CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5249|Reply: 2

Hiroshima & Nagasaki vs Mati Keluar Air Mani

[Copy link]
Post time 19-6-2017 05:23 AM | Show all posts |Read mode
Aminuddin Kadir was feeling nostalgic.
3 hrs ·
Hiroshima & Nagasaki vs Mati Keluar Air Mani
By Dean Kadeer


Bom atom yg pertama (digelar Little Boy) di jatuhkan ke atas bandar Hiroshima, Jepun pada pukul 8.15am 6 Ogos 1945, menyebabkan kematian penduduknya yg dianggarkan seramai 140,000 orang.

Bom kedua (digelar Fat Man) pula dijatuhkan pada 9 Ogos 1945 ke atas bandar Nagasaki dan menyebabkan kematian penduduknya yg dianggarkan seramai 80,000 orang. Kedua-dua bandar tersebut menjadi padang jarak padang tekukur. Jepun menyerah diri kpd tentera bersekutu yg diketuai oleh Amerika dan Great Britain dan akhirnya peristiwa ini telah menamatkan perang dunia ke dua.

Apakah sikap masyarakat Jepun selepas perang?

Adakah masyarakat Jepun dan tentera Jepun yg terkenal dengan "kamikaze" (suicide attack) nya menyimpan dendam kpd rakyat Amerika dan Eropah dan berazam utk membunuh mereka dgn meletupkan diri ditengah-tengah kumpulan orang awam di New York atau London?

Jika dilihat dari senario jumlah manusia yg terkorban dari dua pengeboman tersebut, sudah pasti agamawan Jepun akan berkobar-kobar melaungkan slogan jihad dan "perang salib" kpd dua syaitan besar iaitu Amerika dan Great Britain yg telah menghancurkan negara mereka. Sudah pasti Jepun (yg sudah pun maju dan mempunyai armada tentera yg maju dan hebat pada waktu itu) akan mencipta senjata baru utk dililitkan kpd badan warganegara mereka untuk diletupkan di bumi Amerika dan United Kingdom sebagai tindakan balas dendam.

Kesatuan orang-orang Jepun dan moral bangsa mereka sangat tinggi.Mereka sanggup membunuh diri sebagai simbol pertanggungjawaban (Harakiri/Seppuku). Aksi sebegini biasa kita lihat dan dengar dlm banyak filem-filem Jepun atau kisah Samurai.

Untuk membunuh diri (kamikaze) sebagai tindakan balas dendam kepada manusia yg mengebom ratusan ribu warga negara mereka rasanya tidaklah terlalu sukar, tetapi ini tidak berlaku, kenapa?

Kenapa kita tidak pernah mendengar warga Jepun menjadi pengebom berani mati di bumi Amerika atau Britain kerana isu Hiroshima dan Nagasaki?Mereka bukanlah bangsa penakut, mereka juga punya teknologi utk berbuat demikian. Kenapa mereka tidak membalas dendam kpd negara yg telah membunuh ribuan nenek moyang mereka tanpa belas kasihan?

Selepas perang, masyarakat Jepun telah bangkit. Mereka sedar, tidak ada cara yg lebih ampuh untuk mengembalikan maruah bangsa Jepun selain dari menjadi peneraju dalam semua bidang kehidupan spt teknologi dan sains. Inilah azam masyarakat Jepun. Hari ini, tanpa laungan "JIHAD" atau "KAMIKAZE", bangsa Jepun menjadi bangsa terbilang didunia dan menjadi antara negara yg berada dlm 10 negara yg kukuh ekonominya. Penderitaan perang dijadikan pengajaran yg pahit utk mereka membina tamadun baru dan maju ke hadapan.

Bagaimana pula dengan umat Islam yg berjumlah 1 billion yg mengaku bahawa bumi ini seharusnya diperintah oleh Khalifah Islam?

Afghanistan diserang oleh tentera Soviet Union (USSR) pada tahun 1979-1989. Laungan "jihad" dan "perang suci" mula kedengaran dan menjadi buah mulut umat Islam. Di waktu yg sama, kedatangan Khomeini membawa kepimpinan ulamak dan Khalifah Islam di Iran menyemarakkan api "negara Islam" dan "JIHAD MELAWAN AMERIKA & ISRAEL". Setelah hampir 4 dekad perang Soviet-Afghan berlalu, hasilnya cuma umat Islam semakin teruja untuk meletupkan badan sendiri di tengah-tengah masyarakat kafir yg mereka sangkakan musuh. Inikah kebangkitan mereka?

Laungan "JIHAD" menjadi anutan umat Islam seluruh dunia seolah-olah dengan melaungkan "tuhan yg maha besar" akan mampu mengubah nasib negara mereka dan umat Islam yg mereka akui "ditindas dan ketinggalan".

Kata seorang Anthropologist Scott Atran; "since 2004 the overwhelming majority of bombers have been motivated by the ideology of Islamist Martyrdom". Ya,mereka mahu mati syahid dan segera ke syurga dgn membunuh orang awam. Adakah ini sahaja kemajuan dan perancangan umat Islam utk mengembalikan maruah mereka?

Ideology "jihad" yg pada asalnya tertumpu dlm kerangka zon perang sekarang ini merebak teruk ke segenap jiwa umat Islam. Mereka yakin memerangi orang Yahudi dan Kristian adalah tuntutan agama. Lalu membunuh orang awam samada Yahudi, Kristian atau non muslim adalah sesuatu yg dihalalkan.

Bayangkan, kanak-kanak Melayu yg berusia hanya 10 tahun sudah mula melaungkan slogan "membenci Yahudi". Apakah corak masa depan bagi kanak-kanak spt ini? Mereka tidak tahu erti perang, erti kemanusiaan, politik dan ekonomi, tapi orang Melayu dan Islam menanamkan kebencian dlm jiwa kanak-kanak atas nama agama. Bayangkan apabila kanak-kanak ini mencapai umur 30 tahun, setelah 20 tahun dibajai dengan kebencian, tidakkah mereka berpotensi membunuh manusia atas nama "agama"?

Isu negara Palestin dijadikan lambang "Yahudi itu jahat" dan kerja Yahudi hanya utk memusnahkan Islam. Cuba baca baik-baik, isu Palestin ini bukti Yahudi jahat atau bukti umat Islam bodoh? Hanya orang bodoh dan naif sahaja yg boleh ditipu dan dijajah sepanjang masa, dan ini lah yg berlaku kpd umat Islam.

Masyarakat Jepun bangkit setelah di bom pada tahun 1945. Masyarakat Yahudi bangkit selepas Holocaust pada perang dunia ke 2 yg meragut jutaan nyawa orang-orang Yahudi angkara tentera Nazi. Adakah masyarakat Palestin, Afghanistan dan umat Islam sedunia bangkit sptmana rakyat Jepun dan Yahudi?

Apa yg dibuat oleh masyarakat Palestin semenjak tahun 1948 selepas tertubuhnya negara Israel di tanah yg mereka akui "tanah suci mereka" itu? Cuba kita baca di bawah ini apakah kejayaan yg dicapai oleh masyarakat Yahudi hari ini setelah mereka menubuhkan negara mereka sendiri pada tahun 1948 di "tanah suci umat Islam Palestin"

"Israel is a developed country and an OECD member, with the 35th-largest economy in the world by nominal gross domestic product as of 2016. The country benefits from a highly skilled workforce and is among the most educated countries in the world with one of the highest percentages of its citizens holding a tertiary education degree. The country has the highest standard of living in the Middle East and the third highest in Asia, and has one of the highest life expectancies in the world". Ini tidak termasuk lagi tentang perihal kecanggihan armada tentera Israel yg telah diketahui umum.

Lihat, Yahudi sudah tentu tidak sibuk untuk melayan kerenah retorik agama bahawa umat Islam adalah "musuh mereka". Sebaliknya mereka mengejar ilmu dunia utk bangkit sebagai individu dan negara yg dihormati serta berkemahiran tinggi. Sebesar mana pun kebencian atau retorik masyarakat dunia tentang perangai jahat "Yahudi", mereka tidak peduli. Mereka tahu hanya dgn ilmu dan kemahiran lah masyarakat mereka akan dihormati oleh dunia. Trauma tentang Holocaust mengajar mereka sesuatu.

Sekarang mari kita lihat apa kegiatan umat Islam. Berdekad-dekad lamanya mereka membazirkan masa berkhutbah di masjid dan surau tentang kejahatan Yahudi dan Kristian terhadap umat Islam dan tentang kejatuhan Khalifah Uthmaniyah angkara hasutan orang kafir serta negara Islam dibuli oleh kuasa imperialis dunia. Mereka tidak habis-habis menabur benih "JIHAD" dan "Perang Suci" kpd kedua-dua syaitan ini,tetapi hasilnya apa? Mereka menabur kisah bagaimana Baitul Maqdis itu adalah kiblat suci umat Islam yg wajib di ambil semula. Tetapi selepas 7 dekad Palestin "dibuli", apa yg umat Islam ada untuk merampas semula Baitul Maqdis?

Mereka fikir dengan menambahkan kebencian kpd Yahudi, Kristian dan non muslim, maka bertambah kuatlah umat Islam. Mereka fikir dengan memperbanyakkan letupan bom di negara-negara kafir akan membuatkan umat Islam lebih dihormati. Mereka fikir dengan memperbanyakkan hukum-hakam agama dan imej-imej agama mampu menguatkan umat Islam dan mereka akan berjaya bersaing dgn manusia lain.

Umat Islam sekarang hanya tahu melihat dosa orang lain dan kemudiannya "menerakakan" mereka tanpa menyedari bahawa merekalah yg terperosok ke dalam neraka dunia pada hari ini. Akhirnya dunia hanya melihat umat Islam sebagai manusia yg tidak boleh hidup aman damai bersama dgn masyarakat lain. Siapa yg mahu hidup dgn umat yg menjaja kebencian kpd sesama manusia?

Bertaubatlah umat Islam.. contohilah masyarakat Jepun dan Yahudi yg melihat kedalam diri mereka sendiri dan bangkit sebagai manusia contoh.

Nota : Mati keluar air mani diambil dari kisah benar Mujahideen Afghan yg mati di medan perang Soviet-Afghan. Itu tanda mereka baru saja selesai berjubur dengan bidadari.

https://www.facebook.com/DeanKadeer/posts/473981216279306

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2017 09:47 AM | Show all posts
Assallamualaikum

Uncle setuju umat Islam perlu lebih giat memperbaiki diri,

Tapi, dalam masa yg sama, perlu juga membantu UmatIslam yg menderita kekejaman Zionis.


Zionis boleh sja "twist" situasai supaya seolah olah mereka menjadikan senario yg menunjukkan mereka baik dan umat Islam jahat..sedang mereka menggunakan kekejaman yg tekberhenti henti untuk mengusir umat islam drp tanah air sendiri.


Uncle setuju 100 % ..berhentikan perbuatan membunuh diri (bom)..atau perbuatan menimbulkan kekacauan (Abu Sayaf, IS dll )


Kekejaman Israel adalah 'KEKEJAMAN TERANCANG" sebab itu mereka berjaya membuat kekejaman teratur, dan membuat "kesalan pada umat islam" dan pada masa yg sama..dengan perancangan yg baik..mereka dalam waktu yg sama "membangun"..

Mereka juga dgn rancangan yg baik..menekan umat islam supaya terusir dan gagal bertahan di tanah asal umat islam sendiri.



" KEBIJAKSANAAN" adalah keyword nya...yg mana Uncle ingin sekali melihat ..Islam bersatu..berhenti melakukan kebodohan spt  Abu Sayaf, IS, Pengebom bunuh diri (sedang bunuh diri adalah amat dilarang Allah swt )..tetapi bangkit sebagai kesatuan Ummah..mencotohi Rasullullah s.a.w ..InsyaAllah..kita akan mendapat kemenangan yg Allah swt janjikan melalui satu satu jalan..iaitu mengikut jalan yg benar benar Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2017 09:48 AM | Show all posts
Dari segi "FOKUS" memperbaiki diri spt artikel TT itu..yg ni Uncle setuju 100 %!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.056427 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list