CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 23185|Reply: 56

Misteri Kampus UiTM Sabah Dan Hantu Melati

  [Copy link]
Post time 18-4-2017 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by chacon at 18-4-2017 09:58 AM


CELUPAR.COM: Cerita yang admin dapat dari seorang bekas penuntut UiTM Kampus Sabah lama dahulu perihal tedapat satu cerita misteri yang telah menjadi turun temurun sejak berpuluh tahun iaitu misteri hantu yang dikenali sebagai Melati.

Ceritanya seperti ini.

Sekitar tahun 1980-an ketika itu UiTM masih lagi bergelar Institut Teknologi Mara (ITM), pelajar masih ditempatkan di asrama lama yang tediri dari beberapa blok iaitu Blok Baiduri (B), Cempaka (C), Dahlia (D), Eksora (E), dan Rafflesia (F).

Salah satu blok yang dihuni oleh pelajar siswi adalah Blok C yang mana disitu merupakan tempat salah seorang pelajar bernama Melati ditempatkan.

Cerita tentang siapa individu ini masih kabur kerana setelah berpuluh-puluh generasi pelajar yang memasuki institusi itu tidak ada satu pun di kalangan mereka yang tahu Melati sebenarnya berasal dari mana dan siapa dia sebenarnya tetapi cerita tentang bagaimana dia menjadi hantu kemungkinan seperti ini.

Melati zahirnya seperti pelajar lain yang menjalani kehidupan normal seperti gadis lain. Tumbuh membesar lalu jatuh cinta dengan salah satu pelajar di kampus berkenaan ataupun sebaliknya.

Setelah beberapa lama Melati dikatakan telah putus hubungan dengan pasangannya lalu nekad untuk membunuh dirinya dengan  cara mengikat kain pada kipas siling lalu menggantung dirinya di aras 2 Blok Cempaka (gambar).

Perkara tersebut akhirnya disedari oleh pelajar lain tetapi ia sudah terlambat kerana dia telah meninggal dunia.
Sejak dari itulah dikatakan hantunya sering mengganggu pelajar disitu selama berpuluh generasi sehingga ke hari ini.


Antara gangguan yang sering terjadi,

  • Pelajar perempuan sering ditimpa histeria.
  • Kelibat perempuan berbaju putih tanpa wajah sering dilihat berkeliaran pada waktu malam.
  • Pelajar mengalami mimpi yang sama didatangi oleh perempuan berbaju putih yang tidak dikenali.
  • Seperti ada yang mengekori ketika berjalan pada waktu malam melalui jalan pintas menuju ke asrama gynasium.
  • Tiba-tiba terdapat orang lain yang langsung tidak pernah dikenali berada di dalam bilik asrama.
  • Suara seperti menangis dan mengilai halus selalu kedengaran.
  • Suara memanggil nama dari dalam tandas yang gelap dan kosong.
  • Ada lembaga tidak berwajah ikut serta memberus ditepi ketika pelajar keseorangan mencuci pakaian pada waktu malam.
  • Pocong sedang berdiri ditepi tangga menuju ke fasa akademik.


Dan banyak lagi cerita dari saksi mata dari berpuluh generasi malah kebanyakan dari kejadian tersebut dialami serentak oleh beberapa pelajar sekaligus.

Lorong menuju ke blok asrama. Kiri adalah Blok Baiduri dan Dahlia, depan Blok Rafflesia, kanan Blok Cempaka dan Blok Eksora.
Medan Ilmu. Banyak aktiviti pelajar diadakan di sini dahulu. Gambar diambil pada tahun sekitar tahun 2014 atau 2015 dan ia kali terakhir dihuni pada awal tahun 2001.
Gelanggang sepaktakraw di tengah-tengah antara Blok B dengan Blok D (sebelah kanan). Pemandangan berbeza dengan Medan Ilmu.
Inilah Blok Cempaka tempat dikatakan Melati telah menggantung dirinya. Lihat pada aras 2 (tingkat 1) salah satu bilik dikatakan paling misteri kerana hidup Melati berakhir penuh tragis di situ.
Sehingga ke hari ini, cerita hantu Melati masih lagi jadi bualan oleh penghuni di kampus tersebut apatah lagi mereka yang pernah mengalami kejadian yang menyeramkan.

Sumber gambar: ehsan dari seorang pengguna facebook.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2017 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Uitm kt merbok pun dl bole thn juga..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 10:27 AM | Show all posts
kiranya kes melati ni tahun 80-an kah?

sekarang tempat ni abandoned? sayangnya nampak elok bangunan dan kawasan sekitarnya yang luas
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 10:28 AM | Show all posts
CardiGans85 replied at 18-4-2017 10:07 AM
Uitm kt merbok pun dl bole thn juga..

ce cte ce cte
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CardiGans85 at 18-4-2017 10:50 AM
doubleA replied at 18-4-2017 10:28 AM
ce cte ce cte


Sy dgr dr org..dr kwn2 yg pnh bljr kt sana.lbh kurg je,kena sampuk la/histeria..and ada yg ckp psl burung merak tp apa kaitnnya pun sy x  pasti. Biasa blaku kt kolej pmpuan,sejenis nama padi..masria x silap sy. Ada pun bcerita psl art faculty haunted (yg ni sy dgr dr cousin sy yg br2 ni grad kt sana),tp entah lah.

Apa pun,da namanya ddk asrama kena la jg adab n kbsihan.lg2 tmpt tu br d buka.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 11:21 AM | Show all posts
nampak usang gmbr2 tt tu. bangunan dah x digunakan ke??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2017 11:25 AM | Show all posts
Bukan nak ckp apa, ada sesetengah bebudak perempuan, kalau dah jumpa geng, diorang lagi dasyat daripada hantu.
Gelak mengilai2, terjerit2 tak kira time even senja ke maghrib ke tengah malam ke. macam mana benda tu tak tersuka.
hantu pun kata geng dia, boleh join.
Blom time basuh baju tu melalak tak ingat macam apa je. bilik hujung pun boleh dengar. padahal dah taw dalam toilet tu memang tempat setan.
Jaga adab dan kelakuan tu yang penting sebenarnya. kisah2 tu cuma penyedap rasa je.
Diri sendiri yang mengundang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 11:56 AM | Show all posts
teringat watak melati zero dalam maharaja lawak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2017 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
tayat replied at 18-4-2017 11:56 AM
teringat watak melati zero dalam maharaja lawak

Samalh aku ponn..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 12:54 PM | Show all posts
melati ni belajar tahun bape... akak pun ada kawan melati masa kat itm sini... takkan kawan akak yg bunuh diri kot..

antara tahun 1988 - 1990 akak selalu bermalam kat sini... jumpa bofren...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 12:55 PM | Show all posts
sayang abandoned gitu saja... banyak kenangan akak kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 02:06 PM | Show all posts
ampaian tu sebijik kolej kenanga tempat iols bertekak dengan senior pasal hormat-menghormati..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 03:05 PM | Show all posts
terbiar sbb apa UiTM ni yer? sbbkan berhantu ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 05:37 PM | Show all posts
hantu melati tu rupa mcmni ke?





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2017 05:55 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 18-4-2017 05:37 PM
hantu melati tu rupa mcmni ke?



ni mawar berduri aduhai sakitnya




Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 12:38 AM | Show all posts
Citer ni sama ke dgn citer Dorm Melati?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2017 04:40 PM | Show all posts
iusedtolikeyou replied at 18-4-2017 11:25 AM
Bukan nak ckp apa, ada sesetengah bebudak perempuan, kalau dah jumpa geng, diorang lagi dasyat darip ...

betul la apa awk cakap tu...

saya setuju..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 05:11 PM | Show all posts
CardiGans85 replied at 18-4-2017 10:07 AM
Uitm kt merbok pun dl bole thn juga..

ya kah? meols xdengaq apa2 pun
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
abangadek replied at 19-4-2017 05:11 PM
ya kah? meols xdengaq apa2 pun

Dl sis,sy dgr pun thn 2004/05 ms br2 study kt uitm s.alam. Da bzaman..yg cousin ni pun dgr hearsay gitu2 je sbb myewa umh kt merbok nun. Ms br2 msk je pun ddk kt mahsuri ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 18-4-2017 02:06 PM
ampaian tu sebijik kolej kenanga tempat iols bertekak dengan senior pasal hormat-menghormati..

Kolej kenanga tu kt s.alam ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.077837 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list