CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4173|Reply: 14

[Tempatan] Syarikat minyak disungai petani kerugian RM4.5 juta kerana ditipu melalui e-mel

[Copy link]
Post time 12-6-2017 05:04 AM | Show all posts |Read mode



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x690.

Sidang media berhubung penipuan menggunakan e-mel spoofing yang mengakibatkan sebuah syarikat di Sg Petani kerugian RM4.5juta - FOTO zuliaty zulkiffli


SYARIKAT minyak kapal di Sungai Petani kerugian RM4.5 juta akibat ditipu sindiket yang menggodam e-mel pembekal minyak untuk syarikat berkenaan sebelum meminta bayaran dimasukkan ke dalam akaun mereka pada 31 Mei dan 2 Jun lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Asri Yusoff berkata, pihaknya menerima dua laporan daripada syarikat itu pada Khamis dan semalam berhubung kes berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati syarikat itu menjadi mangsa sindiket penipuan yang dipercayai menggunakan teknologi emel spoofing (sorok identiti) dan memasukkan perisian 'spyware' ke dalam sistem komputer mangsa sebelum memperoleh salinan segala hubungan e-mel syarikat itu.

"Biasanya syarikat itu membuat pembelian minyak di Singapura, namun pada 31 Mei lalu, mereka menerima e-mel yang kononnya dari syarikat pembekal di Singapura supaya membuat pembayaran ke sebuah bank di Greensboro, Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$309,000 (RM1.3 juta).

"Namun pada 2 Jun lalu, syarikat pengadu menerima e-mel kedua dengan mengarahkan pembelian ke atas nama sebuah syarikat di Hong Kong bernilai AS$760,000 (RMRM3.2 juta).

"Bagaimanapun, selepas membuat pembayaran, pengadu kemudian dihubungi pihak pembekal sebenar untuk menuntut dua bayaran berkenaan.

"Apabila disemak, pengadu menyedari e-mel yang diterima sebelum ini bukan daripada pihak pembekal sebenar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, hari ini.

Asri berkata, pengarah syarikat terbabit kemudian membuat laporan berhubung kes itu di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, IPK negeri.

Beliau berkata, ini adalah kes pertama yang diterima pihaknya di negeri ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati kerana percaya lebih banyak syarikat akan menjadi mangsa penipuan teknologi spoofing seperti ini kerana modus operandi yang digunakan amat mudah untuk menarik minat mangsa.

"Kita juga akan bekerjasama dengan polis antarabangsa untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini kerana ia mempunyai rangkaian sindiket penipuan antarabangsa," katanya



sumber: http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...daripada-e-mel


.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2017 05:15 AM | Show all posts
Adui, x kan la sblm masuk duit tu x buat pengesahan dulu.
Sama ada naif sgt2 yg buat keje tu or ade something fishy.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 05:22 AM | Show all posts
senang nya buat pembayaran sebanyak tu tanpa betul-betul pastikan dulu

Apabila disemak, pengadu menyedari e-mel yang diterima sebelum ini bukan daripada pihak pembekal sebenar


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
4.5juta bagi dorg mcm  rm4.5k,tu yg malas nk double check.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 11:38 AM | Show all posts
sblm buat payment tu buat la live conference ke apa ke, record skali tanda kte nk buat transaction... klau stkt 2-3 k boleh la men transfer je, ni berjuta hanatttt
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 12:28 PM | Show all posts
slyfynx replied at 12-6-2017 05:15 AM
Adui, x kan la sblm masuk duit tu x buat pengesahan dulu.
Sama ada naif sgt2 yg buat keje tu or ade ...

Kalau kita nak buat online interbank transfer pun dia akan verify dengan IC number takut salah orang. Tapi boleh ja nak opt out.

email spoofing ni memang bahaya sebab susah kita nak perasan kalau semua guna bahasa formal....

Recipient ac tu boleh lah nak trace just don't hope to find anything there lah.... obviously ini bukan calang2 penyamun...



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2017 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 11-6-2017 10:07 PM
4.5juta bagi dorg mcm  rm4.5k,tu yg malas nk double check.

time minyak jatuh bising kata tak untung time minyak mahal buat bayaran pun boleh salah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
-electrifying- replied at 12-6-2017 03:38 AM
sblm buat payment tu buat la live conference ke apa ke, record skali tanda kte nk buat transaction.. ...

tu tandanya dia ada duit. biasa orang tgh mewah ada byk duit mmg itu perangainya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2017 12:45 PM | Show all posts
gigahertz replied at 12-6-2017 12:41 PM
tu tandanya dia ada duit. biasa orang tgh mewah ada byk duit mmg itu perangainya

tu la, kite ni nk transfer 200 beli online pon was2
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 12:58 PM | Show all posts
sendiri menipu ka fefeling mangsa takkan semudah tu membayar juta2
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 01:21 PM | Show all posts
shamsadis replied at 12-6-2017 12:58 PM
sendiri menipu ka  fefeling mangsa  takkan semudah tu membayar juta2

Tu la.
Aku tau je byk org buat phising ni.
Tp normally kalau ade perubahan, company takkan senang2 je masuk juta2.
Ni die sendiri kate ade perubahan negara lagi.
And skrg ni nk buat confirmation bukannye kene bayar international chargers pun.
Boleh je buat video conference ke, email balik ke email kedua company tu ke.
Takkan la menonong je caye bulat2 email tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 01:22 PM | Show all posts
ni guna bitcoin tu kah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 08:46 AM | Show all posts
"Bagaimanapun, selepas membuat pembayaran, pengadu kemudian dihubungi pihak pembekal sebenar untuk menuntut dua bayaran berkenaan.
apsal la tak verify dulu bila ada perubahan arahan pembayaran...  pelik betul...  dah la amount besar...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 11:00 AM | Show all posts
semoga polis dpt settle mslah ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Modus opendi pak afrika kut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.072839 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list