CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11975|Reply: 69

[Tempatan] Gelaran doktor kehormat, kalau nk guna letakkan kurungan (Dr)

  [Copy link]
Post time 26-4-2017 09:54 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil langkah tegas membendung amalan menggunakan gelaran akademik seperti “Dr” atau “doktor falsafah” (PhD), “profesor” dan “Ir” palsu dalam kalangan pensyarah universiti.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kefahaman tentang kepentingan nilai integriti perlu diberikan secara berterusan kepada institusi pengajian tinggi di negara ini.

“Universiti yang terlibat sudah mengambil tindakan terhadap mereka yang menggunakan ‘title’ palsu dan mereka kini dalam proses mahkamah.

“Kita perlu periksa dahulu. Setiap universiti sudah memaparkan kepada umum senarai nama mereka yang mendapat ijazah kedoktoran daripada universiti mereka,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi kementeriannya pada sidang Dewan Negara hari ini.

Idris berkata, sebagai contoh, individu yang memiliki gelaran doktor kehormat masih boleh menggunakan gelaran “Dr”, namun ia hendaklah ditulis dalam kurungan gelaran tersebut (Dr) sebagai tanda pengiktirafan.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata, tahap kesedaran peminjam untuk membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilihat meningkat melalui pelbagai inisiatif kementerian itu.

Jumlah bayaran balik yang diperolehi pada 2 bulan pertama tahun ini sebanyak RM680 juta. Peningkatan itu berbanding RM353 juta pada tempoh sama tahun lepas.

PTPTN kekal dengan polisi sedia ada, iaitu berkaitan penahanan bayaran pinjaman kepada pelajar yang memperolehi PNGK 2.0 dan ke bawah, bagi memastikan peminjam kekal cemerlang dalam bidang akademik dan keupayaan pembayaran balik pelajar selepas tamat pengajian.

Bagi menjawab soalan Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, Idris menjelaskan sehingga Februari tahun ini, seramai 42,425 peminjam dengan amaun berjumlah RM1.26 bilion mendapat manfaat daripada Dasar Pinjaman Boleh Ubah yang diperkenalkan, iaitu pengecualian bayaran balik bagi mereka yang mendapat Ijazah Sarja Muda Kepujian Kelas Pertama.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 30,918 peminjam daripada universiti awam, manakala 11,507 peminjam daripada IPTS,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 26-4-2017 09:54 AM
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil langkah tegas membendung amalan menggunakan ge ...

Apelah bangga sgt ngan title tu sedangkan bukan doc betul pon.kalau org kena sakit jantung tepi jln pon xbleh nk buat apa? Bg aku gelaran tu hanya boleh diguna untuk official matter jah..yg spesis guna tuk beniaga tu mmg hamjads x bleh pakai.

Same goes to ir..motif nk pakai ir pdhl bukan kau boleh apply pun benda tu unless for official matter.

Batak title sgt
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Belajar tinggi tapi akai nak title je, nak tunjuk kau tu hebat. Boleh dpt project byk. Mentaliti
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Org sekarang batak gelaran. Even doktor sebenar pon takde hadap nak org luar panggil dia doktor waktu bukan bekerja. Doktor2 pelesu ni pulak yg gigih canang gelarang doktor dia tu bagi nampak mulia walhal smpah masyarakat jah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2017 10:13 AM | Show all posts
kes-kes mcm ni memang kementerian longgar
dulu ada menteri umno pakai gelaran Dr
walhal doktor kehormat je pun

pernah tgk satu banner wakil rakyat umno
di kawasannya , banner ada tulis gelaran Dr
luar kawasan jajahannya namanya tak diletakkan gelaran Dr
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr Vida & the gang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2017 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil langkah tegas membendung amalan menggunakan gelaran akademik seperti “Dr” atau “doktor falsafah” (PhD), “profesor” dan “Ir” palsu dalam kalangan pensyarah universiti.

Yg artis mcm Dato Dr BOY iman tu mcm mana lak? Siap launching projek rmh sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal kene panggil doktor ke cikgu ke.. Keje yang lain tade pon
Engineer ke takde plak panggil enjinia.. Yang IT panggil apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 10:30 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 26-4-2017 10:11 AM
Org sekarang batak gelaran. Even doktor sebenar pon takde hadap nak org luar panggil dia doktor wakt ...

ya kah ramai gelaran Dr tu sampah masyarakat?? betul kah cakap kamu??
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
most yg meols jumpa just state cmni (phd) after his name..cth Abdul bin Abu (PhD) atau (DBA)
xdelah dia gigih letak Dr...depan2 nama..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:01 AM | Show all posts
Dr Datuk boi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
saintis2,  expert2 kokeshen yg kena interview kat cnn,  bbc etc takde pun letak Dr kat depan just letak phd kat blakang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
... sepatutnya letak "Dr. Hon."  gitu, kalau pakai bracket tu masih mengelirukan, dan tak semua org akan buat.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 26-4-2017 10:11 AM
Org sekarang batak gelaran. Even doktor sebenar pon takde hadap nak org luar panggil dia doktor wakt ...

Tapi ada jugalah 1,2 doc sebenar hrmm ada jua yang batak.
Pernah berlaku pada I waktu buat praktikal dulu, insist juga panggil diri dia Dr dan siap dalam borang tu tulis Dr.
Tapi apapun, mungkinlah dah belajar susah2 so dia rasa why not flaunt it?mungkinlah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:38 AM | Show all posts
selalu yang menunjuk tu la dr palsu..
yang real takde gigih mana pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
X hdp org title Dr plsu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 11:55 AM | Show all posts
Dr. AFL?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:55 AM | Show all posts
ok jugak kut yg dpt gelaran kehormat tu nk guna Dr kat nama dia
maybe sbb dia rsa da penat belajar bertungkus lumus
tp kdg2 dia org xde pun nak guna sgt, org lain jerk yg sibuk nak letak Dr tu kat nama dia
ni yg dpt pingat KMN tu pun nak jugak tulis benda alah tu,
kalau x tulis bising2 lagik,
siap komplen lagik kat nama dia xde KMN
pd hal ntah apa lah sumbangannya...
tengok sendu jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:58 AM | Show all posts
haryatie replied at 26-4-2017 11:55 AM
ok jugak kut yg dpt gelaran kehormat tu nk guna Dr kat nama dia
maybe sbb dia rsa da penat belajar  ...

gigihnya..hadap sangat gelaran
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 12:02 PM | Show all posts
org ada phd pon malu eh nak letak dr kat depan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.071757 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list