CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8639|Reply: 101

Penjelasan Dato Siti "salah masuk" menyanyi di ABPBH

[Copy link]
Post time 15-5-2017 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by pencintaABC at 15-5-2017 09:17 PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza mengucapkan tahniah kepada semua pemenang trofi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Penerima tujuh kali trofi Bintang Paling Popular ABPBH itu turut mencoret secebis nasihat kepada pemenang ABPBH 3.0 melalui status di laman Instagram.

"Kepada pemenang ABPBH 3.0, tahniah saya ucapkan. Adik -adik (merujuk kepada pemenang) sedang melalui fasa yang saya panggil sebagai 'tanggungjawab'.

"Bukan mudah melalui fasa itu tetapi dengan kesabaran yang tinggi, usaha tanpa jemu dan jati diri yang baik... insyaAllah ia boleh ditempuhi sebaik mungkin.

"Takhta kemenangan bukan pengukur kita ini hebat, tetapi lebih kepada bagaimana kita menjalankan tanggungjawab dengan baik. Tanggungjawab itu merujuk kepada diri sendiri, orang sekeliling, bidang seni, tanah air, masyarakat dan peminat.

"Selamat mengharungi (cabaran) dan semoga maju jaya," pesan Siti yang turut tercalon dalam kategori online, Artis Berpengaruh Di Media Sosial tetapi tewas di tangan bintang jelita, Neelofa.

Mengulas mengenai penampilannya di pentas acara anugerah berprestij itu, Siti memberitahu, jadualnya padat semalam kerana perlu menghadiri acara kayuh basikal di Tanjung Malim, Perak, pada sebelah pagi.

Namun, Siti tetap menunaikan komitmen mendendangkan single baharu, Segala Perasaan, biarpun keletihan.

"Walaupun keletihan hingga saya tersalah 'masuk' pada bahagian meneran dalam lagu itu, namun, saya sedar insan di belakang saya juga bekerja keras. Ini termasuklah pengurus saya, Rozi Abdul Razak.

"Kepada peminat Siti Zoners, terima kasih kerana gigih memberi sokongan biarpun menontonnya di rumah.

"Sokongan peminat membuatkan saya sayangkan mereka. Terima kasih juga kepada ABPBH dan BH kerana memberi peluang saya memperdengarkan single terbaru saya," katanya yang merangkul trofi Penyanyi Wanita Popular ABPBH sebanyak 13 kali.

PENYANYI popular Datuk Siti Nurhaliza mengakui melakukan kesilapan ketika menyanyikan lagu terbarunya berjudul Segala Perasaan pada Anugerah Bintang Popular 3.0, semalam sehingga menjadi tular di laman sosial.

Bagaimanapun Siti menerusi komen di kumpulan Sitizone di laman Facebook menerima segala kritikan yang dilemparkan dan meminta peminatnya bertenang.

"Jangan risau, saya okey saja terima komen. Selalu saya menyanyi sempurna, sesekali ada ketika juga tak sempurna.

"Apa pun saya gembira dapat mempersembahkan lagu baru. Bukan senang nak dapat peluang itu. Selalu orang sudah biasa lagu yang popular," tulis Siti.

Siti turut memberi penjelasan menerusi laman Instagram miliknya.

"Kesimpulannya walaupun saya penat semalam sampai tersalah sedikit 'teran' ketika nyanyi, ia bukan masalah besar (no big deal).

"Sebenarnya ada juga yang sama-sama berjuang dan penat untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan membuatkan saya terus bersemangat untuk terus mempersembahkan yang terbaik," tulis Siti.

Menerusi persembahan itu, Siti melakukan kesilapan falsetto pada bahagian nada tinggi lagu terbabit.

Pun begitu, persembahan Siti masih mendapat pujian banyak pihak terutama pengguna laman sosial lain.

Pada masa sama, Siti berterima kasih kepada peminat yang tidak berhenti mengundi dan memberi sokongan meski dia tidak tercalon dalam kategori utama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2017 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg mekap tok ti smlm?
Nampak beginner sgt2 hasilnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2017 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
de_ikea replied at 15-5-2017 08:53 PM
Siapa yg mekap tok ti smlm?
Nampak beginner sgt2 hasilnya.

Mekap Nurul Shukor baju qudyn
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaler lipstick tak sesuai dgn tok ti. Pendapat iols la
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape makeup tokti tak cantik..

Nurul shukor tu bkn MUA bbnu dulu2 pn dh mkup kan tok ti awat cantik je
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ada ke gambar tokti semalam.tepek lah satu. teruk sgt ke mekapanya? iols tak tengok abp mlm tadi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2017 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok ..di maafkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2017 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mekap Mak Iti ABPBH30

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2017 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by RatuDunia94 at 15-5-2017 09:24 PM
beautifulliar replied at 15-5-2017 09:10 PM
Nape makeup tokti tak cantik..

Nurul shukor tu bkn MUA bbnu dulu2 pn dh mkup kan tok ti awat cant ...


Siti ckp muka sheols sunburn pasal siang berkayuh.. Tu yg nurul shukor tepek mekap tebal sikit dr biasa..

Entah lah.. Bila iols tgok balik gambar2, video2 lama siti.  Iols rasa fesyen and mekap sheols dulu jauhhh lbh cantik dr skrg.. Muka siti ni dh manis x perlu beriya2 mekap tebal..
Tang baju tu mmg la gemok dah tu jgn la pakai baju beropol2, berenda.. Pakai simple2 lg cantik..

Baru iols ingat dulu baju2 sheols micheal ong yg buat.. Terletak helok je.. Fesyen siti start hauk bila Rizman Ruzaini masuk line.. Skrg ni tambah Qudyn who pulak.. Nasib time konsert london dulu RR & Qudyn belum wujud.. X dpt bayangkan siti pakai gaun ropol2 kt RAH! Terus jd PPRT!!  
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 09:24 PM | Show all posts
biasa la tokti manusia biasa tk lepas sekali sekala buat silap.sedangkn org lain pn lg byk buat silap huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
de_ikea replied at 15-5-2017 08:53 PM
Siapa yg mekap tok ti smlm?
Nampak beginner sgt2 hasilnya.

Nurul shukor the lagend  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2017 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 15-5-2017 09:22 PM
Siti ckp muka sheols sunburn pasal siang berkayuh.. Tu yg nurul shukor tepek mekap tebal sikit d ...

Masa AIM duet dgn FT lagu Dirgahayu dress hitam tu cantik je..dgn saiz badan tokti kena hati2 la drp segi pemilihan color, style, fabric, sequin, ropol2
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 15-5-2017 09:22 PM
Siti ckp muka sheols sunburn pasal siang berkayuh.. Tu yg nurul shukor tepek mekap tebal sikit d ...

Sian tokti kesana kesini..tapi makeup tu memang mgundang hencapan..part body lak mmg sheols gerga sngt skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
beautifulliar replied at 15-5-2017 09:10 PM
Nape makeup tokti tak cantik..

Nurul shukor tu bkn MUA bbnu dulu2 pn dh mkup kan tok ti awat cant ...

Maybe nk sesuaikan ngan tema mlm tu kot.. x sesuai lak wt make up mcm selalu
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 09:37 PM | Show all posts
meneran ke? falsetto ke? terpecah ke? mana satu ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
BedahBedul replied at 15-5-2017 09:31 PM
Maybe nk sesuaikan ngan tema mlm tu kot.. x sesuai lak wt make up mcm selalu

Bg meols tokti dah cantik hidung dia kecik terletak..tkyh perlu mekap berkati..syg pulak klo nmpk huduh sbb mekap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2017 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pape jer tok ti x melatah kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
beautifulliar replied at 15-5-2017 09:38 PM
Bg meols tokti dah cantik hidung dia kecik terletak..tkyh perlu mekap berkati..syg pulak klo nmpk  ...

Bila tgk dlm gambar, nampak elok pulak.. bila tgk live smlm, rasa mcm hauk.. ke mata bedah ni dh kero  
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat komen cepwan pipi tokti macam kena tampo malam tu

Apapun iols tak sanggup nak cerca tokti sebab sheols sangat gigih bekerja siang malam. Mabeles betul tenaga tokti
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian ctdk, penat gila kot berkejar ke sana ke mari, cner lah nk conceive kalau mcm tu? Sheols kena berehat btol2. Ajak dato K balik dok lipis tu sebulan dua, rehat betul2. Lupakan sejenak soal karier. Lgpn sheols umur pn dh nk cecah 4 series. Dh seeloknya kasi rehat betul2 badan n recharge tenaga tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.064920 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list