CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7629|Reply: 44

ILMU PERUBATAN MUDAH: Diabetes dan komplikasi Kaki

[Copy link]
Post time 10-7-2017 09:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ipes2 at 6-8-2017 12:35 PM

Kita sering dapati pesakit Diabetes Mellitus (DM) mengalami kerosakan kaki yang serious dan selanjutnya terpaksa melalui amputation. Ini dengan segera mengurangkan kebolehan pesakit untuk menjadi aktif, lalu memudaratkan kesihatan mereka lebih lagi. Ini juga merosakkan kebolehan fizikal, mental dan sosial; mereka tidak lagi boleh mencari rezeki dengan elok dan insurance mreka yg sememangnya tinggi kerana DM, kini meninggi lagi kerana amputation, dan banks, juga syarikat-syarikat kewangan mula menurunkan taraf Credit ratings mereka tanpa merka ketahui. Kos kerosakan kaki kerana DM adalah amat serious, jadi, marilah kita tengok puncanya. Di thread masa depan pula, kita lihat cara mengelakkannya.

Asalnya, hanyalah kelebihan gula didalam darah. Gula sangat tidak sesuai untuk berada didalam darah, dan ini merosakan urat darah tadi, lalu bahagian tissue yang dibekal oleh urat darah ini pun akan kehilangan bekalan nutritional, bekalan oxygen dan bekalan cells pertahanan; lalu mereka pun osak sama. Di kaki, urat darah adalah amat kecil, termasuklah sarafnya. Saraf ini pun perlu dibekalkan dengan darah untuk metabolisma nya; dan urat darahnya adalah amat kecil dan mudah dirosakkan oleh DM.

Bila gula merosakkan urat darah kepada saraf di kaki, maka saraf tadi pun akan rosak, dan pesakit akan mendapat Diabetic Neuropathy (DN). Mulanya, pesakit akan: rasa kebas, sengal dan rasa 'tingling' juga rasa 'pins and needles' di hujung kaki. Ini akan merebak. Juga pesakit akan mula terasa seolah berjalan di atas 'cotton wool'. Bila rosak sudah agak lebih, pesakit akan dapat dysthaesia dimana sentuhan sedikit pun akan dirasa seolah terbakar. Kesemua ini membuatkan pesakit tidak sedar jika kulit kaki mereka rosak.

Dimasa yang sama, urat darah yg kecil kecil tadi juga mula rosak, ie Peripheral Vascular Disease (PVD). Ini menyebabkan tisu dikaki tidak lagi mendapat bekalan, lalu mula melarat dan gangrene mula berlaku. Ulcers berlaku-dan, dengan DN, ini tidak dirasai. PVD dan DN inilah memulakan process berlakunya ulcer di kaki yang tidak sembuh sembuh. Ini kerana tingginya gula dalam darah, dan rendahnya jumlah cells pertahanan dan cells pembinaan di bahagian kaki. Ulcers tadi mula merebak dan bacteria disitu membiak tanpa kawalan, lalu menjangkiti tulang dikaki, membentuk Osteomyelitis; ini membawa kepada perlunya amputations.

Di waktu yang sama, saraf kepada sendi dikaki juga rosak. Maka process ''proprioception'' (process dimana otak menyedari keadaan sendi lalu membetulkan nya secara automatic) pun mula rosak. Maka, pesakit DM mula tidak membetulkan kedudukan kaki mereka. Ini membawa kepada kerosakan yg disebut Charcot Joints. Kehilangan deria proprioception juga menyebabkan ketidak-seimbangan weight distribution dikaki, sekaligus membawa kepada terbentuknya calluses (kulit keras) yang lalu merekah dan pecah; bersama dengan DN dan PVD, calluses ini mula membentuk ulcer.

Inilah serba ringkasnya, bagaimana kerosakan kaki terbentuk kerana DM.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2017 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
one of my friend..usia 53 tahun...sudah begini...
hari tu luka di kaki berlubang kecik. hanya cuci di klinik saja...dia xmau pegi ke hospital..risau juga...
ada alternatif lain le selain ke hospital?
dia takut kena potong kaki
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 11:34 PM | Show all posts
cmne nak check kadar gula dalam darah? hari tu test urine kt semut berkerumun semut.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 10-7-2017 11:34 PM
cmne nak check kadar gula dalam darah? hari tu test urine kt semut berkerumun semut.

Sis pergi je kat klinik kesihatan. Cakap nak buat ujian diabetes. Mereka cucuk dekat jari je. Sekejap je sis...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya berapa level bacaan gula boleh jd gini..ada sorg my family kena diabetes. Tapi terkawal bacaan lepas mkn pon 8 lebih je .. dulu2 mmg tinggi tp lepas da tahu mmg jg mkn segala skrg alhamdulillah... tp ada x kes pesakit diabetes ni sembuh sepenuhnya?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 12:26 AM | Show all posts
Edited by ninja boy at 11-7-2017 12:28 AM

seram betul pic,camana la doc2 mengadap org luka parah tiap2 hari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2017 12:39 AM | Show all posts
ice_sky92 replied at 11-7-2017 12:07 AM
Sis pergi je kat klinik kesihatan. Cakap nak buat ujian diabetes. Mereka cucuk dekat jari je. Seke ...

xperlu masuk lab ye? oh ok sis. terima kasih membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 04:38 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 11-7-2017 12:39 AM
xperlu masuk lab ye? oh ok sis. terima kasih membantu.

sis kalau nak bacaan yang lebih accurate sis start pose jam 10malam. minum air kosong je. esok pagi2 g kk cakap nk cek bacaan gula. nnt die prick cket je kt jari. bacaan normal kalau fasting 4mmol-6mmol.

kalau nk lagi accurate kene amek darah bagai tu tp lmbt cket la dpt resultnye. kalau nk segera prick cket je kat jari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2017 10:09 PM | Show all posts
shernazz replied at 10-7-2017 11:24 PM
one of my friend..usia 53 tahun...sudah begini...
hari tu luka di kaki berlubang kecik. hanya cuci  ...

No, takde alternatif lain.
tapi jika dia tak pegi hospital, melarat nnt, kang terus kena potong kaki dia
jika dia pi spital, ada chan lagi utk buat rawatan lain.
jika dia biar melarat, nnt masuk ke tulang dapat Osteomyelitis (OM).
Ha, jika antibiotics (aAB) pon takleh lawan, maka kena lah potong; tak potong nnt mati lah dalam 3-4 minggu due to overwhelming sepsis.
If lmbt ke spital mmg sah kena potong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2017 10:10 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 10-7-2017 11:34 PM
cmne nak check kadar gula dalam darah? hari tu test urine kt semut berkerumun semut.

ha ha.. semut minum semua benda
gi la cek spital, soh depa chekc fasting blood glucose dan HbA1c
alah ni basic je, 2-30 ringgit je kot
results bagi tau sy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2017 10:13 PM | Show all posts
ice_sky92 replied at 11-7-2017 12:07 AM
Sis pergi je kat klinik kesihatan. Cakap nak buat ujian diabetes. Mereka cucuk dekat jari je. Seke ...

boleh jugak, tapi cucuk kat jari hanya beri CBG ie capilary blood glucose
yg paling elok ialah OGTT (Oral glucose tolerance test) ie puasa from midnight, amik Plasma Blood Glucose kat vein lengan dan HbA1c pada oukul 8pg lalu pesakit minum lucozade, 2 jam lepas tu amik lagi Plasma Blood Glucose kat lengan. Ini lah gold standard.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2017 10:15 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 11-7-2017 12:17 AM
Biasanya berapa level bacaan gula boleh jd gini..ada sorg my family kena diabetes. Tapi terkawal bac ...

tak tinggi teruk teruk pon boleh jadi gini, yg pentingnya ada gula selalu dok berterabur dalam darah..glucose ni mmg merosakkan urat darah..glucose hanya sesuai bila ia berada dalam cells kita j..baru kita jadi power..jika mendak dlm urat darah, stroke kejap je. saya boleh terima blood glucose 6-8+ gitu.. tapi dgn syarat org tu sentiasa amik ubat yg sy beri dan sentiasa cek blood glucose dia kat jari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2017 10:18 PM | Show all posts
ninja boy replied at 11-7-2017 12:26 AM
seram betul pic,camana la doc2 mengadap org luka parah tiap2 hari

tu lah.. ari tu sorang tu dalam diabetic clinic, jari kaki dia tergantung dgn kulit je, so sy documentkan dalam medical notes dia, amik pix sebagai record, suruh dia consent dan sign dgn disaksi oleh Nurse dan Anak dia, lalu sy potong kulit secebis tu dan bagi jari tu kat dia..bahagaian badan dia, biarlah dia tanam secara dia mahu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2017 10:19 PM | Show all posts
biskutraya replied at 11-7-2017 04:38 PM
sis kalau nak bacaan yang lebih accurate sis start pose jam 10malam. minum air kosong je. esok pag ...

ya, ini adalah semacam OGTT yg sy sebut kat atas.
very good
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 10:32 PM | Show all posts
doctor kalau gula dh tinggi dengan amal gaya hidup sihat boleh turun ke? atau perlu consume ubat?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 11-7-2017 10:15 PM
tak tinggi teruk teruk pon boleh jadi gini, yg pentingnya ada gula selalu dok berterabur dalam dar ...

Tq dratas penerangannya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngeri tgk gmbar.  Btw my father pun diabetes... Aku pun bimbang jg takut terkena.. Walau tak brp mkn manis tp potensi tu ada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2017 01:03 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 11-7-2017 10:32 PM
doctor kalau gula dh tinggi dengan amal gaya hidup sihat boleh turun ke? atau perlu consume ubat?

boleh turunkan gula, yes, dgn amalan pemakanan sihat dan exercise secukupnya.
jika level DM tu teruk, memang kena mkn ubat.

ianya bergantung pada ditahap mana kelemahan badan seseorg itu menguruskan gula nya. Jika pon seorang itu jaga makan, dan usaha kuat exercise bagai, tetapi jika pancreasnya sudah lama lemah dan sgt kurang membuat insulin, maka gula dia tetap tak akan terurus jua, dan akan tetap tinggi (akan sampai suatu ketika nanti, org ini akan memerlukan insulin. pada ketika ini, biasanya dia tidak lagi memerlukan semua ubat lain,hanya perlu hormone yg dia kurang je iaitu Insulin.

tricknya ialah semasa muda dan semasa belum kehabisan insulin itu, kita berpada pada memuatkan gula dalam badan. katakanlah Cili ada 50x insulin; Cili bedal nasik, kuih dan pelbagai makanan bercarbohydrate..maka umur muda lagi 50x tu dah abis..ha kena cucuk insulin lah. ini berbeza dgn insulin resistance dimana seseorg itu gemok, maka insulin dia tak lut, mcm kebal lak gula dia. insulin byk lagi, ada 30x lagi, tapi dah gemok sgt, maka 30X tu pon tak trdaya nak uruskan gula Cili, so kena lah amik ubat itu ini


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2017 01:11 AM | Show all posts
Edited by ipes2 at 13-7-2017 08:14 PM
anakkerengga replied at 11-7-2017 11:47 PM
Ngeri tgk gmbar.  Btw my father pun diabetes... Aku pun bimbang jg takut terkena.. Walau tak brp mkn ...

ya, Type 2 DM (T2DM) sgt kuat geneticnya berbanding T1DM.
ramai je org ada DM ni, dan hidup mereka normal aje dan mati pon bukan kerana DM, tetapi org sebegitu adalah org yg uruskan gula dia. Arwah relative sy sorang tu pon DM jugak, kena amik ubat bagai, tapi kakak sy (also a doctor), ajar dia cara nak urus gula dlm badan. takde la terhad sgt dia dgn gula dia. dia meninggal lemah jantung pada umur tua.

org kita byk tak paham DM tu apa. Jadi lauk mereka tawar, kopi teh tawar sebab depa tak taruk gula (apa, depa tu ingat, depa tak letak sesudu gula ie 2-3g dalam teh, maka tu dikira terkawallah DM nye ye? rugi betul depa, hidup tanpa nikmat, tetapi gula tak juga terkawal, lalu mati dgn DM juga).

jika seseorg itu dilatih agar tahu mcm mana nak uruskan gula dia, maka dia boleh makan apa dia punya suka. di sini ada programme DAFNE.. apa yg u mkn, gula nya u urus sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
tq doc
dia ni takut hospotal
pastu selalu kena.kencing kotor
risau juga kot buah pinggang dia kena efek.juga..
tapi umur pun sudah lanjut kan..nak.paksa pun.bukan dia ikut...hopefully dia nak.la jumpa doc di sini...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.090703 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list