CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1647|Reply: 0

Kolesterol dalam makanan tidak akan meningkatkan kolesterol dalam badan. Korang

[Copy link]
Post time 10-6-2017 03:48 AM | Show all posts |Read mode
KOLESTEROL DALAM MAKANAN TIDAK AKAN MENINGKATKAN KOLESTEROL DALAM BADAN. KORANG TAHU TAK?
by Root of Science | Jun 9, 2017 | Kesihatan, Perubatan

Pada tahun 2016, United States Department of Agriculture(USDA) telah menarik balik had kuantiti pengambilan kolesterol di dalam makanan. Ini membawa maksud tiada lagi had untuk pengambilan kolesterol di dalam makanan berbanding sebelum ini dimana mereka menghadkan pengambilan kolesterol sebanyak 300mg dalam sehari.

USDA merupakan salah satu badan kerajaan US yang mengawal selia undang-undang yang berkaitan dengan pertanian, perhutanan dan juga MAKANAN. Oleh itu, USDA terlibat secara langsung dalam menentukan diet yang sesuai untuk permakanan penduduk di US.

Setelah membuat penelitian dan perbincangan, pada tahun lepas USDA telah mengeluarkan garis panduan diet yang terbaru untuk penduduk di US dan salah satu perubahan besar dalam garis panduan itu adalah penarikkan balik had pengambilan kolesterol.

Kami ambil kata-kata daripada Garis panduan tersebut:
“Previously, the Dietary Guidelines for Americans recommended that cholesterol intake be limited to no more than 300 mg/day. The 2015 DGAC will not bring forward this recommendation because available evidence shows no appreciable relationship between consumption of dietary cholesterol and serum cholesterol, consistent with the conclusions of the AHA/ACC report. CHOLESTEROL IS NOT A NUTRIENT OF CONCERN OF OVERCONSUMPTION.

Sebelum ini USDA telah meletakkan had pengambilan kuantiti kolesterol sebanyak 300mg/hari sahaja untuk seseorang. Pada tahun lepas, USDA telah menarik balik had tersebut dan mengatakan kolesterol bukan nutrient yang perlu dirisaukan jika terlebih pengambilannya.

Keputusan ini dibuat berdasarkan rekomendasi yang diberikan oleh American Heart Association/American College of Cardiology(AHA/ACC) yang mendapati tiadanya kaitan yang rapat antara pengambilan diet kolesterol dan kandungan kolesterol dalam darah

Kenapa bacaan kolesterol dalam darah tidak terpengaruh dengan kolesterol yang kita makan?


Ini kerana kebanyakkan kolesterol yang berada di dalam makanan merupakan kolesterol yang berbentuk ester( Esterified Cholesterol) dan majoritinya tidak diserap oleh badan.

Jika dilihat, kebanyakkan kolesterol yang diserap itu merupakan kolesterol yang dihasilkan oleh badan kita sendiri iaitu daripada garam hempedu(Bile salt). Kolesterol yang dihasilkan oleh badan ini bukan cholesterol ester dan ianya sangat senang diserap oleh badan kita balik.

USDA mengambil keputusan untuk menarik had pengambilan kolesterol itu berdasarkan satu kajian yang telah dibuat. Kajian ini menggunakan teknik META ANALYSIS dan SYSTEMIC REVIEW, dimana kajian-kajian berkenaan kolesterol sebelum ini dikumpulkan dan dianalisa balik semula untuk mendapat keputusan yang lebih jitu dan tepat.

Kajian tersebut dibuat oleh Shin et al, 2013 di mana mereka mengumpulkan data berkenaan pengambilan telur dan kaitannya dengan penyakit jantung dan kencing manis. Sebagai mana yang kita tahu, dalam satu telur mengandungi cholesterol yang menghampiri 300mg. Oleh itu jika ikut garis panduan USDA yang lama, dalam sehari sesorang itu boleh ambil telur dalam sebiji sahaja.

Tetapi dalam kajian Shin et al, ia menunjukkan cholesterol dalam darah masih sama diantara orang yang makan telur kurang daripada 1 biji seminggu ataupun yang makan telur lebih daripada 1 biji sehari. Maksudnya makan banyak telur pun, kolesterol dalam darah tidak akan naik. Tetapi dalam kajian ini juga menunjukkan risiko untuk mengalami masalah jantung semakin tinggi jika pesakit kencing manis mengambil telur yang berlebihan. Malah pengambilan telur yang berlebihan itu sendiri boleh menyebabkan penyakit kencing manis.

Ini disebabkan seperti yang saya katakan diatas iaitu majoriti kolesterol yang diserap adalah kolesterol daripada badan kita sendiri berbanding kolesterol yang diambil melalui diet.

UBAT KOLESTEROL TIDAK PERLU MAKAN???

REKOMENDASI DARIPADA USDA BERRSERTA KAJIAN YANG DIBERIKAN BUKAN MENJADI BUKTI BAHAWA UBAT STATIN(UBAT UNTUK KURANGKAN KOLESTEROL DALAM BADAN) TIDAK PERLU UNTUK DIAMBIL.

Ia hanya menunjukkan kolesterol dalam permakanan hanya sedikit sahaja mempengaruhi tahap kolesterol dalam badan kita. Kebanyakkan kolesterol adalah dihasilkan oleh badan kita sendiri dan ubat statin menghalang penghasilan kolesterol tersebut.

Kolesterol yang tinggi dalam badan merupakan salah satu faktor risiko penyakit kardiovaskular. Sebab itu kebanyakkan mereka yang mempunyai penyakit FAMILIAL HYPERCHOLESTEROLEMIA, di mana mereka akan mempunyai kadar kolesterol yang tinggi dalam badan kebanyakkannya mati di awal usia disebabkan penyakit kardiovascular(sebagai contohnya serangan sakit jantung dan strok).

Ubat statin pula telah terbukti dalam mengurangkan risiko pesakit sebegini dan mengelakkan mereka daripada mengalami penyakit kardiovascular tersebut

Kesimpulan:

Kolesterol di dalam diet tidak ataupun hanya mempengaruhi sedikit sahaja jumlah kolesterol di dalam badan. Tetapi bukanlah bermaksud anda boleh makan sesuka hati lemak haiwan dan juga telur. Sebab seperti dalam kajian tersebut nyatakan, pengambilan telur yang banyak juga boleh menyebabkan kencing manis.

Rekomendasi daripada kami:
1) Bagi mereka yang tidak mempunyai faktor risiko(sihat), anda boleh mengambil makanan yang mempunyai kolesterol seperti biasa. Tetapi hadkan juga pengambilan telur kerana ianya boleh menyebabkan kencing manis(seperti dalam kajian yang telah dibuat)
2) Manakala mereka yang mempunyai faktor risiko(seperti kencing manis, merokok), anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kolesterol terutamanya telur.
3) Kurangkan pengambilan gula dan juga trans-fat(marjerin dan sebagainya) kerana ini akan meninggikan kandungan kolesterol jahat di dalam darah
4) Pengambilan unsaturated fat seperti monounsaturated dan polyunsaturated fat merupakan pilihan yang bagus untuk mengurangkan kandungan kolesterol jahat dalam darah
5) Elakkan mengambil produk yang tinggi omega-6 dan gula. Ini kerana ia akan meningkatkan kadar keradangan dalam badan dan menyebabkan kolesterol lebih senang terenap pada saluran darah dan menyebabkan atherosclerosis yang mempunyai risiko untuk mengalami penyakit cardiovascular seperti sakit jantung dan strok.
6) Kami ingin menekankan penggunaan Ubat STATIN adalah sangat relevan pada mereka yang mempunyai kolesterol yg tinggi dan mempunyai faktor risiko seperti kencing manis, darah tinggi, sejarah keluarga yang meninggal dunia pada usia muda disebabkan serangan sakit jantung, hypercholesterolaemia.
7) Kalau kolesterol tinggi sedikit, tapi tidak ada kencing manis, darah tinggi, sejarah sakit jantung dan tidak merokok, tak perlu makan ubat kolesterol pun takpe. Kawal menggunakan diet permakanan pun sudah cukup
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root of Science.

Rujukan

1) Robert H. Eckel, John M. Jakicic, Jamy D. Ard, Janet M. de Jesus, Nancy Houston Miller, Van S. Hubbard, I-Min Lee, Alice H. Lichtenstein, Catherine M. Loria, Barbara E. Millen, Cathy A. Nonas, Frank M. Sacks, Sidney C. Smith, Laura P. Svetkey, Thomas A. Wadden and Susan Z. Yanovski. 2013 AHA/ACC Guideline on Lifestyle Management to Reduce Cardiovascular Risk: A Report of the American College of Cardiology/American Heart Association Task Force on Practice Guidelines
2) Scientific report of the 2015 Dietary Guidelines Advisory Committee, USDA.
3) Shin JY1, Xun P, Nakamura Y, He K.Egg consumption in relation to risk of cardiovascular disease and diabetes: a systematic review and meta-analysis. Am J Clin Nutr. 2013 Jul;98(1):146-59. doi: 10.3945/ajcn.112.051318. Epub 2013 May 15.

http://rootofscience.com/blog/2017/kesihatan/perubatan/kolesterol-dalam-makanan-tidak-akan-meningkatkan-kolesterol-dalam-badan-korang-tahu-tak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.057612 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list