Lagu baru Tokti, Segala Perasaan ciptaan sepenuhnya komposer Indonesia, Ivan Lahardika untuk album terbaru Simetri Siti menungguli carta iTunes selepas sejam dilancarkan.
Video Klip dan album terbaru bakal dilancarkan 5 Mei 2017.
Update :
1) Album Simetri Siti selamat dilancarkan dengan kehadiran komposer, penulis lirik dan penerbit serta pihak Universal Music serta keluarga, teman media dan SitiZoner
2) Pelancaran muzik video Segala Perasaan dan Bersandar Cinta
3) Pelancaran minuman terbaru Imizu
4) Album eksklusif Simetri Siti di Lazada sold out 300 copies.
5) Album boleh didapati di kedai muzik dan pasaran digital pada 10 Mei 2017.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Author|Post time 27-4-2017 11:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by kumak at 27-4-2017 11:43 PM
KUALA LUMPUR: Impian sejak kecil untuk menjadi adiwira akhirnya dapat direalisasikan Datuk Siti Nurhaliza menerusi pembikinan video muzik bagi single baharu berjudul Segala Perasaan.
Penyanyi tersohor itu berkata, video muzik itu, yang juga pertaruhan pertama daripada album studio ke-16 beliau, SimetriSiti, bakal dipertontonkan kepada media pada majlis pelancaran, 5 Mei depan.
"Segala Perasaan sangat istimewa kerana selepas lebih dua dekad dalam industri muzik, akhirnya saya dapat menzahirkan impian sejak kecil dalam video muzik.
"Dulu, saya selalu berangan ingin bergelar Superwoman atau adiwira yang mempunyai kuasa sakti dan mampu menyelamatkan orang lain. Namun, sudah tentu ia mustahil.
"Apabila dapat peluang menggarap sendiri idea bersama pengurus, Kak Zie (Rozi Abdul Razak), akhirnya terhasil video muzik ini yang turut menonjolkan babak pertarungan," katanya pada majlis pelancaran butik dan koleksi hijab premium, Ariani Luxe, di sini, semalam.
Mengulas cabaran sepanjang rakaman video muzik berkenaan, Siti mengakui mereka tidak mengambil masa panjang untuk melakukan adegan lasak kerana mendapat bimbingan koreografer berpengalaman.
"Saya perlu menonjolkan aksi sebagai adiwira yang tangkas dan mahir bertarung. Jadi, saya dibimbing ahli seni bela diri campura, Ann Osman, yang mengajar teknik berlawan dengan musuh.
"Walaupun agak mencabar dan lasak, saya sangat teruja, malah penggambaran dapat diselesaikan mengikut jadual. Menariknya, rakaman dibuat di atas bangunan setinggi 20 tingkat. Memang sangat mendebarkan," kongsinya.
Bismillahirohmanirrohim.
Single ' Segala Perasaan' boleh dilanggani di semua ' Digital Platform' bermula esok, 28 April 2017.
Sokongan anda amat kami hargai, jaga harta intelek ini dengan baik dan hargai bahawa ini adalah usaha, karya dan kerja keras anak-anak seni.
Semoga menepati citarasa anda sebelum kehadiran album penuh SimetriSiti pada 10 Mei nanti.
Selamat melanggani lagu ini di semua Digital Platform. Terima Kasih semua. ( Gambar ini adalah gambar kulit album SimetriSiti tetapi penggunaan font ini adalah untuk sementara sahaja atau hanya untuk cover single ini)
Post time 28-4-2017 06:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols preview jah kat itunes cam ok gak la tapi sama boring dgn lagu baru dayang. (P/S bukan hater ctdk or dayang). Bila la tokti nak kembalikan kegemilangan power ballad beliau zaman arwah adnan abu hassan n ajai dulu.
Vokal Tok Ti memang power dalam lagu ni...
Tapi sorry to say... melodi lagu ni bosan....
iols punya kategori sedap adalah....
lagu tu kena menarik minat iols dalam rangkap pertama...
dan melodi dia kena indah yang bila sekali dengar dah suka...
untuk lagu Tok ti ni bila dengar rangkap pertama macam menjanjikan jer...
sedap didengar...tapi bila sampai tengah2...ya ampun bosan nyer melodi lagu ni
tak sesuai dengan Ke Diva an seorang Siti Nurhaliza...
Kat bawah ni ada Antara contoh2 lagu yang pertama kali dengar dah suka...barulah melodi, lirik dan vokal seiring. Ni suara Tok Ti Letoppppsss sangat tapi laguuuuu sedehhhhhhhh. Tapi iols is yakin lagu Tok Ti ni tetap akan mendonia sebab nama sheols Tok Ti... sekian terima kasih.
Author|Post time 28-4-2017 07:49 AMFrom the mobile phone|Show all posts
danieladam replied at 28-4-2017 04:49 AM
Tak saba iols nk beli album terbaru tok ti..dan x saba nk tgk chuols merumuskan sape yg tok ti tir ...
Meols merasakan persaingan sengit album terbaik AIM tahun ni yach... Simteri Siti, Anatomi, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah dan Boneka. Jua buat kategori kolaborasi terbaik ada dirgahayu, seamanya cinta, pejamkan mata.. adakah tokti vs dayang tahun ni