CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8472|Reply: 8

Pencen Skim Keilatan. Ketahui Hak Anda.

[Copy link]
Post time 15-5-2017 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by catalina at 15-5-2017 05:09 PM

ARKIB : 13/08/2013
Ibu tunggal lega terima wang pencen Perkeso setiap bulan


MUAR 12 Ogos - "Selama ini mak cik sekeluarga tidak pernah tahu tentang bantuan pencen dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
"Selepas suami meninggal, kami sekeluarga tidak melakukan sebarang tuntutan sehinggalah baru-baru ini ada ahli keluarga yang berurusan di Perkeso dan membuat semakan," kata Ramlah Shariff, 55, yang menerima pampasan bagi pihak suaminya.
Menurut Ramlah, arwah suaminya Mazlan Parman meninggal dunia pada November 2002 akibat kanser darah dan sebelum ini suaminya pernah melakukan pelbagai kerja termasuk menjadi juruukur dan bekerja di kilang.

"Mak cik tidak pasti yang mana satu pekerjaan arwah ketika dia mula mencarum dalam Perkeso ini. Apa pun, mak cik sekeluarga berasa sangat bersyukur kerana caruman arwahlah yang menyebabkan kami sekeluarga mendapat bantuan," katanya ketika ditemui dalam majlis penyampaian Faedah Pengurusan Mayat (FPM) di Pejabat Perkeso Muar di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Zaiton Ismail serta Pengurus Perkeso Muar, Jamalluddin Mohammad.
Pada majlis berkenaan, Ramlah menerima bayaran FPM sebanyak RM1,500 serta bayaran pencen penakat bermula 7 November 2002 hingga 30 Jun 2013 sebanyak RM35,411.81.

Selain itu, Ramlah turut menerima pencen bulanan sebanyak RM475 sebulan bermula Julai lalu.
Ibu kepada tujuh anak dari Kampung Serom 2, Sungai Mati, Ledang itu berkata, bantuan pencen penakat serta bulanan itu adalah rezeki yang besar ertinya kepada dia sekeluarga, apatah lagi kesemua anaknya kini sudah berumahtangga dan mempunyai kehidupan sendiri kecuali yang paling bongsu.
Katanya, dia yang sebelum ini mengambil upah menjaga anak saudara sudah tidak mampu bekerja dan berharap sepenuhnya kepada anak bongsunya, Norfarahin berusia 18 tahun.

"Mak cik mahu menyimpan wang yang diterima sebaik mungkin untuk kegunaan hari tua kelak. Jika Norfarahin ingin menyambung pelajaran pada masa depan, wang ini akan dapat membantunya," katanya.
Sementara itu, Jamalluddin berkata, kelewatan pembayaran pencen itu disebabkan keluarga pencarum tidak mengetahui bahawa mereka layak menuntut bagi pihak si mati.

"Dalam kes ini, bayaran sudah tertunggak selama sembilan tahun kerana tidak dituntut dan hari ini, kami melunaskan bayaran pencen berkenaan. Selepas ini, Puan Ramlah akan menerima bayaran pencen secara tetap setiap bulan iaitu sebanyak RM475," katanya.




Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Johor/20130813/wj_04/Ibu-tunggal-lega-terima-wang-pencen-Perkeso-setiap-bulan#ixzz4h8Ays33u
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2017 04:02 PM | Show all posts
PENCEN ILAT


KEILATAN adalah suatu keuzuran yang berkekalan atau tidak mungkin akan sembuh yang mana mengakibatkan seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan seseorang pekerja yang normal.

Perlindungan kepada pekerja yang mengidap keilatan akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Antara penyakit-penyakit kronik penyebab keilatan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti sakit jantung, buah pinggang, barah, sakit jiwa, asma dan sebagainya.


Syarat Kelayakan
Belum mencapai umur 60 tahun pada masa notis ilat diterima oleh PERKESO
Sekiranya telah mencapai umur 60 tahun pada masa notis ilat diterima, pekerja hendaklah membuktikan bahawa keilatan terjadi sebelum umur 60 tahun dan tidak bekerja semenjak ia mengalami keilatan
Disahkan ilat oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
Telah memenuhi mana-mana syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama ada kelayakan caruman penuh atau kelayakan caruman yang dikurangkan.


Tempoh Bayaran
Pencen Ilat dibayar bermula dari tarikh notis ilatnya diterima oleh PERKESO atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas notis ilat dikemukakan
Pencen Ilat dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia mengikut mana yang lebih awal
Pencen Ilat akan digantikan dengan Pencen Penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima Pencen Ilat tanpa mengira umurnya.
PERKESO berhak menggantung Pencen Ilat dan merujuk semula kes kepada Jemaah Doktor sekiranya seseorang itu didapati bekerja semula dan memperolehi pendapatan melebihi 1/3 daripada gaji purata sebelum beliau mengidap keilatan.


Kadar Bayaran
Bayaran pencen yang diberi adalah tertakluk kepada kelayakan kadar pencen. Mulai 1 Januari 2012, bayaran minima pencen bulanan adalah sebanyak RM475.00 sebulan.


Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan:
Orang berinsurans hendaklah mengisi dan melengkapkan borang dan maklumat berikut:
1. Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah - Borang 34
2. Laporan Perubatan terkini. (Bayaran rm80.00 dikenakan untuk mendapatkan laporan perubatan dari hospital di bahagian Rekod. Laporan siap 3-4 minggu) - Cara Mendapatkan Laporan Perubatan dari Hospital Kerajaan
3. Salinan Kad Pengenalan




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2017 04:10 PM | Show all posts
Edited by catalina at 15-5-2017 04:15 PM

BANTUAN ILAT
  • Bantuan Ilat dibayar kepada orang berinsurans yang diperakui mengidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan tetapi tidak layak menerima Pencen Ilat kerana tidak memenuhi tempoh kelayakan.
  • Amaun Bantuan Ilat adalah sama banyak dengan jumlah caruman yang telah dibayar berkenaan dengannya beserta dengan faedahnya mengikut kadar yang ditetapkan di bawah peraturan. Orang berinsurans layak menerima bantuan ini jika telah membayar sekurang-kurangnya 12 bulan caruman.


ELAUN LAYANAN SENTIASA
Elaun ini dibayar kepada pekerja yang disahkan mengidap keilatan dan tidak berdaya hingga sentiasa memerlukan layanan seseorang lain

Syarat Kelayakan
Orang berinsurans yang disahkan mengidap keilatan dan tidak berdaya dengan teruknya hingga sentiasa memerlukan layanan seseorang lain, layak menerima elaun ini dengan pengesyoran Jemaah Doktor Khas atau Jemaah Doktor Rayuan.

Kadar Bayaran
Orang Berinsurans yang disahkan menghidap keilatan dan tidak berdaya dengan teruknya hingga sentiasa memerlukan layanan seseorang lain, layak menerima elaun ini dengan pengesyoran Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Khas atau Jemaah Doktor Rayuan. Jumlah Elaun Layanan Sentiasa adalah ditetapkan sebanyak RM500 sebulan.




---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perkeso bayar elaun khas RM50016 OKTOBER 2013


Maran - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membayar elaun RM500 sebulan kepada mereka yang menjaga 'orang hilang upaya khas' menerusi Skim Bayaran Layanan Sentiasa (ELS) mulai tahun ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata sehingga Ogos lepas 5,383 penjaga menerima manfaat itu dalam usaha kerajaan meringankan bebanan mereka.

"Elaun yang diberikan itu bagi meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung penjaga semasa mengubati dan menjaga mereka yang hilang upaya itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis korban anjuran Umno Bahagian Maran di Simpang Tajau, di sini hari ini.

Beliau meminta mereka yang menjaga pesakit hilang upaya kekal dan belum menerima bayaran supaya menghubungi Perkeso dengan mengemukakan dokumen lengkap berkenaan pesakit yang mereka jaga.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail berkata pihaknya menyasarkan 1.9 juta anggota Perkeso berumur 40 tahun ke atas menjalani pemeriksaan saringan kesihatan percuma di klinik panel Perkeso di seluruh negara sebelum akhir tahun ini.

"Sehingga ini 200,000 individu berumur 40 tahun ke atas menjalani saringan pemeriksaan kesihatan percuma itu bagi mengesan dan mencegah penyakit berjangkit pada peringkat awal, namun jumlah itu masih jauh daripada sasaran kita," katanya.

Ismail yang juga anggota Parlimen Maran berkata kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi program saringan kesihatan percuma itu. - Bernama


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2017 04:28 PM | Show all posts
PENCEN PENAKAT

Pencen ini dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila orang berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.



Syarat Kelayakan
Penerima Pencen Ilat meninggal dunia tidak kira berapa pun umurnya
Orang berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai 60 tahun tetapi telah memenuhi syarat kelayakan carumar penuh atau syarat kelayakan caruman yang dikurangkan di bawah Skim Keilatan


Kadar Bayaran
Jika orang berinsurans yang meninggal dunia itu adalah penerima Pencen Ilat, kadar penuh Pencen Penakat adalah sama banyak dengan kadar Pencen Ilat yang diterimanya.

Jika orang berinsurans yang meninggal dunia itu bukan penerima Pencen Ilat, kadar Pencen Penakat bergantung kepada mana-mana syarat kelayakan caruman yang dipenuhi di bawah Skim Keilatan.


Bayaran pencen yang diberi adalah tertakluk kepada kelayakan kadar pencen.Mulai 1 Januari 2012 , bayaran minima pencen bulanan adalah sebanyak RM475.00 sebulan dan dibayar mengikut pembahagian syer orang tanggungan yang layak.


Orang Tanggungan Yang Layak
  • Balu, atau duda, atau anak;
  • Jika tiada balu atau duda, anak
    i.adik-beradik
    ii.ibu atau bapa
    iii.nenek atau datuk (jika ibu bapa orang berinsurans sudah meninggal dunia)

    Nota: Anak bermaksud anak yang berumur kurang 21 tahun pada masa kematian orang berinsurans meliputi :
  • Anak kandung
  • Anak tiri yang ditanggung oleh orang berinsurans
  • Anak angkat yang diambil oleh orang berinsurans secara sah mengikut undang-undang pengangkatan
  • Anak tidak sah taraf orang berinsurans
  • Anak yang terencat mental atau menjadi tidak berupaya secara fizikal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, layak menerima faedah selama tidak berupaya menyara kehidupannya

    Nota: Adik bermaksud adik kandung seibu dan sebapa yang berumur kurang 21 tahun pada masa kematian orang berinsurans.

Pembahagian Dan Tempoh Bayaran Orang Tanggungan
1) Jika meninggalkan balu atau duda atau anak, pembahagian kadar pencen adalah seperti berikut:

Orang Tanggungan
Bahagian atas kadar pencen
Tempoh Bayaran
Balu atau duda
3/5
  • Seumur hidup
  • Sekiranya layak mendapat lebih daripada satu faedah orang tanggungan, balu atau duda hanya layak dibayar satu faedah yang kadarnya lebih tinggi
  • Sehingga berkahwin semula (jika balu atau duda berkahwin semula sebelum 1 Mei 2005)

Anak
2/5
(Jika balu atau duda meninggal dunia, bahagian anak menjadi 3/5)
  • Sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Syer anak layak diteruskan sekiranya:

    i.
    Masih belajar di mana-mama institusi pengajian tinggi (IPT), sehingga tamat ijazah pertama atau berhenti atau berkahwin (mana yang lebih awal)
    ii.
    Seumur hidup bagi anak yang terencat mentalnya atau tidak upaya secara fizikal dan tidak berdaya menanggung diri sendiri




























2) Jika tidak meninggalkan balu atau duda atau anak, kadar pencen dibahagikan kepada orang tanggungan yang layak dibayar seperti berikut :
Orang Tanggungan
Bahagian atas kadar pencen
Tempoh Bayaran
Ibubapa
4/10
  • Seumur hidup
Adik-beradik
3/10
  • Sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal).
Nenek atau Datuk (jika ibubapa telah meninggal dunia)
4/10
  • Seumur hidup













Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntutan :
Pemohon / Pihak yang membuat tuntutan hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

i.Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah - Borang 34
ii.Salinan Sijil Kematian Orang Berinsurans (depan & belakang)
iii.Lain-lain dokumen :
a. Jika Orang Berinsurans Belum Berkahwin :
  • Salinan Sijil Kelahiran Orang Berinsurans
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Nenek dan Datuk (jika berkenaan)
  • Salinan Sijil Kelahiran / dan Kad Pengenalan Adik-Beradik (jika berkenaan)

b. Jika Orang Berinsurans Berkahwin :
  • Salinan Kad Pengenalan Balu / Duda
  • Salinan Sijil Daftar Perkahwinan / Sijil Nikah
  • Borang Akuan Balu Tunggal (bagi orang Islam) - Lampiran A
  • Salinan Sijil Kelahiran / dan Kad Pengenalan Anak (jika berkenaan)
  • Borang BKA-1 dan salinan buku bank pemohon dari mana-mana bank yang diluluskan (jika berkenaan)
  • Resit asal pengkebumian jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan (jika tiada waris)






















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2017 04:36 PM | Show all posts
Edited by catalina at 15-5-2017 05:07 PM

FAEDAH PENGURUSAN MAYAT









  • Faedah Pengurusan Mayat dibayar kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans meninggal dunia akibat daripada sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

  • Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM1,500 akan dibayar kepada orang atau orang-orang berikut mengikut keutamaan:

i.balu (jika ada dua orang balu atau lebih, balu-balu itu sama-sama berkongsi Faedah Pengurusan Mayat)
ii.duda
iii.anak lelaki tertua
iv.anak perempuan tertua
v.ibu atau bapa (jika ada kedua-dua ibu bapa, ibu dan bapa sama-sama berkongsi Faedah Pengurusan Mayat)

  • Sekiranya TIDAK ADA orang tersebut di atas, faedah akan dibayar kepada mana-mana orang lain yang sebenarnya menanggung perbelanjaan pengurusan mayat orang berinsurans yang mati itu. Bagaimanapun, amaunnya adalah jumlah sebenar yang telah dibelanjakan dengan mengemukakan resit sebagai bukti terhad kepada RM1,500.00





Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntutan :
  • Pemohon / pihak yang menuntut hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

i.Borang tuntutan bagi faedah pengurusan mayat (Borang 26)
ii.Salinan Permit Pengebumian / Perakuan kematian
iii.Salinan kad pengenalan orang berinsurans
iv.Salinan kad pengenalan pemohon / pihak yang menuntut




---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ARKIB : 24/09/2013

Waris, pencarum boleh tuntut faedah Perkeso


SUNGAI PETANI 23 Sept. - Tahap kesedaran dalam kalangan pekerja dan waris berkaitan kelayakan menikmati faedah caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) masih rendah.
Pengarah Perkeso Kedah, Othman Nordin berkata, keadaan tersebut menyebabkan ramai di antara pekerja mahupun waris tidak membuat tuntutan selepas berlakunya insiden ataupun kematian.

"Golongan pekerja ataupun waris termasuk ibu bapa yang anaknya belum berkahwin boleh membuat tuntutan faedah caruman Perkeso sekiranya ditimpa kemalangan ataupun kematian.
"Kita mempunyai pelbagai faedah kepada pencarum seperti faedah pengurusan mayat, pencen penakat, pencen ilat dan faedah pinjaman pendidikan kepada anak penerima manfaat," katanya kepada pemberita selepas menyertai Ops Kesan di sini baru-baru ini.
Othman berkata, sebagai contoh, dalam kes kematian pencarum, waris mempunyai hak untuk mendapatkan faedah di bawah pencen penakat.

Katanya, nilai minimum pencen penakat adalah sebanyak RM475 dan maksimum RM1,917.50 bergantung kepada pendapatan pencarum semasa hayatnya.
"Di samping itu, Perkeso turut menyediakan elaun layanan sentiasa kepada waris atau penjaga kepada pencarum yang jatuh sakit dan memerlukan penjagaan rapi," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, Ops Kesan yang dijalankan tersebut bertujuan mengesan para majikan yang tidak mencarum pekerja mereka ke dalam skim Perkeso.
Katanya, sehingga 1 hingga 18 September lalu, sebanyak 44 kompaun dikeluarkan kepada majikan di sekitar kawasan Sungai Petani melibatkan nilai RM36,000.




Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130924/dn_14/Waris-pencarum-boleh-tuntut-faedah-Perkeso#ixzz4h8PITAqW
© Utusan Melayu (M) Bhd





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2017 04:47 PM | Show all posts
KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI ATAU VOKASIONAL DAN DIALISIS





    Kemudahan ini disediakan secara percuma oleh PERKESO kepada orang berinsurans yang mengidap keilatan.


1.Pemulihan jasmani termasuk:
  • Program 'Return To Work';
  • Terapi pekerjaan;
  • Pembedahan rekonstruktif;
  • Bekalan anggota tiruan seperti kaki / tangan / gigi dan mata palsu; dan
  • Bekalan otopedik seperti kerusi roda, tongkat, alat pendengaran, cermin mata, kaliper dan kasut;
  • Fisioterapi;
  • Rawatan Dialisis


2.


Pemulihan vokasional termasuk latihan vokasional dalam bidang kursus seperti program 'Return To
Work
', pendawaian elektrik, jahitan, membaiki radio/TV, pertukangan logam, membaiki peti sejuk dan
hawa dingin, pemasangan paip, menaip, kesetiausahaan dan sebagainya


3.Kemudahan dialisis bagi orang berinsurans yang mengidap sakit buah pinggang kronik termasuk : -
  • Rawatan haemodialisis di pusat dialisis panel dan bukan panel PERKESO atau Hospital Kerajaan
  • Rawatan kaedah Continous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)
  • Bantuan subsidi suntikan Erythropoietin (EPO)
  • Bantuan subsidi pembelian ubat Immunosuppressant
  • Bayaran pembedahan Arterior Venous Fistulae (AV Fistula)


4.

Semua perbelanjaan kemudahan pemulihan di atas ditanggung oleh PERKESO mengikut kadar dan
syarat-syarat yang ditetapkan









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-5-2017 04:53 PM | Show all posts
Edited by catalina at 15-5-2017 05:13 PM

Selain daripada FAedah Ilat terdapat juga FAEDAH PENDIDIKAN disediakan untuk Pencarum dan Anak Penerima Penakat.

Faedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak tanggungan penerima Faedah Berkala PERKESO dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :


A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PINJAMAN

B. CIRI-CIRI PEMBIAYAAN PINJAMAN PENDIDIKAN

C. CARA PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN

D. KADAR PERUNTUKAN PEMBIAYAAN PINJAMAN PENDIDIKAN

E. DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

F. CARA PENGELUARAN PEMBIAYAAN PINJAMAN PENDIDIKAN

G. BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN

H. KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN


Makluman Kadar Caj Perkhidmatan Pinjaman Pendidikan PERKESOMulai 1 Januari 2013, kadar caj perkhidmatan pinjaman pendidikan bagi peminjam yang menerima tawaran pinjaman pendidikan sebelum 1 Januari 2009 telah diturunkan daripada 4% kepada 2%.

Manakala bagi peminjam baru yang menerima tawaran selepas 1 Januari 2009, kadar caj perkhidmatan pinjaman pendidikan masih kekal 2%.
Sila rujuk laman sesawang Perkeso untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2017 05:13 PM | Show all posts
Nota:

Skim Ilat ini masih SAH dan boleh dituntut sekali pun kita telah TIDAK bekerja, cthnya: selepas VSS/MSS, selagi tidak melepasi jangkaun 10 tahun.

VSS - Voluntary Separation Scheme
MSS - Mutual Separation Scheme
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2017 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Good info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.078959 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list