CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ipes2

DYSLEXIA!!!: Silalah ke program di bawah ini dan bantu anak anda

  [Copy link]
Post time 29-4-2017 10:32 AM | Show all posts
ipes2 replied at 29-4-2017 12:02 AM
alah kesian nombo corot sebab tak lh membaca
cpat bawak jumpa pakar
cpat sikit di diagnose!

InsyaAllah.. thanks ye dr ipes... this yr mmg nak p check le... ayah dia.. biasa le... typical malay ayah le kan.. so.. mak le kena agresif sikit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2017 11:38 AM | Show all posts
I ada encounter satu budak yang ada dyslexia. Masa kecik, cikgu tadika cakap dia lembap, tulis pun mirror image dan lambat membaca. Tapi ngaji Iqra dia no problem.

So dia gi pusat dyslexia for test. Ada mild dyslexia. Ada teknik utk dia belajar baca. Sekarang dah ok. Straight A student. But have to put more effort la.

Early detection is always better.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2017 08:17 PM | Show all posts
dabai replied at 2-5-2017 11:38 AM
I ada encounter satu budak yang ada dyslexia. Masa kecik, cikgu tadika cakap dia lembap, tulis pun m ...

i agree and good input too.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2017 08:21 PM | Show all posts
kak_sall replied at 29-4-2017 10:32 AM
InsyaAllah.. thanks ye dr ipes... this yr mmg nak p check le... ayah dia.. biasa le... typical mal ...

hi  hi saya paham kak
tapi lelaki sekarang sudah berubah dah alhamdulillah
kami lebih peka dgn tanggungjawab kami
ramai wanita tak tahu that memasak bukanlah salah satu tanggungjawab wanita sebenarnya (islam tak mempertanggungjwabkan wanita utk memasak, tapi tradisi melayu menjatuhkan ke atas wanita utk masak; di overseas ni, rata rata male colleagues masak tau, far more than pompuan; malah, most chefs are males).
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:54 AM | Show all posts
ipes2 replied at 4-5-2017 08:21 PM
hi  hi saya paham kak
tapi lelaki sekarang sudah berubah dah alhamdulillah
kami lebih peka dg ...

hhehheh... terasa ke dr ipes2.....
ksall dah buat appoint dgn pusat dyslexia kat sini... insyaAllah nanti nak p test dia... 1 hour tuk 3 subjek BM BI Maths... then ada sessi perbincangan dgn parents... insyaAllah le nanti ksall 'paksa' ayah dia ikut sama....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2017 06:18 PM | Show all posts
kak_sall replied at 5-5-2017 11:54 AM
hhehheh... terasa ke dr ipes2.....
ksall dah buat appoint dgn pusat dyslexia kat sini... insyaAl ...

hi hi, saya pon culas kekadang esp bab basuh pinggan
tapi, rata rata nya org lelaki sekarang dah mula buat kerja rumah kan?
atau belum berubah lagi di mesia tu

ha nnt kak sall bagi tau apa outcomenya
rasa mcm berbaloi je talk tu.. kak rasa nak gi ke tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2017 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chupachups at 7-5-2017 10:10 PM

Maaf..saja nk share sikit luahan rasa. Harap sudi la baca..

Irfan Haziq ada semua simptom disleksia, diskalkulia, dispraksia & disgrafia. Walaupun semua masalah dia adalah kategori 'mild' namun tetap mencabar. Sebab waktu mami bawak jumpa pakar dia dah darjah 3 dan dah pandai membaca (selepas kami sama2 usaha..dengan juraian air mata..rasa nak putus asa..carik balik semangat..kumpul kekuatan) maka dia tak layak ditempatkan di sekolah khas tapi silibus sekolah normal nak2 sejak guna sistem KBAT ni memang mencabar sangat2 untuk dia.

Dari tadika sampai darjah 5..bila Hari Terbuka mami mesti dengar skrip yang sama.."Anak puan tak fokus dalam kelas". Pernah seorang cikgu cakap "Saya tengok anak puan rasa nak telan..". Tak marah atau kecik hati pun dengan cikgu tu..sebab dah faham sangat..mami pun selalu rasa macam tu. Kadang2 memang susah nak sabar..selalu terlupa yang dia tak sama macam anak2 lain. Nampak sama tapi sebenarnya tak. Bab result exam tu..setakat E tu memang tak heran dah..darjah 1 sampai sekarang dalam kelas hujung..kedudukan dalam kelas & darjah pun hujung2. Bebel tetap bebel sebab selalu rasa dia boleh usaha lebih lagi. Tapi tetap redha..

Semalam check online result Ujian 1. Biasa memang macam tu..supaya dah bersedia mental emosi time nak mengadap cikgu Hari Terbuka nanti. Macam nak pitam. Nombor 2 dalam kelas. Dalam darjah pun bukan hujung2 dah..dah hampir tengah2. Banyak peningkatan. E tetap ada 1. Tapi tu pun mami sujud syukur. Alhamdulillah.

Mami tak harapkan lebih daripada apa yang mami tau abang mampu buat. Mami cuma harap abang jangan pernah berhenti berusaha. Sebak tengok muka terkejut+happy abang bila dapat tau abang dapat no 2. 1st time abang dapat rasa macam tu kan. Semoga lepas ni abang lebih bersemangat untuk belajar dan semoga abang terus usaha untuk dapat keputusan yang lebih baik. Asalkan abang tak berhenti usaha mami dah cukup happy. InsyaAllah..doa+usaha+tawakal. ❤

Masa saya tulis ni anak saya dalam darjah 6. Waktu upsr saya dah set dalam mind saya..biar dia buat apa yang dia mampu. Biar dia berlumba dengan diri dia sendiri. Tak perlu berlumba dengan orang lain.  6 tahun dalam alam persekolahan..8 tahun termasuk tadika..dah banyak kemajuan dalam diri dia.  Sya cuma harapkan dia lulus. Sekadar cukup untuk bakar semangat dia untuk terus usaha. Masa result upsr keluar..kami tak pergi sekolah. Saya taknak dia kecewa dengar orang lain cerita pasal 'berapa A'. Kami check melalui sms. Allahuakbar. Menitik terus air mata. Anak saya yang saya biasa tengok deretan E dalam slip periksa dia..hari tu dapat 2B 2C 2D. Sujud syukur saya. Menangis tengok reaksi dia. Dia sendiri terkejut. Alhamdulillah.

Now dalam tingkatan 1. Saya cuba bantu dia dalami minat dia..dalam bidang robotik. Kat sekolah join kelab robotik dan saya hantar dia kelas robotik. Insyaallah saya cuba jadikan dia orang yang berkemahiran. Itu plan saya untuk dia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 08:15 AM | Show all posts
chupachups replied at 7-5-2017 10:06 PM
Maaf..saja nk share sikit luahan rasa. Harap sudi la baca..

Irfan Haziq ada semua simptom disleks ...

anak ksall ni pompuan..... mmg tak harap sgt walau kalau ajar dia rasa macam nak telan2 je.. susah sebab dia tak lancar membaca... jadi kalau macam sains kita ajar dia faham.. tapi bila nak jawab soalan jadi susah bagi dia sebab dia kena membaca soalan satu hal.. nak faham soalan satu hal.. then nak ingatkan jawaban yg betul lagi satu hal... begitu juga subjek2 lain... maths pun sama la.. walau dia reti mengira tapi kalau dia susah nak baca soalan apa yg dia faham soalan tu nak suruh dia buat apa...
cikgu2 jarang fokus pada pelajaran dia yg agak lemah tu...selalu suka sembang pasal perangai dia yg mmg sentiasa nak jadi ketua...dia sgt garang tetapi rajin...penyapu sentiasa kat tangan... kat umah pun boleh harap le.. pinggan mangkuk semua boleh serah kat dia dah... mmg asst. monitor every yr... jadi calon pengawas sekolah tapi gagal interview sebab tak lancar membaca la...mula2 mmg cikgu kata dia nampak bijak tapi rupa2nya tak lancar membaca...


ksall tahu dari kecik minat dia pada baby... mmg dia sgt2 suka baby.. cita2 mmg nak bukak taska.. nak ada baby banyak2...dulu2 kat ruang tamu ni selalu jadi macam ruang tamu taska.. habis dia susun bantal2 seolah2 baby dia yg berderet2 tu... pastu jgn sapa2 kacau bantal 'baby' dia tu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2017 08:32 AM | Show all posts
ipes2 replied at 7-5-2017 06:18 PM
hi hi, saya pon culas kekadang esp bab basuh pinggan
tapi, rata rata nya org lelaki sekarang dah  ...

heheeh dr ipes ngelat...

mmg le org lelaki sekarang banyak yg dah berubah...anak2 lelaki ksall dah ajar makan pinggan angkat basuh sendiri.... ksall sibuk masak lauk.. nasi dah boleh suruh depa tolong masak... sibuk2 siapkan meja makan.. dah boleh minta tolong buat air dan tolong2 apa2 yg patut.. balik taska tolong angat kain baju dari ampaian...  

tapi my husband org lelaki zaman dulu2... hehhehh...its up to the persekitaran dia dibesarkan le... adik pompuan dia 7 org...mmg dari kecik semua keje pompuan2 ni adik2 dia yg buat... mula2 kawin 3 org adik pompuan dia duduk sekali ngan ksall... depa keje 7 - 7, 3 or 4 days a week... ksall perasan kalau adik dia tak ada dia mmg tolong le sidai baju... angkat baju.. tapi kalau adik dia ada... ksall buat le sendiri semua keje...maybe dia tak biasa buat.. takut adik2 dia ingat ksall buli dia kot...hehehe

pasal program tu.... mmg teringin nak p.. tapi jauh jugak le nak ke bangi tu... ksall kat kedah...ksall keje le dr saturday tambah2 20hb lagi la tak boleh cuti.. time nak closing... nak hantar report GST semua la...

insyaAllah ksall cari yg dekat2 dengan ksall je nanti... ksall dah buat appointment nak bawa dia p periksa dlm bulan ni... dia dah bagi tarikh tapi kena minta tangguh sikit lagi kot... belum slow talk dgn ayah dia....and ksall pun tak free...jauh jugak pusat tu dari umah ksall...tapi nak p jugak insyaAllah...nanti ksall minta set tarikh baru... nanti apa2 ksall cerita...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 05:34 PM | Show all posts
ksall dah set le... 20hb ksall nak p test anak ksall ni... ayah dia tak boleh p.. tak pe la.. ksall bawa je dia sendiri... mmg test ni untuk kenalpasti masalah pembelajaran .. so..ksall harap sgt le boleh membantu....

sian daughter i ni... abang2 dia walaupun tak le pandai sgt (maybe sebab malas le buat latihan malas ulangkaji.. asyik nak mainnnn je)... tapi 4 thn mmg dah boleh membaca... yr 4 dah khatam quran...

dia ni... yr 3 baru nak naik quran... tapi alhamdulillah la... boleh juga membaca.. sekarang dah end iqra' 6... dia dah make effort try baca al baqarah... ok la.. dia boleh baca.... cuma tak lancar juga... tak macam abang2 dia dulu yg selalu wakil sekolah baca jawi... wakil sekolah tilawah al-quran... dia tak la....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 08:45 AM | Show all posts
ksall tak p pun program ni.. jauh sgt ...tapi ksall p exam kat pusat dyslexia ttg masalah pembelajaran....

mmg le.. my daughter ni dyslexia tahap moderate.. dia jenis audio dyslexia...bukan hanya mild.. tapi moderate...ksall dok harap harap mild je... tapi Allah knows the best.. ujian bagi ksall le... cakap kat ayah dia buat mudah je...dah le tak mau ikut ksall p dengar penerangan cikgu yg buat exam tu... cikgu tu bagi surat pelepasan suruh p intensif 3 months kat pusat tu.. which is sukar untuk ksall... dah le jauh dari rumah... transport le... after kelas nak dok mana la... macam2 le.. kalau dekat2 mmg insyaAllah no problem ... ksall kat kulim... pusat kat SP... atau kat pulau.... pas dapat surat official nanti ksall tengok le bincang2 ... bawa report pusat dyslexia tu p jumpa doktor.. dapat pengesahan doktor nanti baru ksall bincang dgn GB sekolah anak macamana....


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 09:35 PM | Show all posts
Super-M replied at 23-4-2017 09:08 AM
anak sedara m yg ada dyslexia ni xnak pergi sekolah sbb dia ditempatkan dlm kelas mcmtu.. sbb m bany ...

hahhaha!! comel gile anak sedara u. penyusunan ayat & vocab yg dia guna sopan sungguh!


i doakan one day anak sedara u berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
babydoll replied at 23-5-2017 09:35 PM
hahhaha!! comel gile anak sedara u. penyusunan ayat & vocab yg dia guna sopan sungguh! {:childlike ...

mmg, aku suka dgn dia.. sbb pemikiran dia, kata2 dia tu.. kau suruh lah pape, senang buat apa org suruh, yg penting sediakan makanan.

Nanti dok asik cakap auntie spaghetti yg buat aritu sedap lah, tp tu lah sikit sgt kita makan sikit sgt.. cakap dia tu menyenangkan hati.. mmg bawak dia jalan kdg2 org jeling2 tgk,sbb cara cakap dia pun mcm budak sikit.

aku pun xpaham dia.. diagnosis doctor bercampur2.ada sekali bawa g secret recipe dia interview budak kat kaunter tu,tanya pasal kek..hingga budak tu tergelak, tercenggang nak jawab.. dia tanya kek mana sedap, budak tu cakap semua sedap dik.. anak sedara aku cakap owh itu bermaksud kamu sudah makan semua kek disini lah? budak tu cakap belum rasa semua.. anak sedara aku balas, kamu cuba menipu ya, kalau tidak rasa semua, mcm mane td kamu cakap semua sedap?? tau tak menipu dosa? sambil buat aksi mata lawak ngn muka dia tu.. tergelak budak tu. aku harap dia diberikan kemudahan hidup kelak.. sbb tenang otak bersama dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
chupachups replied at 7-5-2017 10:06 PM
Maaf..saja nk share sikit luahan rasa. Harap sudi la baca..

Irfan Haziq ada semua simptom disleks ...

mudahan Allah mudahkan usaha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2017 01:27 AM | Show all posts
chupachups replied at 7-5-2017 10:06 PM
Maaf..saja nk share sikit luahan rasa. Harap sudi la baca..

Irfan Haziq ada semua simptom disleks ...

Alhamdulillah, terharu. I am very happy for Irfan . bagus awak, seorang ibu yg sabar.
Tentu banyak rasa kcewa dia dalam diri dia dimasa sekolah rendah (kerana, di skolah, apa sgt yg difocuskan oleh sistem kita selain dari belajar maths / bm / bi). Harap dia akan sedikit sebanyak boleh overcome rasa kecewa tu dgn semangat bau kerana dia telah berjaya mengatasi byk halangan sebenarnya. Nanti, dia akan dapati bahwa banyak lagi bidang yg dia mungkin jauh lebih baik dari kids yg lain insyaAllah.  What you overcome itulah the measure of your success. Jika dia paham ini, dia tak akan kecewa lagi. Masa kecik ada kawan sgt happy dgn kasut barunya yg sebenarnya tidak seberapa, tetapi dia tolong mak dia jual kuih etc to get that; big success i'd say.

May Allah continue to give happiness and success to Irfan, ameen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2017 01:28 AM | Show all posts
Edited by ipes2 at 26-5-2017 01:29 AM
kak_sall replied at 8-5-2017 08:32 AM
heheeh dr ipes ngelat...

mmg le org lelaki sekarang banyak yg dah berubah...anak2 lelaki ksall  ...

hi hi

eh jauh kan program tu
takpelah
nnt ada peluang lagi insyaAllah

  • 7 adik pompuan dia??? wah mewahnya..mkn pakai semua terjamin kat umah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2017 01:30 AM | Show all posts
kak_sall replied at 9-5-2017 05:34 PM
ksall dah set le... 20hb ksall nak p test anak ksall ni... ayah dia tak boleh p.. tak pe la.. ksall  ...

insyaAllah lancar je quran dia nnt tu kak sall
wah, brothers dia wakil tilawah ye..terer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2017 01:31 AM | Show all posts
kak_sall replied at 21-5-2017 08:45 AM
ksall tak p pun program ni.. jauh sgt ...tapi ksall p exam kat pusat dyslexia ttg masalah pembelajar ...

ha buat pengesahahn docs dulu
biar ada correct diagnosis
thats the first step kak sall
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2017 09:43 AM | Show all posts

Nak share kisah anak akk sorang ni...

Akk syak anak akk ni dyslexia. Sebelum ni memang terasa2 tp tak pernah pergi test.

Selama ni akk selalu ingat dia late bloomer…takpe dia lemah pelajaran..nanti makin meningkat dia akn ok. Budak lelaki mmg macam tu. Banyak je success story dgn late bloomer.Tapi bila dah masuk Form 1 dia masih tak ok.

Ciri yg akk nampak pd dia..

Lambat membaca…Darjah 3 baru dapat membaca. Masuk kelas Linus.

Tulisan teruk tapi rasanya tak pernah terbalik…dah cek info internet tak semua dyslexia tulisan terbalik.

Tak suka membaca…selalu komplen pening nampak tulisan double. Cek mata every now n then tak pernah rosak. Ini juga ciri dyslexia. Klu kat overseas sana siap ada spec khas utk depa ni.

Tak pandai buat ayat. Karangan memang teruk. Maybe sb tksuka membaca, vocab kurang.

Masa darjah 3-4 kalau bercerita terasa mcm masih tadika. Kita memang tak faham sgt sb jumble semua ayat, tkde sequence. kisah kemarin semalam 2 mggu lepas smua campur.

Tak pandai ikut arahan, kalau bagi dua arahan mudah, lepas tutup lampu buang sampah kat tepi tu…dia akan tutup lampu saja.

Low tolerance dgn pain….sgt..hatta sagat sikit kaki main bola sakitnya mcm dah patah kaki tu.

Suka berangan…di tangan selalu ada mainan kecil utk dia pegang dan berangan.

Masa sek rendah..fail semua subjek teras. Masuk Form 1 periksa pertengahan tahun hari tu…semua fail.

Kelebihan
Sgt terer dengan lego. Boleh buat design spaceship yg mengagumkan.
Sgt cepat tangkap lagu, lirik walau baru sekali dengar.
Sgt cekap dgn computer


Cikgu selalu cakap…dia tak focus..kalau dlm kelas dia tengok cikgu tp macam loss.
Bila ditanya hal pelajaran…dia slalu ckap saya tk faham apa cikgu ajar.

bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2017 10:20 AM | Show all posts
Apa akk dh buat utk bantu...

Tk pernah paksa dia dlm pelajaran. Tapi kdg geram jgk dgn sikap acuh tak acuh dia so biasa jgk marah utk dia focus.

Sekolah rendah…akak bekerja. dlm tu sempat tarik dia duduk sebelah utk ajar walau ssah sb dia akan bangun kalau kita leka skit.

Pernah panggil cikgu utk  one to one tuition…tk jalan…sb cikgu tu ajar dia mcm budak2 lain..wc tk jalan.

Akk tahu bdk dyslexia belajar cara yg berlainan. Otak dia tangkap cara lain dr kita. Mind mapping salah satu cara berkesan.

Now…akk beli semua buku form 1 dn study. Akk simplifykan dlm bentuk mind map. Masa awal tahun hari tu, memang effective sb dia fham dan boleh tangkap.

Tp tulah sgt2 mencabar sb akk bekerja dan balik malam. Memang penat kalau nk mengajar dia.  Dia pun penat sb sekolah petang. Sabtu Ahad pulak sibuk.
Kadang akk buat mind map tu masa lunch time kt ofis.

DANN..yg paiing frust sekarang ialah..pelajaran Form 1 sgtttt susah.
New syllabus utk Form1 tahun ni. Content terlalu elaborate.
Ada subjek sains dan maths form 4 sekarang ditarik ke Form 1.
Bayangkanlah susahnya utk diaorg.
Cikgu dia pun akui payahnya nk ajar.
Hmm..lg mencabar utk akk

Bila simplifykn subjek utk dia, soalan KBat whatever memang takkn disentuh,
yg asas pun payah inikan pulak KBat.

Soalan ‘selesaikan masalah’ Maths mmg tggalkan je.
Dia pun tak pernah faham soalan ayat panjang.
Only focus pd yg kiraan. Kalau dpt markah on this part pun jadilah.

Kalau sains..mencabar sb bahasa/term yg diguna dn sains banyak guna ayat2.
Cara mnjawab pun kena jawab dgn ayat. Kena strong dgn ayat.

BM, BI payah sikit nak ajar sb dia tak suka membaca.

Org asyik ckap pd akk takpelah nanti masukkan dia ke Vokasional atau dia ni bijak tang mechanical bleh jadi engineer. Mmglah senang bunyinya, tapi Vokay pn still nak ada asas BM, BI..result mesti ok, mana depa terima yg fail kan.

So skarang tk tahu nak set dia utk ke mana nanti…Kolej Komuniti mungkin?  Belajar skill, maybe dgn skill dia boleh jd entrepreneur. Selalunya org dyslexia mmg pandai berniaga katanya.

Akk akn pergi test dyslexia dia di hospital dlm sebulan dua ni.

Kekesalan akk sekarang….. Akk rasa akk tahu macamana nak ajar dia tp takde masa nak ajar dia sb kerja. Kalaulah boleh berenti kerja mcm tu je. Rasanya itulah pun kekangan yg ibu2 lain hadapi jg.

Sekian, maaf panjang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.173578 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list