CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2663|Reply: 6

[Tempatan] Kematian Student UPNM Vol 4

 Close [Copy link]
Post time 15-6-2017 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by immi at 15-6-2017 11:05 AM

TERKINI:


Saya lega tetapi tidak gembira... tiada apa yang boleh mengembalikan anak saya tetapi lega kerana polis menjalankan tugas dengan pantas," kata Zulkarnain Idros, 53, bapa kepada Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21 ketika dihubungi di Johor Bahru, hari ini.

Zulfarhan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meninggal dunia 1 Jun lalu akibat didera menggunakan seterika wap dan dipukul menggunakan pelbagai objek dipercayai akibat dituduh mencuri komputer riba.

Lima penuntut UPNM didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan membunuh Zulfarhan 22 Mei lalu.

Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri kesemua berusia 21 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Sementara itu, seorang lagi, Abdoul Hakeem Mohd Ali, 21, didakwa dengan pertuduhan bersubahat dengan lima tertuduh itu untuk melakukan perbuatan itu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.

Seramai 13 lagi penuntut UPNM yang juga berusia 21 tahun turut didakwa di mahkamah sama dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas Zulfarhan bagi maksud hendak memeras mangsa untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Akmal Akif Alias, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Zulkarnain berkata, selepas berbincang dengan peguam dan rakan, dia percaya terdapat tiga kategori pendera yang terbabit dalam kes anaknya itu.

"Yang pertama sudah pastilah mereka yang memukulnya, menggunakan senjata dan sebagainya.

"Kedua adalah mereka yang memegangnya, menambah pukulan sama ada menumbuk atau menendang dan ketiga, mereka yang menyaksikan kejadian itu tetapi takut untuk tampil.

"Kategori ketiga ini, mereka tahu tetapi takut dan pada masa sama bersubahat hingga anak saya meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, sebagai bapa dia lega apabila suspek kes berkenaan dihadapkan ke mahkamah.

Katanya, dia juga sedar bukan semua 32 orang yang ditahan sebelum ini didakwa namun berpendapat tempoh tahanan reman 14 hari sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk mengenal pasti semua dalang yang mendera anaknya.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak dan yakin dengan kemampuan polis menjalankan siasatan dengan tepat dan telus.

"Cuma saya berharap tempoh lebih lama (reman) bagi mengelak kesilapan manusia dan mungkin tekanan kerana kes ini berprofil tinggi.

"Saya tidak mahu mereka tergesa-gesa hingga ada di antara mereka yang turut mendera terlepas," katanya.

Menurutnya, pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan datang ke rumahnya untuk menguruskan beberapa perkara termasuk berkaitan pencen arwah.

Seramai 36 suspek terdiri daripada 32 penuntut UPNM dan empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) direman tujuh hari bermula 2 Jun hingga 8 Jun lalu.

Empat penuntut UNITEN itu kemudian dibebaskan manakala tempoh tahanan reman 32 penuntut UPNM disambung lima hari lagi sehingga hari ini dan sebahagian daripada mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Jun 2017 @ 6:16 PM
==============================

KUALA LUMPUR 14 Jun - Sebanyak enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain, Mei lalu.

Kesemua penuntut yang berusia 21 tahun itu hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md. Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri didakwa bersama-sama membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, Kem Perdana, Sungai Besi di sini antara pukul 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei lalu.
DIDAKWA S302
(B1)
Nama : Muhammad Akmal Zuhairi Bin Azmal
Kpt : 960609-11-5173
No. tentera : 3014556 ( tentera Darat )
Umur : 20 Tahun
Pekerjaan : Kadet tentera Kem Sg. Besi
Alt : No. 2, Lrg Teja 6, Tmn Teja, 31800 Tg. Tualang, Perak.

(B2)
Nama : Muhammad Azamuddin Bin Mad Sofi
Kpt : 960704-08-5451
No. Tentera : 3014567 ( Tentera Darat )
Umur : 20 Tahun
Pekerjaan : Kadet Tentera Kem Sg. Besi
Alt : No. 2, Lrg Aman 7, Tmn Aman, Kg. Bahagia, 36000 Teluk Intan, Perak.

(B10)
Nama:Muhammad Najib bin Mohd Razi
No Tentera: 3014608
Kpt: 960108-08-5455
Umur: 21
Alt: Perak

(B21)
Nama: Muhammad Afif Najmudin bin Azahat
No Tentera: 405739
Kpt: 960410-05-5389
Umur: 21
Alt: Kuala Lumpur

(B31)
Nama: Mohamad Shobirin bin Sabri
No Tentera: 3014508
Kpt: 960304-08-6439
Umur: 21
Alt: Perak

BERSUBAHAT S 109
(B7)
Nama: Abdoul Hakeem bin Mohd Ali
No Tentera: 3014422
Kpt: 960919-01-6429
Umur: 20
Alt: Johor
============================================================
============================================================



SHAH ALAM: Sebahagian daripada 32 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang ditahan reman berhubung siasatan kes kematian seorang penuntut universiti itu, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, suspek terbabit akan didakwa kira-kira jam 10 pagi ini.Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan berapa ramai yang akan didakwa."Reman seramai 32 pelajar UPNM tamat hari ini. Sebahagian daripada mereka akan dibawa ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini untuk didakwa," katanya dalam satu kenyataan ringkas, pagi ini.Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lalu, dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakan.Mangsa dilapor mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki akibat ditekap dengan seterika wap yang dipercayai didera pada 20 dan 21 Mei lalu.Sehubungan kes itu, seramai 36 suspek yang terdiri daripada 32 pelajar universiti itu dan empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ditahan reman untuk membantu siasatan.Pada 8 Jun lalu, keempat-empat pelajar UNITEN terbabit dibebaskan manakala perintah reman terhadap 32 penuntut UPNM disambung sehingga hari ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/292734




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2017 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Maaf lah xpandai nk edit cecantik. Yg sambung post yg cecantik ya
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 11:43 AM | Show all posts
@perang_sivil  kena merge kot dengan thread baru lagi satu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Laju gile sampai 2 thread
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 11:55 AM | Show all posts
Wah. Vol 4. Semua ada berapa jilid ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2017 12:11 PM | Show all posts
hahaha maaf la xreti lak nak delete. Momod tolong delete tred ni sbb dah ada vol 4. so sorry
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-6-2017 12:11 PM | Show all posts
hahaha maaf la xreti lak nak delete. Momod tolong delete tred ni sbb dah ada vol 4. so sorry
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.116043 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list