CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85366|Reply: 2776

[V7] FATTAH AMIN & NUR FAZURA. **Group photos from Koh Samui **Next project:

   Close [Copy link]
Post time 3-7-2017 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by melnanzz at 3-7-2017 11:09 PM

FATTAH AMIN & NUR FAZURA
WANITA TERINDAH BY RED FILMS PRODUCTION


Title: WANITA TERINDAH
Studio: Red Films Productions
Director: Joon Goh
Written by: Rafidah Abdullah
Confirmed Cast:
FATTAH AMIN
NUR FAZURA
SARAH HILDEBRAND
NIK ADAM MIKA






First script reading of Wanita Terindah (29/06/2017)



Fattah and Fazura's journey from HSC to WT.
Video montage by FAstyle Studio.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2017 06:06 PM | Show all posts
Edited by melnanzz at 3-7-2017 10:46 PM

FAZURA IN KOH SAMUI









FATTAH, FAZURA WITH FAMILY & FRIENDS IN KOH SAMUI





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2017 06:06 PM | Show all posts
Edited by melnanzz at 4-7-2017 08:16 PM

FATTAH & FAZURA’s LIST OF COLLABORATIONS AND PUBLIC APPEARANCES

Special Screening of Hero Seorang Cinderella (21/06/2017)


EH Magazine Photoshoot (21/06/2017)


MeleTOP (20/06/2017)


KL Raya Fest, Mood Republic, PWTC (16-19/06/2017)




Raya Kasih dan Cinta, Quill City Mall (11/06/2017)


PrimaValet (11/06/2017)


Nona Magazine Cover, July Edition (10/06/2017)


PrimaValet (04/06/2017)


Majlis Kesyukuran & Doa Selamat Sempena Kedatangan Bulan Ramadan (25/05/2017)


far8 by Altelia Amani (18/05/2017)









Anugerah Bintang Popular Berita Harian (14/05/2017)


Star Lebaran 2017 by PrimaValet (30/04/2017)








Rakam Memori Terindah Di Koh Samui, Fattah Amin Dan Fazura Kini Lebih Terbuka Soal Jodoh
Oleh: HAMIZATUL MAIZAN MOHAMED
Tarikh: 4 Julai 2017




Bertebaran di media sosial kini, foto percutian Fattah Amin dan Fazura bersama rakan-rakan rapat mereka di Koh Samui, Thailand. Iklim persahabatan di antara dua selebriti popular ini jelas membayangkan 'keakraban' yang tersendiri, namun yang jelasnya tujuan bercuti itu lebih berunsurkan istirahat serta mengumpul semangat untuk projek terbaru.

Drama rantaian Hero Seorang Cinderella (HSC) baru sahaja melabuhkan tirainya minggu lalu. Terdengar desas-desus mereka bakal digandingkan sekali lagi dalam drama terbaru lakonan Fattah Amin. Jika benar ramalan tentang gandingan Fattzura ini, maka terubatlah rindu peminat untuk melihat mereka beraksi sekali lagi di kaca televisyen.

Kronologi pernah mencatatkan Fazura berlakon bersama Fattah dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia. Namun dalam filem tersebut Fazura berganding dengan Shaheizy Sam sebagai heronya. Menurut Fattah, dalam filem tersebut dia hanya menjayakan watak kecil kerana baru berjinak-jinak dalam dunia lakonan ketika itu.



Peluang bergandingan bersama Fazura dalam HSC menyemarakkan keterujaan di hati Fattah. "Saya sebenarnya bangga dapat digandingkan dengan Fazura yang memang kita tahu, merupakan salah seorang aktres terbaik di Malaysia. Banyak yang saya belajar, banyak yang saya dapat perhatikan dari Fazura dan saya memang senang bekerjasama dengannya,” ujar Fattah.

Selain daripada berlakon dalam HSC, Fattah dan Fazura turut berduet untuk lagu runut bunyi drama ini. “Kami sama-sama menyanyikan lagu soundtrack HSC berjudul Cinderella. Lagu ini sudah dimainkan dalam drama dan sudah berputar di radio, iTunes dan sebagainya," ujar Fattah.

“Walaupun saya dan Fattah dikecam dalam dunia nyanyian tetapi kami tetap mahu menyanyi juga. Bila orang kritik kita, sebenarnya itu merupakan pembakar semangat untuk terus mengembangkan karier nyanyian kami. Saya percaya apabila orang mengata, kita reda dan sabar, insyaAllah akan ada kebaikan dan kebenaran menanti,” ujar Fazura.



Menyorot perkembangan dunia seni kedua-dua pelakon ini, Fattah dan Fazura telah merencana kerjaya seni mereka dengan konsisten. “Selepas tamat penggambaran HSC selama 24 episod, saya telah mempunyai projek baru. InsyaAllah ada satu drama selepas HSC tetapi rahsia dulu kerana mahu surprise peminat-peminat saya. Bila tiba masanya saya akan beritahu. Selain itu, saya bakal muncul dengan filem terbaru, KL Special Force pada tahun ini,” ujar Fattah yang sentiasa mencari peluang dan ruang untuk memperbaiki dirinya agar menjadi seorang pelakon berkaliber.

Fazura pula sibuk mengembangkan karier seni ke seberang dengan tawaran demi tawaran dari sutradara di sana. “Sebenarnya tahun lepas saya jarang berada di Malaysia kerana mempunyai komitmen lakonan di Indonesia. Tahun ini saya menumpukan lakonan di Malaysia pula. Selepas HSC, saya akan berlakon dalam sebuah filem di Indonesia. Jadual lakonan dijangkakan bermula awal bulan Julai. Saya bersyukur apabila ada peminat yang sentiasa menyokong menjadikan saya terus diingati dalam industri ini,” ujar Fazura yang mengeluarkan haruman istimewa bersempena HSC melalui Mystical by Fazura.

TAKDIR BERSAMA

Ramai peminat yang mendoakan agar jodoh pasangan ini berakhir di jenjang pelamin. Setiap kali keluar posting tentang Fattzura, pasti akan keluar hashtag #doayangbaik-baik buat mereka. Ketika menghadiri sambutan menyambut Ramadan anjuran dua nama besar dalam industri lakonan ini bersama pemilik Olicandy iaitu Puteri Zarith, Fattah dan Fazura kelihatan mesra bersama ditambah dengan kelibat keluarga kedua-dua belah pihak.  

“Peminat memang suka melihat gandingan di dalam drama direalisasikan dalam realiti. Saya selalu ingatkan peminat-peminat saya agar doakan yang baik-baik. Bila melibatkan benda-benda yang berkaitan dengan jodoh, mereka perlu lebih terbuka. Apabila melibatkan perasaan, kita tidak boleh jangka dan jodoh pula kita tidak tahu. Bila-bila sahaja tidak semestinya di dalam set penggambaran, kita boleh jatuh cinta. Saya boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja, kalau Allah dah kata itu jodoh saya.



Saya selalu sarankan kepada peminat-peminat supaya doa yang baik-baik dan saya selalu juga guna hashtag #cakapyangbaikbaik ketika memberi komen. Sebab kami sebagai artis, pelakon dan selebriti adalah manusia biasa. Kami juga mempunyai perasaan. Kadang-kadang bila baca komen peminat yang tidak baik, benda-benda yang negatif, itu tidak membantu. Itu bagi saya lebih baik tidak payah cakap,” ujar Fattah.

Berbicara tentang soal jodoh pula Fazura lebih terbuka berbincang mengenainya. “Soal jodoh saya lebih terbuka dan berserah kepada Allah. Apabila kadang-kadang kita mengharapkan jodoh dengan orang lain, sebenarnya mungkin jodoh yang Allah tetapkan di sebelah kita saja. Siapa-siapa pun jodoh saya itu, saya harapkan dia adalah jodoh yang terbaik. Paling penting dia adalah pilihan terbaik dari Allah untuk saya,” ujar Fazura penuh yakin.

http://www.nona.my/rakam-memori- ... soal-jodoh-1.697114


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in .. apa chuolls da buat sampai rumah v6 hilang
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 06:09 PM | Show all posts
Check in
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by aqua_marine at 3-7-2017 06:16 PM

checkin sambil berazam utk fokus lebih pd #fattzura dan kurang hencapan pd drama queen and her clan. sesape nampak ai terOT, sila ketok ai guna stiletto.

stiletto?????

rindunya kat TT @freakyskinny  

kepada #fattzura, semoga sentiasa bahagia walau di mana saja korang berada.

Tak sabau nak layan WT..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2017 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah rumah baru..thanks Mel!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 06:10 PM | Show all posts
check in terpinga-terpinga hilang tempat berteduh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2017 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk mengadap..
V6 mana?  Mia ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2017 06:11 PM | Show all posts
CikRoyanners replied at 3-7-2017 06:09 PM
Check in .. apa chuolls da buat sampai rumah v6 hilang

Volume 6 masih ada lagi, tapi mod dah tutup sebab dah cecah 100+ pages. Boleh view je tapi tak boleh post apa2 kat rumah tu.

https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1049280

Sori lambat buat rumah baru sebab tadi busy tak opis. Biasalah dah cuti seminggu raya, kerja bertimbun.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
i nk behave dah x nk OT psl kelab penunggu dah.. nk tunggu je WT. walauponnnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2017 06:14 PM | Show all posts
Bagi yang ingin melihat hasil tangan pengarah Joon Goh, boleh layari VIMEO beliau:

https://vimeo.com/joongoh
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 3-7-2017 06:14 PM
Bagi yang ingin melihat hasil tangan pengarah Joon Goh, boleh layari VIMEO beliau:

https://vimeo. ...

thanks Mellll
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cptnye...rumah no.4 no.5 no.6 pon x sempat beklog
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2017 06:16 PM | Show all posts
Korang... aku memang tak sempat langsung nak masuk forum pagi tadi. Boleh sapa2 bagi rumusan pasal volume 6 (holiday Koh Samui)? Ada apa2 revealation ke pasal holiday tu, atau sekadar komen/hencapan dari haters semata2?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 3-7-2017 06:11 PM
Volume 6 masih ada lagi, tapi mod dah tutup sebab dah cecah 100+ pages. Boleh view je tapi tak bol ...

Ok tq. Nak beklog kejap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2017 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah bestnya...meols yg separa karatz tumpang gembira all the best to fattzura!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by aqua_marine at 3-7-2017 06:33 PM
melnanzz replied at 3-7-2017 06:16 PM
Korang... aku memang tak sempat langsung nak masuk forum pagi tadi. Boleh sapa2 bagi rumusan pasal v ...


Pada ai, semua yg terjadi ini hanyalah sekadar komen/hencapan dari haters semata2. Both Fa & Faz masih berdiam diri. Sekiranya benar kita ingin membuat penilaian, baiklah dengar cerita dari kedua2 belah pihak.

Bukan sebelah pihak saja yg syok sendiri pung pang itu ini.

As for me, Fattzura tak hutang apa2 penjelasan pun. Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 3-7-2017 06:16 PM
Korang... aku memang tak sempat langsung nak masuk forum pagi tadi. Boleh sapa2 bagi rumusan pasal v ...

thanks mel umah baru..pasal video aca dasha semlm jd bahan nk hencap fattzura..cite lofa wat igs explain die dh plan nk g samui dr bln june(which is beberapa hari lps ja).. si justlofa yg sibuk cari mana fattah..n joyah team penunggu pasal touch n go fattzura      sekian tu yg i ingat
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2017 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you mel buat rumah baru!

Kaka freaky...we miss you!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.574468 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list