CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15358|Reply: 10

[DRAMA MELAYU] GADUH-GADUH SAYANG [Slot Widuri TV1: Shukri Yahaya, Nur Risteena]

  [Copy link]
Post time 4-7-2017 05:17 AM | Show all posts |Read mode
Gaduh-Gaduh Sayang Lakonan Shukri Yahaya dan Nur Risteena


Terbaru adaptasi novel karya Immaz Huda, drama Gaduh-Gaduh Sayang yang bersiaran di Slot Widuri TV1 setiap Sabtu dan Ahad jam 7 malam. Drama ini terbitan Medyavizyon Sdn Bhd dan arahan pengarah Feroz Kader.



Para Pelakon
Shukri Yahaya, Nur Risteena, Riz Amin, Zarynn Min, Shima Anuar, Moer Mohd, Kenji Sawahi, Fazlina Hj. Ahmad Daud, Abdul Manan Hj. Sulaiman, Hashimah Muhamad Zaki, Meor Mohd, Adrian Edy.

Sinopsis Gaduh-Gaduh Sayang
Mengisahkan Lady Lee Syazana yang baru pulang ke Malaysia setelah tamat pembelajaran perubatan di Jakarta, dan kepulangannya tidak diketahui kedua ibu bapanya. Yang tahu hanya setiausaha bapanya, Mira. Syazana mahu berehat seketika sebelum memberitahu orang yang dia sebenarnya sudah pulang. Apabila Mira melihat Syazana, dia sedikit terkejut, kerana kali terakhir dia berjumpa dengan Syazana dulu, Syazana adalah seorang yang gemuk dan tidak menarik.

Rafiqi Rayyan pula didesak dengan masalah kewangan syarikat bapanya. Dato Sabri dan Datin Sofea merasa kalaulah Rafiqi boleh berkahwin dengan anak orang yang sama kaya, mungkin keluarga isteri Rafiqi boleh bantu melabur dalam syarikat dia. Akhirnya, Dato Sabri dan Datin Sofea memujuk Rafiqi untuk berkahwin dengan anak kenalan mereka, Dato Lee dan Datin Helena.

Sementara itu, pertemuan beberapa kali antara Rafiqi dan Syazana selalu dalam keadaan bermasalah dan sering menimbulkan perkelahian mereka berdua. Setiap kali berjumpa, ada saja yang tak kena sama ada dengan sengaja atau tak sengaja.

Syazana bengang apabila dia dapat tahu yang dia akan dikahwinkan oleh bapanya. Dia mula membuat satu rancangan agar idea untuk kahwin itu gagal. Dia pulang ke rumah memakai sut gemuk, membuatkan ibunya Datin Helena dan bapanya Dato Lee terkejut dan risau sekiranya keluarga Dato Sabri tidak bersetuju. Tetapi lebih memeranjatkan mereka adalah apabila Rafiqi yang dikatakan ‘kacak’ itu, tiba dengan perut boroi dan gigi yang jongang.

Rupanya Rafiqi juga mempunyai rancangan menukar identiti asal dengan alasan untuk mengenali sama ada bakal isterinya nanti benar-benar ikhlas atau berkahwin kerana rupa dan harta.

Bermulalah episod perkenalan Rafiqi ‘jongang’ dan Syazana ‘gemuk’. Pelbagai insiden mencuit hati berlaku sepanjang perkenalan dalam samaran mereka ini. Akhirnya, rahsia mereka terbongkar dan wajah sebenar masing-masing dapat dilihat. Rafiqi dan Syazana tidak menyangka mereka telah saling mengenali tapi dalam beberapa insiden perkelahian sebelum ini. Rancangan untuk cuba mensabotaj perkahwinan sendiri gagal. Mereka akhirnya dikahwinkan juga.

Perkahwinan Syazana dan Rafiqi bermula dengan rasa kurang senang apabila bekas teman lelaki Syazana (Aiman) dan bekas teman wanita Rafiqi (Qistina muncul semula). Lebih mengharukan adalah apabila Rafiqi dapat tahu yang Qistina juga merupakan teman baik Syazana sewaktu di sekolah dahulu.

Aiman cuba untuk untuk memujuk Syazana supaya memaafkan dia sebab memutuskan pertunangan dulu. Dan Qistina juga masih lagi menaruh harapan pada Rafiqi, dan dia tahu yang Rafiqi masih belum boleh melupakan dia memandangkan Qistina adalah cinta dia dari zaman persekolahan dulu. Terdahulu, ibu Rafiqi telah memisahkan Qistina dengan Rafiqi menyebabkan Qistina melarikan diri ke luar negara. Ini menjadi rahsia yang disimpan oleh Qistina untuk memberitahu Rafiqi apabila sampai masanya nanti dengan niat untuk merebut kembali Rafiqi daripada kawan baiknya Syazana. Situasi hubungan dengan bekas kekasih masing-masing menimbulkan rasa tidak senang dan pertelingkahan dalam rumahtangga yang baru dibina oleh Syazana dan Rafiqi.

Qistina berpakat dengan Danny, setiausaha Rafiqi, yang dalam diam juga menaruh minat pada Syazana. Bagi Danny, sekiranya dia berkahwin dengan Syazana, hidup dia akan lebih terjamin dan dengan mudah dia akan dapat mentadbir syarikatnya sendiri. Qistina dan Danny membuat rancangan bagaimana untuk memisahkan Syazana dan Rafiqi.

Pelbagai cara dan helah dilakukan Qistina dan Danny untuk membuatkan mereka berpisah hingga akhirnya usaha itu menjadi kenyataan bila Syazana dan Rafiqi benar-benar bercerai atas desakan orang di sekeliling.

Namun rahsia jodoh sememangnya milik Allah. Walaupun berlaku banyak perkara dan fitnah tetapi mereka tetap bersatu bila kebenaran terbongkar. Syazana tidak teragak-agak lagi lalu memberi amaran dan menampar Qistina kerana cuba merosakkan hubungannya dengan Rafiqi. Apakah yang kembali menyatukan Rafiqi dan Syazana sebagai suami isteri?

Saksikan drama bersiri Gaduh-Gaduh Sayang ini dihujung minggu anda setiap Sabtu dan Ahad jam 7 malam bermula 1 Julai 2017 di TV1.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2017 05:19 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 10:27 AM | Show all posts
cter mcm best...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Teertgk 1st episode..siyes x cam siapa berlakon ms masing2 jd gemok n jongang tu..sampai aku google..haha upanya risteena n skhuri
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Best juga ceritanya . Bab gaduh tu best heehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 08:36 AM | Show all posts
agak underrated la gandingn dorg ni . dulu masa menjinak ombak , ske couple ni .. hahah .. so, bole la layan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2017 03:56 PM | Show all posts
dah tengok sampai ep 4 .. lawak gler la cite ni .. apsal tv3 ke astro ke x amek cite ni .. waduh such a waste .. cite lg best , dah bes lawak plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 05:44 PM | Show all posts
citer nie best layan gak laa.. suka tgk lakonan syukri yahya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2017 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tenguk drama ni. Best. Episod awal2 asyik gelak je sebab kelakar. Too bad disiarkan kat TV1 so tak ramai yg tau kewujudan drama ni. Tak sangka Risteena punya lakonan bagus dlm drama ni. Syukri Yahya mcm biasa la lakonan tetap superb
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh i tertengok separuh ni episod 1 rupanya
Drama lama rupanyaa
TV1 ulang semula
I buka tv1 sbb meluat iklan tahik kat tv 3 tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Owh.. ada ulangan ke.. ni yg rasa nk tgk ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.280959 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list