMSOMNIA
Ini sejenis gangguan tidur melibatkan ketidakupayaan untuk tidur, sukar untuk lena atau mendapatkan tidur yang nyenyak dan konsisten khususnya dimalam hari.

HYPERSOMNIA
Hypersomnia adalah sekumpulan gangguan tidur yang menyebabkan seseorang menjadi terlalu mengantuk. Seseorang yang sering keletihan atau selalu rasa tidak bertenaga cenderung tidur pada bila bila masa dan dimana mana saja lokasi seperti di tempat kerja atau semasa memandu. Masalah ini boleh menjejaskan prestasi diri malah berkemungkinan membahayakan mereka.

GANGGUAN PERNAFASAN SEMASA TIDUR
Ini gangguan tidur yang melibatkan kesukaran bernafas semasa tidur dan dikelaskan sebagai gangguan pernafasan ketika tidur. Obstruktif apnea tidur adalah gangguan yang paling biasa dari jenis ini namun ada beberapa variasi apnea tidur yang lain.

CIRCADIAN RHYTHM SLEEP-WAKE DISORDERS
Satu keadaan di mana masa atau waktu tidur diluar kawalan seseorang. Seorang pesakit yang mempunyai salah satu daripada gangguan ini gagal mengikut masa tidur yang rutin pada waktu malam dimana masa lenanya sering berubah ubah.

PARASOMNIA
Parasomnia adalah sekumpulan gangguan tidur yang melibatkan peristiwa atau pengalaman yang berlaku sewaktu sedang tidur, tiba tiba terjaga atau terbangun iaitu suatu yang tidak diingini dan dikehendaki individu berkenaan.

GANGGUAN PERGERAKAN TIDUR
Gangguan tidur jenis ini termasuk keadaan yang menyebabkan pergerakan sebelum atau semasa tidur. Gangguan ini boleh membuat seseorang itu sukar untuk tidur atau kekal tidur atau untuk mendapatkan tidur yang lebih sempurna.


SIMPTOM ATAU TANDA TANDA GANGGUAN TIDUR
  • Sering merasa marah atau mengantuk di siang hari
  • Alami kesukaran untuk berjaga ketika duduk diam, menonton televisyen atau membaca
  • Selalu tertidur atau terlena dan merasa sangat letih semasa bekerja di pejabat atau ketika memandu
  • Hadapi kesukaran menumpukan perhatian
  • Sering diberitahu oleh kawan atau orang lain bahawa anda kelihatan letih dan tidak bermaya
  • Selalu lambat bertindak balas terhadap sesuatu
  • Mempunyai masalah mengawal emosi
  • Kerap merasakan tidak cukup tidur dan mahu mengambil tidur hampir setiap hari dan masa
  • Selalu memerlukan minuman berkafien untuk mengawal diri sebelum melakukan apa apa aktiviti

PUNCA DAN PENYEBAB GANGGUAN TIDUR
Masalah gangguan tidur atau sleep disorder boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Walau pun sebab-sebabnya mungkin berbeza, keputusan akhir semua gangguan tidur telah menyebabkan kitaran semula jadi badan untuk tidur malam atau berjaga disiang hari terganggu dan menjadi satu masalah diri yang besar. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan masalah tidur termasuklah:

  • Gangguan fizikal (akibat penyakit tertentu seperti ulser atau kanser)
  • Isu perubatan (akibat pengambilan ubatan lelah/asma dan lain lain)
  • Gangguan mental atau psikiatri (berkaitan kemurungan,tekanan dan stress atau kebimbangan fikiran)
  • Faktor persekitaran dan cara hidup alam sekitar (seperti pengambilan alkohol dan kehidupan sosial malam hari)

Faktor jangka pendek, insomnia akut boleh disebabkan oleh tekanan hidup (seperti kehilangan pekerjaan atau sumber kewangan, kematian orang yang dikasihi, akibat penyakit atau faktor-faktor alam sekitar seperti cahaya, bunyi atau suhu yang melampau.

Faktor jangka panjang, insomnia kronik (insomnia yang berlaku sekurang-kurangnya tiga malam seminggu selama sebulan atau lebih) boleh disebabkan oleh faktor-faktor seperti kemurungan, tekanan atau stress kronik, sakit yang berat yang menyumbang ketidakselesaan pada waktu malam.
.
Faktor-faktor lain lagi yang boleh mengganggu tidur ialah:

Genetik
Penyelidik mendapati asas genetik bagi narcolepsy, gangguansaraf penyelaras tidur telah menjejaskan keupayaan kawalan tidur dan jaga seseorang.

Rutin Tugasan Shif Malam
Orang yang bekerja pada waktu malam sering mengalami gangguan tidur kerana mereka tidak boleh tidur apabila mereka mula berasa mengantuk. Aktiviti-aktiviti mereka bercanggah dengan jam biologi atau fitrah kejadian seorang manusia.

Ubat-ubatan
Banyak ubat boleh mengganggu tidur seperti antidepresan tertentu, ubat tekanan darah dan banyak lagi.

Penuaan
Kira-kira separuh daripada semua orang dewasa yang berusia lebih 65 tahun mempunyai beberapa jenis gangguan tidur. Ia tidak jelas jika ia adalah berpunca dari sebahagian proses penuaan atau hasil pengambilan ubat yang lazimnya kalangan orang berumur dan tua perlu ambil.

RAWATAN DAN UBATAN MASALAH GANGGUAN TIDUR
Sebelum melakukan apa apa rawatan di hospital, doktor lazimnya terlebih dahulu akan melakukan pemeriksaan fizikal dan mengumpul maklumat mengenai gejala dan sejarah perubatan seseorang pesakit. Mereka juga akan mencadangkan pelbagai ujian yang sesuai, antaranya ialah:

Polysomnography
Satu kajian tidur yang menilai tahap oksigen, pergerakan badan dan gelombang otak untuk menentukan bagaimana perkara ini mengganggu tidur pesakit.

Electroencephalogram
Ujian untuk menilai aktiviti elektrik di dalam otak dan mengesan sebarang masalah yang mungkin berlaku yang berkaitan dengan aktiviti berkenaan.

Ujian Darah Genetik
Ujian darah biasa digunakan untuk mendiagnosis narcolepsy dan keadaan kesihatan asas lain yang mungkin menyebabkan masalah tidur.
.
Ujian-ujian di atas boleh menjadi penting dalam menentukan kaedah rawatan yang betul terhadap masalah gangguan tidur.
Rawatan untuk gangguan tidur atau sleep disorder boleh berbeza-beza bergantung kepada jenis dan punca-punca atau penyebab ia berlaku. Walau bagaimana pun, ia biasanya merangkumi kombinasi rawatan perubatan dan perubahan gaya hidup.

RAWATAN PERUBATAN
Antara rawatan perubatan untuk gangguan tidur mungkin termasuk satu daripada yang berikut:
  • Pil tidur
  • Makanan tambahan melatonin
  • Alahan atau selsema
  • Ubat-ubatan bagi apa-apa isu-isu kesihatan yang menjadi punca
  • Peranti bernafas atau pembedahan (biasanya untuk apneatidur)
  • Jumpa doktor gigi (biasanya untuk masalah yang berkaitan sakit gigi)
  • Amal Ubat-ubatan imsomnia yang tepat atau ambil supplement Putih Telur Laminine
.
PERUBAHAN GAYA HIDUP
Pelarasan gaya hidup boleh meningkatkan kualiti tidur dengan berkesan terutamanya apabila ia diamalkan bersama-sama dengan rawatan perubatan. Pesakit mungkin boleh mertimbangkan:
  • Menggabungkan lebih sayur-sayuran dan ikan ke dalam diet harian serta mengurangkan pengambilan gula
  • Mengurangkan tekanan dan kebimbangan dengan bersenam
  • Mewujudkan dan sentiasa berpegang kepada jadual tidur yang tetap
  • Kurangkan pengambilan minuman sebelum tidur
  • Menghadkan pengambilan minuman berkafein atau beralkohol terutamanya pada lewat petang atau malam
  • Kurangkan pengambilan nikotin atau tembakau.
  • Kurangkan pengambilan makanan tinggi karbohidrat sebelum tidur
  • Tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari juga boleh meningkatkan kualiti dengan ketara. Walaupun pesakit mungkin akan terdorong untuk tidur pada hujung minggu dan hari hari cuti, ini boleh membuat ia lebih sukar untuk tidur dan bangun pagi di hari hari bekerja.

Pesakit atau anda yang bermasalah gangguan tidur atau imsomnia ini boleh juga mencuba Laminine, satu lagi cara rawatan alternatif natural yang terbukti telah membantu ramai orang yang bermasalah sukar tidur malam atau imsomnia di puluhan buah negara.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2017 02:51 PM | Show all posts
toksin banyak dlm badan pon boleh menyebabkan terbangun tgh malam & tak boleh tido
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 05:02 PM | Show all posts
Cakap pasal tidur ni I mmg jenis tidur 3-4 jam sehari. Body tu dah terbiasa. Susah nak reset balik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2017 08:43 AM | Show all posts
Beberapa video berkaitan Sleep Disorders atau Gangguan Tidur:

VIDEO 1
VIDEO 2
VIDEO 3
VIDEO 4
VIDEO 5
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 09:11 AM | Show all posts
catalina replied at 17-4-2017 02:51 PM
toksin banyak dlm badan pon boleh menyebabkan terbangun tgh malam & tak boleh tido

owh yeke?? iols baru tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah ada masalah parasomnia yg agak teruk gak dulu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2017 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
klu mslh tdo..iols dlm kategori imsonia..stress kja n letih....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2017 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tiap2 mlm tido awal...plg lambat pkl 10..tak leh   lebih dr tu...nanti jd burung hantu...semua org dh tido..I terkebil2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2017 08:38 AM | Show all posts
Edited by listria at 29-4-2017 08:49 AM

Video Tentang Parasomnia & Hypersomnia

Klik SINI dan SINI !
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 08:25 PM | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 17-4-2017 05:02 PM
Cakap pasal tidur ni I mmg jenis tidur 3-4 jam sehari. Body tu dah terbiasa. Susah nak reset balik.

too little to WS;
adults need a bit more than that eg 5-8 hrs.
but there are ppl who r like you, and they seems to be doing ok..
..cuma they really have to sleep well..if terganngu sikit je dah dapat lack of sleep for that day dah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 08:25 PM | Show all posts
aura77 replied at 22-4-2017 06:35 PM
tiap2 mlm tido awal...plg lambat pkl 10..tak leh   lebih dr tu...nanti jd burung hantu...semua org d ...

sama dgn saya
kol 2130 dah dlm duvet
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 4-5-2017 08:25 PM
too little to WS;
adults need a bit more than that eg 5-8 hrs.
but there are ppl who r like you, ...

Tido 5-8hrs tu untuk tido malam atau termasuk tido siang?

Macam saya ni kadang2 sampai 2 hari tak tidur (siang/malam). Nak kata stress tak juga. Penat sangat pun tak. So kalau dapat tidur 2-3 jam pun dah rasa bersyukur.

Pernah jumpa doktor, pernah makan ubat tapi sama je. Ok kejap lepas tu jadi semula. So saya x nak makan ubat dah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 04:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejenis yang tak boleh tido mlm
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2017 06:16 PM | Show all posts
kutaq replied at 5-5-2017 11:59 PM
Tido 5-8hrs tu untuk tido malam atau termasuk tido siang?

Macam saya ni kadang2 sampai 2 hari  ...

imnosia ni ada sebabnya
u sendiri tentu tahu, adakah ianya kerana kencing mlm atau anxiety atau bercelaru fikiran fikir pasal family or finances or workplace etc etc
dlm badan kata ada Circadian Rhythm yg cyclenya 24jam (actually, 24 lebih sikit, dekat 25jam).
so, tak mungkin u insomniac tanpa sebab
can u figure out why?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2017 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dulu mungkin sebab kerja. Now banyak relax je.

Atau mungkin ada penyebab i tak sedar agaknya Doc. Mungkin for me perkara remeh tapi itu penyebab susah tidur agaknya. Kena fikir what and why. Kencing malam bukan penyebabnya.. im sure
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 12:20 PM | Show all posts
i ingat gangguan tidur untuk org yang tak boleh tidur malam je .. rupenye org yang suka tidur pun gangguan tidur jugak ye . huhu .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2017 08:05 AM | Show all posts
Kalau tidur anda sudah mencukupi dan melebihi jam yang diperlukan, tapi masih lagi selalu rasa mengantuk dan letih, seperti tidak cukup tidur, anda berkemungkinan besar ada beberapa masalah yang perlu diperiksa. Antara yang boleh sebabkan ini berlaku ialah berpunca dari penyakit penyakit berikut:

1. Anemia (kurang darah)
2. Hipotiroid (kurang penghasilan hormon tiroid)
3. Diabetis (kencing manis)
4. Dehidrasi (kurang air dalam tubuh)
5. Depresi (gangguan emosi)
6. Apnea atau Imsomnia (gangguan tidur)
7. Penyakit jantung (antara petanda awal ialah selalu mengantuk dan rasa kurang tidur)
8. Penat atau lelah kronik
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohh, tq semua.. byk info br
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 04:56 PM | Show all posts
Dulu ai kerap alami masalah apnea...hidung kerap tersumbat, bila tidur tetiba tersedak n terus terjaga.....Lepas ai operate my sinus(severe sinus smpai ai kena broncho pneumonia)..ai buat FESS n turbinectomy...problem ai settle!

Sebelum ni, ai kerap mengantuk g tmpt kje, mata merah sbb x ckup tido...selalu kena tegur dgn member knp layu je.... lg satu ai kuat tido waktu siang....kalau x kje, pas subuh sure ai bantai tido smpai tengahari...x kira kat umah makcik sedara atau ada majlis, ai bantai tido....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2017 11:09 AM | Show all posts
Micro Sleep

KUALA LUMPUR - Golongan dewasa secara puratanya memerlukantidur selama lapan jam sehari untuk mendapat rehat yang cukup.
Pakar psikologi dan kaunseling, Dr Meriam Omar Din berkata,individu yang tidak cukup tidur akibat tekanan dan bebanan tugas terdedahgejala terlelap atau dipanggil micro sleep.
“Micro sleep bukan penyakit. Ia seperti tidur danmenyebabkan seseorang tidak boleh kawal fikiran dan deria dalam masa singkat.
“Keadaan ini boleh berlaku di mana-mana atau ketika lakukansesuatu kerja, namun micro sleep lebih bahaya kepada yang memandu atau tunggangmotosikal,” katanya.
Dr Meriam berkata, walaupun minuman berkafein seperti kopidapat membantu, namun tidur tetap penting untuk memastikan diri kekal cergasdan bertenaga.
Gejala micro sleep ini nyaris meragut nyawa Khairul NizamAhmad yang membuatkannya lebih berhati-hati dan tidak leka dapatkan rehat dantidur cukup ketika memandu.
Ejen insurans itu berkata, kejadian berlaku pada 2015 ituketika beliau masih menuntut di kolej swasta telah membuka matanya untuk lebihmenitikberatkan aspek keselamatan dan kesihatan diri.
“Saya tidak cukup tidur kerana ulang kaji pelajaran hinggalewat malam bagi hadapi peperiksaan tahun akhir, ditambah pula tekanan untukdapat keputusan terbaik,” katanya.
Menceritakan kejadian itu, Khairul Nizam berkata, beliauyang ketika itu dalam perjalanan pulang ke kolejnya di Petaling Jaya hampirmelanggar pembahagi jalan sehingga menyebabkan kereta dipandunya berpusing danhilang kawalan.
Disebabkan terlalu panik, pemuda berusia 33 tahun ituakhirnya memandu secara perlahan ke stesen minyak berdekatan untuk tenangkandiri dan tidur seketika sebelum meneruskan perjalanan. - Bernama

* Petikan dari Sinar Harian Online

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.282868 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list