CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1777|Reply: 7

Mohon bantuan

[Copy link]
Post time 27-5-2017 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum. Saya mohon pendapat dari yang berpengalaman atau pakar mengenai simptom dan gejala di bawah. Nombor 1 adalah saya sendiri manakala nombor 2 mengenai teman saya.

1. Sejak saya sekolah lagi sehingga sekarang(25) saya kerap sakit kepala. Selalunya seleruh kepala akan berdenyut sehingga saya rasa ingin hentak sahaja kepala ke dinding. Atau rasa otak saya seperti diramas. Dari dahulu saya mengambil panadol 2 biji. Kadang2 sudah tidak berkesan dan saya perlu makan lagi 2 dalam jangka masa 4 jam seterusnya. Baru2 ini saya sakit kepala setiap hari, dan panadol telah berpapan2 saya telan namun tidak sembuh. Akhirnya saya ke Unit Kesihatan Universiti saya, dan telah diberikan Ponstan(Mefenamic) . Saya kerap telan, kerana sering sakit(ketika saya taip ini juga saya sedang sakit kepala) , ponstan ternyata berkesan namun kesakitan itu kerap. Selalunya petang. Saya meminta surat refer ke hospital, ketika diberikan mefenamic namun sudah procedure medikal, saya perlu makn ubat tersebut dahulu,kata doc, jika kondisi sudah parah seperti muntah2 pengsan dan sebagainya, mungkin akan diberi surat refer. Saya nak minta pendapat forumer yang berpengalaman atau pernah mengalami masaalah yang sama untuk berkongsi tips hilangkan sakit kepala atau tips untuk menjalani procedure hospital kerana saya sudah tidak tahan menanggung sakit ini. Walaupun saya tidak tahap muntah dan sebagainya  hanya tuhan sahaja yang tahu, betapa siksanya saya menjalani hidup, terutama di tahun akhir Degree saya. Saya memang tidak mengambil sebarang cafein, tetapi saya akui saya mengalami masaalah cpt stress atau depression. Tetapi saya tidak rasa ini penyumbang nya, kerana jika saya tidak stress saya tetap akan sakit.

2. Kawan saya setiap kali bangun tidur(beliau menceritakan) apabila ludah , akan berdarah. Ini berlaku setiap kali bangun tidur sebelum gosok gigi. Beliau juga mudah diserang semput selsema,kahak yang teruk jika terdedah pada kesejukkan. Kemudian beliau menjadi cepat marah (takutnya..huhu). Adakah ini bahaya jika tidak dirawat atau cuma alahan biasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2017 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
kookie92 replied at 27-5-2017 10:46 PM
Assalammualaikum. Saya mohon pendapat dari yang berpengalaman atau pakar mengenai simptom dan gejala ...

Wslm. Sy cadangkn pegi private hospital untuk buat mri. Dh dpt result kalau ada sakit & tiada insuran blh sambung rawatan di hsptal kerajaan.
Sy doakn semua nye ok.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2017 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
yup..kau dgr cakap mama3 tu.. pergi private buat pemeriksaan kat sana.bukan cakap hospital kerajaan xbagus, tp biasanya asik amik masa yg lama.

arwah ipar yg kanser pun pergi gomen menaung tunggu,last2 pergi kpj xsampai seminggu dapat result. kawan aku yg batu karang pun pergi sana dh berguling pun hentam bg ubat je, last2 pg private.masa study kawan abg aku ni sakit perut hingga berguling pun katanya gastrik, bantai bg ubat kapur je, bila bulan pose doc siap sindir alasan xnak puasa, ingat org pura2 lah tu.. hingga satu hari pengsan, dapati kanser perut teruk. meninggal kemudian lg seminggu nak kawin.. nak argue perkara ni dgn doctor gomen sampai sudah xhabis, sbb diaorg akan ckp itu ini blabla.. baik ko amik tindakkan sendiri g private shj. senang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2017 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mama3 replied at 27-5-2017 04:33 PM
Wslm. Sy cadangkn pegi private hospital untuk buat mri. Dh dpt result kalau ada sakit & tiada insu ...

Terima kasih mama.
  saya ni bukan berduit orangnya.. Kalau private charge berapa ye  hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2017 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Super-M replied at 28-5-2017 12:54 AM
yup..kau dgr cakap mama3 tu.. pergi private buat pemeriksaan kat sana.bukan cakap hospital kerajaan  ...

Terima kasih Super M
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kookie92 replied at 29-5-2017 02:03 PM
Terima kasih mama.
   saya ni bukan berduit orangnya.. Kalau private charge berapa ye  hehe

aku pm kau cara nak pergi hospital private tanpa kos beso
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2017 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kookie92 replied at 29-5-2017 02:03 PM
Terima kasih mama.
   saya ni bukan berduit orangnya.. Kalau private charge berapa ye  hehe

Sori baru log in forum ni. Apa kabar skrg. Sy pun x pasti Kos buat mri kat private. Rasa dlm 1k-1.5k. Blh call depa utk tnya. Once dh dpt result kalau ada penyakit lain blh refer dkt hsptl gomen terus.

Hsptal gomen ni lmbat masa tggu turn nk check je sbb ramai sgt tggu turn. tapi kalau dh bawak result yg mmg ada penyakit tu insyaallah mmg cepat depa rawat. Semoga semua nye di prmudahkn
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 06:41 PM | Show all posts
waalaikumussalam.
byk sgt differential diagnosis nya kerana headaches ini adalah sgt common:
paling common ialah tension headaches
lainnya ialah migraine, stress etc; symptoms from other disease eg low sugar low bp high bp, anxiety, anemia etc etc byk sgt, poor coping abilities etc etc
yg parah nya pula ialah tumor, AVM etc; jika yg dua ni, u are likely to hv other symptoms too

no, ask for referral dan jgntunggu sampai muntah muntah.. jika dah muntah tu mungkin ada tumor. sapa la doc yg awak jumpa ni.


on a benign side, sbb u ada symptoms ni dari kecik, maka not likely lah tumor ke apa
apa apa pon kena scan

berkenaan kwn u, dia gigit lidah ke mlm mlm? dari mana dtgnya darah ni?
is it from her cough ie coughing up blood?
anyone who cough up blood (we call this haemoptysis), adalah org yg ada cancer, until proven otherwise.. ie haemoptysis adalah dari lung cancer, sehingga kami cek dan jumpa benda lain yg menyebabkannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.064289 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list