CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 68326|Reply: 2514

[V1] ALL ABOUT FATTAH AMIN. News and Gossips. #Meet & Greet Fattah Amin at S

   Close [Copy link]
Post time 15-6-2017 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by melnanzz at 18-6-2017 06:23 PM

ABDUL FATTAH BIN MOHD AMIN, lahir pada 14 September 1990 di Kuala Lumpur, adalah anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Fattah mula bergiat di dalam dunia seni selepas memenangi pertandingan HERO REMAJA anjuran Karangkraf pada tahun 2012. Bermula dari bekerja sebagai seorang "Prop Boy" untuk Skop Productions di bawah naungan Datuk Yusof Haslam, yang juga merupakan datuk saudara beliau, Fattah mendapat peluang pertama berlakon menerusi drama Memberku Hawa dan telemovie Arah Ke Kuburmu sebagai pelakon pembantu.



Pada tahun 2013, Fattah mendapat watak hero utama untuk drama Playboy Itu Suami Aku sebagai Raja Adrian Benjamin. Walau bagaimanapun, lakonannya mendapat kritikan hebat dari pelbagai sudut sehingga melebelkannya sebagai Pelakon Kayu.

Pada tahun 2014, Fattah membuat kolaberasi pertama Malaysia-Indonesia menerusi telemovie Ku Kejar Cintaku ke Malaysia dan From Hater to Lover.

Tidak mahu mengalah dan putus asa di atas kritikan yang diterima, Fattah memperbaiki mutu lakonannya menerusi drama Bencinta, Plan Cinta Tak Jadi dan telemovie Aku Tunggu Kau Ni bersama Fathia Latiff pada tahun 2015.

Tahun 2016 adalah pencapaian Fattah paling tinggi apabila beliau memainkan watak Kapten Ejaz Fakry menerusi drama Suri Hati Mr Pilot bersama Noor Neelofa. Drama tersebut menjadi fenomena dengan mendapat sambutan hangat setiap minggu dan mendapat rating tertinggi iaitu 5 juta tontonan dan telah direkodkan sebagai drama Astro dengan rating tertinggi di Malaysia.

Pada tahun 2017, hasil kerjaya beliau mendapat pengiktirafan dari peminat apabila beliau memenangi anugerah Hero Throwbaek dalam Anugerah Throwbaek Drama; Pelakon TV, Bintang Onine, Fesyen dan Top Top Meletop dalam Anugerah Meletop-ERA; Anugerah Buku Negara; Anugerah Stail EH!; dan yang paling terbesar sekali ialah Pelakon Lelaki Popular, Artis Sensasi dan Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30.





Filem pertama beliau adalah KL Special Force, yang akan ditayangkan pada 2017. Sebelum itu, Fattah pernah menjadi pelakon pembantu dalam filem Manisnya Cinta di Cappadoccia.

Dari segi akademik, Fattah sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia.

Dari segi kerjaya, Fattah telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Pengurus Eksekutif (Executive Producer) drama Dia Anak Jeneral di bawah A Aida Productions.

Dari segi perniagaan, Fattah sedang mengendalikan dua perniagaan iaitu Stalkers Cafe bersama keluarganya, dan Expendables Gym bersama rakan kongsinya.

Fattah adalah duta produk SAFI Men, Far8 by Altelia Amani, OLIcandy, AJ de'Parfum, F&N dan Oppo R9s.

Kelab peminat rasmi Fattah Amin ialah TheFA_Team, manakala peminat-peminat dan pengikut-pengikutnyanya diberi nama sebagai #Fattahrians.

Instagram: @fattahaminz
Twitter: @fattahamin
Facebook: @TheOfficialFattahAmin
Fan Club (instagram): @TheFA_Team

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2017 05:31 PM | Show all posts
Edited by melnanzz at 18-6-2017 02:40 PM

FATTAH AMIN’s FILMOGRAPHY

Playboy Itu Suami Aku (heroine: Risteena Munim)


Merah Bukan Jambu (heroine: Erin Malek)


Cinta Ibadah (heroine: Aishah Ilyas)


Ku Kejar Cintaku Ke Malaysia (heroine: Kirana Larasati)


Asparagus (heroine: Ramona Zam Zam)


Nasuha (heroine: Tasha Shila)


Bencinta (heroine: Fathia Latiff)


Aku Tunggu Kau Ni (heroine: Fathia Latiff)


Cinta Dari Marikh (heroine: Cha Cha Maembong)


Plan Cinta Tak Jadi (heroine: Fathia Latiff)


Yang Mana Satu (heroine: Maria Farida)


Alien Planet Cinta (heroine: Atikah Suhaime)


Awaklah Imam Saya (heroine: Faye Khusairi)


Pelita Panjut Untuk Mertua (heroine: Dayana Roza)


Hello Mr. Perfect (heroine: Ruhainies Farehah)


Cik Siti (heroine: Izara Aisyah)


Bodyguard (heroine: Farahdiya)


Ketupat Palas Mr Handsome (heroine: Mira Filzah)


Raya Kami (heroine: El Faeza Ul Haq)


Gerak Khas (heroine: tiada)


Dendam Manisa (heroine: Elizad Shaifuddin)


Suri Hati Mr Pilot (heroine: Noor Neelofa)


Bayangan Emilia (heroine: Azar Azmi)


Hero Seorang Cinderella (heroine: Nur Fazura)


KL Special Force (heroine: Tania Hudson)


Dia Anak Jeneral (heroine: Niena Baharun)


Sebagai Pelakon Tambahan:
Memberku Hawa (2013)
Kerana Sarah (2013)
Cinta Jannah (2013)
Arah Ke Kuburmu (2013)
Manisnya Cinta di Cappadoccia (2014)
From Hater To Lover (2014)
Strawberi & Karipap Musim 2 (2015)
Kak Marr (2016)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2017 05:31 PM | Show all posts
Edited by melnanzz at 15-6-2017 06:25 PM

FATTAH AMIN'S DISCOGRAPHY

Dilabelkan sebagai seorang "Hopeless Romantic", Fattah telah dilihat mengeluarkan dan menyanyikan sebuah single untuk setiap teman wanitanya. Berikut adalah single-single yang telah dikeluarkan oleh Fattah:

Hero Untukmu adalah single pertama Fattah diterbitkan pada tahun 2015. Khabarnya, single ini ditujukan kepada teman wanitanya pada ketika itu, Sherry Ibrahim. Hero Untukmu telah dijadikan OST untuk drama Ketupat Palas Mr Handsome.

Fattah promote Hero Untukmu di Meletop:



Wanita Terakhir adalah single kedua Fattah diterbitkan pada tahun 2017. Single ini ditulis khas untuk teman wanitannya pada ketika itu, Noor Neelofa. Soft launch Wanita Terakhir telah dilakukan pada 1 Januari di Amsterdam. Lagu tersebut telah menduduki carta tertinggi iTunes Malaysia, iTunes Brunei, iTunes Singapore, Spotify dan Joox.

Live performance at Meletop.


Cinderella adalah single ketiga Fattah dimana beliau berduet bersama Nur Fazura untuk OST Hero Seorang Cinderella. Lagu tersebut telah menduduki carta tertinggi iTunes Malaysia, iTunes Brunei, Spotify dan No 4 di carta iTunes Singapore.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2017 05:31 PM | Show all posts
Edited by melnanzz at 17-6-2017 05:48 PM

UPCOMING PROJECTS

TAYANGAN TELEMOVIE SURI HATI MR PILOT RAYA
Studio: Cube Film
Pengarah: Hadith Omar
Heroine: Noor Neelofa
Status: CONFIRMED
Latest News: Suri Hati Mr Pilot Raya: Penerbangan Terakhir adalah sambungan drama SHMP karya Dila Dyna yang ditayangkan pada tahun lepas, sekaligus mencetuskan fenomena Lofattah. Tayangan pada Hari Raya Pertama di saluran Astro Ria dan Ria HD pada jam 9 malam.


PENGGAMBARAN TELEMOVIE WANITA TERAKHIR
Studio: Redcomm
Pengarah: Belum diumumkan lagi
Heroine: Belum diumumkan lagi
Status: CONFIRMED
Latest News: Redcomm telah mengumumkan telemovie Wanita Terakhir yang akan dibintangi oleh Fattah Amin. Penggambaran akan bermula pada bulan Julai. Heroine masih belum diumumkan lagi.


PENGGAMBARAN DRAMA COFFEE PRINCE
Studio: Cube Film
Pengarah: Michael Ang
Heroine: Janna Nick
Status: UNCONFIRMED
Latest News: Coffee Prince adalah drama adaptasi Korea dengan nama yang sama. Tajuk untuk versi Astro belum diputuskan lagi. Pengarah Michael Ang masih belum memutuskan sama untuk mengambil Fattah Amin atau Aiman Hakim Ridza sebagai hero. Janna Nick confirmed sebagai heroine. Hafidz Roshdi dan Diana Danielle confirmed as supporting casts.


TAYANGAN FILEM KL SPECIAL FORCE
Studio: Skop Productions
Pengarah: Syafiq Yussof
Heroine: Tania Hudson
Status: CONFIRMED
Latest News: KL Special Force adalah filem pertama Fattah sebagai hero utama. Akan ditayangkan di pawagam selepas Raya 2017. Date to be confirmed.


TAYANGAN DRAMA DIA ANAK JENERAL
Studio: A Aida Productions
Pengarah: Khalid Nadzri
Heroine: Niena Baharun
Status: CONFIRMED
Latest News: Penggambaran dijalankan dari bulan Januari hingga Mac 2017. Sekarang dalam post-production dan akan ditayangkan pada bulan November.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2017 05:31 PM | Show all posts
Edited by melnanzz at 16-6-2017 05:57 AM

LATEST EVENTS

MEET AND GREET BERSAMA FATTAH AMIN
Mood Republik
KL Raya Fest
di PWTC pada 16-19 Jun 2017

fattahaminz Jangan lupa untuk dapatkan koleksi lebaran @Far8byAlteliaAmani x @ElrahExclusive by @FattahAminz di booth 4081 dan 4091, Mood Republik PWTC. Pelbagai jenis kurta, jubah dan baju melayu yang menarik akan dapat anda beli di sana, dan anda juga mungkin berpeluang untuk bertemu dengan saya pada 16hb - 18hb ini.

Jadi, jangan lupa temu janji kita!

#far8byalteliaamani #far8lebaran17 #elrahexclusive #justelrah #fattahamin #far8elrahraya2017

Meet & Greet Fattah Amin bersama Nur Fazura
Mood Republik
KL Raya Fest
di PWTC 16-19 Jun




Tetamu Istimewa
FATTAH AMIN
SUNTEC Singapore
16-18 Jun






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2017 05:31 PM | Show all posts
Salam mod @lonely_surina @teky @xpdckelate @annehuda
Ni adalah benang rasmi Fattah Amin. Semua news dan gosip pasal Fattah akan dikongsikan disini.
Feel free to merge benang-benang Fattah Amin ke dalam benang ni. However, when merging, please maintain me as ownership of this thread.. Terima kasih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2017 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Check-in! Thanks mel!
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 05:37 PM | Show all posts
Edited by Fimie at 15-6-2017 06:33 PM

check in! yeayyyyy akhirnyaaaaaaaa














tq TT @melnanzz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2017 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
akhirnya... ku check in jua setelah berpuluh tahun jadi SR
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 05:42 PM | Show all posts
check in jeeeeeeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun bukan karatz, meols check in untuk menikmati dada bam tah.

Thanks mel!
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
even dia bukanla pojaaannnnn hatiku, check in gakla.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeayyyy...
#fattahrians
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
byk jgk si fattah ni berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Maka dgn adanya benang ni berkuranglah cerita pasal lopak di benang kaka faz
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Yezza.. nak kata karat tak juga. Tapi ai okay je dgn FA. mgkin kerana kesabarannya telah berjaya memikat hati ni..

bukan kerna paras rupa, atau harta benda yg diidami manusia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2017 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Check inn!! Ha ah laaa ... banyak dah fattah ni berlakon rupa nyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Requesting gambar2 yang merembes pleassse...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka mell cuols buat meols senak petang2 niii
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
cek in jua..x sangka meols baca smp abis intro2 atas tu..byknye citer heols blakon yg meols x tau n x penah dgr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.267142 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list